Tuesday, December 25, 2012

CSM : Mint 6


Kelas Professor Baharom pagi ini tamat awal sejam kerana Professor Baharom terpaksa menghadiri perjumpaan bersama dekan. Sebaik sahaja bayang Professor Baharom hilang, Halifie mendapatkan Erna yang duduk di bahagian depan kelas. Punggungnya dilabuhkan di atas meja Erna. Wajah Erna menjadi tatapan matanya bersama senyuman manis terukir di bibir.
“Hai sayang… Teman I breakfast, boleh? I laparlah,” ajak Halifie yang sengaja menggunakan nada manja. Sempat juga dia mengenyitkan matanya pada Erna.
Erna menjelir lidahnya. “Mengada-ngada. Asal you tak ajak Adila temankan you? Bukan dia skandal baru you ke?”
Halifie tergelak lepas. “Salah! Adila bukan lagi skandal baru I.”
“Whoa… Maknanya, you ada skandal terbaru. Who’s the unlucky girl?”
“She’s lucky, okey!” Halifie membetulkan kata-kata Erna seraya menjentik tangan Erna yang berada di atas meja. “Emma… She’s my new scandal. Take note ya, sayang.”
“Emma mana pulak ni?”
Senyuman nakal terpamer di bibir Halifie. “I’ll tell you kalau you temankan I breakfast. Jomlah… I nak date dengan kawan baik I ni. Dah lama tak date dengan dia. Jom!”
“You nak breakfast kat mana?”
Soalan Emma membuatkan Halifie tersenyum lebar. “McD. I tahu you suka hashbrown dan kopi Arabica McD. Jomlah sayang… Sempat lagi ni.”
Erna mencubit paha Halifie yang berada di atas mejanya. “You ni memang pandai kan. Hmm, jomlah… Tak nak ajak Jenal dengan Caex ke?” tanya Erna sambil memandang ke arah Zainal dan Syahir yang mahu keluar dari kelas.
Pantas Halifie menggelengkan kepalanya. Dia terus mencubit pipi Erna. “Kan I dah cakap yang I nak date dengan you. I tak nak ada orang lain. Jom… Tapi, kita balik Kristal dululah. I tak drive hari ini. I jalan kaki je pergi kelas. Nak exercise.”
Erna ketawa sinis sambil bangun dari duduknya. “Exercise konon! Cakap jelah you sayang kereta Volkswagen Polo you. Tak sanggup kalau kena langgar atau calar bila park kat dalam UiTM.”
Terhambur tawa Halifie. “You know me very well, sweetheart. That’s why I sayang you.”
Halifie mengikuti langkah Erna, keluar dari kelas. Kemudian, mereka sama-sama berjalan menuju ke Kristal. Bukannya jauh pun jarak fakulti dengan pintu belakang Kondominium Kristal. Tak sampai sepuluh minit pun.
“Sayang betul you dengan kereta Volkswagen Polo tu kan? Tahulah baru,” sindir Erna dengan niat ingin mengusik Halifie dalam perjalanan menuju ke Kondominium Kristal.
“Mestilah. Itu satu-satunya kereta yang papa I belikan tau. Birthday present dari papa I. Kereta I yang lain semuanya ayah yang beli. Sebab papa I yang beli, I sayang sangat kereta tu.”
Erna memandang Halifie. “Baguslah… You kena jaga kereta tu elok-elok. Oh ya, tell me about your new scandal. Siapa nama dia? Emma, right?”
“Yup! Emma. Nantilah, masa makan I beritahu you. Tak sabar betul.”
Bibir Erna sengaja dicebikkan. “Then, si Adila tu yang dah let go ke? Hmm… Should I say, bye Adila and welcome Emma?”
Halifie menggaru telinganya bersama sengihan di bibir. “Hisy, kejamnya ayat you.”
“Tahu pun kejam. Memang selama ni macam tu you buat kan? Bila dah jumpa skandal baru, you lupakan skandal lama you.”
Halifie memeluk leher Erna dan tubuh gadis itu didekatkan dengan dirinya. Kepala Erna disekeh lembut. Tanpa mereka sedar, perbuatannya itu dilihat oleh Cartaz Amani yang baru sahaja keluar dari perut lif. Terkejut Cartaz Amani melihat drama sebabak itu.
Matanya difokuskan pada gadis yang dipeluk Halifie. Dia kenal perempuan itu. Perempuan yang makan bersama Halifie di Restoran Wong Solo merangkap teman wanita Halifie. Cartaz Amani yakin perempuan itu ialah kekasih Halifie. Jika tidak masakan mereka melakukan aksi mesra seperti tadi.
Erna menolak tubuh Halifie dan waktu itu dia terpandang seorang gadis yang memakai baju kurung kapas bercorakkan bunga kecil. Dalam hati, dia memuji kecomelan gadis tersebut. Kepalanya secara spontan menoleh ke arah Halifie tatkala dia terdengar dengusan kasar lelaki itu.
“Asyik muka dia je aku nampak kat lif ni,” rungut Halifie perlahan, bercakap dengan dirinya sendiri.
Rungutan Halifie walaupun perlahan, tetapi dapat didengari Cartaz Amani. Cartaz Amani terus menjeling lelaki itu sewaktu berjalan melepasi Halifie untuk menuju ke motornya. Dalam hati, Cartaz Amani berasa jengkel dengan sikap Halifie. Sudah ada kekasih tetapi mahu mengatal lagi dengan Emma. Dasar jantan miang!
Deheman Erna membuatkan Halifie mengalihkan pandangan matanya, memandang Erna yang sedang tersenyum nakal.
“Siapa gadis comel tu? I nampak dia jeling you dan I dengar rungutan you.”
“Kuat sangat ke I cakap?”
Erna tergelak halus. “Tak… tapi cukup untuk I dan dia dengar. Sebab tu dia jeling you. Siapa perempuan tu? I suka tengok dia. Comel.”
“Tolonglah Erna… Dah tiga kali you puji dia comel.”
Dahi Erna berkerut. “Tiga kali??”
“For your information, my darling Erna, perempuan yang you kata comel tu adalah perempuan yang I peluk masa kita makan dekat Restoran Wong Solo dulu. Remember?”
Erna sedikit terkejut. “Oh really? Patutlah I macam pernah nampak. Perempuan yang buat you tak ada mood nak makan kan? Yang buat you moody one day, kan?”
“Yup, she is!”
“So, what’s happen between you and her? Tak sangka you guys tinggal di kondo yang sama, blok yang sama.”
“I’ll tell you later. Kejap, I nak naik atas. Ambil kunci. You tunggu kat sini.”
Tanpa membuang masa, Halifie terus masuk ke dalam lif sebaik sahaja pintu lif terbuka. Erna memandang ke arah kereta Volkswagen Polo Halifie yang diparkir di tempat yang sama. Kakinya melangkah ke situ. Sementara menunggu Halifie, dia menyandarkan badannya ke kereta.
Beberapa minit kemudian, Halifie dan Erna sudah pun berada di atas jalan raya, menuju ke McDonald’s . Baru sahaja Erna ingin menyambung perbualan hangat mereka sebentar tadi, telefon bimbit Halifie berdering. Halifie terus menjawab panggilan dari ayahnya.
“Hello ayah,” sapa Halifie ceria.
“Hello Lifie… Lifie kat mana ni?”
“On the way ke McD. Breakfast dengan Erna. Ada apa ayah?”
“Sabtu malam ni, dinner dengan ayah ya. Kat restoran ayah.”
Hanya menggunakan sebelah tangan Halifie membelokkan keretanya ke kiri. Kemudian, matanya mula meliar mencari parking. Telefon bimbit masih dilekapkan ke telinga.
“Sabtu malam? Okey ayah. Ada apa-apa ke? Ayah nak kenalkan Lifie dengan bakal ibu Lifie eh?” usik Halifie bersama senyuman nakal.
Di hujung talian, Encik Iskandar melepaskan tawa. “Pandai betul Lifie meneka ya. Hmm, memang ayah nak kenalkan Lifie dengan jodoh ayah pun. Anak perempuan dia pun ada sekali malam tu. Bolehlah Lifie berkenalan dengan bakal adik tiri. Oh ya, dia pun belajar dekat UiTM Shah Alam.”
“Serius? Hmm, bolehlah Lifie berkenalan dengan dia… Anak dia perempuan kan?” Aura miang Halifie sudah keluar.
Encik Iskandar berdeham. “Ya, dia perempuan tapi ayah tak nak Lifie buat perangai dengan dia. Jangan nak menggatal, okey! Behave sikit depan jodoh ayah nanti.”
Halifie ketawa besar. “Amboi… Yelah ayah. Ayah jangan risau. Lifie akan layan mereka dengan baik. Okeylah ayah, Lifie nak park kereta ni.”
Talian terus dimatikan. Halifie kemudian terus memarkir keretanya di petak parkir yang kosong.
“Ayah you dah jumpa jodoh dia?”
Halifie menarik brek tangan sambil memandang Erna. Senyuman manis tersungging di bibirnya. Kepalanya dianggukkan.
“Wow!! There’s so many story you kena beritahu I. Macam banyak benda I tak tahu. Sampai hati you tak share dengan I pasal jodoh ayah you. Oh my God! Finally jumpa juga ayah you dengan jodoh dia.”
Halifie tertawa. “Okey, okey… I’m sorry… I lupa nak beritahu pasal jodoh ayah I pada you. I pun baru je tahu. Tapi before that, jom makan dulu.”

Sambil menjamu selera, Halifie menceritakan tentang jodoh ayahnya yang bernama Ifa. Dia hanya bercerita apa yang dia tahu sahaja. Erna pula tekun mendengar. Sememangnya, banyak perkara tentang Halifie yang Erna tahu. Ada juga perkara yang Erna tahu tapi tiada siapa tahu termasuk keluarga Halifie sendiri. Mereka memang rapat. Terlalu rapat.
“Hmm… tak sabarnya nak jumpa wanita yang mampu buat ayah you jatuh cinta. Adik you dah tahu pasal hal ni?”
Halifie menggelengkan kepalanya. “Jumaat ni adik I sampai Malaysia. Tapi ayah tak tahu. Mungkin I akan bawa dia sekali Sabtu malam tu. Adik I mesti suka. Kami dah lama menanti saat ini, tahu tak?”
“I know… And I know you dan adik you akan jadi insan yang paling happy masa majlis perkahwinan ayah you kan?”
“Absolutely!!”
“Jangan lupa jemput I, okey?” pesan Erna.
Hidung Erna dicuit Halifie dengan kasar. “Of course sayang. You kawan I yang pertama I jemput.”
Erna melakarkan senyuman. Hashbrownnya yang tinggal separuh digigit dan dikunyah perlahan-lahan. “So, tell me about the cute girl?”
Halifie mencebikkan bibirnya. Badannya disandarkan ke belakang. Tidak jadi dia mahu menguyah Sausage McMuffin miliknya. “You ni… Spoilkan mood I nak makanlah. Baru tadi I happy cerita pasal jodoh ayah I. Suddenly you brought up pasal perempuan sombong tu pulak.”
Erna melepaskan tawa. “You ni… Kenapa over sangat? I sebut pasal perempuan tu terus tak ada mood nak makan? Come on, Lifie. Jangan nak jadi budak-budak. Mengada-ngada betul. Lebih baik you makan burger you… Kalau tak, I yang makan.”
Tangan Halifie terus memegang tangan Erna yang baru sahaja ingin mencuri burgernya. Kemudian, dia cepat-cepat mengunyah burgernya sehingga habis. Gelojoh betul!
“Perempuan sombong tu, nama dia Cartaz dan dia jiran I.”
Hampir tersembur air yang diminum Erna. Respon Erna mengundang tawa Halifie. Padan muka! Nak sangat aku cerita, kutuk Halifie dalam hati.
Erna menepuk-nepuk dadanya. “Jiran you?”
“Yup!”
“Wow, memang ada jodoh. By the way, sedap nama dia. Cartaz. I like!”
Halifie senyum sinis. “Memang kami ada jodoh pun… Jodoh untuk saling membenci. You tahu tak I asyik terserempak dengan dia dekat lif je. Macam tak ada tempat lain. Asal dekat lif je, I jumpa dia. Menyampah betul. Sakit hati I tengok muka dia.”
“Bertemu cintaku di lif Kristal! Wow, not bad. A good title,” komen Erna sambil ketawa.
“Ewww!! Tolonglah… She’s not my taste, okey! You ni macam tak kenal I pulak. Taste I perempuan macam Emma. And let me tell you, Emma tu kawan Cartaz. Kawan Cartaz yang rambut blonde, perempuan yang I main mata masa kat restoran Wong Solo dulu. I told you… she likes me and sekarang ternyata perempuan tu suka I. Tapi sorrylah, I just ada perasaan berkawan je dengan dia bukan bercinta.”
Erna menyelitkan rambutnya ke telinga bersama cebikan dibibir. “Hmm, entah bila you akan jatuh cinta pada perempuan kan? Asyik ada perasaan ingin berkawan je… bila pula nak bercinta?”
Bahu Halifie dijungkitkan dua kali. “I have no answer for that but… yang I tahu buat masa ni, I nak enjoy. Come on la Erna… We’re still young.”
“Suka hati you la, Lifie. Asalkan you bahagia. Hmm, tak sangka perempuan blonde tu skandal baru you… And she is Cartaz’s friend. So, Emma tu suka you eh?”
Halifie mengangguk sambil mengunyah hashbrownnya.
“My advice kan sayang… If you tak ada perasaan cinta pada Emma, better you stay away from her. Dia ada perasaan pada you tapi you tidak… I takut you hanya permainkan perasaan dia. Macamlah I tak tahu how you treat a girl. Cara you layan perempuan macam layan girlfriend padahal you anggap mereka kawan saja.”
“Sedangkan dengan I pun you dah layan macam kekasih you, inikan pulak perempuan lain. Selamatlah I ni dah bertahun-tahun kenal you. Kalau tak, I pun boleh jatuh cinta dengan you disebabkan layanan you pada I selama ni.”
“Erna… You tahu kan… I anggap mereka semua kawan I. I pun selalu cakap dengan mereka yang I nak jadi kawan mereka dan suka berkawan dengan mereka. Itu je. I tak cakap pun I cintakan mereka. Apa salahnya I have fun dengan mereka.”
Erna mengangkat bahu. “I cuma bagi nasihat.”
“Don’t worry sayang. I tak akan permainkan perasaan mereka. Tapi kadang-kadang I memang suka menggatal. I main-main je. Bukan betul-betul pun. Saja nak isi masa lapang.”
Nasihat Erna langsung tidak dipedulikan oleh Halifie. Umpama mencurah air ke daun keladi sahaja. Erna tidak memberi sebarang respon. Air kopi yang sudah suam diteguk.
“Semalam I dinner dengan Emma,” beritahu Halifie ingin bercerita tentang semalam. Sejujurnya ada perkara yang lagi penting ingin dikongsi bersama Erna.
“Then….?”
“I like to hang out with her sebab dia kelakar dan manja. Seronok dibawa berbual. Tapi keseronokkan kami diganggu oleh seseorang.”
Erna mengerutkan dahinya. “Siapa?”
Halifie terdiam seketika. Kopi Arabica disisip perlahan. “Mama I,” ucap Halifie bersama senyuman hambar.
“Mama you buat hal lagi?”
Halifie sekadar mengangguk. Rambut yang menutup sebahagian dahinya dikuak ke belakang.
“Dia buat apa?”
“Hal yang sama.”
Tangan Halifie yang berada di atas meja, disentuh lembut oleh Emma. “Sabarlah, Lifie… Satu hari nanti, pasti mama you akan berubah.”
Halifie ketawa sinis. “I tak rasa dia akan berubah. Perangai dia makin lama makin teruk. I tak tahu macam mana nak control dia lagi. Nasihat I bukannya dia nak dengar.”
Erna mengenggam tangan Halifie, seolah-olah memberi kekuatan. “Beri mama you masa. Who knows one day dia akan berubah. I doakan mama you akan berubah. And you… you kena sabar layan karenah mama you. Jangan sisihkan dia.”
“I won’t Erna. She’s my mom and I love her. Walaupun dia tak pernah ambil tahu pasal I.”
Pipi Halifie dicubit Erna dengan sedikit kuat. “Good boy,” puji Erna.
Halifie menepis tangan Erna yang mencubit pipinya. “Sakitlah!!”
Erna hanya ketawa mendengar rungutan Halifie.

Petang itu, Cartaz Amani singgah ke kafe kegemarannya yang terletak tidak jauh dari rumahnya sebaik sahaja kelasnya tamat. Gadis itu hanya bersendirian, tiada Farah atau Emma menemaninya. Cartaz Amani tidak kisah pun. Lagipun dia tahu Farah dan Emma ada kelas sehingga jam enam.
Cartaz Amani menyedut minuman yang dipesannya, Mint Cholocate Chip Shakes. Matanya dipejamkan, menikmati kesedapan minuman tersebut. Argh, sudah lama dia tidak merasai minuman sesedap ini yang hanya didapati di Green Mint Café.
Kafe ini mula dibuka setahun yang lalu. Kebanyakan hidangan yang disediakan oleh kafe ini berasaskan pudina. Dari minuman, kek, aiskrim, cupcakes… semuanya ada. Dan semuanya sedap! Mampu memikat selera Cartaz Amani.
Bukan senang nak cari makanan dan minuman yang berasaskan pudina. Jika ada pun, kadang-kadang rasanya tidak sedap, tidak dapat memikat selera Cartaz Amani. Pun begitu, kafe ini ada juga minuman lain disediakan, cuma tidak banyak.
Setelah menikmati Mint Chocolate Chip Shake, Cartaz Amani menyuap pula kek Mint Chocolate Chip ke dalam mulutnya. Dan seperti tadi, dia memejamkan matanya. Buat seketika, Cartaz Amani leka menghabiskan kek yang dipesannya. Perlahan-lahan dia menyuap kek itu ke mulut. Sesekali dia menyedut minumannya.
Setelah menghabiskan kek Mint Chocolate Chip, Cartaz Amani menolak pinggan ke satu sudut. Mejanya dibersihkan ala kadar. Kertas kajang, pencil case, calculator dan beberapa helaian kertas soalan yang sudah dikepil bersama, dikeluarkan dari beg sandangnya yang bewarna merah. Dia memutuskan untuk studi di sini seperti yang selalu dia lakukan jika bosan. Malas pula mahu pulang ke rumah. Bukan ada sesiapa pun di rumah.
Cartaz Amani terus menumpukan perhatian pada buku di hadapannya. Tangannya mula menulis sesuatu. Kini dia leka menyiapkan latihan yang diberikan oleh pensyarah. Sesekali tangannya mencapai gelas minumannya lalu disedut mengunakan straw untuk menghilangkan rasa kering di tekak.
Gadis itu mengetap bibir apabila jawapannya berlainan dengan apa yang telah diberi oleh pensyarahnya. Kepalanya yang mula pening dipicit perlahan-lahan sambil cuba mencari kesilapannya.
Lama kemudian, Cartaz Amani meletakkan semula kertas ke atas meja. Dia mengurut tengkuk. Sewaktu Cartaz Amani ingin menyedut minumannya, baru dia sedar minumannya sudah habis. Lantas, dia terus memesan lagi minuman yang sama.
Mata Cartaz Amani tiba-tiba terpandang seorang lelaki yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kafe itu dan pandangannya terkunci di situ. Begitu juga dengan lelaki itu. Mereka saling berpandangan. Masing-masing terkejut.
Cartaz Amani terpanar. Saat dia memandang lelaki itu, tidak semena-mena dia teringatkan seseorang. Seseorang yang begitu bermakna bagi dirinya. Dan dia kini diserang perasaan rindu.

Blog : Diari Miss Mint
Date and Time21 September 2011, 9.38 pm
Title: Short letter for you, Mr Berry

I met your little brother this evening
In my favourite café
We had some talk
But none of it is about you
Even though I am so eager to ask him
Ask about you, your life… etc
But I am not!
I’m not asking him, not even a single question
I didn’t mention your name, though
I don’t know why I do not have courage to talk about you.

p/s: I miss you Mr Berry. You are the love of my life and I don’t care about the distance. Still waiting for you.

2 comments:

aya said...

wah wah wah best~ xsabar nak tggu next entry~ siapakah jejaka bertuah? hiks...thanx writer for this great story~ keep it up!:D

Zuera said...

Thanks dear. Glad u enjoy reading my piece of work ;)