Sunday, December 30, 2012

CSM : Mint 10



Sebaik sahaja acara memotong kek tamat, Cartaz Amani meninggalkan majlis yang masih lagi meriah. Perlahan-lahan, gadis itu berjalan menyusuri sebuah lorong kecil yang sedikit sunyi di restoran itu. Dia berasa sesak nafas berada di tempat tadi.
Matanya sedikit teruja melihat taman mini yang berada di sebelah kirinya. Kaki gadis itu terus melangkah ke situ. Punggung Cartaz Amani dilabuhkan di atas kerusi kayu berwarna coklat gelap. Matanya leka memerhati air terjun buatan di sudut taman itu. Sebuah keluhan berat Cartaz Amani lepaskan. Kasut tumit tingginya ditanggalkan.
Walaupun semua yang terjadi sukar untuk Cartaz Amani, tetapi dia masih boleh tersenyum dan bergembira bersama kawan-kawan dan ibunya, meraikan ulang tahun kelahirannya.  Namun, kegembiraannya dirampas sewaktu acara memotong kek sebentar tadi.
Semuanya kerana dia terpaksa berdiri rapat di sebelah lelaki yang dibencinya sewaktu memotong kek hari jadi. Siapa lagi kalau bukan si Halifie. Sungguh, Cartaz Amani sukar bernafas sewaktu berdiri rapat dengan Halifie.
Lagi-lagi bila dia terdengar ada orang memujinya dengan Halifie. Kata mereka, dia dan Halifie tampak sepadan seperti pinang dibelah dua. Oh tolonglah… hampir termuntah Cartaz Amani mendengarnya. Dan sebab itu, Cartaz Amani cepat-cepat meninggalkan majlis sebaik sahaja acara itu tamat.
Hanya Tuhan sahaja yang tahu bertapa terseksanya dia berpura-pura tersenyum dan berlakon ceria di hadapan para tetamu terutamanya Encik Iskandar dan Puan Afifa Malina. Dia sedar dan dia tahu dia harus menjaga air muka ibunya. Dia tidak seharusnya menconteng arang ke muka ibunya.
Cartaz Amani mengeluh lagi. Dia mengurut batang lehernya yang terasa letih. Mindanya tiba-tiba terfikir tentang permintaannya untuk berkahwin lain. Argh, kusut! Cartaz Amani buntu. Dia benar-benar dalam dilemma. Haruskah dia membenarkan ibunya berkahwin dengan Encik Iskandar? Bisakah dia menerima Halifie sebagai abang tirinya?
Untuk menerima Haiza bukanlah satu masalah bagi dirinya cuma dia berasa sangat sukar menerima Halifie dalam hidupnya. Wajah Cartaz Amani diraup perlahan-lahan.    
Deheman seseorang membuatkan Cartaz Amani mendongakkan wajahnya ke arah suara itu. Wajahnya terus dipalingkan. Dengan wajah yang bosan, Cartaz Amani memandang semula ke arah air terjun. Beberapa ekor ikan laga di dalam kolam lebih menarik minatnya dari melihat wajah orang yang berdeham tadi.
Halifie tersenyum segaris melihat respon Cartaz Amani yang kurang senang dengan kehadirannya. Perlahan-lahan, dia berjalan mendekati gadis itu lalu duduk sedikit jauh dari gadis itu.
“Happy birthday…,” ucap Halifie perlahan sambil meletakkan bungkusan hadiah di atas bangku yang diduduknya lalu menolak bungkusan itu mendekati Cartaz Amani.
Cartaz Amani tidak memberi sebarang respon. Buat seketika, suasana sepi menemani mereka. Cartaz Amani masih lagi leka melihat ikan-ikan yang berenang di dalam kolam kecil. Halifie pula memandang hadapan ke arah pokok-pokok bunga yang menghiasi taman mini sambil mindanya ligat berfikir cara untuk meminta maaf pada gadis di sebelahnya.
Dahi Cartaz Amani berkerut sedikit. ‘Eh, kenapa pulak aku duduk sini dengan dia? Buat semak fikiran aku je. Lebih baik aku berambus,’ kata hati Cartaz Amani.
“Saya nak minta maaf,” kata Halifie sambil memandang wajah Cartaz Amani.
Baru sahaja Cartaz Amani menyarung semula kasut tumit tinggi ke kakinya dan berkira-kira ingin pergi, Halifie meminta maaf padanya. Bicara Halifie yang secara tiba-tiba membuatkan Cartaz Amani sedikit terkejut, matanya tanpa sedar memandang ke arah Halifie. Mereka saling berpandangan buat seketika.
“Pasal kejadian dekat lif hari tu, saya nak minta maaf. Saya sedar saya dah melampau. Saya benar-benar nak minta maaf,” kata Halifie lagi.
Bicara seterusnya daripada Halifie menyedarkan Cartaz Amani. Gadis itu cepat-cepat memandang ke arah lain setelah menyedari dirinya merenung ke arah Halifie tanpa sedar. Sebuah senyuman sinis terlakar di bibirnya.
“Awak ingat saya dapat maafkan awak selepas apa yang awak buat pada saya? Awak ingat apa yang awak buat tu perkara kecil… yang mudah saya maafkan?”
Halifie terdiam. Dia mengetap bibir.
“Seumur hidup saya, saya tak pernah dimalukan sebegitu rupa… dipermainkan oleh seorang lelaki. Mungkin awak biasa buat macam tu dengan perempuan lain… mungkin mereka boleh terima cara awak bergurau… tapi bukan dengan saya. Saya tak boleh terima gurauan kasar awak tu. Awak dah menghina maruah saya,” luah Cartaz Amani dengan nada suara yang cuba dikawal.
Sebaik sahaja Cartaz Amani menghabiskan kata-katanya, dia terus bangkit dan meninggalkan Halfiie di situ. Pemberian Halifie tidak diambil. Dibiarkan di atas kerusi. Hadiah itu hanya dipandang kosong.
Halifie membongkokkan badannya sambil menongkat dagunya dengan kedua-dua tangannya. Sikunya diletakkan di atas paha. Peristiwa beberapa hari lalu terlayar di fikiran Halifie. Sungguh, dia tiada niat ingin menghina maruah Cartaz Amani.
Memang betul dia nampak zip seluar gadis itu terbuka tetapi dia tidak nampak apa-apa pun. Bukannya besar pun bukaan zip seluar gadis itu. Niatnya juga baik… ingin menegur gadis itu tetapi dia sedar caranya sudah melampau.
Halifie meraup wajahnya perlahan. Kemudian, dia memandang bungkusan hadiah yang tidak berusik itu.

Walaupun jam sudah menunjukkan angka dua pagi, ruang tamu rumah Farah masih lagi terang benderang. Tiga orang gadis pingitan masih belum melelapkan mata. Pulang sahaja dari majlis tadi, mereka terus menyegarkan badan dan menunaikan solat.
Kemudian, Emma memaksa mereka untuk berkumpul di ruang tamu. Emma teruja ingin membuka hadiah-hadiah yang diterima Cartaz Amani. Macam hadiah-hadiah itu milik Emma pula lagaknya.
Walaupun  Cartaz Amani terasa letih, namun digagahkan juga dirinya untuk membuka hadiah-hadiah yang diterimanya. Dia rela dalam terpaksa memandangkan Emma menggesanya. Justeru, Farah dan Emma menolong Cartaz Amani membuka bungkusan hadiah.
“Banyaknya hadiah yang kau terima Cartaz,” kata Emma.
“Hmm, tulah… aku tak sangka. Cepatlah tolong aku buka hadiah-hadiah ni. Tadi kau juga beria nak tolong.”
Emma tersengih. “Don’t worry baby… I’ll help you. Tapi kau bukalah dulu hadiah dari bakal ayah tiri kau. Teringin juga aku nak tahu hadiah dia.”
“Yelah Cartaz… aku nak tahu juga,” sokong Farah.
“Okey, okey… Farah, hulurkan aku beg kertas hitam tu,” pinta Cartaz Amani.
Setelah menyambut beg kertas yang dihulurkan Farah, Cartaz Amani terus mengeluarkan  sebuah bungkusan yang dibalut cantik. Dengan penuh hati-hati, bungkusan itu dibuka. Farah dan Emma hanya menjadi pemerhati.
“Oh my God!!” jerit Emma.
“iPhone 4s!! You’re got to kidding me? Wei, Cartaz…. Uncle Is hadiahkah kau iPhone la… Yang latest pulak tu,” teriak Farah pulak.
Jikalau Farah dan Emma terkejut, apatah lagi Cartaz Amani. Tergamam dia dibuatnya. Tidak sangka dia bakal menerima telefon bimbit semahal ini sempena hari jadinya.
“Weh, cantiklah wei… warna putih. Aku baru berangan nak pakai iPhone, tapi kau dah dapat dulu,” beritahu Emma.
“Hah… ibu kau bagi apa pula?” tanya Farah.
Cartaz Amani mengambil bungkusan hadiah daripada ibunya. Seperti tadi, bungkusan hadiah itu dibuka berhati-hati. Puan Afifa Malina menghadiahkan purse berjenama Sembonia buat anaknya. Warna merah menjadi pilihan Puan Afifa Malina membuatkan Cartaz Amani tersenyum lebar. Ya, dia menyukai pemberian ibunya.
Kemudian, Cartaz Amani membuka hadiah-hadiah yang lain. Emma dan Farah turut membantu. Bersepah ruang tamu dengan hadiah-hadiah Cartaz Amani. Haiza memberi Cartaz Amani seutas gelang silver. Izzrinda pula memberinya pencil case yang dibuat sendiri olehnya.
Sehelai kameja dihadiahkan oleh Emma sementara Farah memberinya beg sandang bewarna merah. Ada kain kecil berwarna putih susu terikat pada beg itu membentuk reben yang menampakkan beg itu lebih cantik. Banyak lagi hadiah yang diterima oleh Cartaz Amani.
Semua hadiah yang ada, Cartaz Amani tahu siapa pemberinya kecuali sebuah hadiah. Hadiah yang berbalut cantik bersama reben kecil di atasnya tiada nama pengirim, tiada juga kad ucapan. Apabila Cartaz Amani membuka bungkusan hadiah itu, sebuah jam tangan jenama Guess menjadi tatapan mata Cartaz Amani.
Jam tangan itu dipegang dan diamati. Bibirnya tersenyum di luar kawalan dirinya. “Cantik,” puji Cartaz Amani.
“Memanglah cantik… Jenama Guess tu. Kau agak-agak siapa yang bagi kau jam ni?” tanya Farah.
Cartaz Amani menggelengkan kepalanya. Dia tiada jawapan untuk soalan Farah.
“Hmm… Nampaknya kawan kita ni ada peminat rahsia. Kawan sekelas kau kut?” teka Emma.
Cartaz Amani yang mula rasa mengantuk, menguap tanpa sedar. Cepat-cepat dia menutup mulutnya. “Entahlah wei… Tak tahu aku. Ni hadiah yang terakhir kan? Aku dah mengantuk ni.”
“Aku pun sama. Dah pukul tiga pun… Patutlah berat je mata aku ni,” ujar Farah.
“Jomlah tidur. Sebelum tu, tolong aku kemas sampah-sampah ni dan tolong bawa masuk semua hadiah aku ke dalam bilik, okey?”
“Okey bos!!”
Usai meletakkan mengemas ruang tamu dan mengalihkan hadiah-hadiah ke dalam bilik Cartaz Amani, Emma dan Farah pulang ke bilik masing-masing. Cartaz Amani membiarkan lampu meja terpasang di biliknya. Senyuman bahagia terpamer di wajahnya apabila dia memandang hadiah-hadiah yang dia terimanya. Ini merupakan pertama kali dia terima hadiah sebanyak ini. Riang hatinya.
Kemudian, pandangannya terkunci pada sebuah jam yang tidak diketahui pengirimnya. Pembalut hadiah yang membalut jam ini tadi terbayang di fikirannya. Dia cuba mengingatkan insan yang memberinya hadiah ini tadi. Lama dia berfikir namun tiada jawapan ditemui.
Cartaz Amani mengeluh kecewa. Jam tangan itu diambil dan dipegang. Badannya dibaringkan. Matanya masih lagi merenung jam tangan misteri itu. Sedang dia mengelamun, tiba-tiba dia teringatkan hadiah yang dia biarkan di taman mini. Hadiah pemberian Halifie.
Oh Tuhan!! Cartaz Amani yakin hadiah ini pemberian Halifie. Ya, dia mula mengingati bungkusan hadiah Halifie yang ada reben kecil di atasnya. Reben yang sama diatas kotak hadiah jam ini.
Cartaz Amani mencebikkan bibirnya. Jam tangan itu terus diletakkan ke dalam laci. “Entah bila masa mamat miang tu letak hadiah dia… Dia ingat dengan jam mahal tu dapat beli hati aku?” marah Cartaz Amani.
Dengan kasar, Cartaz Amani menutup lampu meja dan dia terus memejamkan matanya.

“Morning,” sapa Cartaz Amani kepada Farah dan Emma yang sedang makan di meja makan.
Emma mencebikkan bibirnya. “Morninglah sangat Cik Cartaz oi… Dah tengahari tahu tak. Tu… tengok jam… Dah pukul 12.30 tengahari tahu. Lambatnya kau bangun hari ini.”
“Jemput makan…. aku yang masak hari ni,” ajak Farah.
Cartaz Amani tersengih. Dia duduk di sebelah Farah. Hidangan di atas meja dipandang penuh selera. Best betul! Bangun tidur sahaja sudah diajak makan. Melihatkan ketam masak lemak cili padi yang terhidang di atas meja membuatkan selera Cartaz Amani naik. Gadis itu bangun semula dan mengambil nasi.
“Sedapnya tidur… Lepas Subuh tadi, mata aku ni memang tak boleh nak terbuka lagi. Tu yang aku tidur. Kau tak tidur balik ke Farah? Mana kau dapat ketam ni?”
“Belilah… Aku pergi pasar tani pagi tadi, seorang diri je. Malas aku nak kejutkan kau dengan Emma. Dua-dua aku tengok lena je tidur.”
Cartaz Amani duduk semula di sebelah Farah. “Rajinnya… Asal rajin semacam je hari ni? Siap pergi pasar tani, masak lagi…”
“Aku ni memang rajin! Tak macam kau dengan Emma.” Farah memuji dirinya sendiri. Sempat juga dia mengutuk kawan-kawannya.
“Sedapnya mulut kau tu berkata-kata… Eleh, sebenarnya kau tak boleh tidur kan?” Emma meneka.
Farah tersengih-sengih. “Ha… memang aku tak boleh tidur pun.”
“Teringat kat dia la tu.”
Cartaz Amani yang sedang menyuap nasi ke dalam mulut sedikit terpingga-pingga mendengar perbualan antara Farah dan Emma. “Dia?? Siapa dia tu?”
Emma menjuihkan bibirnya. “Kau nak tahu… semalam si Farah ni sempat pula cuci mata. Kau perasan tak seorang budak… kawan si Lifie. Dia pakai cermin mata bingkai penuh, warna hitam. Pakaian budak tu simple je. Jeans, t-shirt warna putih dan sweater warna coklat. Perasan tak? Dia putih-putih.”
Berkerut Cartaz Amani cuba mencari lelaki yang dimaksudkan oleh Emma. Sungguh, dia tidak ingat mana-mana lelaki yang memakai pakaian seperti yang dimaksudkan sedangkan Emma sudah memberi informasi yang lengkap tentang lelaki itu.
Argh, dia bukannya memberi perhatian sangat kepada teman-teman Halifie. Semalam dia hanya perasan kehadiran gadis yang makan bersama Halifie sewaktu di Wong Solo.
“Tak apalah kalau kau tak perasan. Lelaki tu pun tak menonjol sangat semalam. Dia lebih suka buat hal sendiri. Nampak macam pemalu je. Tapi… for your information, lelaki tu lah yang buat kawan kita ni tak boleh tidur malam.”
Cartaz Amani terus menoleh ke sisi, memandang Farah yang sudah tersenyum manis.
“Aku rasa kan… aku dah jumpa jodoh aku la. Aku pun tak tahu kenapa… the first moment aku nampak dia, aku dah suka. Aku serius ni. Aku suka tengok muka dia. Mungkin sebab specs yang dia pakai. Kau kan tahu aku suka tengok orang pakai specs macam tu. Dia nampak handsome dengan specs tu. Cute je aku tengok muka dia.”
Cartaz Amani ketawa mendengar cerita Farah. “Patutlah kau happy je hari ni… Adui, kenapalah aku tak perasan dia semalam. Patutlah kau tak nak balik bila aku ajak kau balik awal. Rupanya hati kau dah terpaut pada seseorang.”
Farah turut ketawa mengenangkan peristiwa semalam. “Nak tahu tak… Mama aku cakap kalau kita suka seseorang, kita jangan beritahu kat orang tu. Tapi kita beritahu kat Allah dengan berdoa pada-Nya. InsyaAllah jika lelaki itu baik untuk kita, lelaki itu jodoh kita, Allah akan gerakkan hati lelaki itu untuk suka pada kita juga.”
“Tak perlu nak menggoda lelaki itu, menarik perhatian lelaki itu. Cukup dengan berdoa pada Allah. Cepat atau lambat lelaki itu nak suka pada kita, itu urusan Allah. Aturan Allah SWT merupakan yang terbaik. Sebab itu orang kata kita mampu merancang tetapi Allah menentukan segalanya. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.”
“Dan kalau lelaki itu tidak menjadi milik kita, mama aku pesan jangan bersedih sebab boleh jadi lelaki yang kita suka itu bukan ditakdirkan untuk kita. Ada seseorang yang Allah simpan untuk kita. So… aku nak beritahu kau orang yang aku dah mula berdoa pada Allah untuk jodoh aku. Aku beritahu Allah yang aku suka lelaki semalam tu. InsyaAllah kalau dia jodoh aku, aku akan bertemu dengan dia lagi. Cuma… tak tahu bila. Aku akan sentiasa berdoa,” ujar Farah panjang lebar.
Cartaz Amani dan Emma memandang Farah dengan wajah yang tidak bisa diungkapkan. Bicara panjang lebar Farah membuatkan mereka tercenggang.
“Wei, kau betul-betul serius ni… First time aku tengok kau serius macam ni. Well, my bestfriend, aku doakan yang terbaik untuk kau,” kata Cartaz Amani.
Cartaz Amani kemudian terus menyuap  nasi ke dalam mulutnya. Hatinya berdetik. Itulah yang aku selalu lakukan, Farah. Aku selalu berdoa pada Allah supaya gerakkan hati dia untuk aku. Supaya dia tak lupa dengan aku. Mudah-mudahan dia akan menjadi suami yang membimbing aku suatu hari nanti. Cartaz Amani mengukirkan senyuman nipis apabila teringat doanya setiap hari.
“Aku pun doakan kau Farah… Hmm, aku pun nak berdoalah. Aku nak doa pada Allah supaya DIA gerakkan hati Lifie buat aku,” ucap Emma bersama senyuman manis.
“I don’t know his name… I don’t know everything about him but I will wait. I’ll know it one day.” Farah berkata dengan yakin.
Cartaz Amani mengangguk setuju. “Exactly… Satu hari nanti kau pasti akan tahu. So, kau berdoa sahaja.”
“Thanks… Oh ya, kau dah beritahu ibu kau yang kau setuju dia berkahwin dengan Uncle Is?”
Soalan Farah membuatkan Cartaz Amani terkaku. Dia terdiam seketika. Selera makannya tiba-tiba mati.   

Friday, December 28, 2012

CSM : Mint 9



Suasana di rumah Farah sedikit riuh dan kelam kabut. Usai menunaikan solat maghrib, Emma kelam kabut ke hulur hilir. Wajah Cartaz Amani menjadi mangsa Emma. Walaupun sudah ditegah oleh Cartaz Amani, Emma tetap juga berdegil untuk memekapkan gadis itu.
Malam ini mereka bertiga akan menghadiri majlis makan malam yang diadakan di Steak House. Dua hari yang lepas, Encik Iskandar menghubungi Cartaz Amani untuk menjemput dia dan kawan-kawannya untuk menghadiri satu majlis di restoran di mana dia bertemu dengan Encik Iskandar.
Mulanya, Cartaz Amani malas mahu pergi ke sana. Namun, pagi tadi dia sedikit terkejut apabila menerima sebuah bungkusan berisi gaun malam dari pos laju, kiriman ibunya. Apabila Cartaz Amani menghubungi Puan Afifa Malina, ibunya memberitahu gaun malam itu dibeli oleh Encik Iskandar dan ibunya mahu dia memakai gaun itu malam ini.
Puan Afifa Malina turut menghubungi Farah dan Emma untuk memujuk mereka menemani Cartaz Amani ke majlis malam ini. Hmm, Emma tu tidak perlu dipujuk. Laju sahaja dia setuju. Emma memang suka pergi ke majlis keramaian. Yang peliknya, Farah pun terus setuju. Pelik sungguh!
“Kan berseri muka kalau mekap,” kata Emma seraya tangannya cekap menyapu bedak ke wajah Cartaz Amani.
“Jangan tebal sangat,” perintah Cartaz Amani.
Emma mendengus kecil. “Aku tahulah. Ini kerja aku. Aku akan pastikan kau nampak cantik malam ni.”
“Yang kau terlebih excited ni kenapa?”
Emma memandang Farah yang juga sedang memekapkan wajahnya sendiri. Waktu itu mereka semua berada di ruang tamu. Sebuah senyuman kecil terukir di bibirnya.
“Mestilah excited Cik Cartaz oi… First time kami nak jumpa bakal ayah kau ni. Tak sabar aku nak tengok muka dia,” jawab Farah bagi pihak Emma.
“Kau nak bagitahu ibu kau keputusan kau malam ni kan?” soal Emma ingin tahu.
Cartaz Amani mengangguk kecil. “Aku ingat macam tulah. Masa jumpa ibu nanti, aku beritahu dia. Mungkin ini yang terbaik untuk kami. Well, at least aku dapat tengok senyuman ibu aku seperti dulu… sebelum abah aku meninggal.”
“Good girl! Macam nilah anak yang baik. Dah, jangan nak buat cerita sedih kat sini. Penat je aku mekapkan kau. Cuba senyum sikit.”
Cartaz Amani mengoyak senyum terpaksa. Emma dan Farah hanya tertawa melihat reaksi Cartaz Amani.
“Okey, siap!!” jerit Emma sebaik sahaja selesai memekapkan wajah Cartaz Amani. “Cuba kau berdiri kejap.”
Farah dan Emma memandang Cartaz Amani dari atas hingga ke bawah. Masing-masing terpaku melihat Cartaz Amani yang tampak lain malam itu. Gaun malam berwarna merah yang tersarung di tubuh Cartaz Amani benar-benar sesuai dengan gadis itu.
“Comelnya!!!” jerit Farah dan Emma.
Terkejut Cartaz Amani mendengar jeritan kawan-kawannya. Dia melihat wajahnya di cermin. Rasanya dia nampak biasa sahaja cuma gaun malam yang tersarung ditubuhnya sahaja membuatkan dirinya nampak lain.
Secara jujurnya, dia menyukai gaun malam yang diberikan oleh Encik Iskandar ini kerana warnanya. Merah memang warna kegemarannya. Cartaz Amani memandang jam di dinding.
“Dah, dah.. Cepat siap. Kita dah lambat ni,” gesa Cartaz Amani apabila jam sudah menunjukkan pukul 8.15. Majlis bermula jam 8.30 menurut Encik Iskandar.
“Pakai selendang yang aku bagi tadi tau Cartaz.” Farah mengingatkan Cartaz Amani.
“Aku tahulah…”
Sepuluh minit kemudian, mereka sudah pun menaiki kereta Suzuki Swift yang dipandu Farah. Puan Afifa Malina ada menawarkan diri untuk menjemput mereka namun Farah membantah. Kata Farah dia boleh memandu keretanya ke sana.

Jam menunjukkan pukul 9.10 malam sewaktu Cartaz Amani dan kawan-kawannya tiba di Steak House. Mereka bertiga berjalan seiring menuju ke pintu masuk restoran itu. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam restoran, masing-masing meliarkan pandangan melihat suasana di sekeliling mereka.
Cartaz Amani sedar akan perubahan seni hias restoran itu. Suasana di restoran itu seolah-olah ingin menyambut hari lahir seseorang. Cartaz Amani menguntum senyum. Dia mula mengesyaki sesuatu. Hatinya mula berbunga riang. Wajahnya tampak ceria. Senyuman daripada tetamu yang hadir dibalas dengan senyuman manis.
Mata Cartaz Amani meliar mencari Puan Afifa Malina. Emma dan Farah hanya mengikuti langkah Cartaz Amani sambil memerhati suasana sekeliling. Semakin lebar senyuman yang menghiasi wajah comel Cartaz Amani sebaik sahaja matanya menangkap tubuh ibunya yang sedang berbual dengan Encik Iskandar.
“Tu ibu aku… jom ke sana,” ajak Cartaz Amani dengan nada ceria sambil memandang Emma dan Farah.
Emma dan Farah mengangguk setuju. Mereka berdua perlahan-lahan membuntuti langkah Cartaz Amani. Masing-masing memandang ke arah satu wajah milik lelaki yang bersut lengkap di sebelah Puan Afifa Malina.
“Hai, Cartaz… Sampai juga kamu akhirnya… You look beautiful today,” puji Encik Iskandar ikhlas sebaik sahaja terlihat Cartaz Amani yang datang mendekat.
Cartaz Amani tersenyum senang mendengar pujian Encik Iskandar. “Thank you uncle… Uncle pun nampak handsome hari ni. By the way, sorry ya uncle… Kami terlambat.”
Cartaz Amani kemudian menoleh ke arah ibunya yang sedang menguntum senyum. “Hai ibu,” tegur Cartaz Amani lalu mencium tangan ibunya. Pipi ibunya dicium mesra seperti lazimnya.
“Uncle Is… Ini kawan Cartaz. Emma dan Farah.”
“Hello uncle…,” sapa Emma dan Farah serentak bersama senyuman mesra.
Encik Iskandar mempamerkan senyuman manis kepada kawan-kawan Cartaz Amani. “Hai Emma… Hai Farah… Terima kasih kerana sudi datang malam ni.”
“No sweat, uncle… kami lagi suka,” jawab Emma bersahaja.
Encik Iskandar dan Puan Afifa Malina tertawa halus mendengar jawapan Emma.
“Oh ya… Cartaz belum kenal dengan anak uncle lagi kan?”
Cartaz Amani menggelengkan kepalanya.
“Sekejap ya…” Mata Encik Iskandar terus mencari seseorang lalu menggamit tangannya memanggil orang yang dicarinya.
Cartaz Amani, Emma dan Farah menghalakan pandangannya ke arah yang sama dipandang oleh Encik Iskandar. Mata Cartaz Amani terhala ke arah seorang lelaki yang sedang berjalan menuju ke arah mereka bersama seorang gadis.
Membesar mata Cartaz Amani sewaktu matanya menatap sebuah figura yang amat dibencinya. Lelaki yang cuba dia hindari beberapa hari ini. Mulutnya hampir terlopong. Hilang terus kecerian di wajahnya. Oh Tuhan, harap-harap dia bukan anak Encik Iskandar.
Halifie yang sedang berjalan menghampiri ayahnya bersama Haiza tampak begitu terkejut. Pertama, dia terkejut melihat gadis yang sudah beberapa hari tidak bertemu. Kedua, dia terkejut kerana gadis itu boleh berada di sini, di sebelah Puan Afifa Malina.
Entah mengapa, berdebar jantungnya melihat Cartaz Amani berdiri di sebelah bakal ibunya. Barangkali perasaan bersalah pada gadis itu yang membuatkan Halifie berdebar-debar. Dari reaksi Cartaz Amani dan kawan-kawannya, Halifie tahu mereka juga terkejut.
Senyuman Puan Afifa Malina yang dihadiahkan buat Halifie, dibalas hambar oleh lelaki itu yang masih terkejut.
“Hey, Cartaz… You buat apa kat sini?” soal Haiza yang juga terkejut.
Encik Iskandar dan Puan Afifa Malina saling berpandangan. Kening masing-masing ternaik. “Haiza kenal ke dengan anak Auntie Ifa?” soal Encik Iskandar.
“Hah?? Anak Auntie Ifa?” tanya Haiza yang jelas terkejut.
Jika Haiza terkejut, apatah lagi Halifie, Cartaz Amani, Emma dan Farah. Masing-masing tidak menyangka akan kebetulan ini. Tanpa sedar, Cartaz Amani dan Halifie saling berpandangan. Pandangan yang sukar dimergertikan sama ada suka ataupun duka.
“Iya, Haiza… Cartaz ni anak auntie.. Macam mana Haiza boleh kenal dengan Cartaz?”
Haiza melepaskan tawa. “Oh my God!! Haiza tak sangka auntie… Hari tu masa auntie sebut nama anak auntie, Haiza ingat orang lain yang sama nama dengan Cartaz yang Haiza kenal. What a small world, kan abang?” Haiza memandang abangnya.
Halifie hanya tersenyum nipis sambil menganggukkan kepalanya. Lelaki itu sempat mencuri pandang ke arah Cartaz Amani. Dalam hati, dia memuji kecantikkan gadis itu malam ini. Buat pertama kalinya, dia mengakui Cartaz Amani cantik dan comel. Senyuman kecil terhias di bibirnya tanpa sedar.
 “Kalau ayah dan auntie nak tahu, Cartaz ni jiran baru abang. Abang kata mereka baru je pindah ke rumah sebelah abang dekat Kristal. Haiza pun baru je kenal dengan Emma dan Farah,” beritahu Haiza sambil melambaikan tangan ke arah Emma dan Farah.
“Lah… iya ke? Memang kebetulan sungguhlah. Jadi Lifie dah kenal dengan Cartaz?” Encik Iskandar mengajukan soalan.
Halifie memandang Encik Iskandar. “Dah nama pun jiran ayah… banyak kali juga terserempak,” jawab Halifie bersahaja.
Puan Afifa Malina memeluk bahu Cartaz Amani membuatkan gadis itu yang sedang mengelamun terpingga-pingga. Bahu Cartaz Amani diusap lembut oleh ibunya. “Rupanya anak ibu ni dah kenal dengan Lifie. Tak sangka betul.”
“Kami pun tak sangka auntie,” sampuk Farah yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati.
Emma yang berdiri di sebelah Farah memandang Halifie tanpa kelip. Dia terpaku. Halifie tampak sangat segak malam itu. Lelaki itu memakai sut lengkap berwarna hitam. Tie berwarna merah yang dipakai oleh Halifie membuatkan lelaki itu nampak lebih hot!
Sedang mereka berbual, seorang pelayan lelaki datang menghampiri mereka lalu membisikkan sesuatu pada telinga Encik Iskandar. Beberapa minit kemudian, Encik Iskandar meminta diri kerana ada hal yang ingin dia uruskan.
Halifie yang masih rasa bersalah pada Cartaz Amani terus melangkah mendekati gadis itu dengan niat ingin menegur Cartaz Amani yang hanya membisu sebentar tadi. “Hai, Cartaz…”
Cartaz Amani mengetap bibir. Sedikit menyampah dengan Halifie yang masih berani menegurnya. Tiba-tiba dia terdengar deheman Emma.
“Takkan Cartaz je kut… Kami ni nak campak mana,” usik Emma selamba.
Halifie senyum tipis. “Maaflah Emma dan Farah… Saya nak berbaik dengan bakal adik tiri saya ni,” ucap Halifie yang turut selamba.
Kata-kata Halifie mengundang tawa Haiza, Emma dan Puan Afifa Malina. Farah cuba menyembunyikan tawanya kerana dia sedar Cartaz Amani sedang memendam perasaan geramnya.
Haiza menerpa ke arah Cartaz Amani lalu memeluk tubuh gadis itu. “Tak sangka kita akan jadi adik beradik tak lama lagi,” beritahu Haiza yang sentiasa ceria dan manja.
Demi menjaga air muka ibunya, Cartaz Amani memaksa dirinya untuk mengukirkan senyuman. Seketika dia terfikir, jika dia mengizinkan ibunya berkahwin dengan Encik Iskandar… dia akan menjadi adik kepada lelaki yang paling dibencinya. Bibirnya diketap lagi. Tak nak!! Dia tak rela menjadi adik kepada lelaki itu.
Sedang Cartaz Amani kalut memikirkan permintaan ibunya untuk berkahwin lain, lampu di restoran itu terpadam. Suasana menjadi gelap. Sebuah lampu kemudian terpasang dan dihalakan ke arah Encik Iskandar yang sedang berdiri di atas pentas kecil.
Encik Iskandar menjadi tumpuan para tetamu yang hadir pada malam itu. Semuanya menanti bicara dari Encik Iskandar yang sedang ingin membuat pengumuman.
“Assalamualaikum… Maaf kerana menganggu masa kamu semua. Saya tak nak cakap lama cuma nak buat beberapa pengumuman. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Happy Birthday to my son, Halifie. I wish him to have a good life onwards.”
Kata-kata Encik Iskandar membuatkan Cartaz Amani terkedu. Sekali lagi dia tidak dapat menerima hakikat bahawa tarikh lahirnya sama dengan Halifie.
“Happy Birthday, Lifie,” ucap Puan Afifa Malina mesra.
Ucapan daripada ibunya membuatkan Cartaz Amani menundukkan wajah. Sungguh, dia terasa hati, berjauh hati. Telinganya sendiri mendengar Puan Afifa Malina mengucapkan selamat hari jadi pada Halifie sedangkan seharian ini, kata-kata itu yang dia nantikan dari ibunya.
Sebuah senyuman sinis dihadiahkan untuk dirinya sendiri. Sangkanya, majlis hari ini sempena menyambut ulang tahun kelahirannya dan dia menyangka ibunya mahu membuat kejutan tetapi kejutan lain pula yang dia terima.
Tanpa sedar, matanya sudah berair. Kecewa! Ya, dia sangat kecewa. Dan dia dapat rasakan hubungannya dengan Puan Afifa Malina akan bertambah jauh selepas ini, selepas ibunya berkahwin dengan Encik Iskandar. Belum apa-apa lagi, dia sudah kehilangan ibunya.
Cartaz Amani mengundur ke belakang. Dia berkira-kira untuk meninggalkan majlis yang diadakan khas buat musuhnya. Pergi membawa hati yang luka.
“Dan satu lagi…. I would like to wish Happy Birthday to a very beautiful girl tonight, wearing a red dress… Happy Birthday Cartaz Amani,” ucap Encik Iskandar lagi.
Serentak, tepukan gemuruh memenuhi ruang restoran itu. Cartaz Amani terkaku. Terkejut apabila namanya disebut. Dia terus memandang Encik Iskandar. Lelaki itu sedang tersenyum lebar. Dan tiba-tiba dia dapat rasakan tubuhnya dipeluk mesra. Cartaz Amani terus menoleh ke belakang. Wajah ibunya yang sedang tersenyum menyapa matanya. Sebuah ciuman hinggap di pipi kanan dan kirinya.
“Happy Birthday sayang…,” ucap Puan Afifa Malina.
Cartaz Amani mengesat air matanya. “Along ingat ibu lupa.”
Puan Afifa Malina tersenyum. “Mana mungkin ibu lupa tarikh lahir puteri kesayangan ibu ni.”
Dengan rasa bersalah, Cartaz Amani memeluk ibunya. “Sorry ibu… Along dah salah faham dengan ibu.”
“It’s okay, sayang…”
Lampu kembali terpasang. Cartaz Amani meleraikan pelukan ibunya. Sisa air matanya dikesat dengan tangan. Kemudian, baru dia tersedar dia sedang dikelilingi oleh kawan-kawan sekelasnya. Kali ini, mulutnya benar-benar terlopong membentuk huruf ‘O’ dan matanya terbeliak.
“Happy Birthday Cartaz.” Serentak kawan-kawan Cartaz Amani mengucapkan selamat hari jadi buat gadis itu lalu bersama-sama menyayikan lagu Happy Birthday.
Cartaz Amani menutup mulutnya. Kejutan ini benar-benar buat dia terharu. Dia mencari kelibat Farah dan Emma. Kawannya hanya tersenyum manis sambil ikut menyanyi bersama kawan sekelas Cartaz Amani.
“Happy birthday comel,” ucap Emma sambil memeluk Cartaz Amani sebaik sahaja tamat menyanyikan lagu Happy Birthday. Kemudian, tubuh Cartaz Amani dipeluk oleh Farah pula dan kawan-kawan perempuan Cartaz Amani yang lain.
“Beb, terima kasih sebab datang… Aku tak sangka. Macam mana kau orang datang sini?” tanya Cartaz Amani ingin tahu.
Lela dan Izzrinda yang lebih mesra dipanggil Izzi sudah tergelak nakal. “Adalah… rahsia. Mana boleh bagitahu kau.”
“Wey, seriuslah… aku nak tahu,” desak Cartaz Amani.
“Ada orang jemput kami. Katanya, dia pekerja Encik Iskandar,” jawab Najib, kawan sekelas Cartaz Amani yang turut hadir.
Lela menyiku tubuh Cartaz Amani. “Siapa Encik Iskandar tu?”
“Sugar daddy kau eh?” teka Izzrinda selamba.
Cartaz Amani tergelak besar. Dia terus menampar lengan Izzrinda. “Woi, memandai kau je… Dia tu kawan ibu aku lah, sengal!”
Lela dan Izzrinda sudah terkekek ketawa.
“Cartaz… ini hadiah untuk kau. Dari aku dan Lela,” ucap Hafiz sambil menghadiahkan sebuah patung Elmo yang sederhana besar padanya.
“Comelnya… Thanks Lela… Thanks Apis.”
Kemudian, Cartaz Amani sibuk menerima hadiah daripada kawan-kawannya. Bibirnya kembali tersenyum. Seorang pelayan wanita membantu Cartaz Amani meletakkan hadiah yang diterimanya dia suatu tempat.
“Kak Cartaz!!” jerit Haiza sambil berjalan laju mendapatkan tubuh Cartaz Amani.  Tanpa segan-silu, dia terus memeluk dan mencium pipi Cartaz Amani. Sebuah kotak kecil yang dibalut cantik diberikan pada Cartaz Amani.
“Happy Birthday… Your birthday sama dengan abang Haiza… Kak Cartaz tak nak wish dia ke?” Sengaja Haiza mengajukan soalan pada Cartaz Amani.
Cartaz Amani terkedu. Senyuman dibibirnya hilang sebaik sahaja mendengar bicara Haiza. “Err… nanti akak wish. Akak nak layan kawan-kawan akak kejap,” dalih Cartaz Amani.
“Okey!! Jangan lupa ya… Okeylah, Kak Cartaz… Haiza nak join abang… Have a nice day. Jangan lupa potong kek nanti.”

Dari jauh, Halifie memerhatikan Cartaz Amani yang leka berbual dengan kawan-kawannya. Gadis itu tampak begitu ceria. Pertama kali dia lihat wajah Cartaz Amani begitu. Selalunya masam sahaja.
“Hai, berangan ke birthday boy…? Tak nak cari mangsa you yang seterusnya? Banyak hot girl yang kena dengan taste you kat sini. Or why not you layan your current scandal… Emma the hot blonde girl,” perli Erna sambil menepuk bahu Halifie.
Halifie mengalihkan pandangannya. Wajah Erna dipandang sambil tergelak kecil. “I tak beranganlah… just jadi observer je.”
Erna ketawa sinis. “Observer?” Semakin kuat tawa Erna apabila melihat anggukan di kepala Halifie. “You jadi observer yang observe bakal adik tiri you… Cartaz Amani. Sebab tu you asyik perhatikan dia… Oh, I see… I tertanya-tanya juga tadi kenapa you asyik pandang dia. Well, dia kan bukan taste you. Rupanya you nak perhatikan bakal adik tiri you.”
Telinga Halifie digarunya. “Adui… sakit telinga I. You ni suka je perli I. But… frankly speaking, I tak sangka dia anak Auntie Ifa.”
Erna menyandarkan badannya ke kerusi. Dia melepaskan keluhan kecil sambil membetulkan rambutnya. “I pun tak sangka… Habislah… Lepas ni memang hari-hari I terpaksa dengar cerita you berperang dengan dia.”
“Tarikh lahir kami sama… We hate each other but we were born on the same date, same month but different year,” kata Halifie tanpa menghiraukan kutukan Erna.
“Mungkin you all ada jodoh…”
Halifie pantas menggelengkan kepalanya. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Erna. Hidung Erna dicuit. “Ayah I dan ibu dia yang ada jodoh. They look sweet together, kan?”
“Eleh… you pun I tengok sepadan je dengan Cartaz Amani. Like prince and princess in black and red. By the way, you dah minta maaf dengan dia?”
Halifie menundukkan wajahnya. Kemudian dia menggelengkan wajahnya. “Since dia tampar I, baru sekarang I jumpa dia. Macam mana I nak minta maaf?”
“So, what are you waiting for…? Pergilah minta maaf dengan dia and wish her happy birthday.”
“Nantilah… I tak nak spoil mood dia. Dia tengah happy tu.”
Tiba-tiba Halifie dan Erna dikerumuni oleh kawan-kawan sekelas mereka. “Apa ni bro… Main sembunyi-sembunyi pulak dekat birthday party sendiri,” kata Syahir sambil menumbuk bahu Halifie.
Halifie tergelak. “Wey, sorrylah… Lupa pulak aku ada tetamu. Kau orang dah makan ke?”
“Hmm, kami terpaksa buat party ni macam party sendiri… Semua makanan kami dah lantak,” balas Zainal.
Terbang terus wajah Cartaz Amani dari minda Halifie. Dia leka melayan kawan-kawannya yang hadir. Beberapa orang kawan masa sekolahnya juga hadir. Tidak lama kemudian, adiknya ikut serta perbualan mereka. Sememangnya Haiza seorang gadis yang senang bergaul dengan semua orang.

Thursday, December 27, 2012

CSM : Mint 8



Dengan langkah yang lemah, Cartaz Amani melangkah menuju ke lif selepas mengunci motornya. Penat! Sungguh dia terasa penat. Bukan penat secara fizikal tetapi mentalnya penat. Mindanya letih. Letih memikirkan kata-kata ibunya sewaktu makan tengahari tadi. Semuanya berlaku dengan pantas. Dia tidak sangka.
Sejujurnya dia tidak sangka detik ini akan tiba. Saat di mana dia harus membuat pilihan untuk kebahagian ibu kesayangannya. Beberapa saat selepas menekan punat naiak, pintu lif terbuka. Dengan sisa tenaga yang ada, Cartaz Amani melangkah masuk ke dalam perut lif.
Sewaktu pintu lif ingin tertutup, satu tangan sasa menghalang. Cepat-cepat Cartaz Amani menekan punat buka. Mata Cartaz Amani terus membesar apabila melihat dua figura di hadapannya.  Dia mengundur ke belakang beberapa tapak secara spontan.
Halifie dan Haiza, gadis yang Cartaz Amani temui petang semalam. Yang buat Cartaz Amani terkejut, Halifie sedang mengendong Haiza di belakang badannya. Ya Allah, apa yang sedang berlaku?
Halifie hanya mampu mengeluh apabila sekali lagi bertemu Cartaz Amani di dalam lif. Stress juga Halifie apabila setiap kali nak naik lif atau turun lif, dia pasti bertemu Cartaz Amani. Macam tak ada orang lain pula. Halifie hanya mempamerkan muka bosan. Hari ini dia malas nak beramah mesra dengan sesiapa.
Halifie keletihan. Letih menguruskan Puan Melissa di hospital dan penat melayan karenah Haiza. Untuk mengembirakan Haiza, dia terpaksa mengikuti gadis itu berseronok di Genting Highlands. Terkejar-kejar Halifie dibuatnya. Dari hospital dia terpaksa pula bawa Haiza yang merengek-rengek mahu berseronok ke Genting Highlands.
Haiza begitu manja dengannya. Setiap permintaan Haiza akan dia cuba tunaikan selagi mampu kerana dia amat sayangkan Haiza. Haiza merupakan insan yang paling bermakna dalam hidupnya.
“Baby, abang penatlah… Baby tak boleh jalan sendiri ke?” tanya Halifie perlahan. Tak larat rasanya nak mengendong Haiza yang seberat 51 kg itu dibelakangnya.
Haiza mengeleng. Dia yang sedang memeluk Halifie dari belakang mendekatkan pipinya dengan pipi Halifie. “Baby penatlah… Seharian baby jalan dengan kasut tinggi ni tau. Lagipun, abang dah lama tak gendong baby…”
Haiza memandang gadis yang seakan menyorok di belakangnya. Dia terus tersenyum apabila melihat Cartaz Amani. “Hai, Cartaz… Meet you again,” ucap Haiza yang masih ingat lagi nama Cartaz Amani.
Cartaz Amani hanya mampu tersengih. Dia sedikit terperanjat apabila Haiza menegurnya. Tidak sangka gadis itu masih mengingati namanya sedangkan dia pun ingat-ingat lupa nama Haiza.
Halifie memalingkan wajahnya ke belakang, kemudian memandang Cartaz Amani seketika sebelum memandang ke hadapan semula. “Baby kenal dia ke?”
Laju kepala Haiza mengangguk. “Baby jumpa dia semalam. Dia jiran kita lah, bang. Opps, kasut baby jatuhlah abang. Ambilkan.”
Halifie mendengus. “Macam mana abang nak ambil? Mengada-ngadalah baby ni. Turun sendiri.”
Tanpa sedar, Cartaz Amani mengambil kasut tumit tinggi milik Haiza, kemudian diserahkan semula kepada Haiza. Halifie menjeling tindakan Cartaz Amani. Dia tersenyum sinis.
“Baik pula hati awak hari ni kan?” sindir Halifie bersahaja.
Haiza menampar bahu Halifie. “Abang… Apa cakap macam tu? Tak baik tau. Thanks ya Cartaz.”
“Sama-sama,” ucap Cartaz Amani perlahan.
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Halifie cepat-cepat keluar. Sungguh, dia sudah tidak tahan mengendong Haiza, lalu dia menurunkan Haiza walaupun Haiza seakan tidak mahu melepaskan dirinya. Waktu itu, Cartaz Amani sudahpun jalan jauh ke depan.
“Dah dekat dah rumah kita. Jom, jalan sama-sama. Abang pimpin. Baby tu berat tau,” rungut Halifie.
Haiza mencebik. “Nanti abang nak gendong isteri abang macam mana? Baby yang kecil ni pun abang tak larat.”
Halifie menarik hidung Haiza. “Isteri abang, abang layan lain sikit. Special treatment. Mana boleh sama dengan baby.”
Haiza tarik muncung sedepa. Halifie hanya menggeleng melihat perangai Haiza yang masih kebudak-budakan. Lalu, dia memeluk bahu Haiza dan mereka sama-sama menuju ke rumah.

“Welcome home!” teriak Emma sebaik sahaja Cartaz Amani melangkah masuk ke dalam rumah.
“Kau dah kenapa, Cartaz? Muka kau macam nampak hantu je,” tegur Farah yang waktu itu sedang membuat air kopi di dapur.
Cartaz Amani melangkah ke sofa dan menghempaskan punggungnya sedikit kasar. Dia terus memandang Emma. Tudung di kepala ditanggalkan sedikit kasar. “Aku bukan nampak hantu. Apa yang aku nampak lagi worse dari nampak hantu tau!”
Farah cepat-cepat mengisi air kopi yang dibuatnya ke dalam mug untuk dia, Emma dan Cartaz Amani. Cerita panas ni! Kemudian, dia menatang dulang mendekati sofa. Dulang itu terus diletakkan ke atas meja lalu dia duduk bersebelahan Cartaz Amani. Waktu itu Emma juga sudah duduk di sofa.
“Jemput minum! Cartaz, kau nampak apa?” soal Farah sedikit teruja.
“Aku nampak Lifie gendong seorang perempuan dan perempuan tu ikut Lifie masuk ke dalam rumah Lifie. Semalam masa aku keluar rumah, aku nampak perempuan tu juga. Dia dengan selamba cakap dia duduk kat rumah sebelah kita ni. Maksudnya, Lifie dengan perempuan tu duduk sebumbung. MasyaAllah! Dia orang dah tak kenal dosa pahala ke?”
“Kau biar betul Cartaz…” kata Farah sedikit terkejut.
Ketawa Emma yang memenuhi ruang tamu membuatkan pandangan Cartaz Amani dan Farah terarah padanya. Emma tergelak sakan sehingga menekan-nekan perutnya. “Lawaklah kau orang ni!”
“Emma!! Ni bukan lawak tau! Kau ingat aku reka cerita ke?” marah Cartaz Amani yang sedikit geram.
Emma cuba menghentikan tawanya dengan menutup mulutnya. Terhinggut-hinggut badannya menahan tawa. “Kau ni Cartaz, suka je fikir bukan-bukan… Nama budak perempuan tu Haiza kan?”
“Macam mana kau tahu?”
Emma tergelak lagi. “Dahlah… tak payah nak risau… Dia orang tak buat dosa pun.”
“Kenapa kau cakap macam tu, Emma? Kau tahu sesuatu yang kami tak tahu ke?” Farah mengajukan soalan.
Kepala Emma dianggukkan. “Perempuan yang kau nampak tu… adik Lifie la. Baru balik dari Korea.”
Sebaik sahaja Emma menghabiskan bicaranya, Farah terus melepaskan tawa. Emma ikut sekali ketawa. Bergema ruang tamu rumah Farah dek gelakan dari mereka berdua. Cartaz Amani termalu sendiri. Pun begitu, dia sedikit geram apabila kawan-kawannya mentertawakannya.
“Manalah aku tahu.” Cartaz Amani mempertahankan dirinya bersama bibir yang terjuih.
“Itulah… jangan nak buat andaian. Lain kali cuba ringan mulut sikit, tanya siapa perempuan tu… Kawan dia ke, girlfriend dia ke, tunang ke, adik ke… Ini tak… selamba je kau buat spekulasi sendiri,” tegur Emma.
Farah berdeham beberapa kali. “So, case closed! Hmm, Cartaz… apa surprise ibu kau?”
Cartaz Amani terus terdiam. Dia teringat semula kata-kata ibunya. Wajahnya terus berubah. Reaksi Cartaz Amani membuatkan Farah dan Emma saling berpandangan. Kemudian, masing-masing mengangkat bahu.
Farah mencapai mug di atas meja. Dengan penuh hati-hati, dia meneguk air kopi yang dibancuhnya. Kemudian, dia menjeling Cartaz Amani yang masih mendiamkan diri.
“Kau dah kenapa Cartaz? Muram pulak! Jangan-jangan betul tak andaian si Farah… Ibu kau suruh kahwin. Tapi yang pasti bukan dengan Lifie.” Emma tertawa di hujung tawanya.
“Wah, aku dah bau nasi minyak ni,” usik Farah bersahaja, cuba mengundang respon dari Cartaz Amani.
Lambat-lambat kepala Cartaz Amani dianggukkan. Lemah sahaja anggukkannya. Farah dan Emma yang sebenarnya hanya bergurau, terlopong. Tidak percaya!
“Beb, biar betul? Ibu kau suruh kau kahwin ke? Dengan siapa? Betul tak andaian kedua aku semalam? Ya Allah, seriously aku tak sangka. Aku main-main je semalam.” Farah bersuara lantang akibat terkejut.
Cartaz Amani menumbuk lembut bahu Farah. “Bukan akulah… Tapi ibu aku…,” beritahu Cartaz Amani lemah.
Sekali lagi, Farah dan Emma terkejut. Ini berita sensasi. Emma yang berada sedikit jauh dari kedudukan Cartaz Amani terus bangun dan duduk betul-betul di sebelah Cartaz Amani.
“Biar betul? Maksudnya kau akan dapat ayah baru? Kau dah jumpa bakal ayah kau?” Emma menyoal dengan nada teruja.
Cartaz Amani tersenyum nipis sambil mengangguk kecil. Air kopi diminum perlahan-lahan.
“So, macam mana?” Emma bertanya lagi.
“Dia okey. Kelakar. Aku baru je kenal dia sekali tapi dia dah buat aku selesa berbual dengan dia. Well, frankly speaking, dia ada ciri-ciri ayah yang baik. Ini apa yang aku perhatikan masa kami dinner sama-sama malam semalamlah.”
“Apa nama dia?” Giliran Farah pula mengajukan soalan.
“Iskandar.”
“Handsome tak?”
Sekali lagi, Cartaz Amani tersenyum nipis. Cartaz Amani melepaskan keluhan. Farah turut melepaskan keluhan. “So, apa masalah kau sekarang? Kenapa kau tak happy?”
Cartaz Amani meraup wajahnya. “Entahlah… Aku tak tahu. Aku keliru. Aku… aku sebenarnya tak sangka ibu aku akan berkahwin lain. Tak ada angin, tak ada ribut, ibu aku cakap dia nak kahwin dengan Uncle Is.”
Emma menepuk lembut peha Cartaz Amani. “Mungkin kau perlukan masa untuk terima semua ni. Ibu kau cakap apa? Bila dia nak kahwin dengan Uncle Is?”
“Entah… ibu aku cakap, kalau aku tak suka, dia tak akan kahwin. Dia dengan Uncle Is dah suka sama suka. Cuma sekarang ni, ibu nak persetujuan aku. Macam tu juga Uncle Is. Kalau aku setuju, mereka kahwin. Kalau tak, mereka pun akan kekal menjadi kawan.”
“Ibu aku bagi aku tempoh seminggu untuk beri jawapan pada dia. Kalau aku tak cakap apa-apa lepas seminggu ni, dia assume yang aku tak setuju. Sekarang ni, aku serba salah. Kalau aku tak setuju, aku rasa kesian pulak kat ibu dengan Uncle Is. Tapi… kalau ibu aku kahwin lain, macam mana dengan aku? Aku takut ibu aku sisihkan aku,” luah Cartaz Amani.
“Cartaz… cuba kau fikir. Ibu kau masih fikirkan kau. Dia nak restu dari kau. Kalau tak, dia tak akan kahwin. Itu buktinya dia sayangkan kau. Kau tu penting buat ibu kau. Tak ada maknanya ibu kau nak sisihkan kau,” balas Farah.
Emma dah Farah memandang ke arah Cartaz Amani yang tampak keliru. “Kau fikirlah masak-masak Cartaz. Ini masa depan kau, masa depan ibu kau… kebahagiaan ibu kau. Mungkin kau perlu berkorban untuk buat ibu kau happy. Sekarang ibu kau dah suruh kau buat keputusan, so… kau kena buat keputusan yang bijak. Rasional!” nasihat Emma ikhlas.
“Betul kata Emma tu Cartaz. Kalau susah sangat, minta je petunjuk dari Allah. Buat solat istikharah.”
Cartaz Amani memaksa dirinya untuk tersenyum manis. “Thanks kawan.”

Jam loceng di atas meja kecil berdekatakan dengan katil dijeling oleh Cartaz Amani yang tika itu baru keluar dari bilik mandi. Dia mendengus. Asal hari Isnin je dia akan terlewat bangun. Tergesa-gesa Cartaz Amani menyarung seluar slack bewarna kelabu. Hari ini dia memutuskan untuk berkemeja sahaja ke kelas memandang ada kameja yang sudah digosok di dalam almari. Dia sudah tiada masa untuk menggosok baju kurung.
“Haisy, asal tak boleh zip ni? Aku dah gemuk ke?” tanya Cartaz Amani kepada dirinya sendiri.  
Sedaya upaya Cartaz Amani cuba menzipkan seluarnya. Bibirnya mengukirkan senyuman apabila dia berjaya. Kemudian, dia terus bersiap ala kadar. Dengan langkah yang tergesa-gesa, Cartaz Amani keluar dari rumah dan menuju ke lif.
Cartaz Amani mengetap bibir. Dia lagi, rungut hatinya. Cartaz Amani berlagak selamba. Wajah Halifie yang sedang menunggu pintu lif terbuka, tidak dipandangnya.  Beberapa saat kemudian, pintu lif terbuka dan Cartaz Amani terus melangkah masuk.
Halifie tersenyum sinis melihat kesombongan Cartaz Amani. Dia mengikuti langkah Cartaz Amani dengan langkah yang bersahaja walaupun waktu itu jam sudah menunjukkan jam 8.50 pagi. Mereka sudah dua puluh minit terlewat ke kelas.
Bibir Cartaz Amani diketap. Dia berasa seram sejuk tiba-tiba. Mana tidaknya, dari ekor matanya dia perasan Halifie sedang merenungnya bersama senyuman nakal. Terus dia memalingkan wajahnya ke sisi.
“Kenapa awak pandang saya macam tu?”
Makin lebar senyuman Halifie. “Tak boleh ke? Mata saya. Suka hati sayalah nak pandang mana.”
Cartaz Amani mendengus kasar. Dia memandang ke hadapan semula. Namun, dia semakin rasa tidak selesa. Berderau darah Cartaz Amani tatkala dia menyedari Halifie sedang mendekatinya.
Kakinya terus berundur ke belakang sehingga tubuhnya sudah terlanggar dinding lif. Matanya membesar memandang Halifie yang masih lagi tersenyum nakal. Fikiran Cartaz Amani blank! Tidak dapat memikirkan apa-apa.
“Awak nak buat apa ni?” tanya Cartaz Amani kedengaran takut-takut sewaktu Halifie meletakkan kedua-dua tangannya di dinding lif, mengunci pergerakkannya.
Halifie tidak menjawab soalan Cartaz Amani. Malah dia makin mendekatkan wajahnya ke wajah Cartaz Amani sehingga dia dapat merasakan hembusan nafas Cartaz Amani yang tidak teratur.
Cartaz Amani semakin ketakutan. Dadanya berdebar-debar. Entah mengapa dia tidak dapat memikirkan langkah yang harus dia lakukan. Dia buntu! Fikirannya kosong. Matanya terus dipejamkan apabila Halifie makin mendekatinya.
“Zip seluar awak terbuka,” bisik Halifie perlahan, rapat ke telinga Cartaz Amani.
Spontan Cartaz Amani membuka matanya. Cepat-cepat dia menzipkan seluarnya. Ya Allah, malunya dia! Sungguh! Dia tak tahu mana dia nak letak muka. Malu sangat! Mukanya sudah merah menahan malu.
Halifie melepaskan tangannya yang melekap di dinding sambil menghamburkan tawa yang kuat. Gembira hatinya kerana dapat mengenakan gadis itu. Idea nakalnya muncul sewaktu ternampak zip seluar gadis itu terbuka sedikit tetapi dia bukannya nampak apa-apa pun. Melihat gadis itu yang sedang dilanda perasaan malu, membuatkan Halifie semakin galak ketawa.
Cartaz Amani memandang tajam ke arah Halifie. Pandangannya tajam dan seolah-olah berapi. Detik itu pintu lif sudah pun terbuka namun, Cartaz Amani masih lagi memandang Halifie dengan pandangan yang sama.
Pandangan Cartaz Amani yang tajam bagaikan pisau membuatkan Halifie berhenti ketawa. Dia memandang gadis di hadapannya dengan selamba. Pun begitu sengihan masih tersungging di bibirnya.
Pang!!
Tanpa rasa bersalah, Cartaz Amani menampar pipi Halifie dengan sekuat hati. Badan Halifie yang menghalangnya terus ditolak. Kemudian, dia meninggalkan Halifie yang sedang menahan sakit. Dengan mata yang berair, Cartaz Amani berlari menuju ke motornya. Halifie sudah melampau. Lelaki itu telah mempermainkannya.
Di dalam lif, Halifie terkedu. Dia melekapkan tangannya ke pipi yang terasa pijar. Pasti ada kesan tapak tangan di pipinya.  Tidak semena-mena, timbul rasa bersalah dalam dirinya. Dan tanpa sedar, dia terus keluar untuk mengejar Cartaz Amani. Namun, dia sudah terlewat apabila dia ternampak Cartaz Amani sudah pergi dengan motornya.
Halifie memejamkan matanya. “Aku dah keterlaluan ke?”
Rambut Halifie dikuak ke belakang. Wajahnya kemudian diraup kasar. Dia menjeling jam dipergelangan tangan. Sudah jam sembilan pagi. Hilang moodnya untuk ke kelas. Lantas Halifie memutuskan untuk pulang semula ke rumah.             

 Senyuman semanis gula terukir di bibir Haiza. Wajah wanita di hadapannya ditatap dengan penuh rasa gembira dan bersyukur. Wanita itu masih nampak muda walaupun sudah berusia 40 tahun. Cantik! Haiza suka melihat wajah wanita itu, tenang sahaja dia rasa. Akhirnya, dapat juga dia bertemu jodoh ayahnya.
Kemudian, pandangannya dihalakan pula pada ayahnya. Dia rasa sungguh bersyukur kerana ayahnya bakal menamatkan zaman bujangnya.  Inilah impian dia dan abangnya selama ini. Ingin melihat ayah mereka mendirikan rumah tangga. Ingin melihat ayah mereka mencapai kebahagiaan untuk dirinya sendiri. Lelaki itu sudah banyak berkorban untuk mereka.
“Amboi… tersenyum lebar dari tadi,” usik Halifie yang duduk di sebelah Haiza.
Haiza masih lagi senyum. “Mestilah… Auntie Ifa ni cantiklah. Sudahlah cantik, baik dan ramah pulak tu. Kalau macam ni, Haiza luluskan ayah untuk berkahwin dengan Auntie Ifa. Ayah dengan Auntie Ifa macam pinang dibelah dua,” puji Haiza ikhlas.
Ketawa besar Halifie dan Encik Iskandar mendengar bicara Haiza. Puan Afifa Malina pula malu-malu. Tidak sangka begitu mudah anak Encik Iskandar menerima dirinya.
“Baby ni… buat Auntie Ifa malu je. Tengok tu, dah merah pipi Auntie Ifa,” tegur Halifie.
Puan Afifa Malina tersenyum. Secara jujurnya, dia menyenangi sikap anak-anak Encik Iskandar. Pada pendapat wanita itu, Haiza seorang anak perempuan yang manja. Walaupun baru mengenalinya, gadis itu tanpa segan silu sudah bermanja dengannya dan Halifie merupakan seorang abang yang baik. Sepanjang mereka menjamu selera sebentar tadi, Halifie rajin melayan karenah Haiza.
“Sayangnya tak dapat jumpa dengan anak auntie. Mesti dia cantik macam auntie,” ucap Haiza.
Sememangnya daripada tadi, suara Haiza sahaja kedengaran. Encik Iskandar dan Halifie sekadar menjadi pendengar. Mereka sengaja biarkan gadis itu memanapoli pertemuan mereka malam itu.
“Haiza ni terlalu memuji auntie. Naik segan auntie dengan Haiza. Hmm, maaflah. Anak auntie tak dapat datang. Ada discussion dengan kawan katanya. Lain kali, auntie bawa dia jumpa Haiza dan Lifie ya.”
“Okey… Auntie janji tau! Berapa umur dia auntie?”
“InsyaAllah. Umur dia 20 tahun. Tua setahun dari Haiza kan?”
Haiza mengangguk laju. “Wah, tak sabarnya nak dapat kakak baru.”
Tiba-tiba, muncul satu idea di fikiran Puan Afifa Malina apabila teringatkan sesuatu. Kemudian, dia memandang lelaki di sebelahnya. “Is, baru saya ingat… Jumaat ni birthday anak saya.”
Encik Iskandar menjungkitkan keningnya. “Jumaat ni? Eh, samalah dengan Lifie. Birthday Lifie Jumaat ni jugak! Kan, Lifie?”
Halifie tersenyum sambil mengangguk. Dia berasa sedikit terharu kerana Encik Iskandar mengingati tarikh lahirnya. Tidak seperti papa yang tersalah tarikh. Halifie teringat kejadian dua bulan lepas di mana tiba-tiba sebuah kereta Volkswagen Polo tiba di rumahnya.
Rupanya kereta itu pemberian Encik Hamdan untuk hari jadinya. Papanya terawal dua bulan. Jauh di sudut hatinya, dia berasa sedikit kecewa dengan sikap kurang prihatin papanya.
“Great! Apa kata kita buat birthday party untuk anak kita?” soal Encik Iskandar sambil memandang Puan Afifa Malina.
Puan Afifa Malina sedikit tersentak apabila mendengar Encik Iskandar menyebut ‘anak kita’. Dia diserbu rasa bahagia. “Bagus juga idea tu. Awak nak buat kat mana?”
Encik Iskandar berfikir sebentar. “Nak buat kat rumah atau kat sini?”
“Kat sini!” Segera Haiza menjawab. “Buat party tu dekat restoran ni je. Ayah kena tutup restoran ni on Friday untuk party abang dan anak Auntie Ifa. Eh kejap, siapa nama anak Auntie Ifa? Lupa pulak nak tanya.”
Puan Afifa Malina tergelak kecil melihat respon daripada Haiza. “Cartaz Amani.”
Halifie yang sedang meneguk Jus Tembikai hampir tersedak. Dia terbatuk-batuk kecil. Tidak semena-mena dia teringatkan seorang gadis yang juga bernama Cartaz. Dan peristiwa dia dilempang pagi tadi terlayar di mindanya.
Dahinya sedikit berkerut. Adakah Cartaz yang dikenalinya dan Cartaz Amani anak Auntie Ifa merupakan orang yang sama? Cepat-cepat Halifie menggelengkan kepalanya. Tak mungkinlah. Mungkin nama mereka sahaja yang sama.
Haiza tersenyum nakal melihat abangnya yang terbatuk. Dia juga teringat kejadian pagi tadi di mana abangnya pulang semula ke rumah bersama kesan tapak tangan di pipi. “Nak tahu tak… pagi tadi, ada orang kena tampar,” beritahu Haiza sambil menjeling abangnya.
Halifie terus memandang Haiza dengan mata yang terjengil. Tidak sangka adiknya akan membuka mulut tentang peristiwa pagi tadi.
“Kena tampar??” soal Encik Iskandar yang jelas terperanjat. “Dengan siapa?”
“Seorang gadis yang comel!”
Encik Iskandar menggelengkan kepalanya. “Apa yang Lifie dah buat?”
Halifie menggaru dahinya. Dia berasa sedikit malu dengan Puan Afifa Malina. “Tak ada apa-apalah ayah. Salah faham je.”
“Mesti Lifie dah buat sesuatu yang keterlaluan ni. Kalau tak, tak kan dia tampar Lifie. Dah minta maaf kat dia?”
“Belum lagi,” jawab Halifie bersama sengihan. Haiza yang berada disebalah dijeling tajam. Habislah Haiza lepas ni.
Jelingan tajam Halifie, sedikit pun tidak menggerunkan Haiza. Gadis itu masih beriak selamba. Mulutnya kembali becok bercerita itu dan ini. Mereka berbual sehingga restoran ditutup. Kemudian, Haiza mengikut abangnya pulang ke kondominium. Puan Afifa Malina pula dihantar pulang oleh Encik Iskandar.