Monday, December 5, 2016

Sinopsis Date Me by Azura Rasiddin




“Let’s go on a date for ten times. Kalau kita serasi, kita boleh teruskan. Kalau tak, kita boleh buat hal masing-masing. And in case you terjatuh hati dengan lelaki lain sebelum date kita yang kesepuluh, I boleh tarik diri.” - Ed

Sepuluh kali date. Itu yang Ed minta daripada Kaysa Adara. Gadis yang dia pilih untuk dijadikan ‘tangga’ untuk mencapai matlamat hidupnya. Secebis rasa sayang mahupun cinta pun tiada dalam dirinya. Yang ada, hanyalah perasaan bersalah dan ragu-ragu kerana terpaksa mempergunakan gadis itu.

Hubungan mula terjalin. Kaysa Adara dilayan sebaik mungkin. Dia cuba untuk tidak melukakan gadis itu. Dia bukanlah seorang yang kejam. Dia tahu apa yang dia lakukan itu kejam tetapi dia cuba untuk tidak bertindak lebih kejam.

Tanpa sedar, hati mula terpaut pada gadis itu. Sikap Kaysa Adara yang bersahaja dan sesekali manja dengannya membuatkan hati Ed yang selama ini dingin dan beku mula disapa rasa bahagia.
Ed mula dihimpit rasa bersalah dek kerana rancangannya. Tidak mahu meneruskan hubungan yang berlandaskan tipu muslihat, lelaki itu memutuskan untuk melepaskan Kaysa Adara dengan membongkar rahsianya sendiri. Gadis itu perlu tahu siapa dia yang sebenarnya dan juga motifnya selama ini.  

“Do you think we can create a happy ending?” – Kaysa Adara
“This is our happy ending.” – Ed
“Maksud you, ‘separation’ is our happy ending? I tak rasa macam tu. I rasa ‘together’ is our happy ending.” – Kaysa Adara

Walaupun Kaysa Adara sudah tahu Ed mempergunakannya, dia tetap ingin bersama dengan Ed. Dia faham kenapa Ed menjadikan dirinya sebagai tangga untuk mencapai matlamat lelaki itu. Dia faham apa yang Ed terpaksa lalui. Sedikit rasa marah pun tidak ada. Dia cuma terkilan kerana selama ini dia fikir lelaki itu benar-benar menyintainya.

Mampukah Ed dan Kaysa Adara mencipta happy ending untuk kisah mereka?