Friday, March 28, 2014

Teman Lelaki Upahan 10



Hari ini Kyra Lydia terpaksa mencari masa untuk menyelesaikan masalah peribadinya meskipun jadual gadis itu penuh. Walau macam mana sekalipun, dia harus bertemu EL, menagih jawapan daripada lelaki itu. Sejak pertemuan mereka dua hari yang lalu, lelaki itu tidak menghubunginya langsung. Padahal, lelaki itu perlu memberikan jawapan kepada Kyra Lydia semalam. Dari pagi hingga ke malam, Kyra Lydia menunggu panggilan daripada EL. Namun, tiada.
Kyra Lydia mula risau. Takut idea bernasnya akan memakan diri sendiri. Takut sekiranya EL tidak mahu menjayakan plan dia yang dah cukup sempurna. Takut untuk berhadapan dengan hari Sabtu, hari di mana Dato Azham ingin bertemu dengan teman lelakinya.
Sebaik sahaja menyelesaikan beberapa kertas kerja yang penting, Kyra Lydia terus memandu menuju ke restoran di mana EL bekerja. Gadis itu sudah tidak punya banyak masa lagi. Hari ini sudah hari Khamis. Hanya dua hari sahaja yang dia ada untuk mencari teman lelaki olok-olok sebelum tibanya hari Sabtu.
Dengan riak wajah yang kosong, Kyra Lydia mula mencari-cari EL sebaik sahaja dia melangkah ke dalam The Spices. Puas dia mencari tetapi matanya tidak bertemu juga dengan apa yang dia cari. Lantas, dia memutuskan untuk mendekati seorang lelaki yang sedang memberi arahan kepada pekerjanya. Pasti lelaki itu bos di sini. Daripada gayanya, Kyra Lydia sudah mampu meneka.
“Excuse me… Where’s EL? I’m looking for him.”
Terhenti terus perbualan lelaki itu bersama pekerjanya. Lelaki itu terus menoleh, memandang ke arah Kyra Lydia.
“EL? Cik nak jumpa dengan EL?”
Kyra Lydia menganggukan kepalanya. “He’s your worker, isn’t it?”
Senyuman terukir di bibir lelaki itu. Senyuman yang penuh dengan makna. Kemudian, lelaki itu mula ketawa kecil. “EL bukan pekerja saya. Truth is, he’s my partner. Cik Lydia ke? Chief Operating Officer from Casa Furniture & Design.”
“So, he told you about me? You mesti rapat dengan dia kan? Mana dia?”
Sengaja Adam memberitahu EL itu bukan pekerjanya. Dia ingin memancing reaksi Kyra Lydia apabila diberitahu yang EL itu rakan kongsinya, namun reaksi gadis itu biasa sahaja. Tidak seperti yang dia harapkan.
“I’m Adam, his close friend. Glad to meet you….. at last. EL tak ada. Setahu saya, dia dekat restoran kami di USJ.”
Keluhan berat terlepas dari bibir gadis itu. Satu masalah pula bila EL tiada. Sekarang ini dia kena pergi ke USJ pula. Sungguh leceh!
“Bagi saya alamat restoran you dekat sana. I need him ASAP.”
“Tapi cik… Dia tu tak tentu. Kejap dekat USJ, kejap dekat Shah Alam… Penat je kalau cik cari dia kat USJ tapi dia tak ada. Apa kata cik call je dia. Kan senang?” cadang Adam dengan niat untuk memudahkan kerja Kyra Lydia.
Rambut Kyra Lydia yang menutup sedikit matanya disebak ke belakang. “I dah call dia since morning tapi dia tak angkat call I. Dia nak larikan diri daripada tanggungjawab.”
Adam hanya mampu tersengih. Dia tahu sangat yang EL tu memang tak nak layan Kyra Lydia. Bagi EL, gadis ini adalah asid yang harus dia jauhi jauh-jauh demi keselamatan diri. Mata Adam tiba-tiba menangkap sesuatu melalui tingkap kaca di restorannya lalu senyuman terbentuk di bibir lelaki muda itu.
“You’re lucky, miss. Dia ada kat sini… Tu, baru sampai,” beritahu Adam sambil menuding jari ke arah EL. Gerak hati Adam mula memberitahu ada drama yang menarik bakal berlaku sebentar nanti. Tidak sabar rasanya menonton reaksi Adam diserang oleh Kyra Lydia.
Kyra Lydia terus berpaling, memandang ke arah yang ditunjukkan oleh lelaki yang bernama Adam. Lega! Itulah yang dia rasa kini. Ya, dia akan bersemuka dengan EL. Sebelum beredar, sempat juga Kyra Lydia mengucapkan terima kasih kepada Adam.
Langkah Kyra Lydia dicepatkan, menuju ke arah EL yang masih lagi berada di motornya. Apabila sudah hampir, langkah Kyra Lydia diperlahankan. Matanya tepat memandang EL.
“Nice bike.” Ucapan pertama yang terluah dari bibir Kyra Lydia.
EL yang tidak sedar akan kehadiran Kyra Lydia dek sibuk dengan membetulkan rambutnya, sedikit terkejut. Dia terus memandang Kyra Lydia.
“You buat apa kat sini?” tanya EL bosan. Rasa menyesal pula kerana datang ke restoran ini. Sepatutnya dia teruskan sahaja memantau restorannya di USJ. Tidak perlu ke sini.
“You owe me an answer, Mr. Ezwan Lutfi.”
Mata EL sedikit membesar. “Whoa… You know my name… What a surprise!”
“I’ve good memory… So, can you give your answer now? Or you still want to discuss about it? Kalau nak discuss, please discuss kat dalam. Panaslah kat luar ni.”
Wajah Kyra Lydia dipandang dengan penuh rasa menyampah oleh EL.  Tangannya mula menunjukkan tanda berhenti. “Wait, wait, wait…. Sejak bila pula I owe you an answer. As far as I’m concerned, Miss Kyra Lydia, I owe you a compensation for ruining your clothes and shoe. Nothing to discuss then. Just tell me berapa I kena bayar. I’ll pay it in cash since you tak percaya dengan cek I.”
Kyra Lydia mengetap bibir. Buat seketika, otaknya ligat berfikir, mencari idea lain untuk memastikan EL bersetuju dengan ideanya. “I need the discussion. Can we go inside? You tak panas ke? Teriklah kat luar ni.”
EL mula bangun dari motornya. Dia berjalan mendekati Kyra Lydia, lalu memeluk tubuh setelah jaraknya dengan gadis itu hanya tinggal beberapa jengkal. “I rasa lebih baik you balik and stop thinking about your stupid proposal. I tak nak discuss apa-apa dengan you because my answer is still the same. I’m not going to be your fake boyfriend.”
“Okey… I tahu you bukan pekerja di sini, you partner kat sini… so that’s means you have pontential to pay me. Tapi I tak nak duit.”
“Oh, so you tahulah yang I ni tak semiskin yang you sangka? Macam mana you tahu? Spying on me, huh?”
Kyra Lydia mempamerkan riak wajah biasa. Rambutnya yang sesekali ditiup angin, diselitkan ke belakang telinga. “I tak ada masa nak pasang spy. Your partner told me. Back to our discussion… even restoran ni you punya, you still tak mampu nak bayar I. Just accept the fact. I beli baju tu dekat US. Kasut tu pula dekat Paris. Mampu ke you ganti? And berapa sangatlah yang you dapat dengan profit restoran ni. Tak banyak kan. Okay, if you think my proposal is stupid, let’s change it. I don’t want you to be my fake boyfriend. I nak you jadi teman lelaki upahan I, instead. I akan bayar you. Just tell me the price. I sanggup bayar you lima kali ganda profit yang you dapat from your restaurant. And hutang you pada I langsai. So, tertarik dengan proposal I?”
EL tercenggang. Gadis ini penuh dengan kejutan. Kelmarin suruh dia jadi teman lelaki palsu. Hari ini, suruh dia jadi teman lelaki upahan pula. Laju EL menggelengkan kepalanya.
“You know what? You ni gila tau.”
Sebaik sahaja menghabiskan ayatnya, EL terus berjalan meninggalkan Kyra Lydia. Bahang cuaca di luar mula terasa ditambah pula dengan permintaan mengarut Kyra Lydia.
“EL, I tak gila. You need to think about it.”
Kyra Lydia masih tidak berputus asa. Dia mengekori langkah EL untuk sesi tawar menawar dengan EL. Bukan sesi pujuk memujuk ya. Sebab Kyra Lydia tidak akan merendahkan egonya untuk memujuk sekali lagi. Cukuplah dia memujuk Haidar.
“Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah, atau apa-apa saja. Just name it.”
EL yang baru mahu menolak pintu kaca, menarik semula tangannya. “Kenapa I? Kenapa I yang kena jadi mangsa you? You carilah orang lain. Upahlah mana-mana pelakon. Dia orang lebih daripada sudi dengan tawaran you tau.”
“Sebab I rasa you yang paling layak. Look, I need you to be my boyfriend this Saturday. Please be there.”
“This is ridiculous. Tolong pergi Cik Lydia sebelum I do something bad.”
Tanpa mempedulikan Kyra Lydia, EL menolak pintu kaca lalu melangkah masuk ke dalam dengan wajah yang tegang. Kali ini, Kyra Lydia hanya membiarkan EL. Dia sudah buntu. Tidak mampu lagi mencari idea untuk memastikan EL menerima tawarannya. Sudah diupah dengan macam-macam pun, lelaki itu tidak mahu bersetuju.
Bunyi deringan telefon bimbit gadis itu menghentikan proses menjana idea di fikirannya. Telefon bimbit dicari di dalam tas tangan. Melihatkan nama pembantu peribadinya di skrin, dia segera menjawab.  
“Cik Lydia, just to remind you… Fifthteen minutes from now, you have meeting with Encik Syamsul,” beritahu Adeline.
“Okay, thanks.”

Adam memandang EL yang baru sahaja masuk ke dalam The Spices bersama wajah yang masam. Ketawa yang ditahan sedari tadi terhambur jua. Galak dia mengelakkan EL. Sejujurnya, daripada tadi dia menonton drama sebabak di hadapan restorannya. Seronok pula melihat gelagat EL dengan gadis tak ada perasaan itu. Ya, Adam mengelar gadis itu gadis tak ada perasaan sebab masa dia beritahu EL ialah rakan kongsi dia, reaksi gadis itu biasa sahaja. Tidak terkesan langsung padahal selama ini dia menganggap EL pekerja sahaja.
“Gelaklah… gelak. Suka kan kau tengok aku kena layan minah gila tu. Aku rasa dia memang kena dapatkan rawatan sakit jiwa tau,” ucap EL lalu melabuhkan punggungnya di kerusi. Jaket kulitnya ditanggalkan. “Man, bagi Teh O Ais satu. Hauslah.”
Pekerja EL terus mengangguk faham. Adam yang sudah sedia duduk terus menepuk-nepuk bahu EL. “Akhirnya dapat juga aku jumpa minah tu kan. Well, what can I say pasal dia, she has no feeling, bro. Aku saja lah beritahu dia yang kau tu bukan pekerja aku tapi partner aku. Reaksi dia kosong! Macam apa yang aku cakap ni biasa je.”
“Kan aku dah beritahu kau… Dia tu memang pelik. Abnormal! Manusia normal mana react macam tu.”
“So, apa yang dia cakap dekat kau kat luar tadi? Macam serius je.”
EL mencebikkan bibirnya. Gelas minuman yang baru sahaja diletakkan oleh Aiman terus dicapai EL. Dengan rakus, EL menyedut Teh O Ais sehingga tinggal separuh gelas. Kering tekaknya setelah berbual dengan Kyra Lydia.
“Mahu tak serius… Dia nak aku jadi teman lelaki upahan dia pula. Dia sanggup bayar aku lima kali ganda profit yang kita dapat. And she’s going to give me everything I want. Dasar minah sewel!”
“Wow! Lima kali ganda. Dia tahu tak berapa tu bro… Jap, aku kira… Puluh ribu tu bro...”
EL menyisir rambutnya dengan jari. “Dahlah… Tak payah fikir pasal minah ni. Ni aku nak beritahu kau… Owner banglo tu tak nak jual banglo tu pada aku la.”
“Ayem beritahu kau ke? Siapa owner banglo tu?”
Bahu EL dijongketkan tanda tak tahu. “Aku suruh Ayem settlekan. Dia masih cuba berurusan dengan owner tu. Banglo tu serius cantik bro. Aku ingat nak duduk sana pula lepas dapat beli banglo tu. Buka bisnes kat sana pula.”
“Dan biarkan aku seorang diri kat sini?” gumam Adam.
“Lambat-laun aku akan serahkan juga restoran tu dekat kau. Famili aku tu asyik-asyik tanya aku bila aku nak bekerja dengan dia orang.”
“Bosanlah kalau kau tak ada bro.”
EL mula tersenyum nakal. “Sebab tulah aku suruh kau cari awek cepat-cepat. Boleh buat bini. Tak adalah kau bosan.”
“Cakap orang… yang kau tu?”
Sesaat kemudian, tercetus tawa mereka berdua, menceriakan suasana restoran yang pada waktu itu tidak ramai pelanggan. Maklumlah bukan waktu puncak. Selalunya restoran mereka akan mula sesak pada jam 6 petang sehingga ke malam.

Sudah hampir satu jam penthouse Kyra Lydia ditemani alunan piano yang cukup merdu yang dimainkan oleh gadis itu sendiri. Lama gadis itu duduk di kerusi piano sambil mengalunkan beberapa buah lagu dengan piano miliknya yang berwarna putih. Bagi Kyra Lydia, alunan piano merupakan terapi yang cukup sesuai untuk dia menenangkan jiwanya yang kacau-bilau sejak belakangan ini.
Fikirannya kadang-kadang tidak berada di situ. Fikirannya kadang-kadang terbang memikirkan masalah-masalah yang dia hadapi. Otaknya cuba mencari idea lain untuk menarik minat EL untuk menjadi pelakon berbayarnya. Dia masih belum berputus asa. Hari esok masih ada dan dia akan teruskan usaha. Dia sanggup buat apa sahaja untuk membuat lelaki itu bersetuju. Namun, bukan dengan merendahkan egonya.
Tidak lama kemudian, Kyra Lydia mula terbayangkan fail yang diberikan oleh Adeline sebelum dia pulang tadi. Fail yang berisi maklumat Najwa, bakal isteri Haidar merangkap perampas kekasihnya. Semua butir gadis itu sudah berada di dalam kepalanya. Berulang-ulang kali dia baca maklumat itu. Maklumat yang disertakan dengan gambar sekali. Bagus sungguh kerja Adeline. Memang dari dahulu lagi Kyra Lydia suka dengan hasil kerja pembantu peribadinya.
Esok dia ada dua misi. Bertemu dengan EL dan juga bertemu dengan Najwa. Ya, esok dia akan bersemuka dengan Najwa. Pertemuan akan diaturkan pada hari esok. Dia tak akan lengah-lengahkan waktu untuk merampas semula Haidar. Dia tidak mahu terlalu lama kehilangan lelaki itu, lelaki yang satu-satunya bertakhta di hatinya.
Bunyi loceng rumahnya membuatkan jari-jemari berhenti bermain piano. Dahinya sedikit berkerut. Siapa yang datang ke rumahnya? Haidar? Argh, tak mungkin.
Dengan penuh rasa tanda tanya, Kyra Lydia menuju ke pintu rumah. Skrin di dinding di pandang. Dato Azham bersama keluarganya. Satu lagi masalah! Bersama dengan wajah tidak puas hati, Kyra Lydia membuka pintu rumah.
“Kenapa dato datang sini?” soal Kyra Lydia tanpa memandang keluarganya. Gadis itu masih dingin seperti dulu.
“Saja je kami singgah. Nak lawat rumah Lydia. Tak pernah pun Lydia ajak kami ke sini. Daddy ada beli pizza dengan kek ni. Jomlah makan sama-sama,” ucap Dato Azham mengabaikan rasa tidak senang di wajah anaknya.
“Hai, kak long. Ingat adik lagi tak? Wah, besarnya rumah kak long. Kak long tak takut ke tinggal seorang diri?” Khalishah bersuara girang, teruja melihat rumah Kyra Lydia.
Tanpa dijemput masuk, Khalishah terus meluru mendapatkan Kyra Lydia lalu memeluk kaki gadis itu. “Kak long dah lama tak datang rumah. Adik rindu dengan kak long. Adik tak ada kawan nak ajak main.”
Kyra Lydia terkejut. Dia terundur beberapa tapak dan peluang itu digunakan oleh Dato Azham dan isterinya untuk melangkah masuk ke dalam rumahnya. Apa yang berlaku di depan mata gadis itu sangat memeranjatkan. Semuanya berlaku dengan pantas. Tiba-tiba keluarganya datang, bawa pizza, bawa kek dan dengan selamba melangkah masuk ke dalam rumahnya. Huh, siapa bagi mereka kebenaran? Dan kenapa tiba-tiba budak ni nak bermanja dengan dia?
“Apa yang Lydia tercegat lagi tu. Layanlah tetamu ni. Tak payah buat air. Daddy dah beli. Bawakan gelas dengan ais je. Lepas tu, kita makan sama-sama.”
Dato Azham dan Datin Izzati sudah pun buat rumah Kyra Lydia macam rumah sendiri. Selamba sahaja duduk di meja makannya. Oh, ini sudah melampau.
Tangan Kyra Lydia tiba-tiba ditarik. “Kak long… jomlah… Adik dah lapar ni. Tak sabar nak makan sama-sama dengan kak long.”
Pening kepala Kyra Lydia seketika. Matanya tajam menghala ke arah Dato Azham. Jelas menunjukkan dia kurang senang dengan kunjungan keluarga itu.
“Hmm, kalau Lydia malas, biar daddy yang ambilkan gelas dengan ais. Lydia duduk je dulu.” Dato Azham masih beriak selamba. Dia bangun lalu mencari gelas di dapur Kyra Lydia. Bukan susah pun nak cari, semuanya sudah berada di depan mata. Peti ais dibuka pula. Beberapa ketulan ais diletakkan di dalam gelas. Cekap dan pantas. Tidak lama kemudian, dia membawa empat gelas ke meja makan.
Khalishah masih lagi menarik tangan Kyra Lydia menuju ke meja makan. Dengan selamba, Kyra Lydia merentap tangannya. Kakinya laju melangkah ke meja makan dan duduk berhadapan dengan Dato Azham. Keningnya dinaikkan, seolah-olah menyuruh Dato Azham memberi penjelasan.
“Adik, mari sini… kak long dah duduk ni. Jom kita makan sama-sama. Adik bacakan doa ya,” pinta Dato Azham.
“What the hell are you doing, Dato Azham?” jerkah Kyra Lydia kuat bagaikan halilintar. Gadis muda itu mula hilang sabar.
Terus sunyi dan sepi suasana di rumah itu. Datin Izzati yang sedari tadi diam hanya mampu menundukkan wajahnya. Memang dia tahu dia tidak berhak berbicara. Dia sedar dirinya tidak diterima oleh Kyra Lydia. Khalishah yang sudah duduk di sebelah Kyra Lydia mula ketakutan. Dato Azham pula mula menunjukkan wajah sedih. Lelaki itu terdiam buat seketika. Panahan mata anaknya yang tajam benar-benar melukakan hati tuanya.
“Hari ni kan birthday Lydia. Daddy cuma nak raikan hari istimewa ni dengan keluarga kita. Salah ke? Daddy tak tahu lepas ni daddy sempat raikan ataupun tidak,” tutur Dato Azham dengan mata yang berkaca. Sesungguhnya, lelaki tua itu sedang menyembunyikan sesuatu.
Birthday? Sungguh, Kyra Lydia lupa hari ini ulang tahun kelahirannya. Patutlah Adeline berikan dia hadiah tadi. Gadis itu mula ketawa sinis. “It’s my birthday. Not you, not that woman or that girl. Why do you care? Selama ni tak ada pun sibuk-sibuk nak celebrate birthday I. Kenapa sekarang baru nak kecoh?”
“Lydia… stop complaining! Daddy care pasal Lydia. I care every single thing about you. Selama ni, Lydia yang tak ambil tahu pasal famili Lydia. Not the way around.”
Baju Kyra Lydia ditarik lembut. Lantas, Kyra Lydia menoleh memandang wajah Khalishah yang comel. “Kak long… kak long janganlah marah daddy. Daddy sayang kak long. Setiap kali birthday kak long, daddy akan beli kek. Tapi kak long tak ada. Kali ni, daddy cakap daddy nak sambut dengan kak long,” ucap anak kecil itu bersama linangan air mata, tidak sanggup melihat daddynya dimarahi.
Hati Kyra Lydia yang selama ini keras tiba-tiba lembut sedikit apabila Khalishah mula teresak-esak. Dia diam sejenak.
Datin Izzati pantas menyeka air mata yang mula mengalir di pipinya. Situasi sekarang amat memilukan hatinya. Ditambah lagi dengan fakta yang dia dan suaminya cuba sembunyikan daripada pengetahuan Kyra Lydia.
Untuk memeriahkan semula suasana, Dato Azham mengukirkan senyuman lebar. Dia menuang air ke dalam gelas. Kotak kek Secret Recipe mula dibuka. “Happy birthday Lydia… Wish you a good life. Hmm, cepatlah potong kek. Daddy tahu Lydia suka New York Cheese.”
Kyra Lydia mengenggam tangannya yang berada di bawah meja. Kini, wajahnya tidak menunjukkan tegang tetapi kosong. Dia bangun dari duduknya.
“Just do it like past years. Celebrating without me. I’m not interested to celebrate with you. I masuk bilik dulu. Lepas dah enjoy celebrating, bolehlah kemas apa yang patut dan keluar dari rumah I.”
Di akhir bicaranya, Kyra Lydia terus mengatur langkah menuju ke biliknya dengan perasaan yang sukar dia mengertikan. Sedikit pun dia tidak berpaling memandang wajah Dato Azham.
Tangan Dato Azham diusap lembut oleh isterinya yang cukup memahami perasaan lelaki itu saat ini. Hari ini, Dato Azham benar-benar menunjukkan kelukaan di wajahnya. Datin Izzati tidak mampu lagi untuk memberi pujukan. Dia sudah kematian idea. Buntu! Sikap Kyra Lydia masih lagi seperti dulu. Kebenciaan gadis itu tidak pernah berkurang walaupun seinci.
“Daddy… Daddy janganlah sedih. Daddy janganlah nangis,” pujuk Khalishah yang sudah berdiri di sebelah Dato Azham. Anak kecil itu sangat risau melihat wajah daddynya yang selalu ceria, kini sugul.
Dato Azham memandang anaknya. Senyuman plastik cuba diukir. Perlahan-lahan, dia mendukung anaknya lalu didudukkan di riba. “Kita makan kek kat rumah kita ya. Pizza ni kita panaskan dalam microwave. Baru best. Panas-panas.”
Khalishah mengangguk-anggukkan kepalanya. Anak kecil itu terus memeluk daddynya selepas menghadiahkan ciuman ke pipi Dato Azham. “Adik sayang daddy. Kalau kak long tak sayang daddy, adik sayang daddy.”
Senyuman terukir di bibir Dato Azham. Dia terus mencium pipi anaknya dengan penuh kasih sayang. Pandangannya kemudian dihalakan ke arah Datin Izzati. “Kita balik ya, sayang.”
Tanpa mereka bertiga sedari, mereka diperhatikan oleh Kyra Lydia di sebalik pintu bilik gadis itu. Gadis itu hanya memandang tanpa rasa. Hati gadis itu terlalu keras.



Friday, March 21, 2014

Teman Lelaki Upahan 9



Mata EL diliarkan memandang ke sekeliling, mencari seseorang. Entah buat kali ke berapa, dia mengerling jam tangannya. Keluhan berat dilepaskan. Janji pukul lima setengah…. Sekarang ni dah pukul enam, batang hidung dia pun aku tak nampak, rungut EL dalam hati. Tangannya mula mengetuk meja. Bosan!
Dia kembali menunggu. Terpaksa menunggu sehingga gadis itu muncul. Ada hutang yang perlu dia langsaikan. Jika bukan pasal hutang, sudah lama dia berambus. Buang masa je tunggu gadis angkuh tu. Fikiran EL mula melayang entah ke mana dek kerana kebosanan yang melampau.
Deheman seseorang membuatkan lamunan EL terbang serta-merta. Matanya terhala ke arah seorang gadis yang berpakaian formal. EL sekadar memandang wajah gadis yang nampak letih itu. Tiada niat untuk memulakan perbualan. Barangkali menunggu kata maaf daripada si gadis.
Kyra Lydia beriak bersahaja. Tiada langsung niat untuk meminta maaf atas kelewatannya. Padahal dia sudah terlewat hampir setengah jam. Jika lelaki di hadapannya ialah Haidar, sudah pasti ucapan maaf yang menutur di bibirnya saat ini. Namun, lelaki di hadapannya bukanlah Haidar. Hanya seorang lelaki asing, seorang pekerja restoran. Perlukah dia minta maaf?
Kyra Lydia memandang gelas minuman di atas meja. Pasti lelaki itu memesan untuknya. “I tak minum air milo,” ucap Kyra Lydia bersahaja. Badannya disandarkan ke kerusi sambil memandang ke arah EL.
EL terus mencapai gelas di hadapan gadis itu. “I tak oder untuk you pun. It’s mine!”
Tawa sinis terbit dari bibir Kyra Lydia. Kedudukan gelas itu betul-betul di hadapannya. Jarak gelas itu dengannya lebih dekat berbanding lelaki itu. “Tamaknya you… minum sampai dua gelas,” perli Kyra Lydia.
“You nak minum apa-apa tak? Oder jelah. My treat,” ucap EL dengan nada bosan. Malas nak layan karenah Kyra Lydia. Dah lah lambat, banyak songeh pula. Minta maaf pun tidak. Dasar gadis ego!
“It’s okay. I baru je minum tadi.”
EL merapatkan badan ke meja. “Well, do you mind to explain kenapa you lambat? More than half an hour I tunggu you tau.”
“Do I need to give you an explanation?” Selamba sahaja Kyra Lydia membalas pertanyaan EL.
Terjatuh rahang EL mendengar respon yang cukup selamba daripada gadis itu. Sungguh, dia tidak pernah jumpa orang seperti perempuan di hadapannya. “You ni kan… memang tak tahu budi bahasa eh? I tak…”
Bicara EL terhenti tatkala iPhonenya berbunyi. Segera dia mencapai iPhone di dalam poket seluar. “I need to answer this call. Urgent!” ucap EL sebelum buru-buru beredar dari meja.
Kyra Lydia kini bersendirian. Gadis itu mengurut bahunya perlahan. Badannya terasa letih. Minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk bagi gadis itu. Dia terpaksa menguruskan kerja-kerja yang tertangguh sewaktu dia mengambil cuti seminggu. Sedikit pun dia tidak terasa dengan kata-kata EL sebentar tadi. Kyra Lydia kemudian menghalakan pandangannya pada kaca tv. Muzik video dari seberang menarik perhatiannya. Tanpa sedar, dia menghayati setiap bait lirik lagu itu. Lagu yang didendangkan oleh Syahrini, bertajuk Kau yang Memilih Aku. Matanya terpaku di kaca tv.

Cinta tak pernah sesakit ini
Cinta tak pernah seperih ini
Yang aku minta tulus hatimu
Bukan kau curangi aku

Rasa yang ada di dalam hati
Tangis yang ada saat ku sendiri
Inilah akhir kisah cintaku
Kisah bersamamu

Kau yang telah memilih aku
Kau juga yang sakiti aku
Kau putar cerita
Sehingga aku yang salah

Kau selalu permainkan wanita
Kau ciptakan lagu tentang cinta
Hingga semua tahu
Kau makhluk sempurna

Mungkinkah semua mereka tahu
Saat hatiku luluh kepadamu
Kau pergi dengan kisah yang baru
Dan ku simpan di ketulusan hati


Setitis air mata mengalir di pipi Kyra Lydia sebaik sahaja muzik video yang dipaparkan tamat. Segera dia menyeka air matanya. Matanya memandang hadapan semula. Hampir gugur jantungnya apabila menyedari EL sudah berada di tempatnya. Cepat-cepat dia mempamerkan riak wajah kosong. Kesedihan yang muncul sebentar tadi cuba dibuang jauh-jauh.
Air mata yang mengalir di pipi Kyra Lydia menimbulkan tanda tanya di hati EL. Tidak semena-mena, perasaan ingin tahu menular di sanubari lelaki itu. Pelik! Sangat pelik! Tidak sampai lima minit dia tinggalkan gadis itu, gadis itu sudah menangis. Perasaan ingin tahunya melonjak-lonjak. Pun begitu, dia sedar dia tiada hak untuk menyoal.
“Dah lambat ni, cik… Apa kata kita selesaikan hal kita. So, berapa I kena bayar you?”
Kyra Lydia senyum. Sinis sekali senyumannya itu. “Tak perlulah I beritahu you. I tahu you tak mampu nak bayar. I tak nak bebankan you.”
“Maksudnya, you tak nak minta apa-apa daripada I? I tak payah bayar apa-apa?” soal EL bersama kerutan di dahi. Bertambah pelik dia jadinya.
“Mana ada benda free dalam dunia ni. I tak cakap pun you tak perlu bayar apa-apa. I’ve a good proposal for you. You tak perlu bayar ganti rugi you dengan duit. Tapi you bayar dengan menjadi teman lelaki I. I want you to pay your debt by being my fake boyfriend.”
 Sungguh, EL terkejut mendengar permintaan mengarut gadis itu. Lama dia terdiam dek kerana rasa terkejut. Lama kemudian, dia merenung jauh ke dalam bebola mata Kyra Lydia.
“You want me to be your fake boyfriend?” soal EL seakan ingin kepastian.
Dengan yakin, Kyra Lydia menganggukkan kepalanya. Selamba sahaja wajahnya. Wajah tiada perasaan. EL tidak mampu menahan gelak. Tawa yang cuba ditahan terhambur juga. Perempuan ni buat lawak ke apa, soal EL sekadar di dalam hatinya. Kepalanya sudah digeleng-gelengkan, tanda tidak percaya. Tangannya pula menekan perut yang terasa senak akibat ketawa yang kuat. Walaupun gelakan EL menarik perhatian para penggunjung, lelaki itu masih lagi melepaskan gelakan. Seperti mana Kyra Lydia selamba membuat permintaan, begitu juga selambanya EL melepaskan gelak.
Kyra Lydia sedikit bengang apabila ditertawakan sedemikian. Seumur hidup dia, belum pernah dia digelakkan sebegitu rupa. Dia memberikan pandangan yang cukup tajam kepada EL, memberi isyarat supaya lelaki itu berhenti gelakkannya.
“I serius! This is not joke. By hook or by crook, you have to be my fake boyfriend.”
“Dah kenapa pula saya kena jadi boyfriend palsu cik ni?” tanya EL bersama sisa tawa.
“You ni ada akal ke tak? You cermin diri you dulu… mampu ke you bayar ganti rugi for the damage you had done?”
EL tersenyum penuh makna. Sedikit pun tidak terasa dengan kata-kata Kyra Lydia. Gadis itu terlalu angkuh. Dia perlu membuat sesuatu supaya gadis itu sedar, bukan gadis itu seorang sahaja yang ada duit di dunia ini.
“Berapa I kena bayar? Lima ribu? Sepuluh ribu? Lima belas ribu?” EL terus menghulurkan cek kosong yang sudah dia sediakan. “Take this. Tulis je berapa angka you nak. Berpuluh ribu pun boleh. Tapi kan cik… I nak pesan sikit, tulislah nilai yang berpatutan dengan kerugian you. Jangan nak over sangat. Rugi sikit, tapi minta berpuluh kali ganda.”
Dahi EL sedikit berkerut apabila riak wajah Kyra Lydia tidak menunjukkan sebarang kesan. Sangkanya gadis itu pula yang akan terkejut dengan bicaranya. Namun, sangkaannya meleset.
Tanpa sebarang perasaan, Kyra Lydia mengambil cek kosong di atas meja lalu dibaca sepintas lalu. Ezwan Lutfi. Baru kini dia faham kenapa lelaki itu mahu dipanggil EL. Senyuman sinis kembali meniti di bibirnya. Dia memandang EL semula dan dengan selamba dia mengoyakkan cek di tangan.
“I tak bodoh macam you. You ingat I percaya ke kata-kata you tu. Cek tendang you ni, tak ada nilai tau. Okey, I tahu you perlukan masa untuk berfikir. This is my card. I want to know your answer by tomorrow. Bear in mind, I won’t take ‘NO’ as an answer, Encik Ezwan Lutfi.”
Setelah menghulurkan kad namanya, Kyra Lydia terus meninggalkan EL. EL hanya mampu menghantar pemergian Kyra Lydia dengan pandangan matanya. Kad nama yang diberi gadis itu dipandang. Tulisan yang tentera pada kad nama mula dibaca. Kyra Lydia binti Dato Azham, Chief Operating Officer of Casa Furniture and Design.
“Patutlah berlagak tak ingat dunia… COO rupanya.” Kutuk EL bersama mimik muka.

“Macam mana date kau, bro?”
Baru sahaja EL menapak masuk ke dalam rumah, dia sudah diajukan soalan oleh Adam yang sedang menonton movie di ruang tamu. Soalan itu membuatkan wajah EL bertukar kelat. Langkahnya terus menuju ke sofa lalu dihempaskan punggungnya bersama keluhan berat.
“Date apanya… Aku jumpa dia sebab nak bayar ganti rugi je… sebab aku dah kotorkan pakaian dan kasut dia… bukan date dengan dia.”
Adam terkekeh-kekeh ketawa. “So, dah settle lah? Berapa dia suruh bayar wei?”
“Belum settle…” EL membetulkan posisi duduknya, badan EL dipusingkan ke kiri untuk memudahkan dia memandang Adam dengan lebih jelas. “Aku rasa minah tu ada masalah mental la…”
“Whoa… apa dah jadi? Cuba kau cerita sikit.” Adam mula teruja ingin tahu.
“First…” Ibu jari EL ditegakkan. “Dia janji nak jumpa dengan aku 5.30. Tapi pukul 6 lebih baru dia sampai. Dia langsung tak minta maaf even dia tu lambat. Bukannya lambat sikit. Kau tahu dia cakap apa masa aku suruh explain kenapa dia datang lambat? Do I need to give you an explanation?” EL mengajuk bicara Kyra Lydia.
Rahang Adam terjatuh sedikit. “Sombong gila minah tu… Dah datang lambat, boleh pula cakap macam tu. Okey, second?”
Jari telunjuk EL dinaikkan pula. “Second… dia cakap aku tak perlu bayar dia. Aku ingatkan dia dah sedarlah yang dia tu pun salah. So, dia tak nak minta apa-apa daripada aku. Tapi rupanya dia ada agenda lain. She wants me to be her fake boyfriend.”
“What?? Serius ke?”
“Seriuslah… takkan aku nak tipu pula. Kan aku dah kata dia ada masalah mental. Dia cakap aku tak mampu nak bayar dia. And for your information, dia koyakkan cek aku. Dia ingat cek aku tak laku. Meluat betul aku dengan minah tu. Dia ingat aku ni tak mampu ke?”
Adam menyandarkan badannya ke sofa. Kepalanya digeleng-gelengkan perlahan. Tidak lama kemudian, terbit tawa dari bibirnya. Tawa Adam membuatkan EL memandang geram ke arah lelaki itu.
“Yang kau gelak ni kenapa? Lawak sangat ke cerita aku ni?”
“Luculah cerita kau ni… Minah tu bukannya kenal kau tapi dah suruh kau jadi fake boyfriend dia. Minah tu desperate sangat ke apa?”
EL mengusap rambutnya sendiri. “Tulah pasal. Aku tahu lah aku ni handsome tapi tak payahlah sampai suruh jadi fake boyfriend dia. Kalau dia suka aku, cakap jelah…”
“Alahai… tak habis-habis nak puji diri sendiri. So, kau nak jadi fake boyfriend minah tu tak?”
“Gila kau… Tak ingin aku. Biar jelah minah sewel tu. Aku sanggup bayarlah berapa yang dia nak.”
“Teruja pula aku nak kenal minah tu… Nanti kalau dia datang kedai, beritahu aku tau.”
EL menjeling Adam dengan selamba. “Buang masa je kau kenal minah ego macam dia tu.”
“Kenalkan jelah. Curious tau nak tengok muka minah yang suruh kau jadi fake boyfriend dia,” tutur Adam.
“Yelah, yelah…”