Saturday, January 5, 2013

CSM : Mint 13


Angin laut meniup lembut. Di bawah pohon rendang, Cartaz Amani duduk beralaskan selipar sambil memandang ke satu arah. Bibirnya menguntum senyum. Melihat ibu dan Encik Iskandar kembali bersama dan bisa tersenyum semula membuatkan Cartaz Amani tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan yang sedang berjalan-jalan di gigi air.
Lega Cartaz Amani setelah menyatukan semula dua hati yang telah dia hancurkan. Sebaik sahaja pulang ke rumahnya seminggu yang lepas, Cartaz Amani terus meminta maaf pada ibunya yang waktu itu kurang sihat.
Gadis itu teringat semula saat dia meminta maaf pada Puan Afifa Malina. Seperti mana dia menangis di hadapan Farah dan Emma, begitu juga dia menangis di hadapan ibunya. Dia rasa bersalah, terlalu rasa bersalah.
Apabila demam ibunya semakin kebah, Cartaz Amani diam-diam pergi ke syarikat Encik Iskandar. Dengan penuh rasa rendah diri, gadis itu meminta maaf pada Encik Iskandar yang saat itu dilihat tidak ceria. Mata Encik Iskandar tidak lagi bercahaya gembira seperti yang dia lihat sewaktu kali pertama bertemu lelaki itu. Benarlah dia telah menyeksa dua hati dengan keputusan kebudak-budakkannya.
Setelah meminta maaf pada Encik Iskandar dan Puan Afifa Malina, Cartaz Amani mengaturkan satu makan malam khas buat pasangan itu dengan bantuan Haiza yang dia temui sewaktu keluar dari bilik Encik Iskandar. Pada Haiza, Cartaz Amani turut memohon maaf. Gadis itu memaafkannya dan banyak membantunya dalam memulihkan hubungan Encik Iskandar dan Puan Afifa Malina.
Dan sekarang mereka berada di sini, di Pulau Perhentian. Percutian tiga hari dua malam ini juga merupakan cadangan Haiza. Alasan gadis itu dia teringin bercuti seperti sebuah keluarga sebelum pulang ke Korea kerana cuti semesternya sudah tamat.
Walaupun Cartaz Amani sudah bisa menarik nafas lega, ada satu perkara lagi yang membelenggu diri gadis itu. Halifie! Sejak Encik Iskandar berbaik dengan Puan Afifa Malina, dua tiga kali juga Cartaz Amani bertemu dengan Halifie. Namun, lelaki itu tidak menegurnya. Pandangnya pun langsung tidak. Malah, lelaki itu seolah-olah melarikan diri darinya. Halifie turut serta dalam percutian ini tetapi sepanjang perjalanan mereka ke sini dan sejak mereka berada di sini, Halifie langsung tidak menegurnya.
Cartaz Amani sedar dia harus meminta maaf pada lelaki itu juga. Ya, dia tahu. Tetapi bila lelaki itu cuba melarikan dirinya, tidak bercakap dengannya, tidak pandang dirinya, Cartaz Amani menjadi buntu. Dia tidak tahu bagaimana harus dia meminta maaf pada lelaki itu. Tetapi secara jujurnya dia tidak berasa ralat pun.
Ya, dia rasa bersalah pada Halifie tetapi itu tidak bermakna perasaan bencinya pada lelaki itu sudah terhapus. Dia masih lagi membenci lelaki itu. Peristiwa di mana lelaki itu memalukannya, tidak mungkin dia lupakan walaupun dia sudah memaafkan lelaki itu. Kan ada pepatah, it’s easy to forgive but not to forget.
“Kak Cartaz!!”
Cartaz Amani menoleh ke arah jeritan suara yang memanggil namanya. Suara itu cukup dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan Haiza. Haiza berlari-lari anak mendapatkannya. Gadis itu memakai pakaian renang. Jaket keselamatan sudah tersarung di badan gadis kecil molek itu. Di belakang Haiza, Halifie berjalan mengekori Haiza sambil matanya memandang ke arah Cartaz Amani.
“Kak Cartaz, jom snorkeling… Haiza tak sabar ni,” ajak Haiza sebaik sahaja mendekati Cartaz Amani.
“Haiza pergilah dulu… Kejap lagi akak join. Akak nak nikmati angin pantai kejap.” Cartaz Amani memberi alasan sambil tersengih.
“Apalah akak ni… Mana best nikmati angin pantai… Tengok ikan yang colorful baru syok. Jomlah,” pujuk Haiza.
Cartaz Amani tersenyum. Matanya terpandangkan Halifie yang berdiri tidak jauh dari Haiza. Lelaki itu hanya berseluar tiga suku dan memakai t-shirt bewarna kuning. Halifie tampak santai pada petang itu. Wajah Halifie yang kerek membuatkan Cartaz Amani sedikit sebal.
“Okey, okey… Kejap lagi akak join. Lagipun, panas lagi ni. Pukul enam nanti, akak join Haiza ya.”
Haiza menjuihkan bibir. “Kak Cartaz jaga muka ya. Takutlah tu muka jadi hitam. Alah apa susah… pakailah sunblock.”
“Akak dah pakailah… tapi akak malas nak snorkeling sekarang. Haiza pergi dulu, ya.”
“Yelah, yelah… Suka hati akaklah. Haiza dah tak sabar nak tengok ikan ni. Mana tahu dapat tengok ikan nemo.” Haiza memandang abangnya dengan rasa teruja. “Jom, abang!”
Kemudian, Haiza dan Halifie meninggalkan Cartaz Amani. Cartaz Amani hanya memandang mereka berdua yang sedang menuju ke pantai. Dia senang melihat kemesraan Halifie dan Haiza. Kini, Cartaz Amani sedar Halifie seorang abang dan anak saudara yang baik. Cuma… satu perangai Halifie yang dia kurang gemar ialah perangai kasanova lelaki itu.
“Boleh saya duduk kat sini?”
Cartaz Amani terus mendongak. Terkejut Cartaz Amani melihat Halifie berada di depannya sedangkan tadi dia lihat Halifie bersama Haiza. Sebab lain yang membuat Cartaz Amani terkejut ialah lelaki itu bercakap dengannya.
Gadis itu menelan air liur. “Hmm, duduklah…”
Halifie tersenyum kemudian dia duduk berdekatan dengan Cartaz Amani. Gaya lelaki itu bersahaja. Halifie membetulkan rambutnya yang ditiup angin. Mata Halifie terhala ke arah Encik Iskandar dan Puan Afifa Malina.
Lama kemudian, Halifie memandang Cartaz Amani semula. “Saya suka melihat ibu awak dan ayah saya bersama. Thanks for what you have done.”
Cartaz Amani tersenyum lebar kemudian dia menggeleng kecil. “Awak sepatutnya ucap terima kasih pada diri awak sendiri. Awak yang sedarkan saya. By the way, saya nak ucapkan terima kasih kat awak sebab sedarkan saya tentang kesalahan saya dan saya nak minta maaf for the messed that I created.”
Hah, akhirnya… dapat juga Cartaz Amani meluahkan maaf dan terima kasih pada Halifie. Terasa hutangnya pada lelaki itu sudah selesai. Selepas ini, dia tidak perlu memikirkan tentang lelaki miang ni lagi.
Halifie tersenyum manis. “So… I am your brother-to-be, isn’t it?”
Cartaz Amani pandang ke arah Halifie dengan satu pandangan yang sukar diungkapkan. Mata gadis itu dikecilkan kemudian dia menggeleng. “No… No… And no!”
“Hah?” tanya Halifie pelik sambil menjungkitkan keningnya.
“You are not my brother-to-be and you can not become my brother at all walaupun ibu saya kahwin dengan ayah awak a.k.a pak ngah awak. Kita masih macam dulu. I hate you and you hate me.”
“Walaupun saya setuju ayah awak berkahwin dengan ibu saya, tak bermakna saya terima awak. Saya terima ayah awak sebab saya nak ibu saya happy. Lagipun, saya suka Uncle Is dan Haiza. Saya boleh terima mereka sebagai ayah saya dan adik saya tapi… saya tak boleh terima awak sebagai abang saya,” kata Cartaz Amani panjang lebar. Angkuh sekali bicaranya.
Halifie tersenyum kelat. Sangkanya, Cartaz Amani sudah berubah. Namun ternyata sangkaannya meleset. Gadis itu masih seperti dulu. Sakit betul hatinya mendengar bicara gadis itu.
“Awak tahu tak yang awak ni sangat sombong? Awak angkuh!”
Cartaz Amani menjuihkan bibirnya. Tidak terkesan dengan kata-kata Halifie. “Well, terserah… awak nak cakap saya sombong ke, angkuh ke… Tapi saya memang tak suka lelaki macam awak.”
“Okey, fine! Kalau awak tak boleh terima saya sebagai abang awak, terserah. Saya tak kisah. Tetapi satu je saya minta… Depan ayah saya dan ibu awak, tolonglah… tolong jangan buat perangai sombong dan angkuh awak ni dengan saya. Saya tak nak mereka tahu yang awak bencikan saya.”
Halifie terus bangkit dan meninggalkan Cartaz Amani. Sakit hatinya bercakap dengan perempuan mereng tu. Entah apa yang dia sudah lakukan sehingga gadis itu membencinya. Minah sombong! Psycho!


Malam itu, Halifie berbaring di atas buaian yang tergantung antara dua pokok. Sengaja Halifie tidak pulang ke bilik sebaik sahaja makan malam. Hatinya terasa jengkel melihat Cartaz Amani yang pandai berlakon. Sewaktu makan tadi, gadis itu sentiasa mengukirkan senyuman dan kadang-kadang tergelak apabila mendengar celoteh Haiza.
Yang paling Halifie tidak sangka, gadis itu bisa berbual dengannya dengan mesra seperti tiada apa-apa yang berlaku pada mereka, seperti gadis itu tidak membencinya. Padahal gadis itu baru sahaja memberitahunya petang tadi bahawa dia tidak dapat menerima Halifie dalam keluarganya. Hipokrit!
Argh, pandai betul perempuan tu. Di hadapan Encik Iskandar dan Puan Afifa Malina sahaja gadis itu berbual dengannya. Nampaknya, Halifie harus mengikut rentak perempuan sombong tu.
Halifie tersenyum sinis. “You start the game and I’ll play with you, sweetheart.”
Kemudian, Halifie memandang ke langit. Tangannya diletakkan ke atas dahi. Dia leka melihat bintang-bintang yang berkedipan. Sedang Halifie asyik melayan perasaan, iPhonenya berbunyi. Erna. Terus Halifie tersenyum lebar.
“Hello, sayang…,” ucap Halifie ceria.
“Amboi… cerianya suara you. Maklumlah, orang tengah bercuti… You ni kan, kawan yang kejam tahu. Sudahlah you biarkan I buat assignment seorang diri, lepas tu you tak tahu nak call I.”
Halifie tertawa. “Alah sayang… I bukannya tak nak call you, tapi… tapi I lupalah sayang.” Makin galak Halifie ketawa. “By the way, kenapa you buat assignment seorang diri? Mana Jenal dengan Syahir? Dia orang tak tolong you ke?”
Erna mendengus kecil. “Dia orang tu tak boleh harap tahu tak. Sebab you bercuti, mereka pun kata nak bercuti. Awal pagi tadi mereka dah pergi ke PD. Hisy… tak sabar-sabar. Tunggulah mid term break. Presentation kita hari Jumaat ni tahu. Bukannya minggu depan, dua minggu lagi atau lepas mid term. Semua main lepas tangan je.”
“Lah… So, you buat assignment seorang diri la ni? Kesiannya sayang I. Okey, okey… Esok I balik, I terus jumpa you. I tolong mana yang patut. Memang nak kena la si Jenal dengan Caex ni.”
Erna melepaskan keluhan kasar. “Tak apalah… I dah buat sikit-sikit. Nanti you all balik, you all tambah yang mana patut. Nanti I nak buat discussion. Semua kena ada. Kalau ada yang ngelat, I delete nama dia dari assignment kita. I serius ni.”
Halife senyum nipis. “You ni… janganlah serius sangat. Takut I.”
“Baguslah kalau you takut…”
“I bukannya nak bercuti sangat tapi ni semua sebab Haiza. Dia yang beria-ia ajak nak holiday before dia balik Korea. You faham-faham jelah adik I tu. Dia akan pastikan dia dapat apa yang dia nak.”
“I faham… So, how’s your holiday?” soal Erna.
Halifie terus mencebikkan bibirnya. “Sucks! It’s totally sucks! You tahu tak minah sombong tu betul-betul menyakitkan hati I.”
“Lah… dah kenapa pulak ni? I ingat dia dah tak sakitkan hati you lagi. Dia dah izinkan ayah you kahwin dengan ibu dia kan?”
Halifie mendengus kasar. Dia terus turun dari buaian. Kakinya perlahan-lahan berjalan tanpa arah tujuan.
“Oh my God, Erna… Memanglah dia dah izinkan… tapi dia cakap dengan I yang dia boleh terima ayah I, boleh terima adik I… tapi dia tak boleh terima I. She hates me!”
Di hujung talian, Halifie mendengar gelakan Erna. Terus membara hatinya.
“Hey, yang you gelak kenapa? I tengah geram ni. Perempuan tu ingat I ni hadap sangat ke nak jadi abang dia? Dah ibu dia bakal berkahwin dengan ayah I, so apa salahnya kalau I berbaik dengan dia. Tapi… dia masih dengan perangai sombong tak ingat dunia dia. Angkuh, berlagak! I tak percaya dia tu anak Auntie Ifa tau. Perangai dia orang jauh berbeza. Macam langit dengan bumi.”
Erna tergelak lagi. “Okeylah tu… Dia benci you, you pun benci dia.”
“Macam mana I tak benci dia… dah kalau perangai dia macam tu. Dialah perempuan pertama yang berjaya buat I benci kaum perempuan, tahu.”
“Ya, I tahu… Tapi you kena hati-hati. Jangan bencikan dia sangat. Mana tahu satu hari nanti, hati you terpaut pada dia.”
Halifie melepaskan tawa sinis. “Mengarut! Hati I terpaut pada minah sombong plus angkuh tu? Please lah… It won’t happen, okay… And you tahu kan taste I macam mana. She isn’t my taste, Erna sayang. Taste I macam...”
“Macam Emma, kawan si Cartaz tu. Tapi tu pun you tak ada feeling pun dengan si Emma tu. You anggap dia macam kawan you. Berapa kali you nak cakap ni, Lifie… I dah hafal dialog you tahu tak,” sampuk Erna.
Halifie ketawa kuat.
“Okeylah, Lifie… I nak sambung buat assignment ni. Banyak tahu nak kena buat rujukan. Nanti, I call lagi.”
Talian terus dimatikan. Halifie menyimpan telefon bimbit di poket seluarnya bersama sisa tawa yang tinggal.
“Seronoknya mengutuk orang,” komen satu suara.
Halifie terus berpaling ke belakang. Cartaz Amani yang sedang duduk melunjur di kerusi panjang terus berdiri. Melihat senyuman sinis di bibir gadis itu membuatkan Halifie terkedu. Alamak, dia dengarlah, kata Halifie dalam hati.
“Awak curi dengar perbualan saya eh?” soal Halifie cuba menutup kesalahannya.
Cartaz Amani memeluk tubuh sambil tersenyum sinis. “Hello…!! Saya dah lama duduk sini, okey… Awak yang tiba-tiba datang sini, borak kat telefon… tak pandang kiri kanan, lepas tu mengutuk orang. Well Encik Halifie, baguslah kalau awak benci saya… sebab saya pun benci awak. So, its fair.”
“Mungkin bagi awak saya ni perempuan angkuh, sombong, berlagak… tapi itu lebih baik daripada awak yang gatal, tak tahu malu, suka berfoya-foya... awak ni kan… memang miang,” kata Cartaz Amani sinis.
Tanpa menunggu bicara Halifie, Cartaz Amani terus meninggalkan lelaki itu dan pulang ke chalet. Halifie yang masih berdiri di situ sedikit tercenggang. Jari telunjuknya dituding ke arah dirinya sendiri. “Aku ni miang? Sengal punya perempuan.”
Kepala Halifie digaru kasar. “Macam manalah aku tak boleh perasan minah tu tadi…,” keluh Halifie.

Kereta BMW X6 milik Encik Iskandar meluncur laju membelah lebuhraya menuju pulang ke Selangor. Suasana di dalam kereta yang dipenuhi dengan keluarga Puan Afifa Malina dan Encik Iskandar sedikit ceria dengan suara Haiza yang tidak henti-henti bercerita. Gadis itu memang suka bercakap.
Melalui cermin hadapan, Encik Iskandar menjeling ke arah anak lelakinya yang duduk di belakang, bersebelahan dengan Haiza. Sejak mereka masuk ke dalam kereta, Halifie lebih suka mendiamkan diri. Lelaki itu hanya memandang ke luar. Tidak seperti Haiza dan Cartaz Amani yang becok bercerita.
“Pukul berapa kamu balik semalam, Lifie?” tanya Encik Iskandar sekadar ingin mengajak anaknya yang mengelamun itu berbual.
Halifie tersentak. Cartaz Amani dan Haiza yang leka bercerita terus diam.
“Pukul tiga, ayah,” jawab Halifie jujur. Matanya masih dihalakan ke luar.
“Lambatnya… Lifie buat apa kat luar sampai pukul tiga pagi?”
Haiza tergelak kecil sambil memandang abangnya. “Alah… macamlah ayah tak tahu. Macam biasalah… abang mengorat perempuan cantik semalam,” jawab Haiza selamba.
Spontan, Halifie menoleh ke kiri, memandang adiknya. Encik Iskandar pula menggelengkan kepala.
“Lifie, Lifie… bila Lifie nak buang sikap Lifie yang suka berfoya-foya tu? Banyak kali ayah nasihatkan Lifie.”
“Mana ada, ayah… Ayah percayalah cakap si Haiza ni. Dia pakai cakap je ni,” bidas Halifie sambil memandang depan.
Haiza menarik muka masam. “Mana ada. Baby nampak abang jalan dengan seorang perempuan lepas makan malam semalam.”
Tidak semena-mena, Halifie teringat gadis yang dia temui semalam. Hidung adiknya terus dicuit geram. “Itu budak sekolahlah, baby… Apalah baby ni. Dia tinggal kat pulau tu dan dia cerita sejarah pulau tu kat abang. Suka je fikir bukan-bukan.”
“Ha, baguslah… Ayah, abang dah pandai mengorat budak sekolah,” adu Haiza yang sengaja ingin mengusik Halifie.
Encik Iskandar tersenyum kecil melihat gelagat anak-anak saudaranya yang sudah di anggap seperti anaknya sendiri. Matanya menjeling pula Cartaz Amani.
“Cartaz… cuba kamu nasihatkan sikit abang kamu ni… Perangai dari dulu tak ubah-ubah,” kata Encik Iskandar.
Cartaz Amani tersentak. Seketika, dia dan Halifie saling berpandangan. Halifie terus menarik muka masam. “Apa ayah ni…,” rungut Halifie.
Encik Iskandar tergelak. Wajah Puan Afifa Malina yang tersenyum, dipandang. “Salah ke apa yang saya cakap, Ifa?”
“Awak ni… malulah si Lifie tu dengan anak saya,” komen Puan Afifa Malina.
Timbul idea jahat di fikiran Cartaz Amani, lantas senyuman sinis terlakar di bibirnya.  “Uncle Is jangan risau… Serahkan je pada Cartaz. Tahulah Cartaz macam mana nak ajar lelaki yang tak tahu menghormati perempuan ni,” kata Cartaz Amani selamba sambil menjeling Halifie.
Halifie terkesima. Dia memandang geram ke arah Cartaz Amani.
“Along… kenapa cakap macam tu,” tegur Puan Afifa Malina.
Haiza dan Encik Iskandar sudah terkekek ketawa.
Halifie mengetap bibir. Pandangannya ke arah Cartaz Amani semakin tajam. “Baby… cakap dengan perempuan sebelah baby tu, abang tak perlu diajar menghormati perempuan sebab abang memang menghormati perempuan. Cuma….”
Bibir Halifie tersenyum sinis sebelum menyambung bicaranya, “Cuma abang malas nak menghormati perempuan sombong, perempuan angkuh, perempuan berlagak!”
Cartaz Amani mengetap bibir. Kali ini dia pula geram. Dia dan Halifie saling berpandangan. Pandangan masing-masing tajam. Masing-masing mengutuk sesama sendiri di dalam hati.
Haiza mengetap bibir. Dia dapat rasakan suasana di kereta semakin tegang. Lalu, dia terus berpura-pura ketawa. Makin lama, makin kuat gelaknya. “Abang dengan Kak Cartaz ni buat lawak pulak, kan Auntie Ifa, ayah?”
Encik Iskandar yang sedang menumpukan perhatian pada pemanduannya memandang ke arah Puan Afifa Malina sekilas. Hanya mereka sahaja yang tahu apa yang tersirat di hati mereka.

“Lifie…” panggil Encik Iskandar sewaktu Halifie menuju ke kereta Volkswagen Polonya.
Lelaki itu baru sahaja ingin bergerak pulang ke rumahnya. Mereka tiba di rumah Encik Iskandar dalam pukul 5 petang tadi. Mulanya Halifie ingin terus pulang ke rumah tetapi dihalang oleh Encik Iskandar dan Haiza. Encik Iskandar menyuruh Halifie makan malam di rumahnya dahulu.
Halifie memusingkan badannya. “Kenapa ayah?” tanyanya sambil bermain dengan kunci kereta.
“Jom berbual dengan ayah kejap di kolam renang,” ajak Encik Iskandar yang berdiri di depan pintu rumah.
Rambut Halifie diusap kasar. “Dah lambat ni ayah… Kelas Lifie esok pukul 8.30 pagi. Ayah nak cakap apa? Lain kali tak boleh ke?”
“Baru pukul 10 malam. Selama ni, kamu merayau sampai lewat malam, okey je… Marilah kejap. Ayah nak cakap kejap je, bukan lama mana pun.”
Halifie akhirnya setuju. Dia mengekori langkah Encik Iskandar. Langkahnya bersahaja. Kemudian, Halifie terus duduk di bangku kayu di tepi kolam renang, bersebelahan dengan Encik Iskandar. Tanpa sedar, Halifie menguap.
Encik Iskandar menjeling ke arah Halifie. “Since Lifie dah macam mengantuk saja ni, ayah straight to the point jelah ya.”
“Hmm, yelah ayah… Memang Lifie mengantuk pun,” ucap Halifie.
“Lifie ada sembunyikan sesuatu ke dari ayah?”
Halifie mengerutkan dahinya, tidak faham. “Sembunyikan apa ayah?”
“Pasal kamu dengan Cartaz,” jawab Encik Iskandar sambil memandang Halifie.
Halifie terkedu dan tergamam. Lidahnya kelu, tidak mampu berkata apa-apa.
“Haiza dah beritahu ayah… pasal Lifie dan Cartaz. Buanglah perasaan benci Lifie pada dia. Tak lama lagi, kita akan jadi satu keluarga. So, ayah tak nak Lifie dan Cartaz bermusuh. Cuba berbaik dengan Cartaz,” nasihat Encik Iskandar sambil menepuk bahu Halifie sebelum berlalu pergi.


3 comments:

norihan mohd yusof said...

hehe..pasti depa berdua neh dalam hati ade cinta..kekadang benci tu leh tukar pd rase sesuatu di ruang ati..tk pe kite tengok sape yg ngalah dalam persoalan hati...lifie n catraz sape yg ter fall dulu,tk sabar akk dek nk ikuti novel u neh...mmg akk tk lepas kn n3 u dek but this my first comments...hehe

einaz lynna said...

aduyaiiiii... berkelahi plak

ctrain7474 said...

mcm bdk2 si lifie & cartaz ni...haishh..