Friday, March 21, 2014

Teman Lelaki Upahan 8



Tamat sahaja mesyuarat yang dikendalikan, Kyra Lydia terus bergegas menuju ke Coffee House untuk bertemu Haidar. Tengahari tadi dia menghubungi lelaki itu untuk mengajak minum petang bersama selepas waktu bekerja. Langkahnya diatur mendekati Haidar. Seperti biasa, di setiap janji temu mereka, dia yang akan lambat.
“Hai… I yang lambat atau you yang awal?” ucap Kyra Lydia bersahaja, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka. Dia terus melabuhkan punggungnya di hadapan Haidar.
Haidar melirik matanya ke arah Kyra Lydia. Senyuman nipis terukir di bibir lelaki itu. “I yang awal. Kali ni you tak lambat. In fact, you awal lima minit. So, how are you?”
Kyra Lydia menyebak rambutnya yang berjuntaian. “You rasa?” soal gadis itu cukup selamba. Matanya kemudian meliar lalu memanggil seorang pelayan.
“Two Americano, please.” Kyra Lydia terus membuat pesanan untuk mereka. Dia tidak perlu tanya Haidar kerana mereka sudah lama kenal. Apa yang Haidar suka, tak suka, semuanya sudah berada di dalam kotak ingatannya.
Haidar berdeham setelah pelayan meninggalkan mereka. “Look, Lydia. I tahu I salah… In this case, I mengaku memang I yang salah. You tak salah sebesar zarah pun. You can put the blame on me. I am truly sorry. I harap you dapat terima hakikat hubungan kita sampai sini saja. I hope, if possible, we can be friend.”
Diam. Kyra Lydia tidak memberi sebarang respon. Dia hanya merenung wajah bersalah Haidar sehinggalah pesanan mereka sampai.
“Haidar…” Kyra Lydia memulakan bicara. “Frankly speaking, I tak bersedia lagi nak bincang hal ni. I don’t want to talk about this. Semuanya berlaku dengan pantas. I tak sempat nak sediakan perisai untuk tempuh semua ni. I nak cakap pasal benda lain. You ingat lagi tak I ada perkara nak beritahu you masa kita keluar minggu lepas?”
Perlahan-lahan Haidar menganggukkan kepalanya. “You nak beritahu apa masa tu?”
Kyra Lydia tidak segera memberi jawapan. Dia menyisip sedikit minumannya. “I nak ajak you kahwin.”
Rahang Haidar sedikit jatuh mendengar bicara Kyra Lydia. Dia terdiam. Tidak mampu memberi sebarang respon.
“Dato Azham dah putuskan untuk serahkan syarikat pada I sepenuhnya. But with one condition. I kena kahwin selewat-lewatnya bulan Jun dan dalam masa terdekat ni dia nak jumpa bakal suami I. Masa tu, I ingat permintaan dia sangat mudah. Dia nak I kahwin je… dan sebagai balasannya, I akan dapat syarikat tu. Unfortunately, on the day I nak usulkan hal kahwin dengan you, you putuskan hubungan kita.”
Haidar mengetap bibirnya. Lama dia menyepi. Kyra Lydia hanya beriak biasa. Dia tahu Haidar berasa kekok saat itu.
“I minta maaf. I tak tahu pasal hal tu. I’m sorry Lydia.”
“You orang yang paling rapat dengan I, Haidar. You tahu banyak perkara tentang I termasuk my family’s problems. And you tahu memang selama ni I bercita-cita untuk dapatkan syarikat famili I. I tak nak perempuan perampas tu rampas syarikat kami selepas dia rampas daddy I. How can you do this to me, Haidar?”
 Haidar hanya mampu menundukkan wajahnya, tidak mampu memandang wajah Kyra Lydia. Ya, dia amat jelas tentang kisah peribadi Kyra Lydia. Dia juga pernah bertekad untuk memulihkan hubungan gadis itu dan keluarganya. Namun belum sempat dia berkenalan dengan keluarga Kyra Lydia, dia terpaksa memutuskan hubungan mereka. Bukan dia pinta untuk jatuh cinta pada Najwa, bukan dia pinta untuk mengkhianati cintanya pada Kyra Lydia. Semuanya berlaku di luar sedar dan dia tahu jika dia tetap bersama Kyra Lydia, dia hanya akan menyakiti gadis itu lebih teruk daripada sekarang. Cinta bukanlah sesuatu yang bisa dipaksa.
“I tahu you tak mampu jawab soalan I, Haidar. Tapi I nak minta tolong dengan you. Dato Azham nak jumpa dengan bakal suami I Sabtu malam ni. I harap you boleh tolong I. Meet him this Saturday. I tahu kita dah tak ada apa-apa hubungan tapi boleh tak you berlakon je?”
“Berlakon? Maksud you, you nak tipu daddy you?” Haidar terdiam seketika. Barangkali memikirkan idea Kyra Lydia. “Look, Lydia… I don’t think it’s a good idea. Sabtu ni mungkin you boleh tipu dia… tapi hari-hari lain macam mana? Takkan I kena berlakon sampai bila-bila. And when your dad suruh kita kahwin, takkan kita kena kahwin?”
Kyra Lydia menelan air liur. Jawapan bersahaja Haidar cukup membuatkan luka lama berdarah semula. Ketenangan yang cuba dia pamerkan sebentar tadi semakin pudar. “I tak suruh pun you kahwin dengan I, Haidar. I hanya minta tolong dengan you. Untuk Sabtu ni je. Hari-hari lain, itu masalah I. Tapi untuk Sabtu ni, I nak you jumpa Dato Azham.”
“I tak percaya. Sekarang mungkin you cakap you minta tolong dengan I untuk Sabtu ni. Tapi lepas tu, you mesti akan suruh I to be your fake boyfriend... again. Sorry, Lydia... I can’t help you.”
Gadis itu mula berpeluk tubuh. “Susah sangat ke you nak berlakon jadi boyfriend I? Selama ni yang you pura-pura jadi boyfriend menantu pilihan keluarga you, boleh pula? Kenapa sekarang you reluctant to do the same? Sebab I ni Lydia, bukan Najwa?”
Haidar meraup wajahnya. Dia menghela nafas berat. “Kalau I nak tolong you pun, I tak boleh, Lydia. I tak ada Sabtu ni. I balik Perak… nak uruskan wedding I.”
“So, you memang tak boleh tolonglah?”
Lelaki itu menggeleng perlahan. “Sorry. I can’t help you. I think lebih baik you berterus-terang dengan family you perkara yang sebenarnya.”
Kyra Lydia terus mencapai tas tangannya, lalu berdiri. “Kalau you tak boleh tolong I, tak apa. I akan cari jalan lain.” Dia terus meninggalkan Haidar di situ walaupun minumannya baru disentuh sedikit. Sebelum keluar dari kafe, dia menuju ke kaunter, membayar minumannya. Mulai hari ini, dia tidak mahu terhutang budi dengan Haidar. Lelaki itu sudah berubah. Ini semua pasti disebabkan Najwa. Satu tekad baru muncul di fikirannya. Haidar perlu diubah semula.

Fail laporan syarikat ditutup perlahan setelah Kyra Lydia meneliti laporan yang disediakan oleh pengurus syarikat. Dia sangat berpuas hati dengan pencapaian syarikat untuk bulan lepas. Meja kerjanya dibersihkan. Fail laporan diletakkan di dalam briefcasenya semula.
Gadis itu kemudian membuat senaman ringan. Perlahan-lahan, dia mengatur langkah keluar dari bilik kerja bersama muk lalu menuju ke dapur untuk membasuh muk yang sudah digunakan.
Sesudah itu, dia menuju ke biliknya pula. Badannya dihempaskan ke katil. Gadis itu mula menelentang sambil merenung siling. Pertemuannya dengan Haidar sebentar tadi kembali bermain di minda. Bibirnya dicebikkan. Benci dengan Haidar yang tidak mahu membantunya.
Gadis itu mula rungsing. Ligat otaknya berfikir untuk mencari jalan penyelesaian yang lain. Wajah Kyra Lydia kelihatan agak tertekan. Tertekan dengan situasi yang dia alami saat ini. Macam mana cara sekali pun, dia harus bawa seseorang untuk diperkenalkan dengan Dato Azham. Persoalannya, siapa yang akan menjadi teman lelakinya? Siapa yang sanggup membantunya, melakonkan watak bakal suaminya? Siapa?
Keluhan demi keluhan dilepaskan oleh Kyra Lydia. Fikirannya terus mencari calon-calon yang sesuai untuk berpura-pura menjadi teman lelakinya. Mujur sahaja Dato Azham tidak pernah berjumpa dengan Haidar. Bolehlah dia cari lelaki lain untuk menjadi pengganti Haidar. Satu demi satu wajah kenalan lelaki muncul di minda gadis itu. Namun semuanya tidak sesuai.
Beberapa minit kemudian, kotak ingatannya mula mengingati satu wajah. Wajah yang baru sahaja disimpan rapi di dalam ingatannya. Gadis itu terus menimbang baik buruk tindakannya. Dia tidak mahu tersilap langkah. Seperti mana dia cukup berhati-hati dalam menjalankan perniagaan, dia juga berhati-hati dalam setiap tindakan yang dia ambil. Jika tindakan itu menguntungkannya, dia akan teruskan. Jika tidak, dia akan fikirkan alternatif lain yang lebih bernas.
Setelah lama berfikir, Kyra Lydia bangkit dari perbaringan dan mencari-cari telefon. Tanganya terus menyentuh ikon phonebook. Dia yakin lelaki itu paling sesuai. Yang paling penting, dia tidak perlu menjatuhkan egonya, merayu seperti mana dia merayu kepada Haidar petang tadi. Lelaki itu berhutang dengannya dan dia akan suruh lelaki itu melangsaikan hutangnya dengan menjadi teman lelakinya. Idea yang sangat bijak! Dia tidak rugi apa-apa pun. Tanpa membuang masa, Kyra Lydia terus menghubungi lelaki itu.
 “Assalamualaikum,” sapa suara di hujung talian.
 “Waalaikummusalam. Am I speaking to EL?”
“Yeah… Siapa ni? Do I know you?”
“You tumpahkan mee kari ke baju I last Sunday,” balas Kyra Lydia tanpa nada.
“Oh… ya, saya ingat lagi. Hmm, kenapa cik call saya? Tak sabar nak tuntut ganti rugi ke? Cik dah buat kira-kira kerugian yang cik alami?”
Bertubi-tubi soalan yang diajukan oleh EL. Kyra Lydia menggaru lehernya perlahan. “I nak jumpa you esok. You free tak?”
“Yeah, sure. Pukul berapa dan kat mana?”
“5.30 petang, dekat restoran hari tu. So, see you tomorrow.”
Cepat-cepat Kyra Lydia mematikan panggilan. Tidak mahu berbual panjang dengan lelaki itu. Dia kembali mengatur stratergi. Strategi jangka panjang. Dia mahu gunakan peluang yang ada sebaik mungkin.
Kalau dia menyuruh EL berpura-pura menjadi teman lelakinya untuk makan malam bersama Dato Azham Sabtu ini, bagaimana pula dengan hari-hari lain? Perlukah dia jadikan EL sebagai mangsa untuk dia mencapai impiannya selama ini? Perlukah dia menjadikan EL teman lelaki palsunya? Dan jika EL tidak bersetuju, perlukah dia mengupah EL dan menjadikan EL teman lelaki upahannya? Pelbagai soalan bermain di fikiran gadis itu.

EL meletakkan semula telefonnya di atas meja selepas talian dimatikan. Bibirnya sedikit terjuih, menyampah dengan cara gadis itu bercakap. Gitar kecil yang berada di sisi, dicapai semula.
“Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti…”
“Nak bercinta ‘lagi’ apanya kalau kau tu tak pernah bercinta,” ucap satu suara dari arah belakang.
EL tersentak. Nyanyiannya terhenti, begitu juga alunan gitar kecil. Dia terus berpaling ke belakang. “Bro… bila kau balik?”
EL sedikit terkejut melihat Adam di ruang tamu. Seingat dia, Adam masih lagi di kampung, menguruskan masalah keluarganya.
Adam mendekati EL yang sedang mengambil angin di beranda apartmen mereka lalu melabuhkan punggungnya di kerusi rotan berhampiran EL. “Baru je… Kau yang tak perasan. Jiwang sangat malam-malam buta ni, kenapa?”
Tersengih EL mendengar soalan Adam. “Mana ada feeling bro… Hmm, macam mana keluarga angkat aku? Semua sihat tak?”
“Sihat. Keluarga aku kirim salam pada kau. Dia tanya bila kau nak balik jumpa dia…”
“Waalaikummusalam… mesti ibu rindu dengan anak angkat dia yang handsome ni kan? Hmm, nantilah aku balik. Kita balik sama-samalah. Malulah aku nak balik sana seorang diri. Macam aku anak kandung dia pulak.”
Adam mencebik. “Sejak bila pula kau pandai malu ni…. By the way, apa cerita ni bro? Baru beberapa hari aku tak ada kat sini, dah ada kes kat restoran kita. Cuba kau cerita sikit.”
“Mesti pekerja kita cerita kat kau kan? Kecoh betullah. Tak ada apa-apalah. Hal kecil je. Aku tengah jalan sambil bawa mee kari… then minah tu tiba-tiba pusing. Aku tak sempat nak elak dan mee kari pun jatuh, terkena baju dia. Dua-dua salah sebenarnya… sebab masa tu fikiran aku tengah melayang, tak perasan dia berdiri tegak kat situ. Dia salah sebab tiba-tiba je pusing.”
“Apa yang kau fikirkan masa tu, EL? Pelik je bunyinya.”
EL tersenyum hambar. “Aku jumpa Zarra.”
“Serius? Dia datang restoran kita ke?”
Lambat-lambat EL menganggukkan kepalanya. “Dia datang dengan abang aku. Tak lama lagi, dia orang nak kahwin.”
“Oh patutlah kau tak fokus. Dahlah bro. Lupakan jelah si Zarra tu. Hmm, minah tu apa cerita? Dia marah tak?”
“Mahu tak marah. Free je aku dapat penampar dia tau. Berlagak betul minah tu wei. Dia kata aku tak mampu nak ganti baju dia tu. Dia ingat aku ni sengkek sangat agaknya.”
Adam tertawa kecil. “Mesti minah tu kaya kan? Kalau tak, takkan nak berlagak macam tu… Dia tak tahu yang kau ni anak jutawan agaknya. Dia ingat kau ni orang biasa je. Dah kau tu tak menunjuk. Sederhana sangat.”
“Buat apa nak menunjuk bro… Minah tu kan… hmm… aku rasa aku macam pernah nampak dia lah.”
“Kat mana pula kau jumpa dia?”
EL berfikir sejenak. “Aku rasa aku pernah nampak dia dekat Cherating. Tapi aku rasa tu kali kedua aku nampak dia. Aku pernah nampak dia lagi sebelum ni. Tapi aku tak ingat. By the way, macam mana dengan rumah yang aku suruh kau siasat tu? Ada perkembangan?”
Adam menepuk dahinya. “Aku lupa nak beritahu kau bro… Esok kau pergi jumpa kawan aku tu. Dia nak discuss something dengan kau.”
“Hmm, yelah… Sebelum aku jumpa minah angkuh tu, aku  jumpa kawan kau dulu.”
“Kau nak jumpa minah tu esok?”
Kepala EL mengangguk kecil. “Dia ajak jumpa. Nak tuntut ganti rugi kut. Nampaknya terpaksalah aku sediakan cek kosong. Entah berapa ribu la aku kena bayar.”
“Salah sendiri bro… Kau tanggunglah sendiri. Dahlah… aku nak pergi mandi. Sambunglah balik jiwang kau.”
EL hanya melepaskan gelak. Gitar kecil kembali berada di tangan dan dia kembali khayal dengan dunianya.

No comments: