Wednesday, March 5, 2014

Teman Lelaki Upahan 6



Senyuman manis menghiasi wajah Kyra Lydia saat matanya menangkap figura Haidar yang sedang membelakanginya. Perasaan rindu yang menggunung mendorong gadis itu untuk mempercepatkan langkahnya, mendekati Haidar yang sedang menunggunya di sebuah meja yang agak tersorok. Tubuh Haidar terus dirangkul mesra dari belakang. Tawa kecil terbit dari bibirnya apabila Haidar seakan-akan terkejut.
Haidar segera  menjauh dan menoleh ke belakang. Mukanya jelas menunjukkan yang dia tidak suka diperlaku sebegitu. Namun, Kyra Lydia langsung tidak sedar akan riak Haidar. Dia masih tersenyum manis.
“Sorry, sayang… I tahu I dah lambat. Mesti you dah lama tunggu I kan? I need to settle something. Sorry okay. And thank you sebab pesankan minuman untuk I,” ucap Kyra Lydia sambil duduk berhadapan dengan Haidar. Jus epal di hadapanya terus disedut untuk menghilangkan rasa dahaga.
Sesungguhnya, Kyra Lydia rasa bersalah kerana Haidar telah menunggu lebih kurang setengah jam. Bukannya dia sengaja. Kalau boleh, dia  memang mahu cepat-cepat jumpa Haidar. Namun perbincangan dengan pereka perabot syarikatnya tadi mengambil masa yang agak lama. Perbincangan itu sangat penting dan dia tidak boleh menamatkannya lebih awal.
Hal yang berkaitan dengan syarikat merupakan keutamaan dia. Disebabkan itu, dia selalu sahaja lewat bertemu dengan Haidar dan Haidar akan menjadi penunggu setia. Jarang sekali Kyra Lydia tiba pada waktunya. Gadis itu terlalu mementingkan kerja. Tidak pernah walau sekali pun dia lewat untuk menghadiri janji temu bersama pelanggan atau pelabur tetapi dengan kekasih sendiri, selalu sahaja dia lambat.
“Tak apa. I dah biasa,” jawab Haidar tanpa nada. Respon yang luar biasa daripada lelaki itu apabila Kyra Lydia lambat bertemu dengannya. Lazimnya, dia akan memberi ceramah kepada gadis itu. “By the way, tolong jangan buat macam tu lagi.”
 “Okey, okey! I janji akan datang tepat pada masanya lain kali. Sorry sayang… I really mean it.”
“Tak. Bukan yang tu. Maksud I, lain kali jangan peluk I.”
Termangu Kyra Lydia seketika. Dahinya berkerut sedikit. Pelik dengan bicara Haidar. “But why?”
Haidar menghela nafas perlahan. “I dah pesan pada you kan during our last meeting. I tak nak you sentuh I lagi. Peluk pun tak bolehlah maksudnya.”
“Tapi kenapa? Salah ke? I miss you so much, okay!”
“Memang salah! Kita ni bukannya ada hubungan yang halal. You tu bukan mahram I. Berdosa kalau you sentuh I,” balas Haidar bersahaja.
 “Sejak bila pula you tahu dosa ni? Selama ni you peluk I, okey je. You cium dahi I, okey je. Kenapa sekarang timbul pula isu dosa?”
Haidar memandang wajah Kyra Lydia yang sudah berubah sedikit kelat. “Manusia boleh berubah Lydia. I tahu I banyak buat dosa. Dan sekarang I cuba untuk perbetulkan kesalahan I,” jawab Haidar lembut.
“Okey, okey… Fine! I tak nak cakap pasal hal ni. I tak nak kita gaduh over this silly matter. Kita dah lama tak jumpa Haidar… almost two weeks. I miss you, sayang. Actually, I baru je nak ajak you keluar, sebab I nak discuss something dengan you. Tapi you dah ajak I dulu. Macam ada telepati pula. By the way, you pun ada nak discuss something dengan I kan? What is it?”
Kyra Lydia bertanya dengan nada riang. Perbalahan kecil di awal pertemuan mereka cuba dibuang jauh-jauh. Yang penting buat masa ini ialah berbincang dengan Haidar tentang permintaan Dato Azham.
“Yeah, I wanna talk something. Tapi you cakaplah apa yang you nak cakap dulu.”
“Eh... It’s okay. Hal I boleh dibincang kemudian. You cakap dulu.”
Haidar membisu seketika. Lelaki itu seperti sedang mencari kekuatan untuk meluahkan bicaranya. Kadang-kadang, bibir lelaki itu bergerak-gerak seperti mahu memulakan bicara tetapi tiada bicara yang terluah. Kyra Lydia mula berasa pelik dengan sikap Haidar. Dia mula sedar Haidar nampak lain sangat hari ini. Lelaki itu tidak mesra seperti selalu. Namun, memang sudah lama lelaki itu tidak bermesra dengannya. Jumpa pun dah jarang. Maklumlah, masing-masing sibuk membina karier.
Kyra Lydia menanti kata-kata daripada Haidar dengan sabar. Manis sahaja wajahnya tatkala memandang wajah Haidar. Berbeza sungguh sikap Kyra Lydia apabila bersama Haidar dengan Dato Azham. Gadis itu akan menjadi seorang yang periang dan manja tatkala bersama Haidar dan akan bertukar dingin apabila bersama Dato Azham, ayah kandungnya.
Tangan Haidar di bawah meja digengam erat. Matanya dihalakan tepat ke arah Kyra Lydia. “I nak minta putus!” Kata Haidar senafas.
“Putus? Maksud you?” Kyra Lydia kurang mengerti dengan permintaan Haidar. Sungguh, dia tak faham!
“I nak putuskan hubungan kita.” Kali ini Haidar sudah mampu berbicara dengan sedikit tenang. Dia memandang wajah gadis di hadapannya. Ingin tahu reaksi gadis itu. Kalau boleh, dia mahu memutuskan hubungan mereka dengan cara yang baik.
Kyra Lydia melepaskan tawa. “April fool ke apa ni, sayang… Sekarang kan Januari. Belum April lagi. You bergurau kan? Come on… I didn’t buy it,” ucap Kyra Lydia bersama sisa tawa.
“I tak gurau Lydia. I serius. I betul-betul nak putuskan hubungan dengan you.”
Kali ini, Kyra Lydia terdiam. Lama. Riak wajahnya kosong. Wajah Haidar yang serius jelas menunjukkan yang dia berkata benar. Bukan main-main. Hati Kyra Lydia terus menjadi rawan. Wajahnya berubah pucat. Permintaan Haidar yang di luar jangkaan membuatkan Kyra Lydia terkedu. Fikirannya tiba-tiba berubah kosong.
 Haidar mengetap bibirnya perlahan. Reaksi gadis itu membimbangkannya. Ya, memang tiada riak sedih di wajah Kyra Lydia saat ini. Riak wajah gadis itu memang kosong. Namun, Haidar amat mengenali Kyra Lydia. Dia tahu gadis itu sedang menyembunyikan kesedihannya.
“Lydia… I nak minta maaf. It’s not your fault. It’s my fault. You baik, you…”
“It’s not your fault. It’s my fault. You baik, you perfect… I tak layak untuk you. You are too perfect for me.” Kyra Lydia terus memotong bicara Haidar. Sinis. “Oh come on… Tolong jangan bagi ayat klise Haidar. Kalau I baik, kalau I perfect, kenapa you nak putuskan hubungan kita?” soal Kyra Lydia meminta penjelasan.
Giliran Haidar pula yang diam. Memang dia akui sejujurnya dia yang bersalah dalam hal ini. Dia yang tidak setia. Dia tahu dia telah memainkan hati gadis di hadapannya. Sudah lama dia berfikir tentang hubungannya dengan Kyra Lydia, menimbang baik buruknya jika dia memutuskan hubungan dengan gadis itu. Keputusan yang dia ambil bukanlah keputusan yang dibuat tanpa berfikir panjang. Dia sudah fikir dengan masak.
“I’m getting married,” tutur Haidar perlahan seraya menundukkan sedikit wajahnya. Matanya dilarikan dari wajah Kyra Lydia. Tidak berani melihat riak wajah gadis itu. Haidar tahu dia akan diserang perasaan bersalah apabila melihat gadis itu terluka,
Kyra Lydia menelan air liur. Hatinya yang baru sahaja luka ditikam lagi. “Dengan siapa?” tanya Kyra Lydia yang cuba berlagak tenang.
“Pilihan bonda I.”
“Kahwin paksa?”
“Technically… Kalau you masih ingat lagi, dua tahun yang lepas I pernah beritahu you yang bonda I paksa I kahwin.”
Kyra Lydia mengangguk sekali. “Yeah, I ingat. Tapi bukan ke you cakap you dah settle kan hal tu? Macam mana boleh timbul balik isu ni?”
“You’re right. Hmm, macam mana ya, I nak cakap. It’s such a long story.”
“It’s okay. I nak dengar. Cerita kat I macam mana tiba-tiba timbul isu you nak kahwin dengan pilihan bonda you,” pinta gadis itu yang mula memeluk tubuh. Dia masih cuba mempertahankan ketenangan di wajah. Meskipun hatinya sudah berdarah, dia tetap mahukan penjelasan.
Haidar menarik nafas lalu dihembus perlahan-lahan. Dia berfikir seketika, cuba untuk menyusun ayat. “Mulanya, I dengan Najwa sama-sama tak setuju dengan rancangan family kami. Tapi mereka tetap nak kami berkahwin. I tertekan. Dia pun tertekan. Ibu dia pun paksa dia kahwin dengan I. Then, I decided untuk berlakon depan famili kami. I rahsiakan hal ni daripada you sebab I takut you marah. Kami end up jadi kawan. Last year, hubungan kami bertambah rapat sebab dia dah mula kerja dekat sini.”
Mata Haidar memandang ke arah wajah Kyra Lydia yang tiada riak. “I minta maaf, Lydia. I betul-betul minta maaf. I akui I yang salah dalam hal ni. I tak tahu sejak bila I jatuh cinta dengan Najwa. Dia pun ada perasaan yang sama macam I. We love each other. Dan kami putuskan untuk…”
“Berkahwin?” soal Kyra Lydia sambil sinis sekaligus memotong bicara Haidar. “What a nice story, Haidar. Mula-mula berlakon dan kemudian jatuh cinta. Kalau you cintakan dia, I pula macam mana? Mana pergi cinta you untuk I?”
“It’s gone,” jawab Haidar beberapa minit kemudian. Wajahnya ditundukkan dek rasa bersalah yang menggunung.
Jawapan Haidar mengundang gelak sinis di bibir Kyra Lydia. Matanya dilarikan ke arah lain, cuba menyembunyikan kesedihan yang mula menular. Rambutnya yang terurai disebak ke belakang.
“Semudah itu? Semudah itu cinta you pada I hilang?” Suara gadis itu mula kedengaran sedih. Dia sudah tidak mampu mengawal perasaan. Air mata yang cuba ditahan daripada tadi seakan berlumba-lumba untuk mengalir di pipinya. Lantas, dia terus berdiri.
“I think we’re done. I balik dulu.”
Tanpa menunggu balasan daripada Haidar, Kyra Lydia terus meninggalkan lelaki itu. Panjang langkahnya menuju ke kereta. Kereta dipandu tanpa arah. Sebaik sahaja keretanya bergerak menjauhi restoran, air matanya terus mengalir deras. Sakitnya hati dia kala ini. Hancur berkecai menjadi kepingan-kepingan kecil.
Disebabkan tidak mampu mengawal perasaanya lagi, Kyra Lydia terus memberhentikan keretanya di bahu jalan. Kesedihannya yang ditahan sedari tadi, diluahkan sepenuhnya. Teresak-esak dia menangis. Kepalanya diletakkan di atas stereng kereta.
Teraniaya! Itu yang dia rasa saat ini. Dia tidak pernah menyangka Haidar akan menganiaya cinta mereka. Kata-kata cinta Haidar kepadanya mula-mula tergiang-ngiang di telinga. Kata-kata itu masih lagi segar di ingatan seperti baru semalam dia mendengarnya. Sewaktu Haidar melafazkan rasa cinta padanya, hati dia berbunga-bunga pada saat itu. Namun kini tidak lagi. Kata-kata itu umpama racun yang meracuni tubuhnya. Menambahkan kesedihan di hati.
“Listen carefully, Kyra Lydia binti Dato Azham. I, Iqbal Haidar bin Johari berjanji akan sentiasa mencintai you dan tak akan mengkhianati cinta kita. Walau apa pun halangan yang datang, I akan tempuhi demi cinta kita. I love you so much, Kyra Lydia.”
Makin kuat tangis gadis itu apabila terkenang kembali janji Haidar padanya satu ketika dulu. Dadanya yang terasa sakit ditepuk beberapa kali. Penipu! Haidar penipu! Lelaki itu telah memungkiri janjinya. Lelaki itu telah mengkhianati cintanya. Kenapa Haidar? Kenapa? Kenapa you lukakan hati I selepas I serahkan hati I pada you? Rintih Kyra Lydia.
Sesungguhnya, gadis itu berasa sangat sedih dan kecewa. Haidar merupakan insan yang paling dia sayang selain mummy dan kawan baiknya. Kenapa Haidar tinggalkan dia di saat dia sudah menyerahkan hatinya kepada lelaki itu? Tahukah Haidar betapa dalamnya cinta Kyra Lydia kepada lelaki itu? Haidar kekasih pertamanya. Haidar lelaki pertama yang berjaya merobohkan tembok yang dia bina selama ini. Haidar lelaki pertama yang berjaya menawan hatinya. Kenapa lelaki itu mengkhianatinya? Kenapa?
Kyra Lydia mula menyandarkan badannya ke kerusinya. Kakinya diletakkan di atas kerusi lalu dia memeluk erat lututnya. Menggigil badan gadis itu. Dia sudah kehilangan orang yang dia sayang. Mengapa begitu mudah cinta Haidar beralih arah? Di mana silapnya?Adakah dia yang bersalah dalam hal ni?
Hidup gadis itu tiba-tiba terasa gelap. Ternyata keputusan Haidar memberi impak yang besar terhadap gadis itu. Kekecewaan gadis itu tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu betapa sakit, pedih dan kecewanya dia. Kesedihan yang paling pedih ialah apabila kita sedar dia sangat bermakna untuk kita, tetapi tidak pada dia.

“Assalamualaikum, bro,” sapa EL dengan nada yang cukup ceria sebaik sahaja menjawab panggilan daripada teman baiknya, Adam.
“Waalaikummusalam… Amboi, happynya suara. Seronoklah tu, dapat melancong kan? Kau tengah buat apa tu?”
“Mestilah seronok bro. Dah lama aku tak travel. Travel satu semenanjung pulak tu. Kau tanya aku tengah buat apa? Hmm…” Senyuman kecil terhias di bibir lelaki itu sambil matanya memandang pemandangan yang cukup indah di hadapannya. “Aku sekarang ni berada di pantai menghayati ciptaan Tuhan, memakai seluar bunga-bunga warna kuning, berbaju T warna putih, menyanyi lagu Ukulele, lagu terbaru Jay Chou bersama ukulele aku. Ha, padu tak jawapan aku?”
Gelakan yang kuat kedengaran di hujung talian. “Tak payah nak padu sangatlah, EL. Geli aku dengar jawapan kau. Kau ni kan, tak habis-habis dengan ukulele kau. Mentang-mentanglah kecil, kau bawa dia ke merata tempat eh. Hmm, dah sangkut dengan mana-mana awek tak? Mesti ramai awek hot kat sana kan?”
“Awek hot tu memanglah ramai. Mat saleh pun ada tapi… hati aku ni tak terpautlah bro.”
“Tak terpaut atau kau tu dah kunci pintu hati kau? Apa-apa jelah EL. Sekarang kau kat mana? Timur, barat, utara atau selatan?” Adam berjenaka.
“Cherating. Baru sampai semalam. Bro, cantik juga tempat ni. Masa aku pergi dulu, tempat ni biasa-biasa je. Nothing interesting. And you know what, boleh surfing kat sini. Syok! Walaupun tak syok macam kat oversea, tapi okeylah surfing kat sini. Not bad,” komen EL.
“So, dah puas bercuti tak? Aku nak panggil kau balik sini. Kerja banyaklah, bro. Pekerja restoran kita dekat Bangi tak cukup. Ada ke patut kau biarkan aku seorang untuk jaga lima restoran kita. Tak menang tangan aku nak handle tau. Kau jangan nak berlagak macam sleeping partner pula eh. Restoran kita belum stabil lagi tau!”
EL menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Dah kena balik ke?” tanya EL lemah. Dia masih belum puas lagi menjelajahi tanah semenanjung.
“Yes! ASAP! Tak ada excuse eh. Dah tiga bulan kau bercuti. Cukup-cukuplah tu.”
“Yelah… nampaknya terpaksalah aku tamatkan percutian aku kat sini. Oh, by the way, boleh tolong aku tak?”
“Apa dia?”
EL menghalakan pandangannya ke satu arah. Daripada kedudukannya, jelas kelihatan sebuah banglo di atas bukit. Sejak menyedari kewujudan banglo itu, hati EL sudah tertarik. Perasaan ingin memiliki banglo itu mula hadir.
“Tolong siasatkan satu banglo untuk aku. Aku ingat nak beli banglo tu. Nanti aku MMS gambar dekat kau. Tolong tau. Kawan kau kan personal investigator. Tolong ya.”
“Okey… send me the details.”


4 comments:

Anonymous said...

Ee..geram betul ngan haidar ...tak pa Kyra..encey EL ada..tak sabar tunggu april..huhu...

baby mio said...

jahat lah haidar ni kesian kyra harap dia ok.

Anonymous said...

cian kt kyra.. apa lah haidar nie.. sdap2 jer mainkn perasaan pom.. sabar yek kyra..

eija said...

cian kt kyra.. sska ati jer hydar nie mainkn perasaan pom.. eee rsa mcm nk tumbuk jer muka c haydar nie.. geram..