Tuesday, February 28, 2017

Azura Rasiddin Bercuti di Bali : Day 2

Untuk Day 2 dan Day 3, kami gunakan khidmat supir. Supaya mudah untuk kami bergerak mengikut kemahuan + aktiviti yang ingin kami lakukan. 

Kalau ikut plan, ini highlight untuk aktiviti kami sepanjang di Bali:-

Day 2 : Rafting kat Sg Ayung
Day 3 : Dolphin kat Lovina
Day 4 : Pantai Padang-padang (tempat shooting Eat, Pray, Love)

Masa mula-mula google, harga untuk rafting dengan tengok dolphin memang mahal. Tapi, sebab kami ni rajin google, rajin baca blog (kekeke)... kami akhirnya contact Pak Yanto.

Kalau baca blog, 95% rakyat Malaysia gunakan khidmat Pak Yanto. Saya pun whatsapp Pak Yanto (+6281236540997)... Nombor Pak Yanto saya dapat dari blog juga. Sejuk hati bila whatsapp dengan Pak Yanto sebab cara dia reply tu friendly. (hek! Orang kata jangan terlalu awal judge. Okey, okey!)

So, ini harga yang Pak Yanto bagi....

Harga supir untuk Day 2 (full day): IDR 350,0
00
Harga supir untuk Day 3 (full day) : IDR 550,000 

Supir Day 3 mahal sikit sebab kami akan Lovina untuk tengok Dolphin. Lovina ni jauh. Kalau tak, memang IDR 350,000 je rate Pak Yanto for a day. Bagi saya, rate ni murah sebab ada yang charge IDR 500,000 per day.

Untuk Rafting dengan tengok dolphin pun, kami suruh Pak Yanto uruskan. Senang. Suruh aje Pak Yanto urus. Tak payah nak fikir-fikir lagi.

Rafting : IDR250,000 / pax (sepatutnya IDR300,000 tapi... hihihi)
Dolphin : IDR150,000 / pax
 

Day 2 : 23 February 2017

7.00 am : Breakfast + usyar pool + bergambar kat pool. Haha. 




      Bond left out again. Anyeong Bond! Haha. Masa ni 
     Bond tak ada. Dia balik bilik lebih awal. 



8.00 am : Kami ke lobi. Menunggu Pak Yanto. Kami request untuk Pak Yanto yang bawa kami jalan-jalan. Tapi masa tu Pak Yanto ada hal. So, staff Pak Yanto yang jadi supir kami. Namanya Fatah (we called him Fattah Amin. Haha. Jk)

FYI, staff Pak Yanto semua saudara mara dia. Family business la... lupa pula relationship Fatah dengan Pak Yanto tapi blood related lah. 

Fatah tu okay orangnya. Ramah. Kita orang memang selamba je karok dalam kereta. Kami listkan tempat-tempat yang kami nak pergi for Day 2 dan Day 3. And then suruh Fatah arrange mengikut kesesuaian. Dia pun ada suggest few place untuk kami pergi. 

Naik kereta, kami terus ke tempat rafting di Sungai Ayung. 

Okey, pasal rafting ni. Semuanya idea Bond. Masa mula-mula Bond cakap nak rafting tu, I was like... huh, seriously? Nervous I. Mana pernah rafting sebelum ni... tak pernah terfikir nak rafting pun.

Pastu terfikir variety show Korea. Youth over Flowers: Africa. Park Bo Gum, Ahn Jae Hong, Go Kyung Pyo dengan Ryu Jun Yeol rafting dekat Victoria Falls. Time tengok tu cam teruja la. Timbullah perasaan mahu tapi takut.

Saya ni bukannya penggemar aktiviti-aktiviti lasak. Tapi kadang-kadang bila tengok variety show korea yang main itu ini, timbullah rasa nak try even takut. (Pengaruh Korea kuat sangat. Haha)

Sebelum ke Bali, saya banyak buat research pasal rafting kat Sg Ayung. Difahamkan, kat situ sesuai untuk beginner. Tak mencabar sangat. Even budak-budak pun boleh join. So, tak ada lah risau sangat. Surprisingly, tak ketar lutut pun masa nak rafting tue. (cuma risau macam mana nak daki balik je. Uisy...)


Bersemangat betul ! Haha.
Excited la katakan. 



Otw ke sungai




Pastu kena jalan kaki pula...
Time ni okey je...


Tiba juga di bawah.
Jauh juga la kami jalan. Pastu kena turun tangga. 


Ini keadaan di bawah


Mendengar arahan dari guide. Dengar betul-betul. 









Ni part yang paling best. Love it so much. Mula-mula tu cam takut nak turun tapi bila Kay dengan CikPah turun, mana boleh tahan. Turun aje. Happy je muka masing-masing. 


Kuat betul saya dengan CikPah berpegangan tangan.
Ukhwah sangat !


Ini guide kami. Namanya Rico kalau tak silap. 



Review untuk Rafting di Sungai Ayung

Satu pengalaman yang bermakna, yang tak boleh dilupakan. Tempat ni kurang mencabar, tapi nice lah untuk beginner macam kami ni. FYI, kami semua tak pernah rafting. Best tapi masa nak balik tu agak disaster la sebab kena daki tangga yang boleh dikatakan lima kali ganda tangga FSPPP. Ada yang cakap 400 anak tangga. Tak tahulah. Tak dan nak mengira. Letih. Tapi berjaya jugalah sampai ke atas. 


Nampak tak muka saya yang keletihan tu? Hahaha. 

Lepas balik ke base, Kay ajak makan dulu sebelum tukar baju. Sementara tak ramai orang. Saya tak lalu sangat nak makan sebab penat giler. Tak rasa nak makan pun. Habis makan, tukar baju... seterusnya, bersiap-siap ke tempat lain. 

Next destination, Restoran Batur Sari, Kintamani. Fatah suggest makan kat sini since makanan kat tempat rafting cam x berapa nak pergi. Haha. Lagipun memang kami nak ke Kintamani. Nak tengok gunung. Oh i love gunung... Suka view je. Tak suka daki. Haha. 

Entrance fee ke Kintamani : IDR 15,000 / pax

Lepas bayar entrance fee, Fatah pun turns his car and i was like... jaw dropped... sebab depan mata saya gunung yang super indah. Umpama sebuah lukisan. Serious terkejut sebab tak sangka kat situ je gunungnya. Ingatkan kena masuk ke dalam lagi.

Alhamdulillah, rezeki kami... masa tu cuaca baik. Memang nampak dengan jelas gunung. 







Cantik kan? Speechless kejap dengan keindahan ini.

Subhanallah. 



Tengah fikir nak makan atau tak. Sebab memang tak ada mood nak makan. Masih keletihan daki anak tangga. Tapi nak duduk sini. Bila Bond oder air kelapa, saya pun orderlah. Kay pula kenyang sebab dia memang makan masa kat tempat rafting. 





Kay nak order air kelapa juga tapi saya kata tak payahlah. Share aje. So, kami pun share. Minum sambil menikmati keindahan di depan mata. Sweet tak kami? Hahahaha. 



Fatah tolong snap kan gambar kami.
Thank you Fatah

Lepas Kintamani, Fatah bawa kami ke coffee plantation. Masa dalam kereta, Fatah ada terangkan sedikit pasal kopi luwak. 


No entrance fee. 

First time tengok pokok kopi, pokok vanila...
Musang Luwak
Belajar pasal pemprosesan kopi



Baik betul bapak yang entertain kami tu.
Dia tolong snap gambar kami. Hehe





Test sikit kopi-kopi dia.
Free aje
Suka Mocha, Coconut & Vanilla


Kemudian, kami ke Tegalalang Rice Terrace





Nak ke mana tu?
Nak ke bawah sat. Nak tangkap gambar. haha. 










Muka budak terlebih gembira. Hahaha. 

Next... Tegenungan Waterfall





Kami tak turun ke bawah pun. Fatah advise untuk tak turun. Saya pun dah tak mampu nak daki naik semula nanti. Pagi, sudah mendaki 400 anak tangga. Pastu kat tegalalang lagi. 

Dinner time!

Kami request untuk makan Wong Solo. Nak try Wong Solo kat Bali. Beza sedikit la Wong Solo Msia dengan kat Bali. I prefer dekat sini. Tapi kat Bali pun sedap juga. Tempe dia lebih sedap dari sini.

Saya lebih suka kat Wong Solo kat Msia sebab ada cili + kicap yang atas meja tu. Perfect combination. Kat sana tak ada. Huhu. 





Lepas dinner, Fatah hantar kami ke hotel. Kesian si Fatah... penat layan kami. Haha. Tak ingat pukul berapa sampai hotel. Dalam pukul 9 ke 10 malam gitue.

Sampai je kat bilik, kami prepare barang-barang untuk di bawa ke Lovina keesokkan harinya. Jam 3.30 pagi Fatah akan ambil kami di hotel. Fatah kata tepat jam 3.30 tau. Dia janji.

Haha... tapi masalahnya... Kami memang percaya pada Fatah, tapi kami tak percaya pada diri sendiri. 


Agak-agak Fatah tunggu kami atau kami yang tunggu Fatah?




Ringkasan aktiviti untuk Day 2

Rafting Sungai Ayung
Kintamani

Coffee Plantation
Tegalalang Rice Terrace

Tegenungan Waterfall
Wong Solo (food hunting)


** Click here for Azura Rasiddin Bercuti di Bali : Day 3

No comments: