Tuesday, April 26, 2016

1 Pengakuan 9 Luahan by Azura Rasiddin

Assalamualaikum semua….




Tada~~~ Ini cover novel saya yang keenam.

1 Pengakuan 9 Luahan

Cantik tak cover tu?

Terima kasih kepada designer KS sebab dia penuhi permintaan saya dan sudi melayan karenah saya yang banyak songeh. Hehe.
Well, saya sangat sangat berpuas hati dengan cover ini.






Harga novel: RM32sm/RM35ss


SINOPSIS

Lelaki itu merupakan orang terakhir yang ingin dia jumpa sebaik sahaja pulang ke Malaysia tetapi kenapa lelaki itu yang ditemuinya pada hari pertama dia di sini?  Adakah itu satu suratan ataupun kebetulan?

Pertemuan dengan bekas suaminya itu membuatkan dia terkenang kembali tragedi yang berlaku enam tahun lepas. Tragedi yang telah merubah kehidupannya 360 darjah.

“Aku benci kau, pembunuh!”– Dhira

Tempikan, herdikan dan kata-kata hinaan pada enam tahun lepas masih tersemat rapi di kotak fikiran Zafran, masih menghantui dirinya. Sementara Dhira pula dihimpit rasa bersalah kerana kata-katanya itu, menyesali kerterlanjuran bicaranya.

Pertemuan demi pertemuan membuatkan hubungan yang pada mulanya janggal bertukar mesra. Gelak tawa dan senda gurau menghiasi hari mereka.

“Awak nak kahwin dengan saya semula tak?” – Dhira

“Maaf. Saya terpaksa tolak lamaran awak. Saya tak nak ulang kesilapan saya.” – Zafran

Itu jawapan Zafran tetapi tiba-tiba dia menghantar rombongan meminang.

“Sebelum kita bernikah, awak boleh tarik diri. Tapi lepas kita bernikah, saya tak akan lepaskan awak lagi.” – Zafran

Mana mungkin Dhira tarik diri sedangkan dia ingin memiliki Zafran. Namun, rumah tangga mereka tidak seperti orang lain. Zafran seolah-olah membina tembok antara mereka. Dhira tahu kenapa tembok itu wujud dan dia nekad untuk runtuhkan tembok itu dengan 1 Pengakuan 9 Luahannya.

Ikuti Dhira dalam misi menambat hati si suami yang masih ditenggelami dengan kenangan lalu. Berjayakah Dhira menamatkan 1 Pengakuan 9 Luahannya? Atau masih ada luahan yang tidak terungkap?


Note daripada Cik Penulis:

Novel ini merupakan terbitan eksklusif Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016 yang akan di adakan di MAEPS, Serdang, Selangor pada 29 April – 9 May 2016.

Novel ini akan berada di pasaran ikut bulan terbit. Bulan berapa? Itu saya tidak tahu lagi. Tapi yang penting bukan bulan May, sayang sayang sekalian. Makanya… janganlah pula kamu cari di kedai buku. Memang tak ada. Oder online dengan KS? Pun tak boleh sayangku… kena tunggu bulan terbit.

So, macam mana nak beli…. okey… ada beberapa pilihan.

1.   Beli di PBAKL. Ada diskaun RM5 tau.
2.   Beli di Ekspo Danga City Mall, Johor pada 29 April – 1 Mei 2016
3.   Beli dengan online seller yang lain.
4.   Beli dengan SAYA. Hehe. Kalau beli dengan saya, of course ada sign. saya yang tak berapa nak cantik. Hehe.

Macam mana nak beli dengan saya? Okay, saya akan post dekat entri yang baru. Tak nak semak kat sini.



Baucer buku pun diterima tau!!!


Ini di Johor. Dari jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam.
Orang Johor bolehlah serbu. 



Dan ini jadual penulis Karyaseni.


Kalau nak jumpa dengan saya, mehlah datang MAEPS pada 8 May 2016. Saya akan berada di sana dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari.


No comments: