Wednesday, March 1, 2017

Azura Rasiddin Bercuti di Bali : Day 5

Day 5 : 26 February 2017

Hari terakhir kami di Bali. Oh no! Rasa tak nak balik je. 

Hari ni tak ada aktiviti apa-apa pun. Relax-relax dalam bilik je. 

For the last day, kami tidur berempat dekat satu bilik yang ada dua super single. 

Lepas Subuh tu, bila tengok yang lain semua lelap, ditambah dengan kegelapan bilik, saya pun lelap semula. Lena sungguh. Siap mimpi. Dalam pukul 9 lebih baru terjaga. 

Tak ada rasa nak terjah pool dah sebab orang dah ramai kat hotel. So, cam dah tak syok... dah tak ada term 'pool itu kami punya'. Haha. Maklumlah... hari Ahad kan. 

Bila terjaga tu... terus tanya Kay... 

"Breakfast sampai pukul 9 ke 10 eh?"

Kay cakap dalam kul 10 kut. I tot pukul 9. Pastu orang hotel call. To remind yang breakfast tamat jam 10.30 pagi. Kami pun apa lagi... terus bersiap untuk breakfast. 





Selesai breakfast, kami bersiap-siap untuk check out. 

Mbak Reen jemput kami lagi. Dia yang akan hantar ke airport. Tapi sebelum tu, dia ajak lunch dulu. 

Masa ni, Cikpah kata... 

"Nak singgah Krisna. Nak shopping."

Yelah... sebab tak puas hati dengan aktiviti shopping kat Bali kan... 

Saya ni at least ada la beli... beli aje apa yang ada masa kat Agung Bali dengan kat Seminyak. Tapi Cikpah tak membeli sangat sebab tak ada yang menarik perhatian. 

Tapi masa tu harapan Cikpah untuk shopping macam NIL. Kami pun segan nak cakap kat Mbak Reen. Haha.  

Tapi tapi tapi... 

Tiba-tiba Mbak Reen stop kat Hawaii Bali. Yeayyyy!

ni cilok gambar kat google

Masa mula-mula jejak kaki kat Hawaii Bali ni... Oh my... Ini baru surga dunia. Hahahaha...

Time nilah baru saya ada mood nak shopping. Masuk-masuk je ada banyak tshirt yang cantik-cantik. Harga pon murah. Below IDR 50,000. 

Sebenarnya masa Day 5 ni, duit dalam purse saya hanya ada IDR 3,000. Sedey kan... Bawa 2 juta... yang tinggal 3k aje. Haha. 

Even duit dalam purse nan hado, shopping tetap shopping sebab ada banker. Haha. Bank Bonda. Pinjam aje duit bond. Saya pun pilihlah baju2 yang nak dibeli. Beli tshirt untuk diri sendiri dua. Untuk Adam 1. Untuk papa 1. Seluar untuk along. Untuk mama tak beli dah sebab barang untuk mama dah setel masa kat Agung Bali. Haha. Semunya tak lebih daripada IDR 300,000.

Bond bayarkan sebab duit indon bond banyak lagi. Saya bagi Bond RM100. 

Cikpah dengan Kay pun shopping sakan. Tapi tak dapat lah nak shopping lama-lama sebab kejar masa nak ke airport. 

Tiba kat airport... Bond pulangkan IDR100,000 pada kami bertiga. Duit extra. Makanya saya ada IDR 103,000. 

And then ternampak satu beg cantik... beg I love Bali. Harga IDR 95,000.

Since saya memang nak abeskan semua duit Indon saya, saya pun belilah... 

Balance duit tinggal IDR 8,000. Yang ini simpan untuk kenangan atau kegunaan masa hadapan. Eh! 


Bye Bali!


Sebelum tamatkan entri nie... meh saya review benda-benda yang saya rasa nak review.


Review Rafting

Best! Pengalaman yang cukup bermakna. Silalah cuba... sesuai untuk beginner. Dont worry. Kami berempat ni pun tak pernah rafting. Tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Harganya dalam RM90 camtu... kalau kat Malaysia, da rm200-rm300. 

Review Dolphin

Bukan senang nak tengok doplhin depan mata. Dah alang-alang sampai Bali tu, pergi aje tengok dolphin. Kena redah jalan yang memabukkan tu pon tak pe. Reda aje. Haha. 

Review tempat makan

Kalau pergi Bali... sila try Ayam Tulang Lunak. Ni cam wajib (kut). Haha. Sedap! Kat Malaysia ada ke ayam tulang lunak di mana tulangnya kita boleh makan?

Terang bulan pun kena cuba. 
Kat kedai terang bulan tu, ada juga murtabak. Tapi kami ni dah full. Kalau beli, takut tak makan. So, tak adalah kami merasa murtabak itu. 

Seafood kat Jimbaran tu... Hmm... bolehlah kalau nak cuba. Plus view situ cantik. Seafood dia bukan tak sedap. Sedap tapi bukan tahap wow. Ceh gitueee... Tapi seafood dia better than hari pertama kami makan kat BGC. 

Review supir

Yang ni, saya memang suggest ambil Pak Yanto lah kalau nak ke Bali. Kan masa entri Day 1 saya cakap yang saya cam selesa dengan Pak Yanto, cam friendly gitue... tapi masa tu terlalu awal nak judge kan... 

So now saya dah boleh judge. Tapi based on si Fatah lah... sebab Fatah yang entertain kami. 

Well, kami berpuas hati dengan si Fatah sebab dia jaga kami kat sana dengan baik... pesan kami itu ini... Bila fikir balik, rasanya Fatah ada kata yang berhati-hati beli barang kat kedai-kedai biasa sebab kadang dorang main harga. Hmm, macam mana boleh lupa pesanan ini masa kat Seminyak? 

Tapi itulah namanya pengalaman, pengajaran hidup... 

As for me, saya percaya setiap kemanisan pasti ada kepahitan. Percutian kami ada manis ada pahit. Kalau semuanya manis pun tak syok juga. 

Contact number: 

Pak Yanto +6281236540997
Fatah +6287861482999

Nak contact Fatah boleh, Pak Yanto pun boleh. 


Review tempat shopping.

1. Agung Bali
2. Deretan kedai di Seminyak
3. Hawaii Bali

Tak boleh nak review Krisna sebab kami tak pergi situ. 

To those yang nak pergi Bali... yang nak beli ole-ole, saya suggest untuk pergi Hawaii Bali. Tempat dia more organize, lebih banyak pilihan... harga pun murah. Kat Agung Bali memang ada tshirt tapi semuanya IDR 100,000 ke atas.

Saya sebenarnya allocate IDR 400,000 je untuk shopping. 400,000 ni memang nak abeskan kat Agung Bali sebab masa tu saya ingat semua boleh dapat kat Agung Bali. Tapi rupanya idok.... 

Agung Bali saya spend IDR 300,000 ++
Coffee IDR 90,000
Seminyak IDR 180,000
Hawaii Bali IDR 300,000
Airport IDR 95,000

Hampir sejuta juga saya abes kat shopping padahal duk cakap kat kawan-kawan saya tak shopping sangat. Sudahnya... saya yang abes banyak.

Kay sampai cakap... "Aku tak tahulah zura nanti kat korea macam mana"

But again, i said... tak beli banyak sangat kut... haha... kita tengok jelah nanti macam mana.

Tapi sebenarnya kepuasan shopping tu masa kat Hawaii Bali.

Kalau kami tak pergi Agung Bali, and terus pergi Hawaii Bali... duit saya tak akan abis banyak sebab semuanya boleh dapat kat Hawaii Bali. Dan Hawaii Bali much much much better. 


Review keseluruhan : BEST GILER BERCUTI DI BALI !

ps: Saya tak boleh nak share berapa bajet hangus sebab ada yang kami guna duit sendiri dan ada yang orang belanja. Hehe. Tapi...

Tiket flight pergi balik : RM450
Duit belanja + makan + aktiviti + shopping : RM 770 / IDR 2,300,000

Total hangus RM1,220. 


No comments: