Thursday, August 14, 2014

7 sweet words from Zuera@Azura Rasiddin




Assalammualaikum.

Hai! Setelah sekian lama…

1st: Saya minta maaf sebab dah lama tak update blog. Bukan saya sengaja x update. Tapi saya tak tahu nak update apa. Saya dah tak taip enovel sbb saya fokus pada manuskrip. Dan saya tak post manuskrip saya dekat sini sebab saya suka ubah fakta pada manuskrip saya. Nanti awak semua pening kepala pula. Kejap umur dia 26, kejap 28. Kejap suka warna kuning, kejap ungu, tiba-tiba hijau turquoise. Kejap kereta Suzuki Swift, kejap MyVi. Kejap frenship 6 tahun, kejap lapan tahun. Ha, memang saya suka tukar2. Mengikut kesesuaian. Sebab tu saya tak post manuskrip Layakkah Aku. Saya akan post bila manuskrip ni bakal diterbitkan.

2nd: Mesti semua dah tahu pasal Teman Lelaki Upahan akan didramakan, kan? In case ada yang tak tahu, meh saya bgtau. From enovel Gadis Ego vs Lelaki Misteri to novel Teman Lelaki Upahan to drama Teman Lelaki Upahan. Alhamdulillah! Amin. Drama ni diarahkan oleh abang Azma Aizal Yusoof. Pengarah yang sama dengan Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR). Ungku Ismail Aziz akan jadi EL, Siti Elizad akan jadi Kyra Lydia, Fikree Bakar akan jadi Haidar. Watak lain saya tak pasti. Sama-sama kita nantikan. Drama ni akan ditayangkan di Slot Akasia December nanti. Nantikan tau!

3rd: To those yang tertanya-tanya pasal Aku Tak Layak, meh saya jawab. Aku Tak Layak sangat mencabar bagi saya sebab saya kena buat research yang mendalam. Saya tak post sampai habes sebab cerita tu memang tergantung. Saya tak sambung taip sebab manuskrip saya hilang. Dah lama hilang. Lepas saya hantar mss TLU pada penilai, saya cari idea baru. Then saya dok recall idea Aku Tak Layak. Saya pun ambil keputusan, nak teruskan idea Aku Tak Layak tapi saya olah cara lain. Cara yang baru. In conclusion, lahirlah Layakkah Aku.

4th: Pasal Layakkah Aku. Ni manuskrip terbaru saya. Dah siap. Masih dalam proses editing fasa ketiga. Lepas edit fasa ke3, saya akan hantar pada penilai. Doakan manuskrip ni diterima. And hopefully akan diterbitkan pada tahun depan. Sebab philosophy saya, satu novel setahun. Tahun 2015 harus ada novel. Banyak cabaran yang saya hadapi juga utk siapkan manuskrip ni tapi Alhamdulillah, saya berjaya. Cuma sekarang ni saya bimbang. Saya harap Layakkah Aku mendapat feedback yang positif macam Teman Lelaki Upahan.

5th: Sebab saya jarang update blog, saya pernah terfikir nak tutup blog. Banyak kali saya terfikir perkara ni. Tapi saya sayang. Banyak jugalah enovel saya dekat sini. Cumanya saya tak update. Saya minta maaf sebab tak update. Kalau news kecil2, saya lebih suka update dekat FB, TW, IG. Follow FB saya tau. Zuera Azura Rasiddin. TW saya @zurarasiddin. IG saya @zuerarasiddin. Follow saya kat situ. Saya memang rajin update. Cuma kat blog je malas.

6th: To those yang sudi dapatkan Teman Lelaki Upahan, thank you so much. To those yang bagi positive feedbacks, saya hargai sangat. To those yang terhibur, Alhamdulillah. To those yang menjiwai karya saya, thank you! Saya speechless. Apa2pun thank you so much.

7th: To those yang ada kesemua novel saya, beribu-riban terima kasih. Thank you so much. Saya tak mampu nak ucap apa-apa selain thank you. Saya happy. Saya terharu. Saya tersentuh. Thank you, thank you, thank you!

Love,
Zuera Rasiddin / Azura Rasiddin