Saturday, December 22, 2012

CSM : Mint 4


Cartaz Amani tergesa-gesa menyarung kasut Converse berwarna kelabunya. Hari ini dia hanya berseluar jeans dan memakai t-shirt ke kelas. Tidak sempat mahu menggosok baju kurung disebabkan kecuaian dirinya yang terlewat bangun.
Kelasnya bermula pukul 8.30 pagi dan sekarang jam sudah menunjukkan 8.35 pagi. Gelabah Cartaz Amani dibuatnya. Sudahlah pagi ini kelas Madam Asmah yang terkenal dengan sikap garangnya. Habislah dia hari ini. Madam Asmah pantang jika pelajarnya datang lewat. Dalam hati, Cartaz Amani berdoa supaya Madam Asmah juga lewat tiba ke kelas.
Malam tadi, Cartaz Amani, Farah dan Emma pulang lewat ke rumah. Pukul 1 pagi baru mereka sampai. Emma lah gatal sangat ajak tengok wayang malam tadi sewaktu mereka bersiar-siar di Mid Valley Megamall.
Enjoy sakan Cartaz Amani dan kawan-kawannya semalam, menghabiskan cuti hujung minggu. Akibatnya, pagi ini Cartaz Amani lambat bangun. Mujur saja dia uzur. Kalau tak, terlepas Subuhlah jawabnya. Farah dan Emma pula tiada kelas pagi hari ini. Tinggallah Cartaz Amani tergesa-gesa bersiap pagi itu.
Setelah mengunci pintu rumah, Cartaz Amani berlari anak menuju ke lif. Belum sempat dia menekan punat turun, ada satu tangan sasa menekannnya terlebih dahulu. Spontan, Cartaz Amani memandang pemilik tangan sasa itu dan mata mereka bersabung.
Cartaz Amani terkedu. Terus perasaan meluat dan benci menguasai dirinya. Dia mendengus kasar sambil memandang ke arah kiri. Malas mahu melihat lelaki itu. Argh, kenapa dia bertemu semula dengan lelaki biadap itu?
Pintu lif terbuka, namun Cartaz Amani masih tegak berdiri. Tiada niat untuk melangkah masuk ke dalam lif. Tidak mahu berdua dengan lelaki biadap itu.
“Tak nak masuk ke? Atau awak sanggup lewat ke kelas? Tadi macam tergesa-gesa.” Lelaki itu bersuara dengan nada yang cukup sinis.
Cartaz Amani menjeling jam dipergelangan tangan. 8.40 pagi. Wajah garang Madam Asmah terbayang di minda secara tiba-tiba. Cartaz Amani terpaksa membuat pilihan, sama ada ingin dimarahi Madam Asmah atau masuk ke dalam lif bersama lelaki biadap itu.
“Okey, kalau awak tak nak…. Bye!” kata lelaki itu sambil melepaskan tangan yang menekan punat buka pada lif.
“Eh, kejap!!” jerit Cartaz Amani sambil berlari ke dalam lif.
Lelaki itu tersengih memandang Cartaz Amani. Sengihannya begitu sinis membuatkan hati Cartaz Amani bertambah jengkel. “Tak sangka jumpa awak lagi kat sini, sombong!”
Cartaz Amani pura-pura tidak dengar. Matanya memandang ke atas. Malas ingin melayan lelaki itu. Pagi ini dia tiada mood untuk bertengkar.
“Hmm, nampaknya gadis sombong sudah bisu. Bagusnya. Aman dunia,” provok lelaki itu, sengaja ingin mengundang marah Cartaz Amani.
Cartaz Amani memandang ke arah angka yang sedari tadi bertukar-tukar. Dia kini berada di aras dua. “Maaf ya, saya tak bisu. Tapi saya tak ada masa nak layan lelaki biadap dan miang macam awak.”
Ting!! Pintu lif terbuka.
“Assalamualaikum.”
Sebaik sahaja mengucapkan salam, Cartaz Amani terus keluar menuju ke arah motornya. Lelaki biadap tadi masih lagi di dalam lif dan wajahnya jelas menunjukkan dia tidak berpuas hati dengan Cartaz Amani. Pasti sahaja kata-kata Cartaz Amani sebentar tadi telah membuat lelaki itu sakit hati. Padan muka!


Bahu Halifie ditepuk lembut oleh Erna sebaik sahaja gadis itu melabuhkan punggungnya di sebelah Halifie. Halifie buat tidak endah sahaja dengan kehadiran Erna. Matanya memandang depan, jasadnya di sebelah Erna, namun fikirannya terbang melayang teringatkan peristiwa pagi tadi.
Entah mengapa, dia berasa benci dan menyampah. Benci dan menyampah dengan sikap gadis itu yang sombong, angkuh, belagak dan yang sama waktu dengannya. Aneh! Dia jarang bersikap begini terhadap seorang hawa tetapi dengan gadis itu, mudah sahaja dia rasa benci walaupun baru tiga kali mereka bertemu.
“Bro… Kenapa bad mood je ni?” tanya Erna sambil memandang ke kiri. Wajah Halifie menjadi tatapan matanya.
“Takkan gaduh dengan skandal-skandal you kut?” usik Erna apabila Halifie hanya membisu.
Halifie menyebak rambutnya. Sebuah keluhan kasar dilepaskan. “Bukanlah…”
“Oh… lupa pulak. Ni mesti pasal mama you kan? You akan moody macam ni sebab mama you je. So, kali ni apa mama you dah buat?”
Halifie memandang Erna di sisinya. Wajahnya jelas kelihatan bengang. “Bukan pasal mama I la Erna.” Halifie bangkit dari duduknya. Dia berdiri dan memandang ke arah Erna. “Ini sebab perempuan sombong yang tak ada adab tu. I tak tahulah apa masalah dia dengan I tapi… dia suka je sakitkan hati I. Perempuan gila!!”
Erna mengetap bibir. Matanya terkebil-kebil. Tidak menyangka respon sebegitu daripada Halifie. Wow, Halifie sudah melepaskan geram padanya. Tetapi Erna tak faham. Perempuan? Perempuan mana? Perempuan mana yang mampu buat Halifie bengang macam ni?
Setahu Erna, Halifie tidak pernah ada masalah dengan perempuan. Digilai perempuan adalah. Belum pernah lagi dia dengar Halifie bergaduh dengan perempuan. Musykil betul!
“Cop cop… Perempuan mana ni?” tanya Erna sambil mengawang-awangkan tangannya ke udara.
Halifie duduk semula di sebelah Erna. Mungkin sudah surut sedikit amarahnya. “You ingat tak perempuan yang I peluk masa kat Wong Solo dulu?”
Erna terdiam sebentar. Fikirannya ligat berfikir. Ibu jarinya terus dipetik apabila dia sudah mengenalpasti perempuan yang dimaksudkan oleh Halifie. “Perempuan comel tu kan?”
“Comel apanya… Buruk je I tengok!”
Erna tergelak kecil. Amboi, menyampah betul Halifie dengan perempuan tu. Rambutnya yang berjuntaian disebak ke belakang. Kini, dia menumpukan perhatiannya pada Halifie. “Cuba you cerita kat I apa yang dia dah buat kat you?”
 Dengan penuh emosi, Halifie menceritakan dua peristiwa yang berlaku antara dia dan si gadis sombong. Erna mendengar cerita Halifie dan kadang-kadang tersungging senyuman nipis di bibirnya. Walaupun nada suara Halifie mengambarkan lelaki itu sedang geram, namun bagi Erna, cerita Halifie agak kelakar.
“You jumpa dia dekat lif tadi? Masa you nak turun?”
Halifie sekadar mengangguk.
“Maknanya dia duduk dekat Kristal juga… Wow, satu kebetulan!”
“Kebetulan yang menyakitkan hati. I harap sangat I tak akan jumpa dia lagi. Spoilkan mood I je,” luah Halifie, nadanya mula kendur.
Erna merapatkan tubuhnya ke tubuh Halifie lalu membisikkan sesuatu. “What if you jumpa dia lagi?” soal Erna nakal bersama kening yang ternaik.
Halifie terdiam seketika. Beberapa saat kemudian, dia tersenyum sinis.  
“Whoa… Scary betul! You ni pendendam juga kan? Sudahlah Lifie… As your good friend, I suggest you lupakan jelah apa yang dia dah buat. Tak payah nak berdendam. Daripada you moody macam ni, lebih baik you pergi dating dengan mana-mana perempuan yang you nak. Lega sikit hati I bila tengok you happy.”
Halifie menarik rambut Erna yang dilepas bebas. “You perli I eh? Suruh I pergi dating konon padahal kejap lagi kita ada kelas. Hmm, apa kata I dating dengan…” Halifie menjeling Erna dengan gaya menggoda. “I dating dengan you je… Jom teman I minum kat kafe.”
Belum sempat Erna setuju, Halifie sudah bangkit dan menarik tangan Erna supaya mengikutinya. Erna hanya mampu melepaskan tawa melayan karenah kawan baiknya.



Dengan langkah yang malas, Halifie menapak keluar dari kereta. Letih! Itu yang dia rasa saat ini. Kelasnya pada pukul 2.10 petang tadi batal. Oleh itu, Erna mengajaknya untuk bermain boling. Zainal dan Syahir turut ikut serta.
Kalau Syahir dah join game tadi, memang tak cukup tiga game lah jawabnya. Syahir tu memang gemar bermain boling. Sampai sepuluh game dia main tadi. Tak larat Halifie nak ikut rentak si Syahir tu. Dia main mana yang mampu je.
Saat Syahir dan Zainal sedang bermain game yang kelapan, Halifie dan Erna sudah tarik diri. Malas mahu melihat Syahir dan Zainal bermain, Erna memaksa Halifie untuk menemaninya membeli-belah. Hmm, dah kalau ikut perempuan shopping, memang berjamlah jawabnya. Menyesal pulak Halifie mengikut Erna. Akibatnya jam sebegini baru dia pulang ke rumah.
“Blue Lan!!”
Jeritan seseorang membuatkan Halifie sedikit terkejut. Matanya terus terpandang seorang gadis yang sedang berdiri tegak di hadapannya. Berkerut dahi Halifie apabila gadis itu memandangnya dengan mata yang terbeliak.
“Hello… Miss?” Halifie memulakan bicara sambil mengawang-awangkan tangannya di hadapan gadis itu yang tampak terkejut, seolah-olah baru nampak hantu.
Gadis di hadapannya tersentak. Pipi gadis itu sudah merah akibat malu. Rambutnya yang panjang diselitkan ke tepi telinga. “Sorry! I thought I saw someone that I know,” jawab gadis itu malu-malu.
“Owh… Muka saya ni macam muka kawan awak ke?”
Kawan? Blue Lan tu kawan aku ke? Argh, lantaklah… dia bukan tahu pun. Gasaklah, detik hati gadis itu. Senyuman malu-malu kucing terukir di bibir gadis itu. “Ha… muka awak macam muka kawan saya.”
“Apa nama dia? Macam pelik je saya dengar awak panggil tadi.”
“Hah?? Err… nama dia.. nama dia Blue Lan. My Chinese friend.”
Halifie melepaskan tawa. Hilang terus rasa letih apabila bertemu seorang gadis cantik di hadapannya. “Muka saya ni macam orang Cina ke?” soal Halifie bersahaja.
Sengaja dia mahu panjangkan topik perbualan. Sebetulnya, dia ingin berkenalan dengan gadis cantik persis bidadari yang sedang berdiri di hadapannya. Opps, terlebih pula persepsi Halifie terhadap gadis itu. Cantik persis bidadari! Halifie, Halifie… Hiperbola betul!
Gadis itu tersengih. “Taklah… Muka awak muka orang melayu tapi kawan cina saya tu… muka dia tak macam cina sangat. Muka macam orang melayu sikit.”
“Owh… Then, muka saya ni tak nampak macam orang Cina eh? How sad! My mom is Chinese actually.”
“Emma!!” Jerit satu suara dengan nada mesra.
Gadis itu menoleh ke sisi. Halifie turut memandang ke arah yang sama. Tatkala matanya memandang ke arah seraut wajah, mukanya terus berubah. Hilang kecerian di wajahnya.
Farah dan Cartaz Amani yang baru pulang dari makan malam diluar ternampak Emma sedang berbual dengan seseorang. Dari gaya pemakaian Emma, mereka yakin Emma mahu keluar. Emma lapar ke? Tadi tak nak ikut makan. Bila tanya nak pesan makanan tak, dia jawab tak nak. Kononnya tak lapar.
“Kau nak pergi mana ni Emma? Dah pukul 10 malam?” tegur Farah yang sudah mendekati Emma.
Cartaz Amani berdiri sedikit jauh dari kedudukan Emma, Farah dan Halifie. Kehadiran Halifie membuatkan Cartaz Amani malas mahu mendekati Emma.
“Nak keluar kejap. Ada hal.”
Deheman Halifie membuatkan Farah dan Emma memandang ke arah Halifie. “Opps, sorry… Kawan-kawan awak ke, Emma? I guess your name Emma, am I right?”
Emma tersenyum manis. Oh Tuhan, gembiranya hati dia hari kerana dapat berbual dengan lelaki impiannya, lelaki seiras Blue Lan. “Yup, I’m Emma… dan ni kawan-kawan saya. Farah… dan yang diri kat situ, Cartaz. By the way, siapa nama awak?”
“Halifie… Awak boleh panggil saya Lifie,” jawab Halifie sambil membalas senyuman manis Emma.
“Farah, jomlah naik,” panggil Cartaz Amani tanpa memandang wajah lelaki yang dibencinya.
Farah memalingkan wajahnya, memandang Cartaz Amani. Dia pasti Cartaz Amani tidak selesa berada di situ. “Okeylah… Emma, Lifie… Naik dulu. Nice to meet you, Lifie.”
“Nice to meet you too, Farah… Oh ya, kirim salam pada kawan awak yang berlagak dan sombong tu. Dan kalau boleh, ajar dia sikit untuk berbudi bahasa. Macam awak dan Emma ni.”
Sempat pula Halifie mengenakan gadis sombong yang telah menyakitkan hatinya. Kini, dia sudah tahu nama gadis sombong itu. Cartaz. Itu sahaja yang dia tahu.
Farah terkedu mendengar kata-kata Halifie. Dia hanya mampu tersengih. Walaupun kata-kata itu ditujukan buat Cartaz Amani, dia tetap tersentap. Cepat-cepat dia mendapatkan Cartaz Amani. Waktu itu wajah Cartaz Amani sudah pun tegang. Pasti sahaja kawan baiknya sakit hati mendengar kata-kata Halifie.
Untuk mengelakkan perkara buruk berlaku, Farah terus memeluk lengan Cartaz Amani dan mengosok-gosok lengan kawannya. Sambil itu, dia memaksa Cartaz Amani meninggalkan kawasan itu. Mereka sama-sama menuju ke rumah.
“Sorry Emma… Saya tak bermaksud nak kurang ajar dengan kawan awak tu… tapi dia dah berkurang ajar dengan saya,” ucap Halifie meminta pengertian. Dia tidak mahu dipandang buruk oleh Emma.
“Tak apa, saya faham. Pasal kejadian dekat Restoran Wong Solo kan?”
Halifie mengangguk. “Hah… Betul, betul!! Macam mana awak tahu? Dia cerita kat awak ke?”
“I was there. Farah pun sama. Kami sama-sama makan kat sana. Saya, Cartaz dan Farah.”
Halifie mengigit bibir bawah. Emma ada di sana? Dengan Emma? Kata-kata Emma membuatkan Halifie mengerah otaknya supaya berfikir.
“Mungkin awak dah lupa…,” ucap Emma sedikit kecewa.
“Hah!! Saya dah ingat! Awak perempuan berambut perang yang duduk semeja dengan Cartaz kan?”
Rasa kecewa yang singgah dalam diri Emma terus hilang. Dia kembali tersenyum. “Ya… Sayalah tu. By the way, sorry pasal kawan saya tu.”
“Tak perlulah awak nak minta maaf pasal kawan awak tu. Saya yang patut minta maaf kat awak sebab tak cam awak. Maaflah… Hari tu rambut awak perang. Sekarang dah hitam.”
“Saya warnakan hitam semula. Saja je…”
Deringan lagu dari telefon bimbit Emma membantutkan hasrat Halifie dari meneruskan perbualan. Emma buru-buru mengambil telefon bimbitnya dari beg tote.
“Ha… Ya, ya… Aku dah ada kat bawah ni. Give me five minutes.”
Halifie mengukirkan senyuman nipis apabila Emma memandangnya. “Okeylah… I guess you should go. Kawan awak dah tunggu tu. Saya pun nak balik dulu. Jumpa lagi, pretty!”
Emma tersipu malu apabila Halifie menggelarnya pretty.
Halifie yang sudah melangkah beberapa tapak ke hadapan, berhenti secara tiba-tiba. Dia mendekati Emma semula yang masih berdiri di tempat tadi. Senyuman kecil meniti di bibirnya apabila melihat reaksi Emma yang jelas sedang gembira. Halifie yakin gadis itu sukakan dirinya.
“Emma…”
Emma terkejut apabila Halifie tiba-tiba berdiri di hadapannya semula.
“Pinjam handphone awak kejap.”
Oleh kerana rasa terkejut, Emma terus menghulurkan telefon bimbit Blackberrynya yang pada waktu itu berada di genggamannya. Halifie terus menekan papan kekunci. Beberapa minit kemudian, dia menyerahkan semula telefon bimbit kepada Emma.
“Saya dah save nombor handphone saya. Call me anytime.” Senyuman menggoda menghiasi bibir Halifie.
Terkejut Emma dengan perbuatan Halifie yang bersahaja. Pun begitu, hatinya berasa riang kerana dia ada nombor telefon lelaki impiannya. Ya Allah, indahnya hari ini.
“Lifie…,” panggil Emma sambil memalingkan wajahnya, memandang Halifie yang sedang melangkah menuju ke lif.
Langkah Halifie terhenti. Dia memusingkan badannya ke belakang.
“Rumah awak tingkat berapa?”
“13.”
“Sama level dengan saya. Rumah awak nombor berapa?”


“Farah!! Cartaz!!”
Tersentak Farah dan Cartaz Amani tatkala mendengar jeritan yang agak kuat dari arah muka pintu. Masing-masing memandang ke arah yang sama, memandang ke arah Emma yang baru sahaja pulang.
“Woi mak cik!! Kau tahu tak dah pukul 12.30 pagi. Yang kau pergi menjerit tu kenapa?” marah Cartaz Amani yang geram dengan Emma kerana Emma sedang menganggu konsentrasinya menonton movie. Sudahlah babak sedih. Baru dia mahu emosi dan menangis, diganggu pula dengan jeritan Emma.
Emma tersengih-sengih. Riak bersalah langsung tidak ada pada wajahnya. Yang ada cuma kegembiraan. Emma mengatur langkah mendekati Farah dan Cartaz Amani yang sedang duduk di sofa, lalu terus melabuhkan punggungnya di sebelah Cartaz Amani.
“Tak payahlah kau orang nak touching touching, sedih sedih tengok cerita ni. Lebih baik kau dengar cerita aku yang sweet ni.”
Cartaz Amani terus mencebikkan bibirnya. Wajah Emma langsung tidak dipandang. Tumpuannya hanya pada kaca televisyen. “Ni mesti pasal jantan miang tu kan?”
Lengan Cartaz Amani dicubit oleh Emma. Spontan, Cartaz Amani mengaduh kesakitan. Sakit tahu bila dicubit dengan Emma.
“Rasakan! Sesedap mulut kau je cop dia jantan miang.”
“Betul apa… Dia memang miang pun. Menyampah aku tengok. Biadap pulak tu,” kutuk Cartaz Amani.
“Wei Cartaz… Dah dah la tu… Over pula kau kutuk dia. Apa salah dia dekat kau pun aku tak tahu sampai kau benci dia macam ni sekali,” tegur Farah.
Teguran Farah membuatkan bola mata Cartaz Amani membesar. Kepalanya terus dipaling ke sebelah kiri, memandang wajah Farah yang bersahaja. “Farah!! Asal pulak kau sebelahkan dia?”
“Hisy… Janganlah nak bergaduh pulak pasal Blue Lan aku. Dengarlah cerita aku dulu. Apalah kau orang ni. Kalau nak gaduh, gaduh lepas ni,” kata Emma separuh marah.
“Yelah, yelah… Cerita cepat pasal dia. Macam mana kau boleh terserempak dengan dia. Terkejut aku bila tengok kau berbual dengan dia tadi,” ucap Farah, menghiraukan Cartaz Amani yang sedang bermasam muka.
Emma tersenyum lebar. Dia terus menceritakan detik pertemuan dia dengan Halifie sebentar tadi. Matanya bercahaya apabila bercerita dan bibirnya tidak putus-putus mengukirkan senyuman. Farah turut tersenyum dan sesekali tergelak mendengar cerita Emma. Cartaz Amani pula hanya mempamerkan riak beku. Tiada perasaan.
“And guess what?? Rumah dia sebenarnya…. sebelah rumah kita je,” beritahu Emma.
“What?? Seriously??” jerit Farah tidak percaya.
Jeritan Farah akibat terkejut dari kata-kata Emma membuatkan Cartaz Amani menutup telingannya. Bingit! Dia terus bangkit dari duduknya. Terseksa apabila diapit oleh Emma dan Farah yang sedang asyik bercerita tentang lelaki yang dibencinya.
“Aku masuk bilik dulu. Nak tidur,” kata Cartaz Amani.
“Aku seriuslah. Kau ingat aku main-main. Terkejut aku bila tahu dia duduk sebelah kita je. Nampaknya, aku ada jodoh dengan Blue Lan aku.”
Farah tergelak mendengar kata-kata Emma. Gelakan Farah membuatkan Cartaz Amani yang masih berdiri sedikit bengang. Amboi, bila cerita pasal lelaki itu, terus kawan-kawannya tak nampak dia. Macam dia halimunan sahaja.
Cartaz Amani mendengus kasar. Dia terus melangkah menuju ke bilik. Pintu bilik sengaja dihempas sedikit kuat. Di luar, Emma dan Farah masih galak bercerita tentang Halifie merangkap Blue Lan Emma. Perbuatan Cartaz Amani sebentar tadi langsung tidak dihiraukan oleh mereka berdua.
“Farah…can you believe it??Aku dah jumpa Blue Lan aku!! Oh my God!! Aku sendiri macam tak percaya. Dan satu lagi aku nak beritahu kau, esok aku ada date dengan dia. Dia ajak aku keluar esok. Err, maksud aku malam ni. Pukul 8.30 malam.” Emma membetulkan kata-katanya apabila sekarang jam sudah menunjukkan satu pagi.
“Hah?? Macam mana dia boleh ajak kau keluar?” tanya Farah pelik.
“He gave me his number and I texted him masa keluar dengan Julia dan Hannah tadi. Just to let he knows my number tapi kami terus berbalas mesej. Dan bila dah mesej-mesej tu…. tiba-tiba dia ajak aku keluar.”
“Dan kau setuju?”
Emma mengangguk. “Of course!! Takkanlah aku nak tolak pelawaan Blue Lan aku.”
Farah mengetap bibir. Dia mula berasa musykil. “Kejap… Dia baru jumpa kau beberapa minit, baru bermain mesej… dia dah ajak kau keluar? Okey, ini aku tak boleh terima. Kau ni Emma… senang-senang je terima pelawaan dia.”
“Alah, relaxlah… Bukannya dia ajak aku pergi disko… Dia ajak aku pergi makan je. Lagipun rumah dia sebelah kita. Kalau dia buat apa-apa kat aku, kau orang serang jelah dia. But no worries… dia baik.”
“Mana kau tahu dia baik?”
Emma tersenyum. “Dari mesej-mesej kami!”
Farah hanya mampu menggelengkan kepalanya.
“Relaxlah… Kau ni… Tapi kan, aku terfikir… jangan-jangan dia pun ada hati dengan aku,” luah Emma.
“Kau jangan menaruh harapan sangat Emma. Dari cara dia, aku rasa dia dah biasa ajak perempuan keluar. Mungkin betul apa yang Cartaz cakap… dia tu jantan miang. Entah-entah dia tu playboy. Hati-hati Emma. Aku tak nak kau merana je nanti.”
“Baiklah Farah! Kau pun dah jadi macam Cartaz…. Prejudis pada dia,” komen Emma.
Farah menarik nafas dalam. “Aku bukannya apa… Tapi, kalau dia baik, dia tak akan ajak kau keluar… Kau orang baru je kenal. Entahlah… aku tak boleh terima cara dia.”
“Apa-apa jelah… Yang penting, aku ada date dengan dia malam ni! Bye! Aku nak tidur dulu. Nak mimpi indah.”


**
 Hope you guys terhibur membaca Bab 4 Cinta Sedingin Mint ;)
Novel ini akan berada di pasaran pada Januari 2013.



No comments: