Friday, November 24, 2017

Pelangi Untuk Ara - Batch 4



Morning!

Say hi to this Batch 4. Hehe.

Sesiapa yang berminat, bolehlah buat pembayaran ke acc saya dan beri details berserta resit pembayaran kepada saya.

And of course, setiap pembelian dengan saya akan dapat sign saya. (Walaupun saya rasa tulisan tangan sy tak cantik tp ada few readers puji my tulisan. Hehehehe)


#PelangiUntukAra #Karyaseni #AzuraRasiddin


Monday, November 20, 2017

Pre-Order Pelangi Untuk Ara

Assalamualaikum. 

Hai. Sorry semua. Saya tak update pasal pre-order dekat blog. Saya hanya update di FB dan IG. Sebenarnya sekarang dah batch ketiga.

Tergerak hati nak update kat sini bila ada seorang reader cakap dia tunggu update kat blog tapi sunyi sepi. Bila dia godek FB, baru tahu dah sampai batch 3. Im so sorry 🙏


Payment sebelum hari rabu. 

Kalau tak sempat join batch ni, boleh join batch keempat. 😉

Sekian, terima kasih. 
  

Wednesday, November 1, 2017

Pelangi Untuk Ara - Announcement + Sinopsis/Blurb




Surprise ! Surprise !

Yeay!!! 

Cantik tak cover novel Pelangi untuk Ara ni?

Miss writer jatuh cinta pandang pertama tau. 


Okay, untuk pengetahuan semua....
Novel Pelangi Untuk Ara ni merupakan terbitan terbaru Karyaseni. 
Terbitan November 2017.
Yeay!!! 
Kamu semua dah boleh peluk novel ni tak lama lagi. 

Saya akan buka pre-order. 
Will announce later. 
So, macam biasa... kalau beli dengan saya, 
of course akan dapat signature saya yang tak berapa nak comel itu. 



Blurb

Kepulangan Eiyad dari kota London meragut keamanan Ara. Tiada lagi kebebasan untuknya. Dia kembali dikawal dan dikongkong oleh lelaki yang dia gelar sebagai Mr. Control Freak.

“Kau tak boleh control aku. Kau jangan ingat bila kau dah balik sini, kau boleh control aku macam dulu. Don’t you dare... Kau tak ada hak.” – Ara

In case kau terlupa, aku ni abang kau.” – Eiyad

In case kau terlupa juga, mama aku tak pernah lahirkan seorang abang untuk aku. Dan dia tak pernah lahirkan sesiapa selain aku.” – Ara

Even we are not blood related, aku tetap abang kau.” – Eiyad

Hidup Ara jadi kacau bilau. Keretanya dijual. Aktiviti hariannya disekat. Eiyad tak ubah seperti seorang musuh buat Ara. Dia bencikan lelaki itu. Eiyad penyebab segala-galanya. Mamanya berubah disebabkan Eiyad. Papa dan mamanya bercerai, juga disebabkan Eiyad.

Namun, segalanya berubah apabila Ara mengetahui apa yang berlaku sembilan tahun yang lalu. Ara mula rapat dengan Eiyad. Layanan lelaki itu kadangkala membuatkan naluri perempuannya tersentuh.

Ara cuba menepis segala perasaan asing yang hadir. Kerana bagi dia Ara + Eiyad = Impossible. Lebih-lebih lagi bila dia tahu status Eiyad. Gadis itu mula menjauhkan diri daripada Eiyad, mencipta jurang pemisah antara mereka.

Satu peristiwa yang memberi tamparan besar pada hidup Eiyad merapatkan semula hubungan mereka. Ara tidak betah membiarkan Eiyad terkapai-kapai dalam lautan kesedihan. Dia hadir untuk merawat luka di hati lelaki itu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Do you still love me?” – Eiyad

“Sama ada aku masih cintakan kau ataupun tidak, itu tak penting. Kau dan aku adalah sesuatu yang mustahil.” – Ara


Benarkah? Benarkah antara dia dan Eiyad adalah sesuatu yang mustahil? Adakah equation yang Ara cipta selama ini benar? Adakah Ara + Eiyad = Impossible? Di sebalik semua ini, Ara percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah antara dirinya bersama lelaki yang dicintai. Tiada apa yang mustahil di dunia ini. Semuanya tak mustahil.