Thursday, January 30, 2014

Teman Lelaki Upahan 1



Australia, 2011

Keadaan di Perth International Airport agak lengang pada waktu itu. Bersama langkah yang santai, seorang lelaki berusia 26 tahun menuju ke balai perlepasan. Alunan lagu What Makes You Beautiful nyanyian One Direction menghentikan langkah si pemuda. Tangan kanannya menyeluk poket seluar mengeluarkan iPhone. Sebuah senyuman manis terukir di bibir tatkala melihat nama pemanggil. Tanpa membuang masa, dia terus menjawab panggilan tersebut.
“Hello, sweetheart…”
“Euww…. apa sweetheart-sweetheart?”
Gelakan halus terbit dari bibir pemuda itu. “Amboi, garangnya… Ya, Miss Zarra… May I help you?”
Di hujung talian, si pemuda terdengar si pemanggil ketawa kecil. Dia dapat bayangkan Zarra sedang tersenyum detik itu.
“Belum naik flight lagi ke?” Santai sahaja Zarra bertanya.
“Such a silly question, sweetheart! Mestilah belum… Kalau dah, takkanlah abang ngah jawab call Zarra ni. So, what’s up? Miss me damn much, huh? Tak sabar nak sambut kepulangan lelaki yang paling handsome kat dunia ni ke?” seloroh si pemuda.
Zarra terus ketawa sinis. “Oh my God, abang ngah… Please lah… Boleh tak jangan nak perasan sangat? Well, Zarra call ni… just to remind you about my special gift for my upcoming birthday. Zarra nak abang ngah beli something special dekat Perth okey…”
Permuda yang bernama EL itu tersenyum penuh makna. Hakikatnya, dia sudah lama menyediakan hadiah buat gadis yang telah mencuri sekeping hatinya. Hadiah yang dia teramat yakin akan membuat gadis itu terlompat-lompat kesukaan. EL yang sudah masak dengan perangai Zarra berasa yakin mata Zarra akan membesar dan menjerit kesukaan sambil terlompat-lompat bila menerima hadiahnya. Kalau Zarra peluk dia sebab terlalu gembira, itu sudah dikira satu bonus. Senyuman nakal terus terukir di bibir EL.
EL berdeham, membersihkan tekaknya. “For God’s sake Zarra, when is your birthday? Serius, abang ngah lupa!” Tipu pemuda itu bersama senyuman nakal.
“Abang ngah!!!” Jerit Zarra kuat. “Abang ngah ni kan… How dare you to forget my birthday? It’s on 10 November… Zarra nak hadiah yang special daripada abang ngah tau. Very special! Tak nak hadiah macam tahun-tahun lepas. No excuse. Bye!”
Talian terus dimatikan. EL hanya mampu menghamburkan tawa kecil sambil memandang iPhone di tangannya. Berseri-seri wajah EL setelah menerima panggilan daripada Zarra. Wajah dia bersama Zarra pada skrin iPhone ditatap seketika. Tanpa sedar, bibir pemuda itu menguntum senyum.
Zarra! Nama yang tidak asing buat dirinya. Selama dia menjalankan Misi Pengembaraan 1 Dunia yang mengambil masa hampir setahun, wajah Zarra tidak dapat dilenyapkan dari ingatan. Rindunya pada gadis itu tidak tertahan lagi. Dia sudah puas melancong ke semua negara. Dia sudah puas menggembara. Sudah puas hidup bebas. Kini, dia mahu pulang ke tanah air dan dia sudah memutuskan untuk meluahkan rasa cintanya pada Zarra, teman sepermainannya.
Sedang mindanya melayang teringatkan Zarra, badannya dilanggar seseorang membuatkan iPhone di tangannya jatuh ke lantai. Bayangan Zarra yang bermain di mata terus terbang. Matanya kini membulat, memandang iPhone miliknya yang kini sudah mencium lantai.
EL terus meliarkan pandangan, mencari pesalah yang telah melanggarnya dan menjatuhkan telefon pintarnya. Matanya terus tertancap pada seorang gadis yang sedang memandangnya tanpa rasa bersalah. Kemudian, dengan selamba gadis itu menoleh ke hadapan dan meneruskan perjalanan.
Buat seketika, EL terkedu melihat tingkah kurang adab gadis itu. Matanya hanya mampu memerhati si gadis yang telah melanggarnya. Niat di hati ingin memarahi gadis itu. Namun, lidahnya kelu! Tak mampu bersuara. Lelaki yang sedang memeluk pinggang gadis itu ditelitinya juga. Sekali pandang sahaja, EL boleh meneka mereka itu orang Asia.
“Jalan kat sini sikit punya besar tapi nak juga langgar aku. Buat muka berlagak pula tu. Kurang ajar betullah,” omel EL melepaskan geram. Dia terus mencapai telefon pintarnya yang berada di lantai lalu dibelek keadaan telefon pintarnya. Fuh, selamat masih dalam keadaan yang baik. Cuma ada calar sedikit. Gerutu EL dalam hati.
Sekali lagi dia menatap skrin iPhone, menatap wajah kekasih hatinya. Tanpa sedar, dia senyum lagi. Ya, dia tak sabar ingin bertemu Zarra. Namun dia tahu belum tiba masanya lagi dia bertemu dengan gadis itu. Di fikirannya, dia sudah merencanakan sesuatu.


Suasana di dalam pesawat agak sunyi pada ketika itu. Barangkali semua penumpang sedang lena. Perlahan-lahan, Kyra Lydia membuka mata. Wangian Calvin Klein yang menusuk ke lubang hidungnya begitu menyenangkan. Dia suka wangian ini. Gadis berusia 24 tahun itu tersenyum nipis. Kepalanya masih terlentok di dada kekasih hati yang amat dicintai. Kyra Lydia mendongak sedikit ke atas, merenung ke wajah tampan Haidar.
Lelaki itu masih lagi dibuai mimpi. Kesempatan yang ada digunakan sebaik mungkin oleh Kyra Lydia untuk merenung setiap inci wajah Haidar. Dia ingin potretkan wajah itu dalam hatinya kerana dia tahu, dia akan merindui lelaki ini apabila mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur nanti.
Setibanya mereka di Malaysia, Haidar akan pulang ke Perak sementara dia pula akan pulang ke Selangor. Dia akan berpisah buat seketika dengan Haidar. Kalau boleh, dia tidak mahu berpisah dengan Haidar. Setiap saat yang berlalu, dia ingin bersama lelaki itu, ingin sentiasa berdamping dengan lelaki itu dan ingin menyemai benih cinta bersama lelaki itu. Lelaki yang berjaya menakluk hatinya beberapa bulan yang lalu.
Kyra Lydia masih lagi merenung wajah Haidar. Bibir Haidar, mata Haidar, kening Haidar, hidung Haidar… semuanya menjadi mangsa renungan Kyra Lydia. Kini dia akui hatinya mula terpaut dengan ketampanan Haidar. Lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya. Lelaki yang akhirnya berjaya menawan hatinya yang keras seperti batu.
Sungguh, kehadiran Haidar membuatkan dia kenal erti kebahagiaan. Sejak 19 tahun yang lalu, gadis itu tidak pernah kenal apa itu bahagia. Jarang sekali gadis itu berasa gembira dengan kehidupannya. Apatah lagi ingin mengukirkan senyuman mesra. Senyuman yang terlakar di bibir gadis itu selalu sahaja kelihatan hambar dan tawar.
Kyra Lydia mula mengelus lembut tangan Haidar yang berada dalam genggaman tangannya. Kepalanya dilentokkan semula pada dada sasa milik Haidar bersama senyuman manis. Buat seketika, dia melayan perasaan. Memori indah bersama Haidar terlayar di kotak fikirannya seperti sebuah pita rakaman.
Sebuah kucupan lembut di rambutnya membuatkan dia mendongak semula. Matanya terus terhala pada sepasang mata bulat milik Haidar. Senyuman Haidar dibalas lembut. “Do I wake you up?” soal Kyra Lydia dalam nada berbisik.
Haidar menggeleng perlahan. “How could you wake me up when I’m not sleeping at all?”
Dahi Kyra Lydia sedikit berkerut buat seketika. Gadis itu tersenyum manja setelah memahami bicara Haidar. Secara spontan, dia mencuit hidung Haidar. “Nakal! You pura-pura tidur ya?”
Mata Haidar mengenyit nakal. Pelukan di bahu Kyra Lydia dieratkan. Tubuh gadis itu didekatkan dengan tubuhnya. “So, do I live up to your standard?”
“Oh no… That quote again. Do I live up to your standard?” ajuk Kyra Lydia bersama mimik muka. Muka bosan. “You tahu kan jawapan I...”
“Then, why did you scan my face, my dear princess?” tanya Haidar dengan senyuman menggoda.
Bibir merah Kyra Lydia terus mengukirkan senyuman. “Sebab I nak potretkan wajah you dalam hati I. I’m going to miss you, Haidar. And in fact, I already miss you.”
Haidar mendekatkan dahinya dengan dahi Kyra Lydia. Dahi mereka bersentuhan, mata mereka saling bertentangan. “I miss you too, Lydia,” bisik Haidar.
“I tak nak balik Malaysia. I nak kita stay dekat Perth. I wanna be with you, always with you. I love you.”
“I love you too sayang. I love you more than you love me. Tapi kita kena balik. We have family in Malaysia. I kena balik rumah I and you kena balik rumah you. Both of us have responsibility in Malaysia.”
Kyra Lydia mencebik. “Family you lain. Family I lain. Family you sayang you but mine isn’t. They don’t care about me at all. Kenapa mesti I balik?” Gadis itu sedikit memberontak.
Tangan Haidar mengusap lembut lengan Kyra Lydia. Melalui nada gadis itu, dia tahu gadis itu sedang memendam rasa. “Sebab I balik... you pun kenalah kenalah balik. Takkan you nak stay kat Perth and I dekat Malaysia. Matilah I macam tu. Mati menanggung rindu pada you.”
“You balik Perak seminggu je kan?”
“Ya, sayang… I dah janji kan… Lepas seminggu di Perak, I akan jumpa you. I akan kerja dekat KL which means I akan sentiasa dekat dengan you. Nothing to be worry okay? I’ll be with you.”
“And I can’t wait for it… Err, apa kata you kerja dengan syarikat family I? Nanti bolehlah I tengok muka you hari-hari.”
“Sayang… kita kan dah bincang hal ni kan? Bidang I architecture… Takkanlah I nak kerja dekat syarikat family you...”
Kyra Lydia mencebik. “Apa salahnya… You boleh je applykan apa yang you belajar to design a great furniture for my company.”
Hidung gadis itu dicuit lembut oleh Haidar. “The problem is… I tak minat. I love building more than furniture. Please understand me, love…”
Sepi! Tiada jawapan daripada Kyra Lydia. Haidar menghela nafas perlahan. Rambut Kyra Lydia yang beralun lembut diusap dengan penuh kasih sayang. Bibirnya didekatkan pada telinga gadis itu.
“Have I told you that you look stunning in this yellow dress?” soal Haidar ingin menceriakan semula suasana.
Kyra Lydia menjeling Haidar, manja. Bibirnya muncung ke depan. Cubitan manja dihadiahkan buat lelaki disebelahnya. “Am I?” tanya Kyra Lydia manja.  
Kepala Haidar diangguk penuh yakin. “Yes! You look so so gorgeous! Drop dead gorgeous!”
“Thanks for your compliment, handsome!”
Rambut Kyra Lydia yang menutup sedikit mukanya disebak ke belakang oleh Haidar. “Manja betul you ni kan. Tak sangka I. Dulu you langsung tak pandang I. Sombong! Tapi akhirnya, I, Iqbal Haidar bin Johari berjaya juga menambat hati you. Thanks sayang sebab terima I.”
“Thanks juga sebab sabar layan karenah I.”
Dan mereka terus berbual mesra sepanjang perjalanan pulang ke Malaysia. Sisa-sisa masa yang ada digunakan sebaik mungkin oleh mereka untuk membaja perasaan kasih sayang. Tanpa mereka sedari, perbualan dan tawa mereka mereka yang mesra telah menganggu kententeraman seseorang yang sedang tidur lena dibuai mimpi indah.


Hilai tawa penumpang di hadapan membuatkan EL tersedar dari mimpi indah bersama Zarra. Telinganya yang terasa gatal digaru perlahan. Dia membuat sedikit senaman ringan, membetulkan urat-urat di tubuhnya. Kemudian, dia menjeling penumpang di hadapan yang sedang bermesra melalui celahan kerusi.
Kacau betullah. Aku tengah syok-syok mimpi pasal Zarra, dia orang kacau pulak. Nak bermesra pun agak-agaklah, kutuk EL dalam hati. Bengang dengan pasangan dua sejoli di hadapannya.
Dia cuba melelapkan matanya semula dengan niat ingin menyambung mimpi yang terhenti sebentar tadi. Namun, tidak berjaya. Perbualan pasangan itu benar-benar menganggunya.
“Sayang, kejap ya… I nak pergi toilet.”
“Do you want me to accompany you?”
“It’s okay… I can go by myself.”
EL yang mendengar setiap perbualan pasangan di depannya, memandang gadis yang sedang berura-ura ke tandas. Rahangnya sedikit jatuh. Tidak semena-mena, dia teringat semula kejadian di mana dia dilanggar seorang gadis sebelum ke balai berlepas.
Lah…minah tak ada adab ni rupanya, ucap EL dalam hati. Dia mencebik perlahan. Kemudian, pandangannya dihalakan ke luar tingkap dan fikirannya mula melayang pada seraut wajah lembut seorang gadis. Dia berkobar-kobar ingin pulang ke tanah air. Pun begitu, EL cuba menyabarkan dirinya. Minggu depan, dia pasti akan bertemu juga dengan Zarra.
Beg galas dibuka lalu dia mengeluarkan hadiah istimewanya buat Zarra. Senyuman terus meniti di bibir lelaki itu. Senyumannya bertambah lebar tatkala terbayangkan reaksi Zarra. Album Exclamation Mark di tangannya  dicium lembut.  Ya, dia yakin Zarra pasti tidak percaya dia membeli album terbaru Jay Chou dan yang paling mahal sekali tandatangan Jay Chou sendiri, bukan printed signature.
Beberapa bulan yang lepas, sebaik sahaja EL dapat tahu Jay Chou mengadakan sesi tandatangan bersama peminat di Taiwan sempena majlis pelancaran album terbarunya, EL terus menempah tiket ke Taiwan semata-mata untuk mendapatkan tandatangan artis pujaan Zarra. Zarra meminati Jay Chou sejak mereka di bangku sekolah lagi. Masih dia ingat lagu Common Orange Jasmine (Qi Li Xiang), lagu Jay Chou yang telah memikat hati Zarra dan juga dirinya. Alunan muzik yang indah dan harmoni benar-benar memikat hati mereka.
Ezwani Sofea, adik EL pasti akan mengamuk dan merajuk kalau dia hanya mendapatkan tandatangan untuk Zarra sahaja. Untuk mengelakkan dirinya menjadi mangsa amuk Sofea, EL terus mendapatkan dua tandatangan Jay Chou. Satu pada album dan satu pada postcard.
Suara-suara manja dan menjengkelkan di hadapannya kedengaran semula apabila si gadis pulang dari tandas. EL menghela nafas berat. Dia berasa kurang selesa melihat kemesraan pasangan di hadapannya. Bukannya dia cemburu… Tiada sebab untuk dia cemburu tetapi dia berasa kurang selesa. Rasa menyampah, meluat! Geli!
Untuk mengelakkan telinganya didera dengan suara manja dan menggedik minah kurang adab itu, EL terus menyumbatkan fon telinga. Dia mula mencari playlist Jay Chou. Bila lagu Jay Chou dialunkan, secara spontan dia akan membayangkan Zarra. Oh Tuhan, dia memang sedang mabuk rindu pada Zarra! Maklumlah sudah lama tidak ketemu. Salah dia juga kerana lebih mengutamakan pengembaraannya daripada Zarra. Dalam hati EL, dia tidak putus-putus berdoa supaya Zarra turut merasakan perasaan yang sama sepertinya.
“Excuse me… May I ask you something?” tanya penumpang di sebelah kirinya.
EL yang sedang leka menghayati lagu Rainbow (Cai Hong) menoleh ke sisi apabila terasa gadis di sebelahnya bercakap sesuatu padanya. Dia mencabut fon telinga di telinga kirinya.
“I’m sorry. Are you talking to me?” soal EL ingin kepastian.
Gadis itu menangguk. “Yes. I’m Amanda. I like to ask you something.”
“Call me EL. So, what is it?”
“Err, where did you buy that album?” soal gadis yang mengenalkan dirinya sebagai Amanda sambil menuding ke arah album Exclamation Mark yang berada di dalam beg galas EL.
EL tersenyum nipis. Rupanya, album yang dipegang tadi telah menarik perhatian gadis cina di sebelahnya. “Taiwan. I bought it in Taiwan. Speaking of which, do you like him?”
Amanda menangguk laju. Keterujaan terpancar di wajah gadis itu. “Yes! I love him so much. He damn good, you know. Very talented person. I adore him so much. Oh wait, do you like him?”
“Yeah… Err, no… I mean I love his song but not in fanatic way. I listen to some of his song because I like it.”
“Then, why did you buy the album? Normally, peoples like you will download it from internet.”
“Yeah… so true. But… I wanna give it to someone. She loves Jay Chou so much. By the way, I got Jay’s autograph on the album.”
Mata Amanda membulat. “What? You’re got to kidding me? Can I take a look? Oh my God! That girl is so lucky. I bet she must be someone special to you.”
Senyum EL panjang sehingga ke telinga mendengar bicara Amanda. Ya, memang istimewa. Terlalu istimewa.

Kyra Lydia memandang sekilas ke arah penumpang yang duduk di belakangnya. Sejak beberapa saat yang lalu, perbualannya bersama Haidar diganggu dengan perbualan rancak penumpang di belakangnya yang bersuara agak kuat. Gelak tawa mereka membuatkan Kyra Lydia menyakitkan hatinya. Menganggu kententeraman dia bersama pasangannya. Menganggu saat dia bermesra dan bermanja dengan Haidar.
Hidung Kyra Lydia tiba-tiba dicuit mesra oleh Haidar. Mata gadis itu terus beralih, memandang ke arah Haidar.
“Kenapa muka you masam tiba-tiba ni?”
“Mana ada masam…”
Haidar ketawa kecil, tidak mempercayai bicara gadis yang berada dalam dakapannya. “You rasa berat hati nak berpisah dengan I ya?”
“Mestilah… You tak rasa berat hati ke nak berjauhan dengan I?”
Soalan Kyra Lydia tidak segera dijawab Haidar. Dia merenung wajah gadis itu buat seketika. Kemudian, perlahan-lahan kepalanya digelengkan. Kyra Lydia sedikit terperanjat melihat gelengan di kepala Haidar. Matanya terpaku pada wajah Haidar, meminta penjelasan.
“Ni keyi shuo huayu?? Tai hao le. (You can speak Chinese?? Great.)”
“Dui a… yinwei wo de baba shi huaren... (Yeah… because my dad is Chinese...)”
Bicara yang kuat daripada penumpang belakang membuatkan  Kyra Lydia terus menoleh ke belakang dengan wajah yang agak tegang. “Can you please lower your voice?”
Sebaik sahaja Kyra Lydia menegur pasangan di belakang, dia menoleh ke hadapan semula. Ingin mendengar penjelasan daripada Haidar tentang gelengan sebentar tadi.
Haidar senyum nipis melihat tingkah Kyra Lydia. “Are they disturbing you, sweetie?”
“Absolutely! They are talking too loud. So, Haidar could you please explain to me kenapa you tak rasa berat hati nak berpisah dengan I?” pinta Kyra Lydia serius.
“Sayang I ni dah marah nampaknya. I tak rasa berat hati sebab….” Haidar mendekatkan dahinya pada dahi Kyra Lydia. “Sebab you sentiasa ada dalam hati I. Walaupun you tak ada depan mata I, tapi you sentiasa di hati I,” ucap Haidar sambil meletakkan tangan Kyra Lydia di dadanya.
Perasaan marah Kyra Lydia pada lelaki itu terus hilang setelah mendengar ucapan romantis daripada Haidar. Bibirnya terus melakar senyuman mesra.


Sebaik sahaja kaki EL melangkah keluar dari KLIA, matanya dipejam rapat. Senyuman nipis terhias di bibirnya. Perlahan-lahan, dia menarik nafas, menikmati udara di Kuala Lumpur, udara Malaysia, tanah tumpah darahnya. Kemudian, nafasnya dihela lembut. Matanya masih lagi terpejam buat seketika. Malaysia, I’m back, detik lelaki itu dalam hati.
Konsentrasinya terganggu. Bersama dengusan kecil, dia membuka matanya sambil memandang ke langit. Awan yang menutupi matahari sebentar tadi sudah berarak pergi, membuatkan cuaca di sekelilingnya menjadi panas. Terik mentari membuatkan EL terus menyarungkan cermin mata hitam.
“Haisy, ni yang aku tak suka balik Malaysia ni. Panas!” rungut EL.
“Amboi… Ayat tak menahan,” tegur satu suara dari arah kiri.
EL berpaling secara spontan. Gelakan kecil terbit di bibirnya. Tangan kanan terus disua untuk bersalam. “Wei, Adam… Ingatkan kau tak nak jemput aku… Apa khabar bro? Dah makin tembam aku tengok kau ni.”
Lelaki yang dipanggil Adam menyambut huluran salam EL. “Mana boleh tak nak jemput bro… BFF balik dari luar negara, mestilah kena jemput. Lagipun, kau kan nak balik kampung aku. Wei, tembam sangat ke aku ni?”
Soalan Adam membuatkan EL melepaskan tawa kecil. “Sikitlah bro. Sikit… Sikit je,” jawab EL bersama gaya tangan.
“Banyaklah kau punya sikit… Kau ada nak pergi mana-mana ke lepas ni?”
“Pergi mana lagi… Balik kampung kau la. Before aku balik Kuching, aku nak jumpa ibu kau dulu. Mengidam nasi kerabu ibu kau bro…”
“Mana tahu kau nak singgah mana-mana ke… Aku tahulah kau nak balik kampung aku… Ibu aku pun dah tak sabar nak jumpa anak angkat dia ni.”
EL berfikir sebentar. “Tak ada nak singgah mana-mana kut. Kereta kau mana?”
Adam terus menunjuk ke suatu arah. “Aku park situ je. Jomlah bro. Ada yang kena saman kejap lagi. Aku malaslah nak park betul-betul. Nak jemput kau je pun.”
Mata EL terus terhala ke arah yang ditunjukkan oleh Adam. Kereta Proton Saga FLX bewarna putih yang diparkir betul-betul di hadapan pintu masuk KLIA menyapa pandangannya. Dalam masa yang sama, matanya terpandang… ‘TERPANDANG’ pasangan yang telah membuatkan hatinya geram berdiri tidak jauh dari kereta Adam.
Pasangan itu seolah-olah berat hati untuk berpisah. Wajah sedih si dara menceritakan segalanya. EL mencebik. Menyampah melihat pasangan itu. Menyampah lagi melihat wajah si gadis yang sedang memeluk erat pinggang kekasih hatinya. Kemaruk bercinta betul! Gadis itu telah melanggarnya di Perth International Airport dan pasangan itu juga telah menganggu ketenteramannya di dalam kapal terbang. Berjam-jam dia terpaksa menadah telinga mendengar bicara romantik pasangan itu. Bertambah geram bila si gadis menegurnya supaya memperlahankan suaranya dengan kasar. Memang bengang EL masa tu. Teramat bengang!
“Adam, kau pergilah masuk kereta dulu. Nanti aku menyusul. Bawa sekali beg pakaian aku ni.”
Adam menjungkitkan keningnya. “Tadi kata tak nak singgah mana-mana… Kau nak pergi mana ni?”
“Langsaikan hutang sekejap,” balas EL bersama senyuman penuh makna. Idea nakal muncul di fikirannya.
Tanpa banyak cakap, Adam yang takut disaman kerana memarkir di tempat yang dilarang terus berlalu pergi sambil menarik beg pakaian EL.
EL masih lagi memerhatikan pasangan yang telah menyakitkan hatinya. “Ya Allah, meluatnya aku tengok dia orang berdua ni… Pencemaran mata betul,” komen EL sebelum membongkok, membetulkan ikatan tali kasutnya.
Sebaik sahaja mengikat tali kasutnya dengan kemas, dia memandang semula pasangan tadi. Senyuman nakal terhias di bibir entah buat kali ke berapa. Rambutnya yang menutupi cermin mata hitam disebak ke sisi. Kemudian, dia kembali berdiri dan membetulkan posisi beg sandangnya.
“Ready… On your mat, get set, go…,” ucap EL perlahan, cukup untuk didengari untuk dia. EL mula berlari anak menuju ke arah pasangan itu. Saat itu, si lelaki sedang mengusap manja rambut si gadis. Dengan selamba, EL merempuh pasangan itu dan tanpa rasa bersalah meneruskan lariannya menuju ke kereta Adam.
Sebelum dia melangkah masuk ke dalam kereta Adam, dia menghentikan lariannya dan berpaling ke belakang. Senyuman lebar terukir di bibir apabila dia melihat pasangan tadi sedang memandang ke arahnya dengan wajah bengang. EL menanggalkan cermin matanya dengan gaya yang cukup bersahaja, lalu memandang dengan berani pasangan tadi. Lidahnya dijelirkan persis seorang anak kecil. Tangannya dilambai-lambai pada pasangan itu bersama senyuman sinis. Senyuman mengejek.
Setelah puas membalas rasa sakit hatinya, EL terus masuk ke dalam kereta Adam. “Jalan bro.”
“What’s going on, EL?” tanya Adam yang menyaksikan kejadian tadi. Dia ingin tahu.
“Drive jelah. I’ll tell you the whole story.”

ps: click here to support me. :) 








Sinopsis Teman Lelaki Upahan




“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah, atau apa-apa saja. Just name it.” 

Satu insiden kecil yang berlaku di sebuah restoran menemukan Kyra Lydia dengan EL. Seorang lelaki yang sederhana pada mata Kyra Lydia. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam. Memang bukan gadis idaman dia. 

Hubungan cinta palsu mereka terjalin. Perasaan benci mula hilang. Mereka mula rapat dan mesra. Persis pasangan yang hangat bercinta. 

“I tahu I cantik tapi I rasa you tak perlu pandang I macam tu. I tak suka.”                         
“Kenapa? You takut you jatuh cinta pada I?”
“Tolonglah! Atau you yang jatuh cinta pada I? I’m sorry… I am so not interested to fall in love with you.”

Tanpa mereka sedar, cinta mula hadir di dalam hati masing-masing. Cuma mereka tidak mahu mengaku. Takut jika mereka bertepuk sebelah tangan.

“Okay. I do love her. But does she love me?” – EL 

“Don’t deny it. Dah jelas terpapar di wajah you yang you cintakan dia. You are so easy to read, my girl. Just admit it.” – Fareez 

Saat EL sudah bersedia untuk melafazkan kata cinta, dia diuji. Terlalu banyak perkara yang berlaku sehingga dia menjadi seorang pendendam. Dirinya terperangkap. Antara cinta dan dendam.

“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you…  tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. Sebab you telah menghancurkan famili I. Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia. I loathe you so much!!”

Mulut kata benci. Hati kata sayang. Sampai bila mereka mahu memendam rasa? Hati Kyra Lydia masih dimiliki oleh EL meskipun dia tahu dirinya tidak layak untuk lelaki itu. Kyra Lydia redha. Dia serahkan segala-galanya kepada Tuhan kerana dia yakin dengan jodoh Allah.

“I sedang berdoa kepada Allah, memohon agar cinta I bersambut. Jika dia jodoh I, in shaa Allah he will be mine.”