Tuesday, February 28, 2017

Azura Rasiddin Bercuti di Bali : Intro + Day 1



B-A-L-I !


Sebenarnya, tak pernah terfikir pun untuk ke Bali. Memang tak ada dalam list. Yang ada hanya Korea, Korea, Korea... Well, saya ni kan hantu drama Korea. So, dia macam... Korea tu destination WAJIB



Memang plannya ke Korea pada 1 May 2017. Memang plannya nak jadikan Korea as 1st oversea trip. Hehe. Tapi... kita hanya merancang kan...  



To cut it short, tetiba saya pergi Bali dulu sebelum pergi ke Korea. Sudahlah jarak percutiannya dekat. 

22 - 26 Feb ke Bali. 
1 - 5 May ke Korea. 

Plan ke Bali ni boleh dikatakan mengejut jugalah. Ini semua sebab tawaran-susah-tolak daripada kawan saya. Saya ke Bali bersama tiga orang kawan. Bond, CikPah dan juga Kay. (Kay ni travel buddy to Korea juga)

Ni ha... semua berkaca mata. 

Sebelum ke Bali, saya banyak buat research pasal Bali. Baca blog-blog. Memang helpful. At least, ada la sikit gambaran pasal Bali. Itinerary pun saya dengan kawan-kawan yang plan. Tak ada guna agensi pelancongan. Kami hanya gunakan khidmat supir yang super bagus. (Nanti saya ceritakan pasal supir kami ni)

Ok, now... let's the story begins.

22 Feb 2017

10.30 am : Saya naik bas Transnasional ke KLIA. Tak ramai pun orang kat dalam bas tu. And semuanya turun kat KLIA 2. Saya je yang turun kat KLIA. Sorang2 dalam bas. Huhu. 



12.30 pm: Tiba di KLIA. Jumpa kawan. Check in. Lunch kat McD. Flight kami pukul 3.20 petang. 

Passport cover tu ada orang bagi. Hehe. *Happy me*

Masing-masing muka serius. Hehe.
*Detik yg mencemaskan. Haha*

KL to Bali ambil masa dalam tiga jam. So, tiga jam dalam flight tu, haruslah kita layan movie dulu untuk elak rasa bosan. Saya tengok cete Filipina. Boleh-bolehlah cerita tu. Tak adalah best sgt. Tapi sebab Bea Alonzo yang berlakon, layan aje. 
Tajuk movie ni : How to be yours.
Lawa giler Bea Alonzo dlm cete ni.
eh tapi dia mmg lawa pon. 
Makan time.

Terbang tinggi di awan biru


6.25 pm: Kami selamat mendarat. Then urus itu ini, ambil beg (lama nak tunggu beg), beli simkad... kami pun tunggu kenalan ayah kawan kami, Mbak Reen. Dia yang akan jemput kami di airport. Cantik orangnya. Anak dia pun cantik. 


Tengah tunggu orang datang jemput kami di airport.
Masa ni Bond tengah berbual dalam telefon, so dia left out.
Anyeong Bond!

Mbak Reen belanja kami dinner di BGC (Be-Ge-Che). Full giler perut. Bayangkan, sebelum berlepas, makan McD. Dalam flight, makan nasi goreng. Turun flight, makan seafood. 

Suka udang salted egg dia. Memang dap-dap !

Oh, tak habis kat situ. Mbak Reen singgah kedai kebab. Dia belanja kebab pula. 




Lepas beli Kebab, barulah kami menuju ke tempat penginapan kami untuk empat malam. Hotel Santika, Seminyak. Kami amek 2 bilik, interconnecting room. Alhamdulillah, ada rezeki untuk dapatkan interconnecting room. Syok abes. Bilik dia nice. Restoran + pool kat rooftop. (Thank you sebab sponsor bilik untuk kami - you know who you are)



Mbak Reen tu baik sungguh. Dia belikan mineral water, pisang, tisu, wet tisu, air manis... (malu kami dibuatnya... aiseyy... padahal dalam hati suka. hikhik)






Dengan ini, tamatlah Day 1 di Bali. Bila masuk bilik, masing-masing sibuk hadap phone, segarkan badan, landing atas katil empuk, borak x hingat dunia. Dah lama kut tak jumpa Bond, CikPah dan Kay. Yelah... bila da habis belajar, masing-masing ada haluan masing-masing.

Oh tapi kan... kami ada buat surprise untuk Bond. Sempena birthday dia on 13 Feb. Late surprise lah gitu. Nampakla Bond macam nak nanges. Dia memang tak expect langsung. Kami pon tak ada bagi hint apa-apa.

Cerita dia, masa Bond dalam bilik air, kami tutup semua lampu kecuali satu lampu. Lampu malap. Kat atas katil, kami letak hadiah birthday untuk Bond. Pastu sepotong brownies (lebihan brownies yang saya bawa, haha). Letak pisang, sneakers, air manis yang Mbak Reen bagi... kami bubuh je semua. Bila Bond keluar bilik air, kita orang terus nyanyi lagu Happy Birthday.

Note: To those yang curious, Bond tu short form for Bonda. Saya kenal Bond since Asasi. Satu rumah. And masa tu kami semua panggil dia Bonda dsebabkan sifat motherly dia. Sampai sekarang melekat panggilan tu, tapi panggilan yang telah diringkaskan menjadi Bond. Ala-ala James Bond gitue.



** Click here for Azura Rasiddin Bercuti di Bali : Day 2



No comments: