Thursday, May 18, 2017

Satu Hari Sahaja - Bab 2.1

Seawal pukul 7.30 pagi Ara bersiap-siap untuk ke kampus. Gadis itu hanya mekap ala kadar memandangkan set mekapnya berada di rumah Dee. Rumah sewa kawan baiknya yang dia huni selama sebulan. Pakaiannya juga ringkas. Pakai sahaja apa yang masih tinggal di dalam almari. Semuanya baju lama-lama. Baju yang baru semua ada dekat rumah Dee.
Hmm, ini semua sebab Eiyad. Kalau dia tak heret aku ke sini malam tadi, tak adalah aku kena bersiap awal untuk ke kelas. Kalau stay kat rumah Dee, waktu macam ni aku baru je bangun tidur.
Ara merenung dirinya di cermin besar di sudut bilik. Rambutnya yang dibiarkan lepas dibetul-betulkan agar kelihatan lebih kemas. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, gadis itu melangkah keluar dari bilik.
Mata Ara membesar saat melihat Eiyad berada di depan pintunya. Terkejut.
Eiyad menjatuhkan tangan yang ingin mengetuk pintu bilik Ara apabila gadis itu sudah membuka pintu. Wajah terkebil-kebil Ara dipandang.
"Sorry. I was about to knock."
Ara membalas pandangan Eiyad. Lengan disilang ke dada.
"Pagi-pagi ni, kau nak apa?"
"Kau nak pergi kampus kan?"
Gadis itu hanya mengangguk.
"Aku hantar kau."
"It's okay. Aku dah panggil Uber."
"Cancel now."
Ara pandang Eiyad dengan pandangan tidak puas hati. Dah mula dah... Dah mula dengan arahan mandatori dia. Hesy, rimaslah! Dari dulu sampai sekarang nak kawal aku.
"Aku tak nak gaduh dengan kau pagi-pagi ni tau. Boleh rosak mood indah aku. So please.... Uber aku dah tunggu kat bawah."
Gadis itu melangkah pergi. Meninggalkan Eiyad. Malas nak buang masa bertikam lidah dengan lelaki itu.
"Tunggu dalam kereta. I'll talk to your Uber," kata Eiyad sebelum berjalan pantas menuju ke tingkat bawah.
Ara terpinga-pinga. Apa masalah Eiyad ni? Aku nak pergi kampus dengan Uber pun susah. Control freak! Kenapa dia tak menetap je kat London? Semak betullah bila dia dah balik sini. Tak aman hidup aku.
"Ara..." panggil satu suara sebaik sahaja Ara menjejakkan kaki ke tingkat bawah.
Gadis itu terus berpaling. Memandang Cik Ina yang tersenyum manis ke arahnya.
"Jom breakfast. Mama Ara pun tengah tunggu tu," ajak Cik Ina.
"Tak apalah Cik Ina. Ara breakfast kat kampus je."
"Jomlah... Cik Ina ada masak lontong kegemaran Ara."
Lontong? Ara telan liur. Lontong Cik Ina memang sedap. Tidak dinafikan. Mana-mana kedai pun tak boleh kalahkan lontong Cik Ina. Jam di pergelangan tangan dikerling.
"Tak sempatlah Cik Ina. Ara takut lambat sampai kampus. Jalan nak ke kampus tu hari-hari jammed."
"Awal lagi ni Ara. Baru pukul lapan. Kampus Ara tu tak adalah jauh mana. Cuma jammed aje. Kalau Ara takut lambat, suruh aje Yad hantar Ara naik motor."
Ara tersengih-sengih saat mendengar cadangan Cik Ina.
Naik motor dengan Eiyad? Memang taklah. Cik Ina ni macam tak faham-faham pula.
"Memang Yad nak hantar Ara naik motor pun. Malas Yad nak bawa kereta," kata Eiyad yang tiba-tiba muncul di ruang tamu.
"Oh, by the way, aku dah settlekan Uber kau. Now, let's breakfast and after that aku hantar kau ke kampus."
"Jomlah Ara... Ara dah tak suka lontong Cik Ina ke?" soal Cik Ina dengan nada sayu.
Tak sampai hati pula Ara nak tolak ajakkan Cik Ina. Lambat-lambat gadis itu melangkah ke ruang makan. Puan Yasmeen sudah duduk di kepala meja. Sedang membelek iPad.
Melihat Eiyad dan Ara sudah berada di meja makan, Puan Yasmeen terus letak iPad di tangannya. Kopi dihirup perlahan.
"Lepas ni Ara tak payah nak menumpang dekat rumah kawan. Duduk je sini. Hari-hari Yad akan hantar dan ambil Ara dekat kampus."
"Ara ada kereta ma. I can drive to college," tutur Ara dengan nada yang bersahaja.
Usai membaca doa makan, gadis itu terus menyuap lontong ke dalam mulut.
Eiyad memandang Ara bersama senyuman penuh makna.
"Kereta? Kereta yang mana? Kereta Polo kau?"
"Yelah. Aku mana ada kereta lain lagi."
"Aku dah jual kereta tu. So, sekarang ni kau dah tak ada kereta," kata Eiyad cukup selamba.
"What??"
Ara terpempan. Namun seketika cuma. Bibir gadis itu mula menghamburkan tawa.
"Jangan nak merepeklah. Macam mana pula kau boleh jual kereta tu? Kunci kereta dengan aku. Kereta tu pun kau tak tahu aku park kat mana."
"Kereta tu ada kat rumah kawan kau. Kunci kereta pun ada dengan kawan kau. I just need to ask. Kalau kau tak percaya, kau boleh call kawan kau."
Hah? Biar betul? Aku baru je call Dee pagi tadi. Nak suruh dia bawakan buku aku. Dee tak ada cakap apa-apa pun. Lagipun, macam mana Eiyad tahu pasal kawan aku? Eiyad tak pernah jumpa Dee.
Oh lupa... Dia Eiyad. Tak ada yang mustahil untuk lelaki bernama Eiyad.
Selera makan Ara sudah hilang. Sekarang ni dia risaukan kereta dia. Biar betul Eiyad jual kereta tu? Okey, tahulah kereta tu bukan pakai duit dia. Pakai duit mama. Dan secara teknikalnya, duit mama tu duit Eiyad juga. Harta mama harta Eiyad. Puan Yasmeen dengan Ara menumpang senang je. Tapi... takkanlah kereta aku pun Eiyad nak jual? Dia tu dah kenapa? Stresslah macam ni.... Baru balik dah buat hal.
"Kenapa kau jual kereta aku?" tanya Ara. Masih dengan nada terkawal.
"Mama yang suruh Yad jual kereta tu."
Terjatuh rahang gadis itu. Terkejut dengan bicara Puan Yasmeen. Hati mula dibanjiri dengan rasa sedih. Tahu tak itu kereta kesayangannya. Kereta pertamanya. Kereta yang banyak berbakti dengannya. Ke mana-mana dia dengan kereta itu.
Ara menyandarkan tubuhnya ke belakang.
"If you're going to take that car from me, why bother to give me in the first place?"
Lemah sahaja nada suara Ara. Gadis itu bangkit dari duduk.
"Aku dah lambat. Aku tunggu kau kat luar," tutur Ara tanpa memandang sesiapa.
Pandangannya ditundukkan ke bawah. Langkah diayun perlahan menuju ke luar rumah. Menunggu Eiyad di situ. Kolam ikan direnung kosong tanpa sebarang perasaan.
Tidak lama kemudian, Eiyad muncul bersama dua helmet di tangan. Ara didekati. Helmet dihulurkan kepada gadis itu. Tanpa sepatah kata, Ara ambil helmet dari tangan Eiyad lalu disarungkan ke kepala.
Ara diam. Eiyad pun diam. Sudahnya sehingga ke kampus, mereka berdua tidak berbicara sepatah kata pun.
Eiyad memberhentikan motor besarnya di depan dewan kuliah Ara. Kalau Eiyad boleh tahu pasal Dee, tak mustahil juga Eiyad tahu kat mana dewan kuliah Ara. Sedikit pun Ara tak rasa pelik bila melibatkan Eiyad. Tiada apa yang lelaki itu tak tahu.
"Pukul empat nanti aku ambil kau dekat sini."
Itu bicara pertama Eiyad selepas insiden di meja makan tadi.
Jadual kelas aku pun dia tahu, tutur Ara dalam hati bersama senyuman sinis. 

No comments: