Monday, December 17, 2012

CSM : Mint 2



Erna berhenti menyuap makanannya ke mulut apabila perasan Halifie sedang mengenyitkan matanya pada seseorang. Sebuah senyuman nakal terukir di bibir lelaki itu. Lantas, Erna berpaling ke belakang.
Matanya kini fokus pada sebuah meja yang diduduki oleh tiga orang gadis. Dan seorang gadis berambut panjang bewarna perang telah menarik perhatiannya. Dia kemudian tersenyum nakal dan memandang hadapan semula. Erna berdeham dengan niat ingin menarik perhatian Halifie yang sedang leka memandang meja yang dipandang tadi.
“So, dia mangsa you yang seterusnya?” soal Erna dengan nada menyindir.
Halifie sedikit tersentak. Dia memandang Erna, terpinga-pinga. “Hah??”
“I guess dia mangsa you yang seterusnya.” Erna memberi ayat penyata dengan nada yang datar.
Dahi Halifie sedikit berkerut, tidak faham! Tetapi untuk sesaat cuma. Dia mula tergelak setelah memahami kata-kata Erna. “Kejamnya ayat you…,” komen Halifie bersama sengihan.
“Betullah apa yang I kata… You ingat I tak perasan yang dari tadi you asyik pandang dia? Sempat pula kenyit mata.”
“Dia yang pandang I dulu. I layan jelah. Lagipun, dia hot okey!”
“The blonde girl, isn’t it?” teka Erna yang sudah masak dengan perangai Halifie.
Halifie mengangguk. “You’re totally right.”
“Bagus betul mata you ni kan… Cepat je nampak perempuan hot…”
“Biasalah… Dapat I cuci mata. Bosan pulak setiap hari makan tengok muka you.”
Erna mencebik. Dia tidak berkecil hati pun. Dia tahu lelaki di hadapannya hanya bergurau. “Bukan you ke yang ajak I teman you makan tadi? Kononnya tak nak makan seorang diri…”
“Eh, ada ke I cakap macam tu… You silap dengar kut. I cakap… I kesiankan you. Ada boyfriend tapi boyfriend dekat Sabah… Tu yang I temankan you dinner malam ni.”
“Sudahlah Lifie oi… Tak payah nak tegakkan benang yang basah. We both know the fact.”
Halifie melepaskan tawa. “Yelah, Erna… I memang ada you je. You yang selalu teman I makan, teman I pergi mana-mana…”
“Tapi bila you tak ada teman je… Bila dah dapat hot girl, terus you lupa I,” rajuk Erna dengan nada dibuat-buat. Dia tidak serius pun. Sengaja ingin mengusik Halifie.
“Eh, mana ada… I tak pernah lupakan you, okey! Hmm, sebenarnyakan Erna, I rasa I patut rakam reaksi that blonde girl tu bila nampak I. Obvious sangat dia dah fall in love dengan I. This is first time I jumpa perempuan macam tu. Comelnya!”
“Comel? Apa lagi… Just drop your phone number to her. Mesti dia suka kan... Tapi, Halifie sayang… boleh tak you stop kejap flirt dengan budak perempuan tu dan makan?”
“Menyindir nampak? Yelah Erna sayang…”
Bibir Halifie terukir senyum. Kemudian, dia kembali menyuapkan nasi bersama ayam bakar ke dalam mulut. Matanya memandang semula ke arah perempuan berambut perang sambil mengunyah makanan di dalam mulut. Dia suka melihat gelagat gadis itu.
Sikap gadis itu yang kelihatan kebudak-budakkan mencuit hatinya. Dan dia seperti ingin berkenalan dengan gadis itu, ingin dibuat kawan. Kawan sahaja okey! Itulah dia Halifie… semua perempuan dianggap kawan walaupun hubungan mereka macam pasangan kekasih.
Suapan Halifie terhenti apabila seorang gadis bertudung merah gelap yang melalui mejanya menghadiahkan sebuah jelingan buatnya. Halifie tergelak sinis. Sungguh, dia tidak tahu apa masalah perempuan itu, perempuan yang duduk semeja dengan gadis berambut perang a.k.a gadis yang telah mencuit hatinya.
Mungkin perempuan itu ada masalah mental. Bukan Halifie tidak sedar, sewaktu dia asyik bermain mata dengan gadis berambut perang di meja itu, dia perasan wajah kurang senang gadis yang menjelingnya tadi.
Dengan hati yang sedikit bengang, Halifie menyuap semula nasi ke mulutnya. Baru beberapa suapan, Halifie berhenti semula. Seleranya mati. Entah! Dia tidak tahu kenapa. Mungkin sebab gadis tadi.
Argh, kusut! Moodnya berubah 360 darjah hanya disebabkan jelingan gadis tadi. Dia tidak pernah simpan perasaan benci buat seorang yang bergelar hawa. Namun, apa sudah jadi kini? Kenapa dia benci perempuan tu?
“Erna… kalau tak cukup, makanlah nasi I ni,” ucap Halifie sebelum berdiri.
Erna sedikit tersentak. Dia memandang Halifie yang sudah menuju ke singki untuk membasuh tangan. Pelik!! Tak pernah-pernah dia tak habis makan… Ayam Bakar ni kan favourite dia, komen Erna dalam hati.
Halifie menutup pili air setelah membasuh tangannya. Tangannya yang basah dilap dengan tisu yang diambil dari meja berdekatan. Sewaktu dia ingin kembali semula ke tempatnya, dia terpandangkan perempuan bertudung merah gelap yang menjelingnya sebentar tadi baru sahaja keluar dari tandas. Halifie buat tidak tahu saja akan kehadiran gadis itu.
Dengan selamba dia berjalan di belakang gadis itu. Oppss… Jangan salah faham. Bukannya dia mahu mengekori gadis itu tetapi untuk ke mejanya, dia harus melalui jalan yang sama. Tiba-tiba, gadis di hadapannya seolah-olah hilang imbangan apabila dilanggar seorang budak yang sedang main kejar-kejar di situ. Dan dalam masa sesaat, kepala gadis itu tersandar di bahunya.
Sememangnya jarak dia dengan gadis tadi tidaklah sejauh mana. Gerakan spotan Halifie, membuatkan tangan kirinya memeluk pinggang gadis itu. Tangan kanannya pula memegang bahu gadis itu.
‘Amboi, lama pula dia sandar kat badan aku… Tadi sikit punya jeling. Hmm, siap tutup mata bagai… Nak romantik-romantik pula kat sini,’ rungut Halifie di dalam hati.
“Hai… Kena peluk pun pengsan ke?” soal Halifie lebih kepada menyindir.
Saat mata gadis itu terbuka, Halifie terus menjungkitkan kedua-dua belah keningnya. Dan bibir Halifie terus tersenyum mengejek apabila melihat kekalutan gadis tersebut. Kekalutan gadis itu membuatkan Halifie beranggapan gadis itu tidak sedar dirinya dipeluk olehnya. Tangan Halifie di pinggang gadis itu ditepis kasar.
“Jantan miang!!” ucap gadis itu sebelum berlalu meninggalkannya.
Halifie mengetap bibir, geram! Tak guna punya perempuan!! Dia panggil aku miang… Hey, aku dah tolong kau dah bagus, tahu!! Patutnya aku biar kau jatuh terlentang kat lantai… masa tu, aku gelakkan kau habis-habisan. Ingat aku nak sangat peluk kau ke… Dari aku peluk kau, baik aku peluk kawan kau yang comel tu! Marah Halifie dalam hati.
“I saw it,” kata Erna sebaik sahaja Halifie mencecahkan punggungnya ke kerusi.
“Semua orang nampak, okey!” balas Halifie masih lagi dengan nada bengang.
Erna senyum nakal. “Pelik!! You peluk seorang perempuan yang comel dan bagi I lebih comel dari perempuan yang you main mata tadi… tapi muka you macam ayam berak kapur. What’s up?”
“Comel?! Mata you dah buta ke apa!!” Dengan kasar, Halifie mengambil gelas minumannya. Nescafe Ais disedut rakus. “You ingat I nak sangat ke peluk dia… Please lah!! That girl so rude. Damn rude! Totally rude!!”
Halifie memandang Erna dengan wajah yang tegang. “I selamatkan dia tadi tapi dia boleh cakap I miang… Dia ingat I nak ambil kesempatan ke? Dah lah tak cakap terima kasih… Apa jenis perempuan la…,” sambung Halifie melepaskan kegeramannya.
“Perempuan tu… duduk semeja dengan perempuan rambut perang tu kan?”
Halifie hanya mengangguk.
“Relax lah… Takkan sebab tu you tension kut? Dia terkejut la tu.”
Halifie tidak menjawab. Dia masih bengang dengan gadis tadi. Harap muka sahaja cantik tapi perangai teruk!

Kereta Suzuki Swift milik Farah meluncur perlahan di atas jalan raya. Lazimnya, jalan sesak pada waktu sebegini. Keadaan di dalam kereta sunyi sepi. Radio pun tidak dipasang. Farah mengurut tengkuknya sewaktu di lampu isyarat. Dia dapat rasakan aura hitam di sebelah kirinya. Air liur ditelan. Dari ekor matanya, dia memandang Cartaz Amani.
Waktu itu, Cartaz Amani sedang memandang ke luar tingkap. Gadis itu memeluk tubuh. Wajah Cartaz Amani masih lagi tegang seperti tadi. Melihat keadaan Cartaz Amani yang sebegitu membuatkan Farah tidak senang duduk. Matanya mengerling ke arah Emma yang duduk di belakang.
Emma turut membalas pandangan Farah bersama jungkitan di kening kanannya. Walaupun tiada bicara yang terlafaz, mereka tahu apa yang bermain di minda masing-masing melalui bahasa tubuh.
“Kau ni dah kenapa Cartaz? Kau malu sebab kejadian tadi atau kau marah Blue Lan aku?”
Akhirnya, Emma mula mengajukan soalan yang sudah lama bermain di mindanya sedari tadi. Kalau nak tunggu Farah yang tanya, memang sampai bila-bila dia tak tahu.
Lampu isyarat bertukar hijau. Farah mula memandu keretanya semula menuju ke suatu tempat. Tempat yang dapat hilangkan aura hitam Cartaz Amani. Malam ini sepatutnya mereka bergembira, meraikan hari pertama tinggal di rumah baru tetapi kejadian di Restoran Wong Solo telah mencacatkan program mereka.
“Mula-mula, aku ingat kau malu sebab muka kau merah tadi… tapi sekarang ni, aku dapat rasakan kau marah Blue Lan aku. Tapi kenapa?” tanya Emma lagi, tidak berpuas hati apabila soalannya dibiarkan sepi.
Cartaz Amani membuka matanya yang terpejam. “Aku tak malu tapi aku marah!”
Respon dingin Cartaz Amani membuatkan Emma menggerakkan badannya ke hadapan, mencelah di tengah-tengah, antara Cartaz Amani dan Farah. Pandangannya ditumpukan pada Cartaz Amani yang masih memandang luar. 
Farah pula hanya membiarkan sesi soal jawab ini pada Emma. Tugasnya sekarang memandu kereta ke destinasi yang sepatutnya.
“Lah… Kenapa pula? Apa salah Blue Lan aku?” soal Emma dengan nada yang mendatar.
Cartaz Amani menoleh ke arah Emma bersama pandangan aku-tak-puas-hati-dengan-kau. “Boleh tak kau stop panggil jantan miang tu Blue Lan kau? Geli tekak aku dengar tau.” Nada Cartaz Amani ternaik sedikit.
“Jantan miang?? Asal pulak kau panggil dia jantan miang? Apa yang dia dah buat dekat kau?”
Suasana di dalam kereta semakin tegang dengan perbualan antara Emma dan Cartaz Amani.
“Dia ambil kesempatan peluk aku.”
“Bila masa? Time kau nak jatuh sebab kena langgar dengan budak tu? Hello kawan… Itu bukan ambil kesempatan. Itu kemalangan. Okey? Kau ingat dia sengaja ke nak peluk kau? Kebetulan dia jalan belakang kau lah… Kalau dia tak ada tadi, dah lama kau jatuh dekat lantai tau. Lagi malu!”
Cartaz Amani mendengus kasar. “Aku lebih rela jatuh terlentang kat lantai daripada jatuh kat dia!”
Emma menggelengkan kepalanya. “Eh kau ni… Kalau boleh, aku yang nak kena peluk dengan dia. Dah lah handsome… muka seiras Blue Lan pula. Kau ni kira beruntung kena peluk dengan dia tau.”
Cartaz Amani tidak membalas kata-kata Emma. Dia kembali diam. Dan keadaan di dalam kereta kembali sepi sehingga kereta yang dipandu Farah berhenti. Farah menarik brek tangan setelah memarkirkan keretanya di petak parkir.
“Okey, jom turun!!” ajak Farah dengan nada ceria, sengaja dia ingin menukar mood yang pada saat itu sedikit dingin.
“Pergi mana pula ni?” tanya Cartaz Amani sambil matanya merenung luar. “Kau nak buat apa kat Plaza Shah Alam ni?”
Farah tersenyum. “Hari ni kan kita dah janji nak celebrate sempena impian kita yang dah tercapai… iaitu duduk di rumah bersama-sama. Sepatutnya hari ni kita develop and strengthen  our friendships… Tapi sebab mamat tadi, rosak pula plan kita. Takkanlah kita nak balik rumah dengan mood yang macam ni. Tak syoklah. So, jom… Aku belanja kek Baskin Robbins. Untuk Cartaz Amani yang sedang monyok ni, aku belikan kau aiskrim Mint Chocolate Chip sekali. Dah jom turun!”
Cartaz Amani menelan air liur sewaktu terdengar aiskrim perisa kegemarannya. Dia tak salah dengar kan? Farah nak belanja dia kek Baskin Robbin dan aiskrim perisa kegemarannya. Hilang terus rasa sakit hatinya pada lelaki di Restoran Wong Solo. Wajahnya yang masam bertukar ceria. Matanya bersinar-sinar.
“Betul ni kau nak belanja?” tanya Cartaz Amani sedikit teruja.
“Betullah. Takkan nak tipu pula. Ada yang kau merajuk pula nanti.”
Cartaz Amani tersengih. “Okey, jom!!”
Emma menggelengkan kepalanya. Si Cartaz ni, kalau bagi dia apa-apa yang berkaitan dengan mint, terus berubah mood dia. Tengok sahaja macam waktu sekarang. Beberapa minit yang lalu, muka Cartaz Amani masam mencuka… tapi bila dengar aiskrim Mint Chocolate Chip je, muka dia terus jadi manis macam gula.
Hai, Cartaz… Cartaz… nasib baiklah kau bestfriend aku. Kalau tak, dah lama aku maki hamun kau sebab hancurkan impian aku untuk berkenalan dengan Blue Lan aku, keluh Emma dalam hati sewaktu dia ingin melangkah keluar dari kereta.
Cartaz Amani tersenyum lebar sambil memandang Emma dan Farah yang berjalan di belakangnya. “Emma, Farah… Cepatlah sikit… Aku tak sabar dah ni!!” gesa Cartaz Amani bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir.
“Tak boleh nak sabar pulak budak ni… Untung si Farah nak belanja tau,” komen Emma.
Cartaz Amani hanya tergelak. Kemudian, mereka sama-sama menuju ke kafe Baskin Robbins yang terletak di dalam bangunan Plaza Shah Alam. Dan malam itu mereka telah mencipta satu lagi memori indah yang akan dikenang suatu masa nanti.
Sesungguhnya, mereka telah berkawan sejak di matrikulasi lagi. Persahabatan mereka kekal sehingga kini. Nasib mereka baik kerana mereka mendapat tawaran dari universiti yang sama walaupun dalam bidang yang berlainan. Itulah yang dinamakan jodoh!


1 comment:

Seneorita Baharin said...

best cite neh..xsabar nk bc next cerita dia.. :)