Saturday, December 15, 2012

Sinopsis Cinta Sedingin Mint




“Ya! Awak sombong. Saya tak tahulah apa masalah awak dengan saya. Yang penting, saya tahu awak sombong. Dan sebab itu, saya rasa saya tak perlu nak minta maaf pada perempuan sombong macam awak. Fair enough!” – Halifie

Pertemuan pertama Cartaz Amani dan Halifie mencetuskan perasaan benci di hati masing-masing. Namun, jodoh mereka begitu kuat. Mula daripada berjiran sehinggalah hubungan kekeluargaan. Senang cerita, Cartaz Amani tidak dapat larikan diri daripada Halifie.

Atas tiket kekeluargaan, Halifie cuba berbaik dengan Cartaz Amani walaupun gadis itu begitu dingin dengannya. Persahabatan mula terjalin. Hubungan semakin akrab sehingga ke tahap di mana ada Cartaz Amani, di situ ada Halifie. Asyik berkepit 24 jam.

“Saya nak Nasi Goreng Halia. Awak masakkan ya… Saya lapar sangat ni. Boleh ya Cartaz…”

“Amboi…! Suka-suka awak je suruh saya masak untuk awak. Awak ingat saya ni tukang masak peribadi awak ke?”

Benarkah mereka hanya teman tapi mesra?

“I do love her… I love Cartaz Amani.”

Si teruna sudah jatuh cinta. Bagaimana pula dengan si dara?

“Saya tak pernah suka awak. Saya tak pernah cintakan awak dan saya tak akan cintakan awak. Saya cintakan Zamir dari dulu, kini dan selama-lamanya. Awak jangan bermimpi untuk rampas saya dari dia. Cinta saya tak akan beralih pada awak sebab I am deeply in love with him. Tak ada siapa dapat memahami diri saya sebaik dia.”

Bicara angkuh Cartaz Amani menikam-nikam hati Halifie. Pemergian mama lelaki itu menambah duka di hati lalu Halifie membawa diri untuk mengubati hati yang luka.

Kenapa aku masih mencintai gadis itu jika ia hanya racun yang akan membunuh diriku? – Halifie.

Adakah Cartaz Amani benar-benar memaksudkan kata-katanya? Benarkah dia tidak mencintai Halifie? Jika benar, kenapa dia rasa kehilangan saat Halifie hilang dari hidupnya?  Adakah disebabkan rasa sedih kerana kehilangan seorang ‘teman tapi mesra’ ataupun dia mencintai lelaki itu tanpa dia sedari?


4 comments:

rieha farihah said...

wahaaaaaaaaaaa...sinopsis yang menarik...

anayue said...

owhh mereka ni teman tapi mesra.. btw.. best arr bca sinopsis ni...

Anonymous said...

best novel ni... lain dr yg lain... akak dah beli... wpun x habis bc lg(baru beli mlm td je...hihi)... tp mmg puas hati... x rugi beli...
~iris~

Zuera said...

Thank you all.

sis iris, glad to hear that. Thanks sis.