Tuesday, February 18, 2014

Teman Lelaki Upahan 3



Ucapan tahniah tidak putus-putus diucapkan kepada Kyra Lydia sebaik sahaja mesyuarat agung tahunan tamat. Kyra Lydia hanya mampu memaniskan wajahnya. Esok dia akan mula bekerja di Casa Furniture & Design sebagai chief operating officer.
Saat semua lembaga pengarah dan pemegang saham meninggalkan bilik mensyurat, Dato Azham mendekati anak perempuannya. Dia akan cuba memulihkan hubungan dingin mereka. Datin Izzati hanya menjadi pemerhati. Dia masih lagi kekal di kerusinya.
Dari ekor mata, Kyra Lydia perasan Dato Azham sedang menghampirinya. Lantas, dia mengukirkan senyuman sinis. “Since when datin punya shares jadi 25 per cent? Bukan ke shares datin dengan shares I sama je… 20 per cent,” tutur Kyra Lydia bersama sebuah jelingan.
Dato Azham tersentak. Tidak sangka anaknya akan menyoalnya dengan nada sebegitu. Air liur ditelan. Perlahan-lahan, dia menarik sebuah kerusi dan duduk di sebelah anaknya. “Okey… Tell daddy… apa yang Lydia tak puas hati?”
“Tak tahu….. atau buat-buat tak tahu, dato?” Sinis sekali soalan yang diajukan Kyra Lydia.
“Okey… Lydia tak puas hati sebab shares mama lebih lima peratus daripada Lydia, isn’t it?”
Kepala Kyra Lydia mengangguk yakin. “Yes! Boleh dato terangkan macam mana boleh jadi macam ni?”
“Encik Hassan nak jual shares dia. So mama beli. Salah ke?”
“Yeah! Kenapa dato tak beritahu saya tentang hal ni? Sebab dato tak nak saya beli shares tu? Sebab memang dato nak bagi isteri dato, macam tu?”
Dato Azham menghela nafas perlahan. Wajah anaknya yang sinis dipandang. “What do you want actually? Takkan sebab shares mama lebih daripada Lydia, Lydia nak marah. Mama tu family kita juga kan?”
“Siapa kata?!” marah Lydia dengan nada suara yang tinggi. “Siapa kata dia family I? She’s not my family, dato. Remember that!  Dan I tak suka bila shares dia lebih daripada I. I hope you can do something on it. Dia tak ada hak dalam syarikat ni.”
Datin Izzati berdeham sebelum menghadiahkan senyuman manis buat suaminya dan Kyra Lydia. “Lydia marah ke pasal shares tu?” soal Datin Izzati lembut sambil mendekati gadis itu.
“Cik Lydia! Please call me Cik Lydia!” arah Kyra Lydia dengan nada yang angkuh. Dalam hati, dia mendengus geram. Boleh lagi tanya… mestilah dia marah.
“Lydia!!” marah Dato Azham sambil merenung tajam ke arah anaknya. Kyra Lydia sudah berkurang ajar dengan isterinya.
Datin Izzati cuba memaniskan wajah walaupun hati kecilnya tercuit dengan layanan buruk Kyra Lydia. “Tak apa, bang… Maaflah Cik Lydia. Hmm, kalau pasal shares buat Cik Lydia marahkan saya, saya rela transfer shares saya pada Cik Lydia.”
Sebuah jelingan tajam dihadiahkan oleh Kyra Lydia. “Berlagak baik pulak perempuan ni.”
“Lydia, minta maaf dengan mama sekarang! Show your respect to her. Kalau Lydia tak nak mengaku dia family Lydia, at least respect dia. She’s older than you!”
Kyra Lydia mencebik. Barang-barangnya di atas meja dikemas lalu dimasukkan ke dalam beg kulitnya. Dengan selamba, dia mula bangkit daripada duduknya dan berura-ura untuk keluar dari bilik mesyuarat.
“Kalau Lydia keluar daripada bilik ni tanpa minta maaf dengan mama, daddy tak akan bagi monthly allowance to you anymore,” ugut Dato Azham yang mula hilang sabar dengan perangai anaknya.
Langkah Kyra Lydia terhenti. Dia berpaling ke belakang bersama tawa yang dibuat-buat. “Hmm, baguslah. Dah pandai mengugut, ya dato. Siapa yang ajar? Perempuan tu? Hmm, great… very great! Mula-mula stop bagi elaun pada I, lepas tu bekukan asset I, lepas tu apa ya Datin Izzati?”
Datin Izzati terkedu di tempatnya. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Kyra Lydia. Sudah lama dia tidak mendengar sindiran gadis itu. Dulu dia sudah biasa mendengar caci maki Kyra Lydia tetapi hari ini, setelah bertahun-tahun tidak bertemu, hatinya tidak sekebal dulu. Dato Azham memeluk bahunya, bagaikan memahami gelodak perasaan yang dirasainya.
“Buatlah apa yang dato dan datin nak buat! Kalau dato nak tambahkan kebencian I pada dato, dato buatlah. I tak kisah. Tapi I akan pertahankan hak I dan mummy I. Ingat dato… Syarikat ni bukan dibina oleh dato seorang sahaja. Syarikat ni dibina oleh dato dan mummy I. Not that evil woman!”
Sebaik sahaja menghabiskan ayatnya yang terakhir, dia terus melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Daripada dia melayan Dato Azham dan Datin Izzati, lebih baik dia pulang ke penthousenya walaupun dia tahu dia akan kebosanan di penthouse seorang diri. Namun, ada baiknya kebosanan daripada sakit hati melihat Dato Azham dan Datin Izzati.

Kereta Audi A5 Coupe diparkir dengan sempurna. Dengan langkah bersahaja, dia menuju ke lif lalu menekan butang menuju ke penthousenya. Fikirannya melayang teringatkan Haidar. Wajahnya kembali murung. Sejujurnya, dia risaukan Haidar. Benar-benar risaukan Haidar.
Dia melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka. Langkahnya masih bersahaja. Buat apa tergesa-gesa pulang ke rumah jika tiada apa-apa yang menanti. Tiba-tiba, Kyra Lydia berasa was-was. Dia berhenti melangkah dan terus berpaling ke belakang. Kosong! Tiada apa-apa yang mencurigakan. Namun, kenapa dia dapat rasakan dia diekori?
Peristiwa hitam yang pernah dialaminya sewaktu remaja mula bermain di ruang minda. Sewaktu dia darjah lima, dia pernah menjadi mangsa penculikan. Tidak semena-mena dia mula ketakutan. Air liur ditelan beberapa kali. Dia terus melangkah dengan laju menuju ke penthouse.
Setelah berada di depan pintu rumah, gadis itu terus mengeluarkan kunci dari dalam beg tangan. Dehaman seseorang mengejutkan dia, membuatkan bahunya ternaik sedikit. Peluh sudah merenik di dahi. Dia berpaling ke belakang dan bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal menimpanya.
Mata Kyra Lydia membulat setelah melihat lelaki di hadapannya. Tubuhnya kaku. Dia tahu lelaki itu tidak akan mencederakannya tetapi dia tetap juga terkejut. Lelaki yang dia rindui tiba-tiba sahaja terpacak di hadapannya.
Haidar tersenyum manis. Dia terus menarik Kyra Lydia yang masih lagi terkaku ke dalam pelukannya. “Hey, love! Miss me so much, huh?”
Senyuman mekar Haidar perlahan-lahan hilang bila Kyra Lydia masih lagi kaku. Pelukannya tidak dibalas. Lantas, Haidar terus merungkaikan pelukan. Dia memandang gadis di hadapannya dengan pelbagai persoalan di minda.
“Sayang, what’s wrong with you? Tak suka ke jumpa I?”
Soalan Haidar dijawab dengan sebuah penampar ke pipi lelaki itu. Haidar terpanar! Tidak menyangka Kyra Lydia akan menamparnya. Dia memandang tepat ke mata Kyra Lydia, meminta penjelasan.
“Kenapa you tampar I? Apa salah I?”
Kyra Lydia membalas pandangan mata Haidar. Lama-lama, matanya mula mengalirkan mutiara jernih. Dan sekelip mata dia sudah menangis teresak-esak di hadapan Haidar buat pertama kalinya. Belum pernah lagi Kyra Lydia menangis di hadapan Haidar. Sekali lagi Haidar terkejut. Dia hanya memandang Kyra Lydia. Pelik dengan sikap gadis itu.
“Mana you pergi dua minggu ni?” soal Kyra Lydia dalam tangis sambil memukul bahu Haidar perlahan.
“Kenapa you tak jawab panggilan I? Kenapa you tak reply mesej I? Mana you pergi?”
Kyra Lydia masih lagi memukul bahu Haidar. Dia ingin melepaskan rasa geramnya pada lelaki itu. Selama ini dia hanya mampu memukul patung beruang pemberian Haidar. Hari ini, dia dapat memukul Haidar. Lelaki yang membuat hidupnya tidak bermaya selama dua minggu.
“Kenapa you tipu I? You janji nak stay Perak satu minggu je. You tipu I,” marah Kyra Lydia lagi dengan nada lirih.
Kini Haidar faham kenapa gadis di hadapannya bersikap aneh. Gadis itu marahkannya. Dia tersenyum nipis. Tangan Kyra Lydia yang memukulnya dipegang lembut. Sekali lagi dia menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Belakang badan gadis itu diusap lembut, ingin meredakan kesedihan Kyra Lydia.
“Shhh… I’m sorry, sayang. I’m so sorry.”
Haidar mengelap lembut air mata yang gugur ke pipi mulus Kyra Lydia. Jambangan bunga yang berada dalam pegangannya dihulurkan kepada Kyra Lydia. “I bought this special for my love.”
Jambangan bunga mawar merah diambil dari tangan Haidar. Dia tersenyum nipis. Ketawa kecil mula terbit dari mulutnya. “You ni jahat tau! You buat I risaukan you. Don’t you know how much I miss you?”
“I know sweetheart because I miss you too. I miss you so much, sayang.”
“Then, kenapa you diamkan diri? You owe me an explanation, Mr Haidar!”
Haidar senyum kecil. “Okey, okey… I know, I owe you. Jom keluar minum. I’ll tell you everything. Every single thing!”
Kyra Lydia mengangguk setuju.

“Stop flirting with me, Haidar,” tegur Kyra Lydia sambil menampar lembut tangan lelaki itu. Waktu itu, mereka sudah pun berada di sebuah kafe yang tidak jauh dari rumah Kyra Lydia.
Haidar tayang sengih.
“Start explain, Haidar or else I tinggalkan you.”
Hidung Kyra Lydia dicuit manja oleh Haidar. “Garanglah you ni. Okey, okey… I’ll explain now.”
Posisi duduk Haidar dibetulkan. Dia merapatkan kerusinya ke meja dengan tujuan ingin merapatkan jarak dia dengan Kyra Lydia. “First, I nak minta maaf sangat-sangat sebab tak contact you since kita berpisah kat airport. I’m so sorry dear sebab I lost my phone. Few days I kat Perak baru I beli phone baru. Second, I minta maaf sebab tak contact you bila I dah beli phone baru. You tahu tak I sangatlah cintakan you sampai I sanggup tempuh banyak dugaan?”
Kyra Lydia mengerutkan dahinya. “Dugaan? What do you mean?”
“Kalau I cerita ni, you kena janji yang you akan dengar cerita I sampai habis. Jangan menyampuk. Promise?”
“Ya, I janji… Pinky promise.”
Haidar berdeham sebelum memulakan ceritanya. “Sebenarnya macam ni… masa I balik rumah, bonda I… hmm, dia suruh I kahwin dengan anak kawan dia. I terke…”
“WHAT?!” Belum sempat Haidar menghabiskan ayatnya, Kyra Lydia sudah menjerit. Terkejut mendengar cerita Haidar.
“Sayang, you dah janji dengan I kan tak nak menyampuk masa I tengah cerita…”
Kyra Lydia tersengih-sengih, sedar kesilapan dirinya. “Sorry, sorry… I just freak out. Teruskan cerita you.”
“I terkejut masa bonda suruh I kahwin. I was thinking about you, about us, our relationship, our love… And I know I have to fight for it. You tahu tak bonda I tu tak boleh dibawa berbincang. I dah beritahu bonda I yang I dah ada you tapi dia tetap dengan keputusan dia. Tambah pula, abah I pun setuju dengan permintaan bonda I. I takut sangat masa tu sayang. Dia suruh I bertunang dulu dengan perempuan tu. I don’t even know her, sayang.”
“Since I am deeply in love with you, I cuba cari jalan untuk larikan diri daripada rancangan bonda I. Bertahun I kejar cinta you, takkanlah I nak lepaskan macam tu je… And at last, problem settle bila perempuan tu tak setuju dengan perkahwinan kami. Masa tu, I dah boleh tarik nafas lega, sayang. And I tak sabar nak jumpa you. I miss you.”
Kyra Lydia menarik nafas lega sebaik sahaja cerita Haidar tamat. Tidak semena-mena, dia teringatkan mimpinya. “Haidar… you tahu tak sebenarnya malam semalam I mimpikan you.”
“You mimpikan I? Seriously?” Haidar ketawa kecil sambil mengusap lembut rambut Kyra Lydia. “You rindukan I sampai I masuk dalam mimpi you, ya sayang? Terharunya!”
Tangan Haidar yang sedang mengusap rambut Kyra Lydia ditolak perlahan. “Mimpi buruk, okey. Not sweet dream. I mimpi… I pergi rumah you. Quite funny actually since I don’t even know your home. Masa I kat sana, rumah you ada majlis kahwin. And you know what… I sangat terkejut bila tengok you tengah bersanding. Oh my… I really can’t imagine it. Masa tu, I rasa dikhianati. You khianati cinta kita. I trust you but…you kill my trust. Luckily, I cuma mimpi je.”
Haidar melekapkan kedua-dua tangannya ke pipi Kyra Lydia. Matanya merenung ke dalam mata gadis itu. “Listen carefully, Kyra Lydia binti Dato Azham. I, Iqbal Haidar bin Johari berjanji akan sentiasa mencintai you dan tak akan mengkhianati cinta kita. Walau apa pun halangan yang datang, I akan tempuhi demi cinta kita. I love you so much, Kyra Lydia.”
Luahan perasaan Haidar membuatkan hati Kyra Lydia disapa perasaan gembira. Dia tersenyum suka. “Thanks Haidar. Thanks sebab sayangkan I. Thanks sebab cintakan I. Thanks sebab sabar dengan perangai I. Thanks sebab buat hari-hari I ceria. I love you too, Haidar. You are my first love and I hope you will be my last.”
“Sure, love!”
“You nak tahu tak, actually I takut tadi. I ingat ada orang nak apa-apakan. I dapat rasa ada orang ekori I tapi bila I pusing, kosong! Rupa-rupanya you. Tolonglah jangan buat macam tu lagi. Serius, I takut! By the way, macam mana you boleh ikut I? Security kat situ kan ketat.”
Haidar tersengih-sengih. “Memang ketat pun… Well, you know me… nothing I can’t do, okay! I akan cari cara untuk dapatkan apa yang I nak.”
“I know you very well, Haidar. You bukannya jenis yang cepat putus asa. Tell me how you do it?”
Haidar mendekatkan wajahnya ke telinga Kyra Lydia. “It’s secret, baby!”
Sebuah jelingan manja terus dihadiahkan buat Haidar. Bibirnya sudah dimuncung namun Haidar buat tidak tahu. Kemudian, mereka terus berbual dan beramah mesra sambil membajai benih cinta mereka. Cinta Haidar dan Kyra Lydia. Sesekali, tawa pasangan itu mengisi ruang kafe.