Wednesday, March 1, 2017

Azura Rasiddin Bercuti di Bali : Day 4

Day 4 : 25 February 2017

Untuk Day 4, kami dah tak guna Fatah sebab Mbak Reen akan bawa kami jalan-jalan. Mbak Reen kata pukul 9 dia gerak dari rumah dia. Dalam pukul 10 sampai. No rush. 


Makanya, lepas Subuh tu... kami bolehlah relax relax. Kat Bali subuh awal tau. Dalam pukul 5 lebih. 

Bila dah terjaga tu, memang susahlah nak tidur balik. Duk scroll handphone aje sampai tak tahu nak scroll apa. 

Oh btw, kami bdua tidur awal semalam. Tak ada night talk dah. Keletihan kut. Hehe. 

Kay ajak terjun pool. Mula-mula saya cakap esok jelah. After a short discussion (ceh gitue), kami decide untuk terjun pool. Ada ke patut Kay suruh teman dia aje kat pool tu? Baik saya pun terjun sekali. Mana boleh tengok aje. 

Saya pergi dengan Kay berdua aje ke pool. Masa tu dalam pukul 6 lebih. Tak ada siapa kat pool. Memang saya dengan Kay yang conquer. Yeah!!!

Gambar ni diambil masa Day 2.
Dalam pukul 7 lebih. 

Puas mandi manda, kami pon lepak kat pool chair. Mula-mula lepak kat pool chair yang dalam gambar tu. Nak keringkan baju. Pastu bila dah ada budak-budak terjun pool, kami tukar ke bahagian atas. Acah-acah tidur berbumbungkan langit biru.

Pastu Bond dengan CikPah datang. Kita orang terus breakfast. 

Balik bilik, kami bersiap-siap untuk jumpa Mbak Reen. 


Sementara menunggu Mbak Reen

Lepas Mbak Reen jemput kami semua, Mbak Reen bawa kami ke pantai area Seminyak. Dia ajak lepak kat kafe sambil menikmati view yang super indah. Hehe. 



Kafe yang Mbak Reen bawa
Suasana di kafe


Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba, kami pun bergambar dulu di sekitar kawasan pantai. Abaikan cuaca yang panas terik. Bergambar tetap bergambar. Haha. (manalah memory phone tak full, asyik bergambo tak sudah)




Yang kat belakang tu, Cikpah dengan Bond sedang cuba bergambar dengan mat saleh.
Puas dengan sesi photography, kami kembali ke kafe. Mbak Reen kata ini baru warming up.

Nachos + Chocolate Cheesecake kut.
Lupa nama dia.
Creme brulee yang tak berapa nak brulee. hahaha.
Dari Seminyak, Mbak Reen nak ajak lunch di Jimbaran. Tapi... kami kekenyangan. Breakfast, pastu dah makan snack kat kafe... 

Makanya... Mbak Reen bawa ke Pantai Padang-Padang. Dalam perjalanan tu, Bond yang berborak dengan Mbak Reen. Saya, Kay dengan Cikpah dah dibawa arus lena yang tidak bertepi (eh, i dunno ayat ni betul ke tak. Haha. Yang pastinya, kami bertiga memang terlena tanpa sengaja. Ngantuk sungguh. Haha)










Lepas Pantai Padang-Padang, baru Mbak Reen bawa kami ke Jimbaran. Lunchner gitue...


Hmm, well... saya lebih suka seafood kat Muara Sungai Duyung. Haha.
Eh, tapi thank you Mbak Reen bawa kami ke sini, belanja kami.
Dapatlah merasa makan seafood kat tempat fames ini.  


Selesai Jimbaran, kami singgah Indomaret kejap. Kat Indomaret ada jual biskut Gery yang viral tu. Asyik naik kat feeds FB aje. So, belilah... untuk mencuba. Hmm, saya tak minat sangat biskut tue. Lain orang lain citarasa kan. hehe. 

Lepas Indomaret, Mbak Reen terus hantar kami ke hotel. Ramainya orang kat luar hotel dan juga lobi. Nak check in kut. 

Aktiviti kami tak habis kat sini...

Masa Mbak Reen bawa kami ke Pantai Seminyak tue... kami ternampak deretan kedai yang agak menarik. Ala-ala jonker walk. Tapi segan nak cakap kat Mbak Reen yang kami nak pergi situ. 


Saya dengan Cikpah macam nak pergi tempat tu. Sebab tak puas shopping. Kan kami blur masa kat Agung Bali... Kami pun ke sana guna Uber. Balik ke hotel guna teksi. 

Hmm... tapi shopping kat situ pun tak memuaskan hati kami. Malah menyakitkan hati. haha. 

So, sekarang ni... tempat shopping yang kami dah pergi: Agung Bali dengan deretan kedai di Seminyak. Both tak memuaskan. Yang deretan kedai kat Seminyak tu, mahal! Ingatkan beli banyak dapat murah tapi... Hmm...

Time ni Kay dok menyesal sebab tak usyar kedai-kedai kat Tanah Lot.

Masa kat Tanah Lot, kami ternampak tourist makan aiskrim. So, tetibe terasa nak makan. Pergilah beli. Aiskrim Walls. IDR 15,000 tau. Mahal! Agak mahallah. RM5. Kalau kat Msia baru dua hinggit lebih. Tapi kami beli aje.

Pastu masa jalan-jalan, kami ternampak tshirt IDR 15,000. Kay kata... kenapa harga tshirt tu sama dengan harga aiskrim ni? Hahaha...


Masa tu, kami tak usyar kedai-kedai kat Tanah Lot sebab dalam otak kami nak shopping kat Agung Bali. Ingatkan tempat tu cam menarik lah untuk shopping. Tapi ternyata tidak. 

Kisah shopping tak habis di sini sahaja. Nantikan sambungan kisah shopping di hari kelima kami di Bali. 


Ringkasan aktiviti untuk Day 4

Seminyak Beach
Pantai Padang-Padang
Jimbaran



** Click here for Azura Rasiddin Bercuti di Bali : Day 5








No comments: