Thursday, August 18, 2011

Teman Serumah 9



Suasana kelas menjadi riuh sewaktu Mr. Farid melangkah keluar. Class rep (class representative) kami, Muiz melangkah ke depan. Pasti ada pengumuman ni. Aku memandang Muiz.

“Woi, diam sekejap. Aku nak cakap ni,” arah Muiz agak tegas.

Kelas menjadi sunyi serta merta. Semua hormat pada Muiz. Eka menjongetkan keningnya padaku. Aku tahu maksudnya. ‘Class batal’. Itulah yang Eka nak cakap. Aku tersengih sumbing.

“Petang ni kelas Miss Laily batal.”

Kelas menjadi riuh semula. Aku dan Eka dah tergelak. Kami memang suka kelas batal.

“Nak lepak mana?” soal Eka.

Aku memegang dagu. Berfikir sejenak. “Kau rasa?”

“Jusco!”

“Baru atau lama?”

Eka dah tersenyum. “Barulah. Jom! Lunch kat sana.”

Aku mengangguk. Lama dah tak keluar jalan-jalan dengan Eka.

Setelah makan di Burger Kings, aku dan Eka mula mencuci mata. Muka aku ni nak membeli-belah, jangan haraplah. Cuci mata bolehlah. Aku ni jarang sedikit membeli-belah. Melainkan aku dah berkenan dengan sesuatu, dan harganya pula berpatutan, aku akan beli. Aku mana ada duit nak shopping sakan. Dahlah hidup macam sebatang kara. Nak kata tak ada keluarga, ada. Cuma keluarga aku memang tak hiraukan aku. Kalau mak tiri aku tu tak ambil tahu pasal aku, aku tak kisah. Tapi, papa?

Papa tak pernah ambil tahu pasal aku. Sejak aku kahwin, lagilah papa abaikan aku. Kalau dulu, ada juga duit dia masukkan walaupun tak banyak mana. Sekarang, langsung tak ada. Aku hanya bergantung pada Izzat. Malunya aku! Nasib baik aku ada Izzat. Dapatlah aku rasakan diriku masih ada keluarga. Dulu, aku menganggap nenek Izzat, iaitu nenek Rogayah seperti keluargaku. Nenek Rogayah baik sangat. Dia membuatkan aku gembira.

“Fir, jom masuk Popular jap,” ajak Eka sambil menarik tanganku.

Aku mengikuti langkahnya. “Nak beli novel?” tekaku.

Eka mengangguk. Eka ni memang kaki novel. Setiap kali keluar, dia akan beli novel. Aku ni pula malas sikit nak baca novel. Bila aku bosan baru aku baca. Dulu, waktu alam persekolahan, rajin juga aku baca. Tapi sekarang, susahlah nak jumpa novel yang boleh buat aku menangis.

“Hah! Ada pun,” ucap Eka separuh menjerit.

“Apa dia?” soalku pelik.

Eka tersenyum sambil menunjukkan sebuah novel buatku. Kulitnya bewarna hijau putih. Aku membaca tajuk novel itu. ‘Andai Itu Takdirnya.’

“Novel ni. Novel yang aku cakap kau kena baca. Aku dah baca dah. Best gila. Menangis teresak-esak tau. Sure meleleh air mata kau baca novel ni,” jelas Eka penuh semangat.

Aku mengambil novel di tangan Eka. Penulis novel itu Siti Rosmizah. “Cerita baru ke?”

Eka menggeleng. “Dah lama. Tapi tak rugi kalau kau beli. Percayalah cakap aku.”

Aku membaca sinopsis cerita ini. Kemudian aku memandang Eka. Eka mengangkat-angkat keningnya.

“Apa kata aku belikan untuk kau,” cadang Eka.

“Hey, tak payahlah. Aku beli. Pakai duit aku.” Nadaku tegas.

Eka mengoyang-goyangkan tangannya. “No, no… Let me treat you this time, okay!”

Aku memandang Eka tidak puas hati.

“Fir, aku nak belikan novel ni supaya kau akan ingat kat aku ni bila kau baca nanti. Cerita ni sangat best. So aku nak sangat belikan novel yang aku yakin kau akan kata ‘Bestnya Eka cerita ini’. Okay?”

Aku tergelak mendengar kata-kata Eka. Ada-ada jelah dia ni. “Okaylah… Kau nak beli novel apa pulak?”

Eka tersenyum sambil menunjukkan aku sebuah novel. ‘Baju Pengantin Mak Andam’. Aku hanya mengangguk. Kemudian, Eka membuat pembayaran. Sementara menunggu Eka membuat pembayaran, bahuku dicuit. Aku berpaling ke belakang.

Fizwan! Aku tersenyum.

“Hey, you buat apa kat sini?” soalku ceria. Tak sangka terjumpa Fizwan di sini.

Fizwan tersenyum lebar. “Lepak dengan member. You ada kelas kan petang ni?”

“Batal.”

Fizwan mengangguk. “Keluar dengan Eka?” soalnya sewaktu Eka menghampiri kami

Aku mengangguk lagi.

“Hai, Eka. Lama tak jumpa,” tegur Fizwan.

“Hai…” balas Eka biasa.

Fizwan memandangku. “So, you all nak pergi mana lepas ni?”

Aku memandang Eka. Aku ikut je ke mana Eka pergi. Eka hanya tersengih.

“Entah. Window shopping,” balas Eka.

“I nak ke MiTC. Nak main bowling kat sana dengan member. Nak ikut?” ajak Fizwan.

Eka memandangku. “Aku tak kisah. Kau nak main bowling ke?” soal Eka padaku.

Dah lama tak main bowling. Bestnya. Pantas aku mengangguk. “You belanja kan?” soalku pada Fizwan.

Fizwan tergelak kecil. “Yelah, I belanja both of you. Tapi pakai kad pelajar eh. Murah sikit. Ada tak?”

Kami berdua mengangguk serentak.


Aku pulang tepat jam 6 petang. Waktu itu, Izzat sudah pun berada di rumah. Dia sedang tidur di sofa. Macam penat je. Tak nak kacaulah. Aku terus masuk ke bilik. Ingin mandi. Solat Asar pun belum.

Seronok betul main bowling tadi. Bestnya dapat kalahkan Eka hari ini. Selalunya kalau main bowling, Eka je yang menang. Dia memang terror main bowling. Tapi nasib menyebelahiku hari ini.

Setelah mandi dan menunaikan kewajipan ku, aku melangkah keluar. Izzat masih lagi tidur. Aku biarkan saja dia. Aku menuju ke dapur. Nak basahkan tekak yang dahaga ni. Air di dalam peti ais ku ambil. Kemudian, aku tuang ke dalam gelas dan meletakkan semula air ke dalam peti ais. Air di dalam gelas ku teguk. Fuh! Leganya.

“Fir, buatkan aku Hot Chocolate.”

Berderau jantungku. Aku pantas berpusing ke belakang. Izzat sudah berada di dapur. Ya Allah! Terperanjat aku! Bila masa mamat ni bangun? Tadi elok je tidur.

“Fir…,” panggil Izzat bila aku kaku sahaja.

Aku tersedar. “Oh.. Ah, jap. Kau duduklah kat depan. Kejap lagi aku bawa air kau ke depan.”

Izzat melangkah pergi. Aku pula masak air. Sementara menunggu air masak, aku menuju ke depan.

“Mana air aku?” soal Izzat sewaktu dia nampak aku.

“Kejaplah. Aku baru masak air,” rungutku.

Aku duduk di sebelah Izzat. Izzat memejam matanya rapat. Nampak macam penat sangat.

“Penat ke?” soalku sengaja ingin berbual. Janggal pula bila sunyi saje.

Izzat mengangguk. “Peninglah,” adu Izzat lemah.

“Nak aku picitkan kepala tak?” Kesian pula si Izzat ni. Lemah je.

Izzat mengangguk lagi. Tiba-tiba dia letakkan kepalanya di atas pehaku. Dari duduk, sekarang posisinya berbaring. Aku menelan air liur. Terperanjat dengan tindakan drastiknya.

“Aku pening ni Fir. Picitkanlah.”

Macam budak kecik! Aku mula memicit kepalanya. Perlahan-lahan. Aku bukannya pandai picit orang. Kira halal jelah. Aku pakai picit je. Tiba-tiba aku dapat dengar dengkuran halus dari Izzat. Hmm, dah tidur mamat ni.

Aduh, sakitnya kaki aku. Beratlah kepala mamat ni. Nak alihkan tak sampai hati. Terjaga pula si Izzat nanti. Oleh itu, aku hanya membiarkan saja. Tanganku masih lagi memicit kepalanya.

Mataku merenung wajah Izzat. Baru kini aku terasa ingin meneliti wajahnya. Aku tak nafikan wajah Izzat tampan. Malah lebih handsome dari Fizwan. Bibir Izzat merah tanda tidak merokok walaupun taklah semerah mana. Fizwan merokok. Sejak sekolah lagi. Dah puas aku nasihat, tapi dia buat tak dengar je. Hidung Izzat cantik. Wajah dia bersih. Tangan yang memicit, mula mengusap rambut Izzat. Entah mengapa aku senang berbuat demikian.

“Dah jatuh cinta dengan aku ke?”

Soalan Izzat membuat aku tersentak. Dadaku berdebar. Jantungku berdegup laju. Tanganku berhenti mengusap Izzat. Menggeletar tanganku.

Izzat membuka matanya. Mulutnya mengukirkan senyuman. Kemudian dia mengeyitkan matanya padaku. Perbuatannya membuatkan aku sesak nafas.

“Love me already?” usik Izzat lagi.

Pantas aku menolak kepala Izzat. Menyuruhnya bangun. Muka aku dah merah ni. Malunya. Izzat sudah ketawa sambil membetulkan duduknya.

“Fir… kau blushing,” tegur Izzat.

Aku memegang pipi. Malunya! Kejamlah Izzat ni. Tadi kata pening kepala. Ada hati nak kenakan orang. Aku terus bangun. Menuju ke bilik. Makin kuat gelak Izzat. Hisy, geramnya. Mana aku nak letak muka ni.

Di dalam bilik, aku memegang dadaku yang berdegup kencang. Ya Allah, tenangkanlah hatiku saat ini! Apa yang aku buat tadi tu? Ya Allah!

‘Dah jatuh cinta dengan aku ke?’

Kata-kata Izzat terngiang-ngiang di telingaku. Aku pantas menggeleng laju. Ah, tak mungkinlah. Pandai-pandai aje Izzat ni. Takkanlah. Mana mungkin aku jatuh cinta pada Izzat tu. Dah lama aku kenal dia. Aku kenal dia lebih lama dari aku kenal Fizwan. Sejak arwah mama masih hidup pun aku dah kenal Izzat. Cuma kami tidak berapa rapat. Kami menjadi rapat sejak aku selalu berjumpa nenek Rogayah sejak kematian arwah mama. Arwah nenek Rogayahlah yang memujukku sewaktu aku bersedih dengan kehilangan mama. Sejak itu, arwah nenek Rogayah menyayangiku seperti cucunya. Dan aku mula rapat dengan Izzat.

Aku mengetuk kepalaku. Apalah! Takkan aku jatuh cinta pada dia. Dia macam abang aku je. Entah apa-apa je. Ni semua sebab Izzatlah. Suka sangat menyakat aku. Tak usik aku, tak sah. Izzat, Izzat….

Malam itu, aku hanya duduk dalam bilik. Tidak mahu keluar. Sebab? Bukan pasal Izzatlah. Tanganku dah melekat dengan novel yang dicadangkan Eka petang tadi. Andai Itu Takdirnya. Dah tak boleh lepas. Aku hanya berhenti bila ingin menunaikan solat. Memang benar kata Eka, cerita ni best sangat. Aku tak boleh berhenti dari membaca. Meleleh air mata aku part Syed Aizril hantuk kepala Aleya pada tiang seri rumah Syed Aizril. Kejam sungguh Syed Aizril. Panas baran!

Pintu bilikku diketuk. Pasti Izzat. Hisy, dia ni kacau jelah. Aku buat tak tahu. Dari tadi dia ketuk. Tengah syok baca ni. Janganlah kacau! Dahlah banyak lagi nak baca. Sekali lagi pintu bilikku diketuk. Aku mendengus.

“Fir…,” panggil Izzat.

Aku buat-buat tak dengar. Aku ni kalau dah dapat novel best macam ni, memang aku tak layan orang sekeliling aku. Aku dah khayal dengan duniaku sendiri. So, jangan kacau aku.

“Fir, keluarlah. Jom makan. Aku dah belikan makanan kau ni,” tutur Izzat lagi.

Sepi. Aku tidak memberi sebarang respon.

“Kau marah aku pasal petang tadi eh?” teka Izzat.

Aku mendengus. Tak boleh tengok orang senanglah. Lantas aku bangun. Novel ku letak atas katil. Pintu ku buka kasar.

“Bisinglah kau ni,” marahku.

Izzat memandangku dengan mata yang membulat. Mulutnya hampir terlopong. Aku memandangnya pelik. Asal pula ni? Pandang aku macam nampak hantu je.

“Asal dengan kau ni?” tanyaku.

Izzat menutup mulutnya yang ternganga sedikit. “Err, Fir… Kau marah ke pasal petang tadi?” soal Izzat perlahan.

Kepalaku geleng laju. “Taklah. Mana ada!”

“Tipu!” sangkal Izzat.

Aku merenungnya tajam. “Betullah.”

“Habis tu kenapa mata kau sembap? Kau menangis eh?”

Alamak! Aku terus pergi ke cermin bilikku. Betullah. Sembap. Adui! Ni semua pasal Syed Aizril yang kejam tu.

“Fir, kau menangis sebab aku ke?” soal Izzat.

Aku berpaling ke belakang. Izzat sudahpun berada dalam bilikku. Aku tersentak. “Asal kau masuk bilik aku ni?” marahku lagi.

“Fir… come on. Takkan pasal tu, kau nangis? Aku gurau je,” ujar Izzat tanpa menghiraukan marahku.

“Apa kau merepek ni? Aku tak nangis sebab kau lah,” tuturku.

Izzat merenungku. “Then?”

“Syed Aizril…”

Dahi Izzat berkerut. “Siapa Syed Aizril?” soalnya pelik.

“Tu…” Aku tunjukkan novel di atas katil. “Watak dalam novel tu.”

Izzat meraup mukanya. “Ya Allah, Fir. Aku ingat pasal apa. Kau nangis sebab baca novel?” tanya Izzat.

Aku mengangguk. “Yelah. Habis tu, sebab kau? Sorrylah. Tak ada kuasa aku nak nangis sebab kau.”

Izzat sudah tergelak. “Hey, sampai hati cakap macam tu. Satu hari nanti, mesti kau nangis sebab aku. Percayalah.”

Aku mencebik. “Tak akan! Dan tak mungkin!” kataku tegas.

Izzat mengeyitkan matanya. “Berlagak. Tunggu jelah. Satu hari nanti kau akan menangis sebab aku dan aku tak ada untuk pujuk kau.”

“Ha Ha Ha!” Aku gelak sinis.

Izzat ingin mencuit hidungku. Pantas saja aku menepisnya. Izzat memang suka cuit hidung aku bila dia geram.

“Dahlah. Aku nak baca novel ni. Janganlah kacau aku.” Aku menolak tubuh Izzat supaya keluar dari bilikku.

“Wei… Jomlah makan. Aku dah belikan tu,” tutur Izzat.

Aku geleng. “Tak nak! Tak lapar!”

“Kenyang sangatlah tu hadap novel,” sindir Izzat.

Dengan selamba, aku mengangguk. Aku terus menutup pintu bilik dan mengunci pintu bilik. Langkah ku atur semula ke katil. Aku menyambung membaca novel.


No comments: