Monday, December 24, 2012

CSM : Mint 5



Seawal jam tujuh pagi, Cartaz Amani sudah bersiap-siap untuk pergi ke kelas padahal kelasnya bermula 8.30 pagi. Tidurnya tidak lena semalam. Entah macam mana dia boleh bermimpikan jantan miang itu. Merosakkan tidur dia sahaja.
Disebabkan mimpi itu, Cartaz Amani rela bangun awal. Pukul enam pagi dia sudah bangun padahal dia bukannya boleh menunaikan solat. Masih diberi cuti oleh Allah.
Kebiasaannya, kalau Cartaz Amani period, pukul 7.30 pagi baru dia bangun. Itu pun kalau kelasnya mula 8.30. Kalau kelasnya mula 10.30 pagi atau 2 petang, lagi lambatlah dia bangun. Dia akan bangun bila dia terasa nak bangun.
Setelah lengkap berpakaian dan bertudung, Cartaz Amani menuju ke dapur. Masih awal lagi. Ada baiknya jika dia bersarapan dahulu. Tak perlulah dia beli makanan di kafe.
“Awal bangun, Cartaz,” tegur Emma yang baru sahaja keluar dari biliknya. Tubuh Emma hanya ditutup dengan tuala tebal.
“Hmm, tak boleh tidur.”
“Samalah… Aku pun tak boleh tidur. Excited,” ucap Emma sebelum menghilangkan diri ke dalam tandas.
Cartaz Amani hanya menggelengkan kepalanya. Dia tidak tahu kenapa Emma excited tetapi dia yakin ada kena mengena dengan Halifie. Cartaz Amani terus menyediakan sarapan untuk dirinya. Ringkas sahaja sarapannya. Sekadar roti bersama jem strawberry.
Usai bersarapan dan mengemas meja makan, Cartaz Amani menuju ke pintu rumah. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu sewaktu dia sedang memakai kasut.
“And guess what?? Rumah dia sebenarnya…. sebelah rumah kita je.”
Cartaz Amani mengigit bibir. Kepalanya terjenguk-jenguk memandang rumah di sebelah kanannya. Sudah pasti rumah lelaki itu yang di sebelah kanan. Rumah dia yang paling tepi, mana ada rumah lagi di sebelah kiri. Dah kalau Emma kata rumah lelaki itu sebelah rumah mereka, oleh itu, pasti yang sebelah kanan ini.
Fuh, lega. Lelaki itu tidak ada. Deringan lagu Talking to the Moon, nyanyian Bruno Mars membuat Cartaz Amani sedikit terkejut. Buru-buru dia mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di dalam beg.
“Assalamualaikum, ibu.”
“Waalaikumussalam . Cartaz kat mana tu? Kat rumah ke?” soal ibunya.
“Kat luar rumah. On the way nak ke kelas. Kenapa ibu?”
Cartaz Amani mengunci pintu rumahnya. Kemudian dia berdiri menghadap pemandangan dari tingkat tiga belas. Matanya memerhatikan suasana UiTM di waktu pagi. Sengaja dia lepak di situ seketika sambil berbual dengan ibunya. Kalau masuk ke dalam lif, putus pula talian nanti.
“Hujung minggu ni Cartaz ada program dekat U ke?”
Cartaz Amani berfikir seketika. “Tak ada. Kenapa ibu? Ibu nak ajak pergi mana-mana ke? Nak balik kampung ke?”
Terdengar gelakan halus di hujung talian. “Tak adalah… Bukan nak balik kampung. Tapi ibu nak Cartaz balik rumah hujung minggu ni. Ibu ada berita nak sampaikan pada Cartaz. Cartaz balik, ya.”
“Berita apa tu, bu?”
“Adalah… nanti Cartaz balik, baru kita bincang. Ha, lagi satu… Sabtu malam kita dinner sama-sama ya. Dah lama ibu tak makan dengan anak ibu ni.”
“Baiklah ibu. Jumaat petang Cartaz balik ke rumah kalau Cartaz tak ada hal. Kalau tak, Sabtu petang baru Cartaz balik.”
“Call ibu dulu kalau nak balik. Okeylah Cartaz. Ibu letak dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam .”
Cartaz Amani terus memusingkan badannya, ingin menuju ke lif. Hampir gugur jantungnya apabila ternampak Halifie yang baru keluar dari rumah. Lelaki itu sedang memandangnya bersama kening yang sengaja dijungkitkan. Senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu.
“Morning, jiran,” sapa Halifie bersahaja.
Sungguh, Halifie tidak sangka dia berjiran dengan perempuan sombong itu. Terkejut juga dia apabila Emma kata mereka berjiran. Kecilnya dunia.  Dan mindanya terus merancang untuk menyakiti hati gadis itu apabila mereka bertemu.
Cartaz Amani membuang pandang. Tanpa menghiraukan Halifie, dia menuju ke arah pintu kecemasan. Dia lebih rela turun dengan tangga walaupun kini dia berada di tingkat 13 daripada turun dengan lif bersama lelaki itu. Lagipun, masih awal lagi untuk dia pergi ke kelas. Baru 7.40 pagi. Awallah tu.
“Eh, kenapa guna tangga pulak? Lif kan ada?”
Tidak lama kemudian, Cartaz Amani terdengar lelaki itu tergelak. Pasti Halifie sedang mengtertawakannya. Malas Cartaz Amani mahu melayan. Dia terus menuruni anak tangga perlahan-lahan. Baguslah, pagi-pagi dah bersenam. Bersenam kerana terpaksa. Kalau Halifie tiada tadi, pasti dia akan menggunakan lif.

Tawa sepasang uda dan dara memenuhi Restoran Windmill yang terletak di Plaza Shah Alam. Mereka leka dengan dunia sendiri. Sedari tadi mereka berbual sambil menjamu selera. Pelbagai topik diutarakan. Si dara tampak begitu gembira. Senyuman meniti dibibir tanpa henti. Sesekali diselangi dengan tawa yang sopan.
“Awak budak engine (engineering)? Awak ambil course apa?” soal Emma ingin tahu.
“Electrical engineering.”
“Oh… Hmm, awak duduk seorang je dalam rumah tu?” tanya Emma sambil bermain dengan straw minumannya. Manja sungguh tingkah lakunya tika itu.
Halifie mengangguk. “Yup! Saya lagi suka tinggal seorang diri. Lagipun, kadang-kadang family saya datang dan duduk di situ untuk beberapa hari.”
“Untunglah anak orang kaya. Saya ni menumpang je di rumah Farah.”
Halifie mengerutkan dahinya. “Menumpang? Bukan menyewa ke?”
Emma tersenyum sambil menguak rambutnya ke belakang. “Tak lah… Saya tak menyewa tapi menumpang. Itu rumah Farah. Dia tak nak kami bayar sewa. Saya dan Cartaz hanya bayar bil elektrik, air dan internet saje.”
“Oh…. Speaking of Cartaz, dia tu memang macam tu ke?”
Emma mengecilkan matanya. “Macam tu? Maksud awak?”
Bahu Halifie ternaik sedikit. Bibirnya terjuih. “You know… sombong, tak ada budi bahasa… Dia memang macam tu ke?”
Emma menelan air liur. Wajahnya berubah sedikit. Tidak suka apabila Halifie dengan selamba mengutuk kawannya. Pun begitu, dia cuba memaniskan wajahnya di hadapan lelaki impiannya itu.
“Cartaz bukan macam tu. Awak tak kenal dia sebab tu awak cakap macam tu.  Mungkin awak kena kenal dia dulu, baru awak tahu sikap dia yang sebenarnya,” jawab Emma dengan nada perlahan namun terselit ketegasan.
Kata-kata Emma membuatkan Halifie mencebikkan dirinya. “Malaslah saya nak berkenalan dengan dia… buang masa je. Bagi saya, dia memang perempuan sombong, angkuh dan tak ada adab.”
Emma menampar tangan Halifie yang berada di atas meja. “Hey, tak baik tahu awak judge seseorang tanpa mengenali orang itu. You can not simply judge a person that you don’t know. You have no rights.”
“Whatever!! Okeylah, saya malas nak cakap pasal dia. Spoilkan mood malam ni je.”
“Awak yang mulakan dulu. Okeylah… kita tak payah cakap pasal Cartaz. Muka awak pun dah masam. Peliklah awak dengan Cartaz ni. Dua-dua saling membenci.”
Halifie tergelak. “Mungkin kami memang ditakdirkan untuk saling membenci. Dan takdir saya dengan awak adalah saling menyukai. Betul tak?” soal Halifie sambil mengeyitkan matanya.
Emma melepaskan gelak manja. Kata-kata Halifie mencuit hatinya. Halifie turut tergelak sama.
“Awak nak tahu satu fakta tak?” soal Halifie sambil merenung wajah Emma.
Emma sekadar mengangguk. Lidahnya kelu tatkala pandangan mata Halifie menusuk jiwanya.
“Awak cantik sangat! You’re so gorgeous and hot!” puji Halifie bersama senyuman di bibir. Senyuman ikhlas.
Emma menundukkan wajahnya. Tidak berani memandang Halifie. Dadanya berdebar-debar sewaktu lelaki itu memujinya.  
“Saya serius. Tak tipu. Saya bukan nak ambil hati awak but I’m telling you the fact. Orang yang cantik macam awak ni tak kan tak ada boyfriend?”
Emma berdeham. “Thanks for your compliment. I don’t have boyfriend and I also telling you the fact.”
“Baguslah. Kalau tak mesti boyfriend awak akan serang saya. Sebab….” Sengaja Halifie meleretkan kata-katanya. Ingin mengundang tanda tanya dalam diri Emma.
Dahi Emma berkerut sedikit. “Sebab apa??”
“Sebab saya suka berkawan dengan awak dan saya nak ajak awak keluar lagi lain kali.”
Sekali lagi, Emma tergelak. Ada-ada sahaja Halifie. Dalam hati, Emma menjerit suka kerana selepas ini, akan ada lagi temu janjinya bersama Halifie.
“Boleh kita keluar lagi lepas ni, Emma?”
“Sure… Anytime!”
“I’ll let you know when I’m free.”
Telefon bimbit Halifie yang berdering mengalihkan fokus Halifie. Dia mencapai Blackberry miliknya yang terletak di atas meja. Wajahnya terus berubah apabila melihat nama pemanggil.
“Hello,” sapa Halifie lemah setelah menjawab panggilan.
“Okey, okey… Lagi setengah jam, I sampai. I dekat Shah Alam ni. You jaga dia elok-elok,” pesan Halifie.
Halifie menghembuskan nafas sedikit kuat setelah mematikan talian. Riak wajahnya tampak kosong. Hilang segala kecerian. Dia memandang Emma dengan pandangan yang lemah.
“I got something to do. Jom… Saya hantar awak balik.”
Emma mengangguk setuju. Terbit rasa ingin tahu dalam diri Emma. Siapa yang menelefon Halifie? Kenapa wajah Halifie berubah? Siapa yang Halifie suruh jaga elok-elok? Pelbagai persoalan bermain di minda namun Emma tidak berani menyoal. Pasti ia sesuatu yang peribadi dan bagi Emma dia tiada hak untuk menyoal. Mereka baru sahaja kenal.
Justeru, suasana sepi menemani mereka sepanjang perjalanan menghantar Emma pulang ke Kondominium Kristal. Emma memandang ke luar tingkap dan fikirannya terbang entah ke mana. Halifie pula fokus pada pemanduannya.
Namun, dia masih memikirkan seseorang. Seseorang yang selalu mengecewakan dirinya. Dan sejujurnya, dia sedang bersedih kini.
“Thanks for the dinner, Lifie,” ucap Emma lembut dan mesra sebelum menutup pintu kereta. Badannya dibongkokkan sedikit.
Halifie hanya mampu tersenyum hambar. Sebaik sahaja Emma menutup pintu, dia memecut pergi.

“Assalamualaikum.”
Cartaz Amani memberi salam sedikit kuat dengan nada girang sebaik sahaja membuka pintu rumahnya.
“Aik, sunyinya rumah… Mana Emma dengan Farah?” soal Cartaz Amani pada dirinya sendiri.
Pintu rumah ditutup dan dikunci sebelum dia melangkah menuju ke bilik Emma. Kosong! Emma tiada di bilik. Dia melangkah pula menuju ke bilik Farah. Senyuman nipis terukir di bibirnya apabila melihat Farah yang sedang mengulangkaji pelajaran di meja studi.
“Aku dah balik!” beritahu Cartaz Amani sambil menghempaskan punggungnya pada tilam empuk Farah.
Farah memusingkan badannya, menghadap Cartaz Amani yang sudah berbaring di atas katilnya.
“How’s the party? Happy semacam je kau…”
Cartaz Amani tergelak. Dengan selamba dia mengambil teddy bear Farah yang besar lalu memeluknya. “Mestilah… dah lama tak gather dengan classmates. Best sangat birthday party Lela tadi. Surprise kami menjadi. Serius Lela tak dapat agak kami nak buat party untuk dia. Memang brilliant lah idea si Izzi. Izzi yang rancang semua ni. Lela terharu sampai keluar air mata dia. Dia dahlah susah nak nangis.”
“Kau orang celebrate kat mana?”
“Kat taman tasik berhampiran dengan rumah sewa Hafiz. Hafiz yang set up tempat. Cantik wei si Hafiz hias dengan bunga segar. Siap dengan lilin. Memang romantik gila. Kan aku pernah cakap si Hafiz tu suka Lela kan? Tahu tak tadi si Hafiz dengan sikap gentlemen dia, lamar Lela jadi girlfriend dia.”
“Oh my…. Sweet sangat! Untung betul Lela dapat lelaki macam si Hafiz tu. Party malam ni, almost 70% idea si Hafiz. 25% lagi idea Izzi dan aku dengan classmates yang lain hanya menyumbang 5%.” Cartaz Amani tergelak di hujung bicaranya.
“Then, Lela dengan Hafiz dah couple ke?”
Cartaz Amani menjungkitkan keningnya sambil tersenyum nakal. “Kau rasa?”
“Mestilah dah…”
Cartaz Amani tergelak nakal. “Sudah tahu lagi mahu tanya… apalah…”
Farah hanya mencebikkan bibirnya. Rambutnya yang sedikit kusut, dibetulkan.
“Eh, Emma pergi mana?” tanya Cartaz Amani yang sedang mengubah posisi, dari berbaring ke duduk.
Dengan langkah yang malas, Farah mendekati Cartaz Amani, kemudian duduk di hadapan Cartaz Amani. Punggungnya dilabuhkan ke atas tilam. Sempat juga dia merampas teddy bear miliknya dari pelukan Cartaz Amani.
“Emma keluar dengan Lifie.”
Terbeliak biji mata Cartaz Amani. “Dia keluar dengan Lifie?? Lifie as in our neighbor?”
Farah menganggukkan kepalanya. “Lifie mana lagi…”
“Dia dah gila ke apa?”
“Biarlah dia… Dia dah jumpa lelaki yang dia impikan, yang seiras dengan Blue Lan. Dari dulu dia cakap, kalau dia jumpa lelaki yang seiras dengan Blue Lan, dia akan pastikan lelaki itu jadi milik dia.”
“Aku ingat dia main-main je masa tu. Yelah, manalah aku tahu lelaki melayu yang seiras dengan Blue Lan tu wujud. Tapi kan… takkanlah si Emma tu nekad nak kan si Lifie tu?”
Farah tergelak kecil, kelakar melihat reaksi Cartaz Amani. “Dia dah nekad! Aku yakin lepas ni si Emma tu akan selalu bercerita pasal si Lifie. So, Cartaz… Kau terpaksa terima hakikat dan mendengar. Jangan nak lari macam semalam sampai hempas-hempas pintu.”
Bibir Cartaz Amani dicebikkan. “Perasan pun… Ingat tak perasan! Asyik sangat bercerita pasal jantan miang tu. Menyampah aku. Hisy… Aku bukannya apa Farah. Aku kurang berkenanlah dengan perangai mamat tu.”
“Aku yakin dia tu playboy. Dia tu jantan miang tau. Masa kita makan kat Wong Solo, dia boleh pula main mata dengan Emma padahal girlfriend dia depan mata. Ha, satu lagi… Lifie tu dah ada girlfriendlah… Takkan si Emma tu betul-betul nak jadi perampas.”
“Betullah… takkan dia main-main pulak. Masa dia cakap yang dia akan pastikan lelaki itu jadi milik dia walaupun lelaki tu dah ada girlfriend ataupun tunang, muka dia serius sungguh.”
Farah melepaskan keluhan. “Tapi… aku pun macam kurang berkenan dengan si Lifie ni. Yelah, senang-senang je dia ajak Emma keluar padahal dia orang baru keluar. Memang ada gaya playboy. Aku takut si Emma tu frust je.”
“I’m home!!”
Cartaz Amani memandang ke arah pintu rumah sementelah pintu bilik Farah terbuka luas. Dia tersenyum segaris. “Hmm, panjang umur minah tu. Dah balik pun!”
“Aku bet dia mesti cerita pasal dinner dia dengan Lifie,” bisik Farah ke telinga Cartaz Amani.
“Kau orang buat apa kat sini? Yang kau bertudung lagi ni kenapa Cartaz?”
Cartaz Amani memandang Emma yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik Farah. Emma terus menghempaskan punggungnya di tilam Farah, menyelit di sebelah Farah.
“Aku baru baliklah.”
Emma menguak rambutnya ke belakang. Kemudian dia memandang Cartaz Amani dan Farah bersama senyuman lebar. Kemudian dia menekup wajahnya. “Aku rasa aku dah jatuh cinta.”
“Hmm, tak payah nak rasa-rasa lagi. Dari mimik muka kau ni, confirm kau dah jatuh cinta pada si Lifie tu. In fact, from the first time kau nampak dia, kau dah jatuh cinta kan?” perli Farah.
Emma tersengih-sengih.
“Kau ni cepat sangat jatuh cinta. Kau belum kenal lagi si Lifie tu,” komen Cartaz Amani.
Emma duduk bersila sambil memeluk tubuhnya. Matanya difokuskan pada Cartaz Amani. “Wahai kawan baikku, Cartaz Amani… Kau pernah dengar tak cinta pandang pertama? Untuk jatuh cinta pada seseorang, ia tidak perlu diukur dengan masa atau tempoh perkenalan. Cinta boleh hadir dalam sesaat, seminit, sejam, sehari, sebulan, setahun mahupun bertahun-tahun.  Sekarang ni, hati aku dah tergerak untuk mencintai dia. Faham?”
Cartaz Amani senyum mengejek. “Whatever… Orang dah angau memang macam ni.”
“Memang aku dah angau pun,” balas Emma bersahaja. “Wei, dia pakai Volkswagen Polo….!!”
“So what?” tanya Cartaz Amani dengan nada malas.
Emma menjuihkan bibirnya. “Kau tak fahamlah Cartaz… Aku rasa dia anak orang kaya lah. Pakai kereta Volkswagen. Dia duduk rumah tu seorang diri. Dari pakaian dan perfume dia aku tahu… semuanya branded. Dia tu memang perfectlah. Pakej yang lengkap. Handsome, baik, funny… Kaya pulak tu. Oh Farah, tolonglah kawan kau ni… Aku memang dah jatuh cinta dengan dia.”
Farah menampar bahu Emma. “Overlah kau ni.”
Emma melepaskan tawa. “Tapi kan….”
Tiba-tiba Emma bercakap dengan nada serius. Cartaz Amani memandang Emma yang seolah-olah sedang berfikir sesuatu, menanti bait seterusnya dari Emma.
“Tapi kan… aku rasa… even aku cakap dia perfect, ada something yang susah diungkapkan pasal dia. Tadi kan, masa kami sedang berbual-bual after makan, dia dapat panggilan dari seseorang. And after bercakap dengan orang tu, dia terus berubah. Wajah dia lain sangat. Macam orang tengah sedih. Kadang-kadang aku tengok dia macam marah. Entahlah. Aku tak berani pula nak tanya dia.”
“Mungkin dia ada masalah peribadi. Semua orang ada masalah.”

No comments: