Sunday, April 22, 2012

Official Sinopsis Musuhku Suamiku


 MUSUHKU SUAMIKU

Penulis: Zuera Rasiddin

Terbitan: Fajar Pakeer.

ISBN 978-967-365-115-3

RM19/RM22

 

 

 

Tanpa rela dan terpaksa, Lysa Lafisya terpaksa menerima hakikat yang musuhnya, Rafeeqi, sudah bergelar suami kepadanya. Mahu atau tidak, dia terpaksa akur dengan kehendak takdir walaupun dia pasti dan yakin ada dalang di sebalik apa yang menimpanya.

 

“Hei, perempuan! Apa yang kau letak dalam minuman aku? Macam mana aku boleh ada dalam bilik kau? Kau memang nak perangkap aku, kan? Apa motif kau, hah? Kau nak harta aku? Huh, dasar anak yatim piatu. Lesbian pulak tu!”

 

Itu tuduhan Rafeeqi terhadap Lysa Lafisya. Pedih memang pedih. Tapi, siapa dia mahu menegak benang yang basah? Beribu kali dia cuba menyakinkan Rafeeqi sekalipun, pasti lelaki itu tidak mempercayainya. Sungguh, itu fitnah! Tapi, dia hilang punca untuk membuktikan.

 

“Hisy, tengok ni apa kau dah buat? Habis tercabut selendang aku. Baju aku pun dah basah.”

 

Saban hari duduk bersama, perang tetap perang, namun sudah ada selingan tawa dan bicara lembut. Hubungan yang dulunya dingin, perlahan-lahan bertukar mesra. Ikatan persahabatan diikat. Namun, sampai bila? Dalam diam, hati sudah ada benih cinta.

 

Selama mana hubungan persahabatan itu akan dikekalkan? Apakah perhubunagn itu akan bertukar? Hati siapa yang bakal ada benih cinta? Berantakan atau bahagia hubungan yang diikat? Adakah musuh akan kekal jadi musuh? Atau, musuh akan bertukar menjadi suami yang benar-benar suami?


Pesan novel ini secara online di http://fajarpakeer.blogspot.com/2012/04/musuhku-suamiku.html

Novel ini akan mula berada di pasaran pada Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC (27 apr - 6 mei). Booth FP di Dewan Tun Razak.

Saya akan berada di sana pada 28 apr n 1 mei. Special gift will be given to lucky one. Mai ramai2 serbu PBAKL.

Love u all~~~





4 comments:

AtinVanila said...

gud luck zuera ;)

purpleskull said...

bru je dpt teman serumah...
dh kuar yg bru plak..
dh la ssah nk dpat..

Anonymous said...

Hi...cerita cik penulis semuanya best2...takde cerita baru ker ...bila nak postkan new entri?

Zuera said...

Terima kasih semua >.<
buat masa ni blog sedikit sepi... Hujung tahun baru meriah, mungkin ;)