Wednesday, September 4, 2013

Gadis Ego vs Lelaki Misteri to Teman Lelaki Upahan

Assalamualaikum....

Kepada semua peminat Gadis Ego vs Lelaki Misteri, I have something to share with you guys. (tak tahu la da ke mana peminat2 ni lari. Cerita da lama... enovel 2010)

I'm working on new manuscript. Untuk novel terbitan 2014. InsyaAllah... Mudah2an dapat diterbitkan tahun depan. Pray for me please. Sebab it is my wish to have one novel per year.

First novel, 2011: Teman Serumah
Second novel, 2012: Musuhku Suamiku
Third novel, 2013: Cinta Sedingin Mint
Forth novel, 2014: Teman Lelaki Upahan... (InsyaAllah)

So, my 4th novel bertajuk Teman Lelaki Upahan. Mengisahkan cerita cinta Ezwan Lutfi (EL) dan Kyra Lydia (Lydia) yang penuh dengan onak duri. Novel ni bukan sahaja based on love semata-mata. Ada juga isu keluarga yang agak berat. For Cinta Sedingin Mint, the story based on love, friendship & family. Tapi untuk Teman Lelaki Upahan, friendship dia kurang sikit. CSM background dia budak U dan TLU background dia orang dah bekerja.

Apa kaitan dengan Gadis Ego vs Lelaki Misteri?

Kaitan dia, Teman Lelaki Upahan diinsiprasikan oleh Gadis Ego vs Lelaki Misteri. Enovel yang paling hangat dalam blog ni. Sampai ada orang suruh bukukan. Mereka akan beli. But, tak naklah... enovel tu kan dah ada ending. And for blog, enovel tu kira okey. Tapi nak jadikan novel, jual kat pasaran, rasanya tak ok sebab enovel tu ada kelemahan dia. Saya taip ikut suka hati saya jer. Weak plot giteeww.

Maaflah kalau ada yang kata kenapa hero n heroin TLU mesti orang kaya. Saya tak boleh nak 'miskinkan' mereka sebab hero & heroin GEvLM tu kaya nak mampos. Kyra kaya. EZO pun kaya gilerr. Tapi dalam TLU, saya x jadikan hero n heroin tu kaya giler.

TLU tak sama pun dengan GEvLM tapi saya curi based idea dan olah dengan cara lain. Tapi memang sejujurnya idea untuk TLU datang daripada GEvLM. Enovel saya sendiri. So, tak apa kan?

Kepada peminat Cinta Sedingin Mint pulak, saya ada good news jugak. Halifie dan Cartaz Amani akan muncul sebagai watak sampingan. Halifie akan menasihati si heroin. Sebab mereka mengalami perkara yang hampir sama.... Basically...

TLU ada unsur agama juga yer... Sama seperti CSM. Saya akan cuba indahkan penulisan saya. Semoga penulisan saya diredhai dan diberkati Allah SWT. Idea yang datang dalam fikiran saya pun datangnya daripada-Nya.

Yang buruk semuanya datang daripada saya dan yang baik sudah tentu daripada Allah SWT.

Okey, sampai di sini sahaja.

Saya akan update pasal TLU later.

Maaf sebab dah lama biar blog sepi.

I love u guys.
Thanks for support me.

LOVE,
Zuera Rasiddin @ Azura Rasiddin