Friday, March 21, 2014

Teman Lelaki Upahan 9



Mata EL diliarkan memandang ke sekeliling, mencari seseorang. Entah buat kali ke berapa, dia mengerling jam tangannya. Keluhan berat dilepaskan. Janji pukul lima setengah…. Sekarang ni dah pukul enam, batang hidung dia pun aku tak nampak, rungut EL dalam hati. Tangannya mula mengetuk meja. Bosan!
Dia kembali menunggu. Terpaksa menunggu sehingga gadis itu muncul. Ada hutang yang perlu dia langsaikan. Jika bukan pasal hutang, sudah lama dia berambus. Buang masa je tunggu gadis angkuh tu. Fikiran EL mula melayang entah ke mana dek kerana kebosanan yang melampau.
Deheman seseorang membuatkan lamunan EL terbang serta-merta. Matanya terhala ke arah seorang gadis yang berpakaian formal. EL sekadar memandang wajah gadis yang nampak letih itu. Tiada niat untuk memulakan perbualan. Barangkali menunggu kata maaf daripada si gadis.
Kyra Lydia beriak bersahaja. Tiada langsung niat untuk meminta maaf atas kelewatannya. Padahal dia sudah terlewat hampir setengah jam. Jika lelaki di hadapannya ialah Haidar, sudah pasti ucapan maaf yang menutur di bibirnya saat ini. Namun, lelaki di hadapannya bukanlah Haidar. Hanya seorang lelaki asing, seorang pekerja restoran. Perlukah dia minta maaf?
Kyra Lydia memandang gelas minuman di atas meja. Pasti lelaki itu memesan untuknya. “I tak minum air milo,” ucap Kyra Lydia bersahaja. Badannya disandarkan ke kerusi sambil memandang ke arah EL.
EL terus mencapai gelas di hadapan gadis itu. “I tak oder untuk you pun. It’s mine!”
Tawa sinis terbit dari bibir Kyra Lydia. Kedudukan gelas itu betul-betul di hadapannya. Jarak gelas itu dengannya lebih dekat berbanding lelaki itu. “Tamaknya you… minum sampai dua gelas,” perli Kyra Lydia.
“You nak minum apa-apa tak? Oder jelah. My treat,” ucap EL dengan nada bosan. Malas nak layan karenah Kyra Lydia. Dah lah lambat, banyak songeh pula. Minta maaf pun tidak. Dasar gadis ego!
“It’s okay. I baru je minum tadi.”
EL merapatkan badan ke meja. “Well, do you mind to explain kenapa you lambat? More than half an hour I tunggu you tau.”
“Do I need to give you an explanation?” Selamba sahaja Kyra Lydia membalas pertanyaan EL.
Terjatuh rahang EL mendengar respon yang cukup selamba daripada gadis itu. Sungguh, dia tidak pernah jumpa orang seperti perempuan di hadapannya. “You ni kan… memang tak tahu budi bahasa eh? I tak…”
Bicara EL terhenti tatkala iPhonenya berbunyi. Segera dia mencapai iPhone di dalam poket seluar. “I need to answer this call. Urgent!” ucap EL sebelum buru-buru beredar dari meja.
Kyra Lydia kini bersendirian. Gadis itu mengurut bahunya perlahan. Badannya terasa letih. Minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk bagi gadis itu. Dia terpaksa menguruskan kerja-kerja yang tertangguh sewaktu dia mengambil cuti seminggu. Sedikit pun dia tidak terasa dengan kata-kata EL sebentar tadi. Kyra Lydia kemudian menghalakan pandangannya pada kaca tv. Muzik video dari seberang menarik perhatiannya. Tanpa sedar, dia menghayati setiap bait lirik lagu itu. Lagu yang didendangkan oleh Syahrini, bertajuk Kau yang Memilih Aku. Matanya terpaku di kaca tv.

Cinta tak pernah sesakit ini
Cinta tak pernah seperih ini
Yang aku minta tulus hatimu
Bukan kau curangi aku

Rasa yang ada di dalam hati
Tangis yang ada saat ku sendiri
Inilah akhir kisah cintaku
Kisah bersamamu

Kau yang telah memilih aku
Kau juga yang sakiti aku
Kau putar cerita
Sehingga aku yang salah

Kau selalu permainkan wanita
Kau ciptakan lagu tentang cinta
Hingga semua tahu
Kau makhluk sempurna

Mungkinkah semua mereka tahu
Saat hatiku luluh kepadamu
Kau pergi dengan kisah yang baru
Dan ku simpan di ketulusan hati


Setitis air mata mengalir di pipi Kyra Lydia sebaik sahaja muzik video yang dipaparkan tamat. Segera dia menyeka air matanya. Matanya memandang hadapan semula. Hampir gugur jantungnya apabila menyedari EL sudah berada di tempatnya. Cepat-cepat dia mempamerkan riak wajah kosong. Kesedihan yang muncul sebentar tadi cuba dibuang jauh-jauh.
Air mata yang mengalir di pipi Kyra Lydia menimbulkan tanda tanya di hati EL. Tidak semena-mena, perasaan ingin tahu menular di sanubari lelaki itu. Pelik! Sangat pelik! Tidak sampai lima minit dia tinggalkan gadis itu, gadis itu sudah menangis. Perasaan ingin tahunya melonjak-lonjak. Pun begitu, dia sedar dia tiada hak untuk menyoal.
“Dah lambat ni, cik… Apa kata kita selesaikan hal kita. So, berapa I kena bayar you?”
Kyra Lydia senyum. Sinis sekali senyumannya itu. “Tak perlulah I beritahu you. I tahu you tak mampu nak bayar. I tak nak bebankan you.”
“Maksudnya, you tak nak minta apa-apa daripada I? I tak payah bayar apa-apa?” soal EL bersama kerutan di dahi. Bertambah pelik dia jadinya.
“Mana ada benda free dalam dunia ni. I tak cakap pun you tak perlu bayar apa-apa. I’ve a good proposal for you. You tak perlu bayar ganti rugi you dengan duit. Tapi you bayar dengan menjadi teman lelaki I. I want you to pay your debt by being my fake boyfriend.”
 Sungguh, EL terkejut mendengar permintaan mengarut gadis itu. Lama dia terdiam dek kerana rasa terkejut. Lama kemudian, dia merenung jauh ke dalam bebola mata Kyra Lydia.
“You want me to be your fake boyfriend?” soal EL seakan ingin kepastian.
Dengan yakin, Kyra Lydia menganggukkan kepalanya. Selamba sahaja wajahnya. Wajah tiada perasaan. EL tidak mampu menahan gelak. Tawa yang cuba ditahan terhambur juga. Perempuan ni buat lawak ke apa, soal EL sekadar di dalam hatinya. Kepalanya sudah digeleng-gelengkan, tanda tidak percaya. Tangannya pula menekan perut yang terasa senak akibat ketawa yang kuat. Walaupun gelakan EL menarik perhatian para penggunjung, lelaki itu masih lagi melepaskan gelakan. Seperti mana Kyra Lydia selamba membuat permintaan, begitu juga selambanya EL melepaskan gelak.
Kyra Lydia sedikit bengang apabila ditertawakan sedemikian. Seumur hidup dia, belum pernah dia digelakkan sebegitu rupa. Dia memberikan pandangan yang cukup tajam kepada EL, memberi isyarat supaya lelaki itu berhenti gelakkannya.
“I serius! This is not joke. By hook or by crook, you have to be my fake boyfriend.”
“Dah kenapa pula saya kena jadi boyfriend palsu cik ni?” tanya EL bersama sisa tawa.
“You ni ada akal ke tak? You cermin diri you dulu… mampu ke you bayar ganti rugi for the damage you had done?”
EL tersenyum penuh makna. Sedikit pun tidak terasa dengan kata-kata Kyra Lydia. Gadis itu terlalu angkuh. Dia perlu membuat sesuatu supaya gadis itu sedar, bukan gadis itu seorang sahaja yang ada duit di dunia ini.
“Berapa I kena bayar? Lima ribu? Sepuluh ribu? Lima belas ribu?” EL terus menghulurkan cek kosong yang sudah dia sediakan. “Take this. Tulis je berapa angka you nak. Berpuluh ribu pun boleh. Tapi kan cik… I nak pesan sikit, tulislah nilai yang berpatutan dengan kerugian you. Jangan nak over sangat. Rugi sikit, tapi minta berpuluh kali ganda.”
Dahi EL sedikit berkerut apabila riak wajah Kyra Lydia tidak menunjukkan sebarang kesan. Sangkanya gadis itu pula yang akan terkejut dengan bicaranya. Namun, sangkaannya meleset.
Tanpa sebarang perasaan, Kyra Lydia mengambil cek kosong di atas meja lalu dibaca sepintas lalu. Ezwan Lutfi. Baru kini dia faham kenapa lelaki itu mahu dipanggil EL. Senyuman sinis kembali meniti di bibirnya. Dia memandang EL semula dan dengan selamba dia mengoyakkan cek di tangan.
“I tak bodoh macam you. You ingat I percaya ke kata-kata you tu. Cek tendang you ni, tak ada nilai tau. Okey, I tahu you perlukan masa untuk berfikir. This is my card. I want to know your answer by tomorrow. Bear in mind, I won’t take ‘NO’ as an answer, Encik Ezwan Lutfi.”
Setelah menghulurkan kad namanya, Kyra Lydia terus meninggalkan EL. EL hanya mampu menghantar pemergian Kyra Lydia dengan pandangan matanya. Kad nama yang diberi gadis itu dipandang. Tulisan yang tentera pada kad nama mula dibaca. Kyra Lydia binti Dato Azham, Chief Operating Officer of Casa Furniture and Design.
“Patutlah berlagak tak ingat dunia… COO rupanya.” Kutuk EL bersama mimik muka.

“Macam mana date kau, bro?”
Baru sahaja EL menapak masuk ke dalam rumah, dia sudah diajukan soalan oleh Adam yang sedang menonton movie di ruang tamu. Soalan itu membuatkan wajah EL bertukar kelat. Langkahnya terus menuju ke sofa lalu dihempaskan punggungnya bersama keluhan berat.
“Date apanya… Aku jumpa dia sebab nak bayar ganti rugi je… sebab aku dah kotorkan pakaian dan kasut dia… bukan date dengan dia.”
Adam terkekeh-kekeh ketawa. “So, dah settle lah? Berapa dia suruh bayar wei?”
“Belum settle…” EL membetulkan posisi duduknya, badan EL dipusingkan ke kiri untuk memudahkan dia memandang Adam dengan lebih jelas. “Aku rasa minah tu ada masalah mental la…”
“Whoa… apa dah jadi? Cuba kau cerita sikit.” Adam mula teruja ingin tahu.
“First…” Ibu jari EL ditegakkan. “Dia janji nak jumpa dengan aku 5.30. Tapi pukul 6 lebih baru dia sampai. Dia langsung tak minta maaf even dia tu lambat. Bukannya lambat sikit. Kau tahu dia cakap apa masa aku suruh explain kenapa dia datang lambat? Do I need to give you an explanation?” EL mengajuk bicara Kyra Lydia.
Rahang Adam terjatuh sedikit. “Sombong gila minah tu… Dah datang lambat, boleh pula cakap macam tu. Okey, second?”
Jari telunjuk EL dinaikkan pula. “Second… dia cakap aku tak perlu bayar dia. Aku ingatkan dia dah sedarlah yang dia tu pun salah. So, dia tak nak minta apa-apa daripada aku. Tapi rupanya dia ada agenda lain. She wants me to be her fake boyfriend.”
“What?? Serius ke?”
“Seriuslah… takkan aku nak tipu pula. Kan aku dah kata dia ada masalah mental. Dia cakap aku tak mampu nak bayar dia. And for your information, dia koyakkan cek aku. Dia ingat cek aku tak laku. Meluat betul aku dengan minah tu. Dia ingat aku ni tak mampu ke?”
Adam menyandarkan badannya ke sofa. Kepalanya digeleng-gelengkan perlahan. Tidak lama kemudian, terbit tawa dari bibirnya. Tawa Adam membuatkan EL memandang geram ke arah lelaki itu.
“Yang kau gelak ni kenapa? Lawak sangat ke cerita aku ni?”
“Luculah cerita kau ni… Minah tu bukannya kenal kau tapi dah suruh kau jadi fake boyfriend dia. Minah tu desperate sangat ke apa?”
EL mengusap rambutnya sendiri. “Tulah pasal. Aku tahu lah aku ni handsome tapi tak payahlah sampai suruh jadi fake boyfriend dia. Kalau dia suka aku, cakap jelah…”
“Alahai… tak habis-habis nak puji diri sendiri. So, kau nak jadi fake boyfriend minah tu tak?”
“Gila kau… Tak ingin aku. Biar jelah minah sewel tu. Aku sanggup bayarlah berapa yang dia nak.”
“Teruja pula aku nak kenal minah tu… Nanti kalau dia datang kedai, beritahu aku tau.”
EL menjeling Adam dengan selamba. “Buang masa je kau kenal minah ego macam dia tu.”
“Kenalkan jelah. Curious tau nak tengok muka minah yang suruh kau jadi fake boyfriend dia,” tutur Adam.
“Yelah, yelah…”


2 comments:

baby mio said...

NOVEL DIA BULAN BERAPA KELUAR X SABAR NAK TAHU KESUDAHANNYA.

Zuera said...

Bulan depan dear.. under karyaseni