Tuesday, February 28, 2017

Azura Rasiddin Bercuti di Bali : Day 3

10.30 malam, 23 Feb

"Kena tidur awal wey, esok nak bangun awal."

Cikpah dengan Bond dah beradu... sunyi je bilik dorang.
Bilik saya dengan Kay pun sunyi. Tapi masing-masing tengah scroll handphone. And then disebabkan satu gambar....


"Kay... dah tidur ke?"
"Belum"

Dan kemudian... berborak panjang lah kami... night talk. Borak punya borak... Kay yang banyak cakap. Saya dengar je. Nak tidur, tapi mata tak nak lelap. Night talk ni best tau. Jarang dapat peluang night talk dengan member lepas abes belajar. Haha.

Kami pun decide tak nak tidur sampai jam 3.30 pagi. Dengan alasan "aku kalau lelap kang, lelap sungguh. Baik tak tidur terus"



Day 3 : 24 February 2017

1.30 pagi...
Dah tak ada story yang nak dibicarakan. Dah mula rasa mengantuk. Kami pun cuba tidur kejap. 

2 pagi, alarm bunyi... 
Kay cakap "aku baru nak lelap zura. Awal lagi ni"

So, snooze. 

Alarm 2.30 pagi - snooze
Alarm 3.00 pagi - snooze
Alarm 3.30 pagi - tak dengar langsung

3.34 pagi - Cikpah kejut.

Ha, kelam kabut semua. Lintang pukang bersiap.


3.44 pagi - Fatah call. Takut la tue kita orang tak bangun lagi.

Lepas Fatah call, kami terus ke kereta. 


Maka, bermulalah perjalanan kami ke Lovina yang nun di atas (kalau ikut map bali)


Jauh tak? Haha....
Tapi demi tengok dolphin, kami gigihkan aje. 


Jalan nak ke Lovina tu... Ya ampun! 



Tahu tak saya ni jenis yang susah nak muntah. Last saya muntah pun masa kecik-kecik dulu. Jalan dia memang... err... i kenot tahan. Saya cuba untuk tidur tapi tak boleh lelap. Mata je pejam.

Kalau jalan nak masuk ke Hounun Ridge Farmstay tu teruk, ini lagi teruk. Saya sampai suruh Fatah stop tepi jalan. Sebab takut muntah dalam kereta. Tapi bila stop tu, tak muntah pun.

Perjalanan diteruskan. Hadap seksa jalan yang berpusing. Tak tahulah jalan dia camne sebab saya memang tak nak buka mata. Pejam aje. 

Dalam pukul 6 lebih, kami tiba di sebuah rumah kampung. Bayangkan rumah-rumah kat tepi pantai tue. 

Tuan rumah, Pak Muhammad yang akan bawa kami untuk tengok dolphin + snorkeling. Snorkeling kena tambah IDR 150,000 lagi. Fatah yang suggest untuk snorkeling. Pastu Fatah kata sediakan baju tukar, towel, kelengkapan mandi. Dia akan carikan tempat yang selesa.

Okay, masa tu I tot public bathroom. So memang try to keep simple jelah. 

Masa rafting, bathroom dia ok - ok saja. Plus masa tu saya dengan Kay aje. Tak adalah malu sangat kat bilik air yang berkonsep terbuka separuh itu. Hehe.

Yang dekat Lovina ni, saya bayangkan bathroom dia worse than masa rafting la.

Konon!

Yelah... dah Fatah kata kena bawa towel sendiri, kelengkapan sendiri. Ingatkan kami akan singgah mana-mana public bathroom. Saya dah terbayang bathroom masa kat Sabah. Haha.

Ha, tapi tidak ya! Ya Allah... chalet terus si Fatah bagi. Siap ada katil boleh landing. Selesa amat. Bilik air pun selesa amat. Kalah masa rafting tue. Bagus betul si Fatah. Sis suka. Happy me. Hahaha....

Sebelum tengok dolphin, Pak Muhammad sediakan teh hangat + goreng pisang. Welcome drink gitue. Dapatlah kami breakfast. Maklumlah tak sempat nak breakfast kat hotel. Haha. Mana mungkin sempat dah kalau pukul 3 pagi dah gerak ke Lovina.

Ini si Fatah & bot yang akan bawa kami pergi tengok dolphin.
Hanya kami sahaja yang ada dekat bot ni.
Tak ada orang lain.
Syok giler. 

Fatah tak join pun kami tengok dolphin. Dia nak tidur. Yelah, kesian kat dia kan. So, bye to Fatah. Kami naik bot dengan Pak Muhammad.

Sebelum tinggalkan kami, Fatah pesan pada Pak Muhammad.

"Jangan balik selagi tak nampak dolphin."

Hahaha....  Bagus si Fatah ni.  









Sempat menyaksikan matahari terbit !

Muka tak cukup tidur.
Bot ini kami yang punya. Hahaha.


Belanja satu je gambar dolphin. Ini je yang sempat di snap. Snap secara kebetulan. Banyak buat video je masa ni sebab tak boleh agak bila dolphin tu nak muncul. 

Tapi yang penting, saya dapat tengok dolphin buat aksi flip hair, double flip. Dolphin yang buat double flip ni, kami panggil dia si gedik. Sebab dia lompat pastu terkinja2. Haha. Comel! 




Dalam pukul 8.30 pagi... Pak Muhammad bawa kami ke tempat snorkeling.

Mula-mula tu terjun tanpa life jacket. Pastu cam cuak... haha. Kay la yang paling berani. Saya tak berapa nak berani. Tapi dapatlah snorkeling tanpa life jacket. Tak tahu mana datang keberanian. (keberanian yg kejap aje)


Satu jam setengah kami snorkeling. Air jernih. Dari atas bot pun dah nampak dasar laut. CikPah kata, tak yah snorkelinglah camni. Dari atas pun dah nampak. Haha.

Pastu kami nampak something. Macam ular. Bila tanya Pak Muhammad, Pak Muhammad kata Murai. Time ni CikPah buat lawak...


"Murai bisa terbang, pak!"

Hahaha... Pak Muhammad pun jelaskan. Murai laut katanya. 

Well, tak tahulah betul ke idok sebab kami google, tak jumpa pon. Mungkin itu nama yang orang sana panggil kut. Bagi kami ni, tu macam ular je. Okey, scary jap bila nampak ular dalam laut. Haha.

Selesai snorkeling, kami pulang ke rumah Pak Muhammad. Mandi di chalet yang disediakan. Tour ni boleh dikatakan umpama private tour sebab memang kami je ada kat sana. Tak ada orang lain. Syok giler. Mungkin ni kenalan Fatah, I dunno... Atau mungkin kat sana memang konsep camni. 



Dari Lovina, kami ke Bedugul

Dalam kereta, kami semua tidur. Mengantuk betul! Kesian Fatah... drive sorang-sorang. Hahahaha....

Pura Ulun Danu Beratan


Fatah tanya, nak bergambar kat sini?
Kami : Bisa aje!

Tempat yang wajib dilawati. Haha. 


Lepas ronda Bedugul, kami pun dah kelaparan. Fatah tanya nak makan kat restoran depan tu or nasi padang.

Ha, yang bagusnya tentang Fatah ni... dia akan bawa ke tempat yang halal aje. Kalau ragu-ragu, tanya aje dia. Dia akan beritahu mana yang halal, mana yang tidak.

Since saya tak pernah makan nasi padang, kami pun decide nak makan nasi padang. 


Sedap! Kena dengan selera saya. 




Tanah Lot

Perut dah kenyang, kami pun ke Tanah Lot

Nak ke Tanah Lot ni, kami tidur lagi... Haha... Fatah drive sorang-sorang. Lena betul tidur. Bila nak sampai je, Fatah kejut... 

Okey... entrance fee Tanah Lot ni, Fatah tak ley tolong dapatkan harga local sebab security ketat. So, terpaksalah kami bayar IDR 60,000 seorang. 

Sebab Tanah Lot ni cam tempat wajib dilawati, kami pun merelakan diri membayar IDR 60,000 itu. 

Tempat-tempat lain Fatah tolong dapatkan harga local. Hihihi. 





Ombak kat sini kuat !


Okey, Sila perhatikan betul-betul apa yang sis nak tunjuk.
Hehe.

Okey, ready... 

Oh my!! Hampir tergelincir mamat kemeja biru itu

Terkejut sis! Kalau jatuh camne? Huisy, bahaya...
Tulah nak bergambar sangat.
Haha.
Fatah pesan kat kami, pergi sampai bendera merah je.
Dan kami dengar cakap si Fatah itu. 
 Lepas Tanah Lot, kami balik ke hotel sebentar. Pastu, early dinner dekat Ayam Tulang Lunak. 

Ayam Tulang Lunak ni, Fatah yang rekomen. Haruslah kami mencuba. Kalau tak, kempunan pula... Fatah dok sebut-sebut je ayam tulang lunak ni. Katanya, tulang tu boleh dimakan. 





Kami amek tiga jenis ayam. Bakar, salted egg dengan crispy. Semuanya sedap. Paling suka bakar dengan salted egg. Dap Dap. 




Lepas tu, kami singgah dekat Indoroland sebab Kay nak try Terang Bulan. Sedap! Take away je ni... bukan makan kat situ. 

Destinasi terakhir untuk Day 3 ni : Agung Bali. 

Nak beli souvenir. Kan saya ada cakap yang sebelum pergi Bali, saya ada buat research kan?

Rata-rata cadang Agung Bali atau Krisna untuk shopping souvenir. Tapi Fatah kata Agung Bali better than Krisna dari segi kualiti. 


Saya pun excitedlah nak pergi Agung Bali. 

Tapi....

Lost! Blur!

Tiba-tiba tak tahu nak beli apa kat situ. Sebab cam tak menarik sangat. Tapi dapatlah alas meja yang mama pesan. Fridge magnet untuk mama. 


Sumpah blur! Tak tahu nak beli apa untuk famili. Tapi dalam blur-blur tu... 300k lebih juga abes. Sebab masa tu cam... "Eh, takkan aku tak beli apa-apa untuk famili." Sebab takut tak singgah tempat shopping mana-mana lagi. 

Sedikit sedih lah masa ni. 

Tapi... ha... ada cete menarik pasal shopping ni. Tunggu entry untuk Day 4 dan Day 5 yer. 



Ringkasan aktiviti untuk Day 3

Dolphin Hunting at Lovina
Snorkeling at Lovina
Bedugul
Tanah Lot
Ayam Tulang Lunak (food hunting)
Terang Bulan (food hunting)
Agung Bali (shopping)



** Click here for Azura Rasiddin Bercuti di Bali : Day 4




No comments: