Monday, February 24, 2014

Teman Lelaki Upahan 4



Meriah sungguh suasana di taman mini yang berdekatan dengan kawasan kolam renang di Hotel Helen Avenue, Kuching pada malam itu. Lampu kelip-kelip yang berwarna-warni dan alunan muzik yang dimainkan oleh kumpulan muzik muda menambahkan lagi kemeriahan Parti Ulangtahun Kelahiran Zarra yang ke-22.
Sebuah motor Harley Davidson berhenti berdekatan dengan majlis yang sedang berlangsung. Seorang lelaki yang memakai jaket kulit berwarna hitam menanggalkan helmet di kepalanya. Sebuah senyuman manis terlakar di bibir si jejaka yang sedang membetulkan rambutnya. Setelah berpuas hati dengan penampilan diri yang dilihat melalui cermin sisi motor, dia mula menajamkan pandangan mata, mencari seseorang. Bibirnya mengukir senyuman sekali lagi. Senyuman yang lebih manis berbanding tadi.
Bersama langkah yang penuh gaya, si jejaka mendekati seorang gadis yang memakai gaun labuh berwarna merah jambu. Si gadis yang membelakangkannya masih tidak sedar akan kehadiran dirinya. Tatkala dia sudah betul-betul berada di belakang gadis itu, dia mula membisikkan sesuatu rapat ke telinga si gadis.
“Happy birthday, sweetheart,” bisik EL dengan nada yang mampu menggetarkan jiwa bagi sesiapa yang mendengarnya. 
Zarra yang sedang rancak berbual dengan kawan-kawan sekampusnya tersentak. Meremang bulu tengkuknya mendengar bisikan itu. Spontan, dia berpaling ke belakang. Matanya sudah membulat memandang EL.
EL mula menjarakkan posisinya. Tumpuannya kini hanya pada wajah sawo matang Zarra. Cantik sekali Zarra malam ini, desis hati EL yang sudah lama tidak bertemu dengan Zarra.
Gadis itu bukan sahaja kawannya sejak kecil. Gadis itu juga merupakan anak angkat keluarganya. Zarra dijaga dan dibesarkan oleh keluarga EL sewaktu gadis itu berusia 15 tahun. Tika itu gadis itu baru sahaja kehilangan kedua-dua ibu bapanya yang meninggal dunia dalam nahas kapal terbang.
“Abang ngah!!! Bila abang ngah sampai?” Zarra sedikit terjerit dek kerana rasa terkejut dan teruja bertemu kawan sepermainannya sejak kecil.
“Baru je… You look gorgeous, sweetheart,” tutur EL bersama senyuman menggoda.
“Sweet talker dah balik dah… Habislah Zarra kena tahan telinga dengar ayat-ayat sweet abang ngah. Oh, by the way… meet my friends.”
Zarra mula memperkenalkan EL kepada kawan-kawannya. Setelah sesi perkenalan, kawan-kawan Zarra mula mengundur diri, memberi ruang kepada Zarra dan EL berbual.
“Hey, mana hadiah Zarra?” pinta Zarra bersama wajah comelnya.
Dahi EL ditepuk perlahan. “Oh my… Ya Allah… Zarra, abang ngah lupa hadiah Zarra. Serius! Hadiah Zarra ada dekat rumah Adam, kat Semenanjung. Abang ngah lupa nak bawa balik.”
“What?!!”
Reaksi Zarra sudah dijangka oleh EL. Dengan selamba, EL menayang sengih. Wajah ayu Zarra sudah pun bertukar masam.
“Abang ngah ni kan…. Sampai hati abang ngah tinggalkan hadiah Zarra kat rumah Adam,” marah Zarra berbaur rajuk.
“Dah dah… Tak payah nak merajuk sangat Cik Zarra oi. I’ve prepared something special for you. But….” EL sengaja meleretkan ayatnya, ingin menimbulkan tanda tanya di hati Zarra.
“But what?” gesa Zarra.
EL senyum manis. Sempat juga dia mengenyitkan matanya. “But... I’ll give it to you later. At the end of your party... Please spend your time with me after your party. Boleh tak sweetheart?”
“Yeah, sure… Tak sabarnya nak dapat hadiah special daripada abang ngah. By the way, Zarra pun ada surprise untuk abang ngah.”
Mata EL sedikit bersinar. Keningnya dijungkitkan. “What is it? Teruja pula abang ngah nak tahu.”
“Nantilah Zarra beritahu abang ngah. Eh, abang ngah ni dah jumpa babah dan umi ke belum?”
“Jumpa apanya kalau abang ngah terus cari Zarra. Mana babah dan umi?”
Zarra menuding jari ke satu arah. Mata EL terus terhala ke arah yang ditunjukkan oleh gadis di hadapannya.
“Jom ikut abang ngah jumpa babah dan umi. Mesti semua orang rindukan abang ngah kan?”
Selamba sahaja Zarra cebik bibir. “Tak ada siapa rindukan abang ngah. Abang ngah ada ke, tak ada ke… sama je. Abang ngah pergilah… Zarra nak layan tetamu-tetamu Zarra ni. Zarra kan watak utama malam ni,” tutur Zarra dengan nada yang sengaja digedikkan.
“Watak utama konon… Yelah, Cik Zarra… abang ngah tak nak ganggu party birthday girl ni. By the way, apa Zarra cakap tadi? Tak ada siapa rindukan abang ngah? Amboi, amboi, amboi… Sedapnya bahasa, indahnya ayat… Tak rindu konon! Siapa yang selalu call abang ngah masa abang ngah tengah honeymoon hah?”
Zarra terus menghamburkan tawa besar. Kecerian dan kegembiraan jelas terpancar di wajah gadis itu. EL terleka melihat wajah Zarra yang kelihatan cukup santai melepaskan tawa dan di luar sedar dia mengukirkan senyum. Dadanya sedikit berdebar mengenangkan agendanya sebentar nanti.
“Honeymoon lah sangat abang ngah oi kalau bini pun tak ada,” balas Zarra selamba.
“Masa tu memanglah tak ada. Tapi tak lama lagi, ada lah.”
EL menjawab dengan nada yang cukup perlahan sehinggakan Zarra menyuruh EL mengulangi bicaranya.
“Tak ada apa-apa lah Zarra… Abang ngah mengarut je tadi.” EL mengukirkan senyuman.
Dalam masa yang sama, dadanya berkencang hebat dek renungan mata Zarra.
Dia berdeham seketika, cuba untuk menstabilkan gelora di jiwa. “Hmm, okeylah… Zarra layanlah tetamu-tetamu Zarra tu. Abang ngah nak jumpa babah dan umi kejap. Nak lepaskan rindu.”
Zarra sekadar mengangguk kecil. EL mula mengatur langkah, menjauhi Zarra yang masih lagi kekal berdiri. Setelah beberapa langkah, EL berhenti dan menoleh ke arah Zarra. Senyuman penuh makna terlakar di bibir. Tangannya dilekapkan pula pada dada yang masih lagi berdebar.
‘Sabar EL. Be cool. Everything gonna be okay.’ EL memujuk hatinya.
Dia kembali melangkah mendekati sebuah meja bulat di kawasan taman yang dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan hijau. Pandangan EL dihalakan ke arah kedua-dua ibu bapanya yang sedang enak menjamu selera di meja bulat. Bahu Puan Sri Sanisah terus dipeluk mesra. Ternaik sedikit bahu wanita berusia awal 50-an itu apabila dipeluk secara tiba-tiba. Tan Sri Omar Wang dan Puan Sri Sanisah sama-sama menoleh ke sisi. EL terus senyum menayangkan barisan giginya yang teratur dan bersih.
“Ya Allah, budak bertuah ni. Bila sampai?” soal Puan Sri Sanisah yang masih lagi terkejut dengan kehadiran anak keduanya.
EL tersengih-sengih sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan babah dan uminya. Pipi kedua-dua ibu bapanya dicium mesra. “Baru je… Umi dengan babah sihat?”
“Sihat, Alhamdulillah. Abang ngah dah makan?” tanya Tan Sri Omar Wang pula prihatin.
EL melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Puan Sri Sanisah. Sengaja dia pilih bersebelahan dengan umi. Senang nak bermanja.
“Belum lagi bah. Sampai-sampai je terus jumpa birthday girl.”
“Hmm, dah jumpa Zarra la ni. Abang ngah pergilah ambil makanan. Boleh makan sekali dengan kami,” tutur Puan Sri Sanisah.
“Malaslah... Umi suapkan boleh?” pinta EL sambil tersengih-sengih.
Puan Sri Sanisah terus mencubit lembut tangan anaknya. “Umur dah 25 tahun tapi still nak umi suap. Manjanya.”
“Apa salahnya budak tu nak bermanja dengan awak. Bila dia tak ada, awak juga yang rindu. Ni dah depan mata, layan aje lah,” ucap Tan Sri Omar Wang.
Makin lebar senyuman EL apabila babah menyebelahinya. “Abang ngah manja dengan umi je. Cepatlah umi… Dah lama tak kena suap ni.”
Puan Sri Sanisah mula menyuap anak keduanya. Permintaan anaknya dituruti sahaja. Bukannya selalu EL pulang ke rumah. Anak keduanya itu susah nak lekat kat rumah. Suka sangat melancong.
“Abang long dengan adik mana?” EL bertanya sambil meliarkan pandangannya mencari-cari  Yazeed dan Sofea.
“Abang long ada meeting dengan investor kejap. Nanti dia join kita. Abang long tu kalau boleh nak postpone meeting tu tapi investor nak balik China malam ni juga. Adik pula… ”
“Abang ngah!!” jerit seorang gadis kegirangan sambil memandang ke arah EL.
Panjang umur. Belum sempat Puan Sri Sanisah menghabiskan ayatnya, Ezwani Sofea sudah memekik memanggil abangnya. EL tersenyum lebar memandang adiknya yang sedang berlari-lari anak menuju ke arahnya.
“Bila abang ngah sampai?” tanya Sofea setelah berpelukan dengan abangnya. Gadis itu terus duduk di kerusi bersebelahan dengan EL.
“Baru je.”
“Travel satu dunia, takkan tak ada hadiah untuk adik?”
EL terus mencubit pipi adiknya yang sedikit tembam. “Nak hadiah apa lagi? Bukan abang ngah dah pos ke rumah ke?”
“Lah… tu lain. Takkan tak ada hadiah special kut…”
“Jangan layan sangat adik kamu tu. Dah banyak hadiah abang ngah bagi. Takkan tak cukup. Hadiah dari London, dari New Zealand, Bangkok, New York… semua dah dapat.” Tan Sri Omar Wang mula bersuara.
Sofea mula tarik muncung sedepa. Melihat adiknya yang sudah mula merajuk, EL terus memeluk bahu adiknya. “Jangan risau. Abang ngah ada something special untuk adik. Nanti abang ngah bagi ye.”
“Ni yang adik sayang abang ngah lebih ni.”
Perbualan diteruskan. Makin lama makin rancak. Lebih-lebih lagi bila EL bercerita tentang pengembaraannya ke negara-negara asing. Wajah EL yang teruja sewaktu bercerita membuatkan Sofea melonjak-lonjak ingin mengembara seperti abangnya.

“Abang cintakan Zarra. Dah lama abang pendam perasaan ni. I love you so much, Zarra. Abang anggap Zarra lebih daripada seorang adik. Zarra sangat istimewa buat abang. Will you be my girlfriend, Zarra Aulia binti Azman?”
Sinaran mata EL mengambarkan keikhlasan dia sewaktu meluahkan perasaannya kepada Zarra. Matanya merenung jauh ke hadapan. Seketika kemudian, EL menghela nafas berat. Di memandang figuranya di cermin. “Lame. So lame. Nampak kaku je.”
Rambut EL diusap sedikit kasar. “Hesy, bukan ke aku dah praktis banyak kali? Kenapa berdebar jugak ni.” Tangan EL dilekapkan ke dada. Buat seketika dia cuba menenangkan dirinya. Nafas ditarik dalam lalu dihela perlahan berkali-kali.
Tubuhnya di cermin direnung sekali lagi. Dia mula membetulkan rambutnya agar tampak kemas. Wajahnya diteliti. Kacak, puji hatinya sendiri. Dia kemudian melihat ke arah sut hitam yang tersarung di badannya. Jaket kulitnya dan seluar jeans yang dipakai sudah pun ditukar dengan sut hitam. Sengaja dia menukar pakaian. Ingin nampak segak di mata Zarra. Sebuah senyuman menawan terhias di bibir lelaki itu.
“Be cool EL. Malam ni kau akan luahkan perasaan kau pada Zarra. So stay calm. Jangan nak gelabah sangat. You are so handsome tonight. So smart. Zarra mesti cair tengok kau. Bukan ke kau ni the most eligible bachelor? Pergi ke mana-mana pun, ada je perempuan yang kejar.” EL berbicara dengan dirinya sendiri. Memuji diri sendiri untuk menaikkan keyakinan diri. Hmm, mamat perasan betul si EL ni. Ada ke patut puji dri sendiri.
“Zarra, abang cintakan Zarra. Sangat cintakan Zarra. Dah lama abang pendam perasaan abang pada Zarra. Zarra sangat istimewa di hati abang. Sungguh! Will you be my girlfriend, sweetheart?”
Buat entah kali ke berapa, EL meluahkan perasaannya terhadap Zarra di hadapan cermin yang kaku, cermin yang memantulkan semula figura EL. EL mula tersenyum kecil. “Hai la Zarra oi… you drive me crazy,” ucap EL perlahan bersama gelak halus.
Setelah berpuas hati dengan penampilannya malam ini, EL mula melangkah keluar dari bilik yang ditempahnya. Kakinya mula diatur menuju ke taman mini semula, tempat di mana parti hari jadi Zarra diadakan.
Sepanjang perjalanannya menuju ke taman mini hotel milik keluarganya, EL perasan dirinya diperhati oleh beberapa orang gadis. Dia sudah biasa di‘scan’ oleh perempuan. Namun, dia buat tak endah sahaja. Matanya kini mencari-cari seseorang. Siapa lagi kalau bukan Zarra, cinta hatinya.
Langkah EL terhenti di satu sudut tatkala matanya sudah berjaya menangkap orang yang dicarinya. Sengaja dia tidak mendekati Zarra. Dia hanya ingin melihat gadis itu dari jauh. Ingin merenung dan melihat keletah Zarra yang tampak gembira berbual dengan teman-temannya. Zarra masih lagi seperti dulu. Ceria dan lincah. Sikap Zarra yang ceria dan lincahlah yang telah menawan hatinya sehingga dia menolak semua cinta daripada gadis lain walaupun gadis itu lebih cantik dan jelita daripada Zarra.
Bagi EL, rupa bukan isu utama. Yang penting, hati. Hatinya sudah terpaut dengan Zarra. Datanglah ratu malaysia hatta ratu antarabangsa yang menghulur cinta padanya, dia tetap akan pilih Zarra. Hanya Zarra Aulia binti Azman.
Badan EL disandarkan pada tiang berhampiran tempatnya berdiri. Tangannya mula memeluk bahu. Fikirannya masih lagi dipenuhi bayang Zarra. Dia mula membayangkan saat dia melafazkan perasaannya di tempat istimewa mereka. Malam ini, sebaik sahaja parti Zarra tamat, dia akan bawa gadis itu ke tempat permainan mereka sewaktu kecil.
Setelah Zarra menjadi kekasih dia, EL akan mula bekerja dengan Helen Groups, syarikat warisan keluarganya. Dia akan mula serius dengan masa depannya. EL sedar sudah lama babahnya suruh dia mula bekerja dengan Helen Groups tetapi dia selalu memberi alasan. Tak bersedialah, nak berseronok dululah… Lagipun abangnya kan dah ada untuk menguruskan Helen Groups. Sejujurnya, sejak Ezwan Yazeed menyertai Helen Groups, syarikat keluarganya bertambah maju.
Hmm, jauh betul EL berangan padahal belum tentu lagi Zarra akan menerimanya. EL terlalu yakin dengan dirinya. Sikit pun EL tak ambil kira penerimaan Zarra. Yang dia tahu, Zarra pasti akan gembira dan menerima lamarannya.
Mata EL tiba-tiba terpandangkan Ezwan Yazeed yang sedang mendekati Zarra. Dia senyum nipis. Mesti abang long dah habis meeting, tutur EL dalam hati. Dia hanya memerhati abangnya dan juga Zarra dari jauh.
Zarra tersenyum lebar apabila menyedari kehadiran Yazeed. Manis sungguh wajahnya tika itu. Senyuman Zarra bertambah mekar tatkala Yazeed menghadiahkan sejambak bunga. Hati EL mula rasa semacam melihat Zarra dan abangnya. Mereka tampak mesra. Tidak seperti dahulu. Aneh!
EL mula mendekati Yazeed dan Zarra yang sedang bergelak tawa. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Yazeed. Bahu Yazeed terus dipeluk mesra. “Apa khabar, abang long?” tanya EL mesra.
Yazeed membalas pelukan adiknya yang sudah lama tidak bertemu. Sempat juga dia menepuk-nepuk bahu adiknya. “Abang long sihat. Wah, abang ngah nampak makin handsome lah.”
“Thanks for your compliment, abang long. Tapi kalau abang long tak cakap pun, abang ngah tahu, abang ngah ni handsome.”
Ketawa besar Zarra dan Yazeed mendengar bicara selamba EL. “Perasan betullah abang ngah ni. Suka sangat puji diri sendiri. Ha, ni kenapa tiba-tiba tukar baju ni?” soal Zarra.
“Tukar baju? Sayang dah jumpa abang ngah ke tadi?”
 “Abang ngah dah lama sampai lah, Zeed. I dah jumpa dia tadi. You je yang lambat. Semua dah jumpa dengan abang ngah. Tadi dia pakai jaket kulit. Ni tiba-tiba je smart. Nak mengurat kawan Zarra ke?”
Dahi EL sedikit berkerut. Sayang? Zeed? I? Sejak bila pula Yazeed panggil Zarra sayang ni? Dan sejak bila pula Zarra panggil abang dia Zeed? Dah tu ber ‘I-you’. EL mula rasa tak keruan. Tambah pula kedudukan Zarra yang dekat dengan Yazeed. Pelik sungguh! Pun begitu, wajahnya cuba beriak tenang. Dia berdeham sebentar.
“Smart tak abang ngah? Saja je nak pakai macam ni. Baru nampak segak. Betul tak?”
Zarra mencebikkan bibirnya. Malas nak layan karenah EL. Dari dulu sampai sekarang, EL tetap EL. Tak pernah berubah. Suka sangat puji diri sendiri. Perasan diri tu handsome. Mujurlah EL tu memang handsome. Kalau tak, buat malu kaum kerabat je.
Yazeed menoleh ke arah Zarra di sisinya. “Sayang dah beritahu abang ngah?”
Lambat-lambat Zarra menggeleng. “I tunggu you.”
“Beritahu apa ni? Kau orang berdua ni macam ada sembunyi sesuatu je daripada abang ngah.”
“Mana ada. Kami tak sembunyi apa-apa lah. Hmm, sebenarnya… Kami nak beritahu sesuatu. Err, actually…” Zarra memandang Yazeed. “Zeed, you la beritahu. I malulah.”
Yazeed senyum nipis. Wajah Zarra yang malu-malu mencuit hatinya. Sejak akhir-akhir ini Zarra sering buat aksi malu-malu kucing dengannya. Comel! Mata Yazeed dihalakan pula ke arah EL yang setia menanti bicara daripada mereka berdua.
“Hmm, abang ngah… Zarra is now officially my girlfriend,” luah Yazeed tersenyum bangga.
EL terpempan. Girlfriend? Dia tak salah dengar kan? Oh Tuhan! Wajah EL jelas menunjukkan dia terkejut. Matanya memandang tepat ke arah abangnya. Kemudian dihalakan pula ke arah Zarra. Nampaknya mereka tidak bergurau. EL menelan air liur berkali-kali.
“Whoa… Seriously? Sejak bila?” tanya EL dengan wajah yang cuba dimaniskan. Perasaan kecewa dan terkilannya cuba disembunyi sebaik mungkin.
Kepala Yazeed dianggukkan. “Yeah, so serious. Baru tak baru. Lama pun tak lama. Since last month. On my birthday. Abang long lamar Zarra.”
“Congratulation. Abang ngah tak sangka. I’m so surprised.”
“Zarra tahu abang mesti terkejut. Well, this is my surprise.”  Zarra tersenyum bahagia. Sempat juga dia menjeling manja ke arah Yazeed.
“Abang long dah sampai…,” ucap Sofea sedikit terjerit. Gadis itu terus mendekati mereka bertiga. “Ha, kekasih kau dah ada ni Zarra… Apa lagi, cepatlah potong kek. Dah lama kawan-kawan kita tunggu ni.”
Yazeed dan Zarra menganggukkan kepala mereka serentak. “Jom abang ngah…,” ajak Yazeed.
EL hanya senyum nipis sambil mengekori mereka dari belakang.

“Zarra is now officially my girlfriend.”
Sedari tadi, kata-kata Ezwan Yazeed terngiang-ngiang di telinga EL. Hatinya remuk! Hancur! Kekecewaannya tidak mampu digambarkan. Dia terkilan. Amat terkilan. Harapannya musnah dalam sekelip mata. Sungguh hatinya rasa sangat pedih saat ini. Zarra merupakan cinta hatinya. Cintanya pada gadis itu sudah lama hadir. Bertahun lamanya.
Sendirian EL melayan kesedihannya di tempat permainan dia dan Zarra waktu kecil-kecil dahulu. Sepatutnya, pada saat ini, detik ini Zarra bersama dengannya. Dan dia akan meluahkan rasa cintanya pada Zarra. Namun… kini dia hanya bersendiri sementara Zarra keluar berdua dengan Yazeed.
Kot sudah pun ditanggalkan. Pakaiannya yang nampak kemas sebentar tadi, kini tampak sedikit kusut dengan kameja yang tidak lagi di’tuck in’ dan butang kemeja dibuka sehingga paras dada.
Mata EL memandang ke arah rumah pondok yang telah dihias cantik. Seharian dia menghias rumah pondok itu semata-mata untuk agendanya malam ini. Dia mahu tempat ini kelihatan romantik semasa dia meluahkan perasaan kepada Zarra. Nampaknya usaha dan penat lelah dia tidak berbaloi.
EL tersenyum mengejek. Mengejek dirinya sendiri kerana terlalu yakin. Sejujurnya, dia tidak sangka Zarra akan menjalinkan hubungan cinta dengan abang longnya. Kalau nak diikutkan, Zarra lebih rapat dan manja dengannya berbanding Yazeed. Zarra jarang berbual dengan Yazeed. Sifat Yazeed pula bertentangan dengannya. Kontra! EL peramah, mesra, dan happy go lucky. Yazeed pula jenis mamat skema, nerd dan serius.
Perbualan EL dan Zarra di parti sebentar tadi kembali bermain di minda EL. Setiap bicara yang keluar dari bibir merah Zarra masih segar di ingatan EL.
“Zarra pun tak sangka, bang… Abang ngah kan tahu Zarra tak rapat sangat dengan abang long. Zarra lebih rapat dengan abang ngah. Tapi kan… sebenarnya…” Zarra mula tersipu-sipu. “Sebenarnya dah lama Zarra sukakan abang long. Zarra suka tengok abang long. Tapi tulah… abang long tu asyik serius je. Takut Zarra nak rapat.”
“Zarra dah lama sukakan abang long?” EL bertanya inginkan kepastian sekali lagi.
Dengan yakin Zarra mengangguk, mengiakan pertanyaan EL. “Sejak Zarra tinggal dekat rumah abang ngah, Zarra selalu curi-curi tengok abang long. Tapi Zarra tak beritahu siapa-siapa. Sofea pun tak tahu. Zarra malulah, bang. Nak tahu tak sejak bila kami rapat? Kami rapat sejak tahun lepas, masa tu Zarra gastrik tapi tak ada siapa kat rumah. Abang long yang jaga Zarra.”
Pada waktu itu, EL hanya mampu menganggukkan kepalanya.
“Zarra happy sangat abang ngah. Sebenarnya Zarra nak kongsi kegembiraan Zarra dengan abang ngah. Tapi Zarra sabarkan diri sebab Zarra ingat nak surprise kan abang ngah. Kelakar betul tengok muka abang ngah yang terkejut tadi.” Gadis itu ketawa di hujung katanya tanpa menyedari ada hati yang sedang terluka.
“Abang ngah doakan kebahagiaan Zarra ya. Zarra harap sangat hubungan kami akan kekal. Zarra cintakan Yazeed. Sangat cintakan dia. Mudah-mudahan hubungan kami akan kekal hingga ke akhir hayat. Babah dan umi pun dah restu hubungan kami.”
Walaupun payah, EL cuba juga mengkurikan senyumannya pada waktu itu.
EL meraup wajahnya lama. Dia kembali ke dunia nyata. Memandang semula rumah pondok yang masih lagi diterangi cahaya lilin. Dia memandang kot yang diletakkan bersebelahan dengannya. Perlahan-lahan dia mengeluarkan sebuah kotak kecil. Kotak itu dibuka lalu dikeluarkan isinya.
Sebentuk cincin permata yang ditempah khas daripada pereka terkenal di Paris dipandang dengan rasa yang berbaur. EL loves Zarra, EL membaca tulisan yang terukir pada cincin tersebut di dalam hati. Sekali lagi dia menghela nafas berat.
Cincin ini, jika mengikut rancangan EL, akan diberi kepada Zarra sewaktu dia meluahkan perasaannya. Cincin ini juga merupakan hadiah istimewa buat gadis itu selain album Exclamation Mark yang disertakan dengan tandatangan Jay Chou. Namun, dia hanya mampu menghadiahkan album itu sahaja kepada Zarra.
Seperti yang dia jangka, Zarra menjerit kesukaan apabila melihat hadiah daripadanya. Lebih-lebih lagi bila lihat tandatangan Jay Chou yang besar di atas album itu. Bertalu-talu soalan keluar daripada bibir mungil itu. Macam mana EL jumpa Jay Chou? Macam mana EL boleh dapatkan tandatangan Jay Chou? Kat mana EL jumpa? Teruja habis wajah gadis itu.
“Abang ngah tahu Zarra mesti happy dengan hadiah abang ngah ni. Sebab tu abang ngah sanggup fly from Melbourne to Taiwan. Sepatutnya abang ngah travel ke Perth after Melbourne. Tapi lepas abang ngah tahu Jay ada buat launching album plus fans meeting, abang ngah terus booked tiket ke Taiwan. Luckily abang ngah dapat sign dia. And by the way, dalam kotak tu ada dvd. Video yang abang ngah rakam masa nak ambil autograph Jay. Tengoklah nanti dengan Sofea. Mesti dia jeles,” terang EL kepada Zarra.
EL tersenyum kecil apabila terkenangan reaksi Zarra. Alangkah indahnya jika reaksi itu juga dilihat sewaktu dia menuturkan kata cinta pada Zarra. Namun… semua itu tidak mungkin. Tidak mungkin! Mustahil! Bibir EL diketap perlahan, menahan kesedihan.
Cincin di tangan digenggam erat. Secara jujurnya, hatinya terasa sangat pedih melihat kemesraan Yazeed dan Zarra di parti sebentar tadi. Dia tidak pernah rasa sakit yang begitu mendalam. Hatinya terasa dicucuk-cucuk dengan benda tajam. Dia terlewat. Terlewat sebulan. Jika dia pulang sewaktu hari jadi abangnya, dapatkah dia mengubah segalanya? Dapatkan dia menawan hati Zarra padahal Zarra tidak menyimpan apa-apa perasaan padanya? Hati gadis itu sudah lama terpaut dengan Yazeed, bukan dirinya.
Perlahan-lahan, dia membaringkan badannya di atas rumput. Tangan yang menggengam cincin diletakkan di atas dahi, menutup sedikit matanya. Tanpa sedar, ada mutiara jernih yang mengalir dari kelopak mata lelaki itu.
I love you Zarra. I will always love you. Abang doakan Zarra bahagia dengan abang long. Suara hati EL mula berbicara. Lelaki itu kini pasrah dengan ketentuan Ilahi.

A mighty pain to love it is,
And it is a pain that pain to miss;
But of all pains, the greatest pain
It is to love, but love in vain.
 (Abraham Cowley)



Tuesday, February 18, 2014

Teman Lelaki Upahan 3



Ucapan tahniah tidak putus-putus diucapkan kepada Kyra Lydia sebaik sahaja mesyuarat agung tahunan tamat. Kyra Lydia hanya mampu memaniskan wajahnya. Esok dia akan mula bekerja di Casa Furniture & Design sebagai chief operating officer.
Saat semua lembaga pengarah dan pemegang saham meninggalkan bilik mensyurat, Dato Azham mendekati anak perempuannya. Dia akan cuba memulihkan hubungan dingin mereka. Datin Izzati hanya menjadi pemerhati. Dia masih lagi kekal di kerusinya.
Dari ekor mata, Kyra Lydia perasan Dato Azham sedang menghampirinya. Lantas, dia mengukirkan senyuman sinis. “Since when datin punya shares jadi 25 per cent? Bukan ke shares datin dengan shares I sama je… 20 per cent,” tutur Kyra Lydia bersama sebuah jelingan.
Dato Azham tersentak. Tidak sangka anaknya akan menyoalnya dengan nada sebegitu. Air liur ditelan. Perlahan-lahan, dia menarik sebuah kerusi dan duduk di sebelah anaknya. “Okey… Tell daddy… apa yang Lydia tak puas hati?”
“Tak tahu….. atau buat-buat tak tahu, dato?” Sinis sekali soalan yang diajukan Kyra Lydia.
“Okey… Lydia tak puas hati sebab shares mama lebih lima peratus daripada Lydia, isn’t it?”
Kepala Kyra Lydia mengangguk yakin. “Yes! Boleh dato terangkan macam mana boleh jadi macam ni?”
“Encik Hassan nak jual shares dia. So mama beli. Salah ke?”
“Yeah! Kenapa dato tak beritahu saya tentang hal ni? Sebab dato tak nak saya beli shares tu? Sebab memang dato nak bagi isteri dato, macam tu?”
Dato Azham menghela nafas perlahan. Wajah anaknya yang sinis dipandang. “What do you want actually? Takkan sebab shares mama lebih daripada Lydia, Lydia nak marah. Mama tu family kita juga kan?”
“Siapa kata?!” marah Lydia dengan nada suara yang tinggi. “Siapa kata dia family I? She’s not my family, dato. Remember that!  Dan I tak suka bila shares dia lebih daripada I. I hope you can do something on it. Dia tak ada hak dalam syarikat ni.”
Datin Izzati berdeham sebelum menghadiahkan senyuman manis buat suaminya dan Kyra Lydia. “Lydia marah ke pasal shares tu?” soal Datin Izzati lembut sambil mendekati gadis itu.
“Cik Lydia! Please call me Cik Lydia!” arah Kyra Lydia dengan nada yang angkuh. Dalam hati, dia mendengus geram. Boleh lagi tanya… mestilah dia marah.
“Lydia!!” marah Dato Azham sambil merenung tajam ke arah anaknya. Kyra Lydia sudah berkurang ajar dengan isterinya.
Datin Izzati cuba memaniskan wajah walaupun hati kecilnya tercuit dengan layanan buruk Kyra Lydia. “Tak apa, bang… Maaflah Cik Lydia. Hmm, kalau pasal shares buat Cik Lydia marahkan saya, saya rela transfer shares saya pada Cik Lydia.”
Sebuah jelingan tajam dihadiahkan oleh Kyra Lydia. “Berlagak baik pulak perempuan ni.”
“Lydia, minta maaf dengan mama sekarang! Show your respect to her. Kalau Lydia tak nak mengaku dia family Lydia, at least respect dia. She’s older than you!”
Kyra Lydia mencebik. Barang-barangnya di atas meja dikemas lalu dimasukkan ke dalam beg kulitnya. Dengan selamba, dia mula bangkit daripada duduknya dan berura-ura untuk keluar dari bilik mesyuarat.
“Kalau Lydia keluar daripada bilik ni tanpa minta maaf dengan mama, daddy tak akan bagi monthly allowance to you anymore,” ugut Dato Azham yang mula hilang sabar dengan perangai anaknya.
Langkah Kyra Lydia terhenti. Dia berpaling ke belakang bersama tawa yang dibuat-buat. “Hmm, baguslah. Dah pandai mengugut, ya dato. Siapa yang ajar? Perempuan tu? Hmm, great… very great! Mula-mula stop bagi elaun pada I, lepas tu bekukan asset I, lepas tu apa ya Datin Izzati?”
Datin Izzati terkedu di tempatnya. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Kyra Lydia. Sudah lama dia tidak mendengar sindiran gadis itu. Dulu dia sudah biasa mendengar caci maki Kyra Lydia tetapi hari ini, setelah bertahun-tahun tidak bertemu, hatinya tidak sekebal dulu. Dato Azham memeluk bahunya, bagaikan memahami gelodak perasaan yang dirasainya.
“Buatlah apa yang dato dan datin nak buat! Kalau dato nak tambahkan kebencian I pada dato, dato buatlah. I tak kisah. Tapi I akan pertahankan hak I dan mummy I. Ingat dato… Syarikat ni bukan dibina oleh dato seorang sahaja. Syarikat ni dibina oleh dato dan mummy I. Not that evil woman!”
Sebaik sahaja menghabiskan ayatnya yang terakhir, dia terus melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Daripada dia melayan Dato Azham dan Datin Izzati, lebih baik dia pulang ke penthousenya walaupun dia tahu dia akan kebosanan di penthouse seorang diri. Namun, ada baiknya kebosanan daripada sakit hati melihat Dato Azham dan Datin Izzati.

Kereta Audi A5 Coupe diparkir dengan sempurna. Dengan langkah bersahaja, dia menuju ke lif lalu menekan butang menuju ke penthousenya. Fikirannya melayang teringatkan Haidar. Wajahnya kembali murung. Sejujurnya, dia risaukan Haidar. Benar-benar risaukan Haidar.
Dia melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka. Langkahnya masih bersahaja. Buat apa tergesa-gesa pulang ke rumah jika tiada apa-apa yang menanti. Tiba-tiba, Kyra Lydia berasa was-was. Dia berhenti melangkah dan terus berpaling ke belakang. Kosong! Tiada apa-apa yang mencurigakan. Namun, kenapa dia dapat rasakan dia diekori?
Peristiwa hitam yang pernah dialaminya sewaktu remaja mula bermain di ruang minda. Sewaktu dia darjah lima, dia pernah menjadi mangsa penculikan. Tidak semena-mena dia mula ketakutan. Air liur ditelan beberapa kali. Dia terus melangkah dengan laju menuju ke penthouse.
Setelah berada di depan pintu rumah, gadis itu terus mengeluarkan kunci dari dalam beg tangan. Dehaman seseorang mengejutkan dia, membuatkan bahunya ternaik sedikit. Peluh sudah merenik di dahi. Dia berpaling ke belakang dan bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal menimpanya.
Mata Kyra Lydia membulat setelah melihat lelaki di hadapannya. Tubuhnya kaku. Dia tahu lelaki itu tidak akan mencederakannya tetapi dia tetap juga terkejut. Lelaki yang dia rindui tiba-tiba sahaja terpacak di hadapannya.
Haidar tersenyum manis. Dia terus menarik Kyra Lydia yang masih lagi terkaku ke dalam pelukannya. “Hey, love! Miss me so much, huh?”
Senyuman mekar Haidar perlahan-lahan hilang bila Kyra Lydia masih lagi kaku. Pelukannya tidak dibalas. Lantas, Haidar terus merungkaikan pelukan. Dia memandang gadis di hadapannya dengan pelbagai persoalan di minda.
“Sayang, what’s wrong with you? Tak suka ke jumpa I?”
Soalan Haidar dijawab dengan sebuah penampar ke pipi lelaki itu. Haidar terpanar! Tidak menyangka Kyra Lydia akan menamparnya. Dia memandang tepat ke mata Kyra Lydia, meminta penjelasan.
“Kenapa you tampar I? Apa salah I?”
Kyra Lydia membalas pandangan mata Haidar. Lama-lama, matanya mula mengalirkan mutiara jernih. Dan sekelip mata dia sudah menangis teresak-esak di hadapan Haidar buat pertama kalinya. Belum pernah lagi Kyra Lydia menangis di hadapan Haidar. Sekali lagi Haidar terkejut. Dia hanya memandang Kyra Lydia. Pelik dengan sikap gadis itu.
“Mana you pergi dua minggu ni?” soal Kyra Lydia dalam tangis sambil memukul bahu Haidar perlahan.
“Kenapa you tak jawab panggilan I? Kenapa you tak reply mesej I? Mana you pergi?”
Kyra Lydia masih lagi memukul bahu Haidar. Dia ingin melepaskan rasa geramnya pada lelaki itu. Selama ini dia hanya mampu memukul patung beruang pemberian Haidar. Hari ini, dia dapat memukul Haidar. Lelaki yang membuat hidupnya tidak bermaya selama dua minggu.
“Kenapa you tipu I? You janji nak stay Perak satu minggu je. You tipu I,” marah Kyra Lydia lagi dengan nada lirih.
Kini Haidar faham kenapa gadis di hadapannya bersikap aneh. Gadis itu marahkannya. Dia tersenyum nipis. Tangan Kyra Lydia yang memukulnya dipegang lembut. Sekali lagi dia menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Belakang badan gadis itu diusap lembut, ingin meredakan kesedihan Kyra Lydia.
“Shhh… I’m sorry, sayang. I’m so sorry.”
Haidar mengelap lembut air mata yang gugur ke pipi mulus Kyra Lydia. Jambangan bunga yang berada dalam pegangannya dihulurkan kepada Kyra Lydia. “I bought this special for my love.”
Jambangan bunga mawar merah diambil dari tangan Haidar. Dia tersenyum nipis. Ketawa kecil mula terbit dari mulutnya. “You ni jahat tau! You buat I risaukan you. Don’t you know how much I miss you?”
“I know sweetheart because I miss you too. I miss you so much, sayang.”
“Then, kenapa you diamkan diri? You owe me an explanation, Mr Haidar!”
Haidar senyum kecil. “Okey, okey… I know, I owe you. Jom keluar minum. I’ll tell you everything. Every single thing!”
Kyra Lydia mengangguk setuju.

“Stop flirting with me, Haidar,” tegur Kyra Lydia sambil menampar lembut tangan lelaki itu. Waktu itu, mereka sudah pun berada di sebuah kafe yang tidak jauh dari rumah Kyra Lydia.
Haidar tayang sengih.
“Start explain, Haidar or else I tinggalkan you.”
Hidung Kyra Lydia dicuit manja oleh Haidar. “Garanglah you ni. Okey, okey… I’ll explain now.”
Posisi duduk Haidar dibetulkan. Dia merapatkan kerusinya ke meja dengan tujuan ingin merapatkan jarak dia dengan Kyra Lydia. “First, I nak minta maaf sangat-sangat sebab tak contact you since kita berpisah kat airport. I’m so sorry dear sebab I lost my phone. Few days I kat Perak baru I beli phone baru. Second, I minta maaf sebab tak contact you bila I dah beli phone baru. You tahu tak I sangatlah cintakan you sampai I sanggup tempuh banyak dugaan?”
Kyra Lydia mengerutkan dahinya. “Dugaan? What do you mean?”
“Kalau I cerita ni, you kena janji yang you akan dengar cerita I sampai habis. Jangan menyampuk. Promise?”
“Ya, I janji… Pinky promise.”
Haidar berdeham sebelum memulakan ceritanya. “Sebenarnya macam ni… masa I balik rumah, bonda I… hmm, dia suruh I kahwin dengan anak kawan dia. I terke…”
“WHAT?!” Belum sempat Haidar menghabiskan ayatnya, Kyra Lydia sudah menjerit. Terkejut mendengar cerita Haidar.
“Sayang, you dah janji dengan I kan tak nak menyampuk masa I tengah cerita…”
Kyra Lydia tersengih-sengih, sedar kesilapan dirinya. “Sorry, sorry… I just freak out. Teruskan cerita you.”
“I terkejut masa bonda suruh I kahwin. I was thinking about you, about us, our relationship, our love… And I know I have to fight for it. You tahu tak bonda I tu tak boleh dibawa berbincang. I dah beritahu bonda I yang I dah ada you tapi dia tetap dengan keputusan dia. Tambah pula, abah I pun setuju dengan permintaan bonda I. I takut sangat masa tu sayang. Dia suruh I bertunang dulu dengan perempuan tu. I don’t even know her, sayang.”
“Since I am deeply in love with you, I cuba cari jalan untuk larikan diri daripada rancangan bonda I. Bertahun I kejar cinta you, takkanlah I nak lepaskan macam tu je… And at last, problem settle bila perempuan tu tak setuju dengan perkahwinan kami. Masa tu, I dah boleh tarik nafas lega, sayang. And I tak sabar nak jumpa you. I miss you.”
Kyra Lydia menarik nafas lega sebaik sahaja cerita Haidar tamat. Tidak semena-mena, dia teringatkan mimpinya. “Haidar… you tahu tak sebenarnya malam semalam I mimpikan you.”
“You mimpikan I? Seriously?” Haidar ketawa kecil sambil mengusap lembut rambut Kyra Lydia. “You rindukan I sampai I masuk dalam mimpi you, ya sayang? Terharunya!”
Tangan Haidar yang sedang mengusap rambut Kyra Lydia ditolak perlahan. “Mimpi buruk, okey. Not sweet dream. I mimpi… I pergi rumah you. Quite funny actually since I don’t even know your home. Masa I kat sana, rumah you ada majlis kahwin. And you know what… I sangat terkejut bila tengok you tengah bersanding. Oh my… I really can’t imagine it. Masa tu, I rasa dikhianati. You khianati cinta kita. I trust you but…you kill my trust. Luckily, I cuma mimpi je.”
Haidar melekapkan kedua-dua tangannya ke pipi Kyra Lydia. Matanya merenung ke dalam mata gadis itu. “Listen carefully, Kyra Lydia binti Dato Azham. I, Iqbal Haidar bin Johari berjanji akan sentiasa mencintai you dan tak akan mengkhianati cinta kita. Walau apa pun halangan yang datang, I akan tempuhi demi cinta kita. I love you so much, Kyra Lydia.”
Luahan perasaan Haidar membuatkan hati Kyra Lydia disapa perasaan gembira. Dia tersenyum suka. “Thanks Haidar. Thanks sebab sayangkan I. Thanks sebab cintakan I. Thanks sebab sabar dengan perangai I. Thanks sebab buat hari-hari I ceria. I love you too, Haidar. You are my first love and I hope you will be my last.”
“Sure, love!”
“You nak tahu tak, actually I takut tadi. I ingat ada orang nak apa-apakan. I dapat rasa ada orang ekori I tapi bila I pusing, kosong! Rupa-rupanya you. Tolonglah jangan buat macam tu lagi. Serius, I takut! By the way, macam mana you boleh ikut I? Security kat situ kan ketat.”
Haidar tersengih-sengih. “Memang ketat pun… Well, you know me… nothing I can’t do, okay! I akan cari cara untuk dapatkan apa yang I nak.”
“I know you very well, Haidar. You bukannya jenis yang cepat putus asa. Tell me how you do it?”
Haidar mendekatkan wajahnya ke telinga Kyra Lydia. “It’s secret, baby!”
Sebuah jelingan manja terus dihadiahkan buat Haidar. Bibirnya sudah dimuncung namun Haidar buat tidak tahu. Kemudian, mereka terus berbual dan beramah mesra sambil membajai benih cinta mereka. Cinta Haidar dan Kyra Lydia. Sesekali, tawa pasangan itu mengisi ruang kafe.