Thursday, August 18, 2011

Teman Serumah 15


Aku menyandarkan badan ke kerusi. Fuh, kenyangnya. Kemudian, aku bangun dan menuju ke sinki untuk membasuh tangan. Eka sudah lama basuh tangan. Dia laju saja bab makan ni. Setelah membasuh tangan, aku kembali semula ke tempat kami. Air kosong di atas meja ku minum. Aku memang suka minum air kosong waktu makan tengahari. Sebab musabab? Nak jimat. Lagipun air gerai ni tak sedap sangat. Lebih baik minum air kosong. Free of charge. Tak payah bayar. Jimat duit.

“So, Eka… Dah bersedia untuk bercerita?”

Eka mencebik. Tiba-tiba telefonku berbunyi. Aku mengambil handphone di dalam bag. Izzat. Aku mula gelabah. Nak jawab ke tak ni. Lama aku biarkan telefon berbunyi. Akhirnya mati sendiri.

“Siapa call? Asal tak nak jawab?” soal Eka pelik.

Aku diam. Sekali lagi telefonku berbunyi. Adui! Dia nak apa ekh? Kacau betullah. Tiba-tiba telefon di tangan dirampas Eka. Aku memandang Eka tajam. Terperanjat dengan aksi spontan dia. Eka buat muka selamba.

“Izzat rupanya. Biar aku jawab untuk kau.”

Aku terkejut! Biar betul si Eka ni?

“Hello, assalamualaikum,” ucap Eka lembut selepas menekan punat ‘Answer’.

Aku hanya memandangnya. Geram dihati jangan cakap. Aku rasa nak sepak je minah ni. Selamba je jawab panggilan aku.

“Oh, Fir… Dia ada… Jap eh.” Eka menghulurkan telefon kepadaku semula.

Aku merenungnya tajam. Eka menjongketkan keningnya.

“Ambiklah handphone kau. Izzat nak cakap.”

Dengan kasar, aku mengambil semula telefon di tangan Musfira.

“Assalamualaikum.” Aku memberi salam.

Izzat menjawab salamku. “Fir, aku nak balik ambik mama ni,” bicara Izzat seperti biasa.

“Oh…”

“Hmm, kau nak ikut ke?”

“Tak!”

“Okaylah. Bye! Jumpa nanti.”

Izzat mematikan talian. Aku meletak semula telefon ke dalam beg. Mataku kembali merenung Eka.

“Apa? Ada hutang?” soal Eka selamba.

“Kau ni kan… sesuka hati je jawab call tu,” marahku.

Eka menongkat dagu. “Salah ke? Izzat je. Bukan Iwan. Jealous ke aku jawab call si Izzat tu?”

“Hee… siapa nak jealous?”

“Then, kenapa kau tak nak jawab call dia? Mesti something happen kan? Baik kau bagitahu aku apa yang berlaku between you and him,” desak Eka.

Aku menggeleng kepala. “Not until you tell me ‘bout your guy!”

Eka menyandarkan badannya di kerusi sambil menyilang tangan. “Apa yang kau nak tahu?”

Aku berfikir sebentar. “Hmm, nama dia?”

“Hafiz.”

Aku mengangguk kepala. Macam marah je Eka ni. “Umur?”

“22 tahun.”

Whoa… 22 tahun tu. “Mana kenal?” soalku lagi.

“Senior sekolah lama.”

Aku senyum. “Cinta zaman sekolah. Menarik. Dia buat apa sekarang?”

“Degree kat MMU.”

MMU?? Tempat Fizwan. Teringat pula kat Fizwan. Lama tak jumpa dia. Rindu pula. Nak jumpa tapi tak boleh sebab umi dengan Husna ada. Lepas ni, aku nak call dia lah.

“Finished?” soal Eka.

“No! Hmm, macam mana boleh jumpa balik?”

“McD Taman Buaya.”

“Kau suka dia?”

Eka geleng. Muka dia dah merah. Malulah tu. Macam aku tak tahu.

“Ceh! Suka cakap suka,” sindirku.

“Kami kawan. And now my turn.”

Aku pandang Eka. Muka dia dah macam kakak polis kat balai, nak soal siasat orang. Aku menyedut minumanku. Tekak terasa kering pula.

“Apa yang kau nak tahu?” soalku.

“Apa yang terjadi antara kau dan dia?” tanya Eka pula.

Aku mengerutkan dahi. “Siapa dia?” Aku berpura-pura.

“Cut that crap, Fir. Who else? Izzatlah,” tutur Eka kasar. Dah geramlah tu.

“Nothing!” jawabku.

“I won’t take it as an answer.”

Aku tarik nafas. “Aku terpeluk dia time tidur semalam,” jawabku dengan nada perlahan. Takut ada orang terdengar.

“What??” jerit Eka.

Aku tersentak. Semua orang pandang kami. Aku menampar lengan Eka yang berada di atas meja. Melampau pula tindak balas Eka ni.

“Time tidur? Semalam? Maksud kau atas katil?” soal Eka ingin kepastian.

Aku mengangguk.

“Whoa… Korang dah tidur sekatil? Cepat progress korang,” ulas Eka sambil tersenyum.

“Merepeklah kau ni. Kan aku beritahu kau umi dengan adik dia datang sini. Semalam dorang tidur kat apartment. Hari ni baru check in. So, aku terpaksalah tidur sebilik dengan Izzat,” jelasku.

“Sebilik dan sekatil!” Sarkastik betul ayat Eka ni.

Aku mendengus. “Aku tak tidur sekatil pun dengan dia time kat bunglo dia kat KL. Aku tidur atas lantai tau. Lapik dengan sejadah. Semalam, aku dah mengantuk sangat. Aku pun tidur jelah atas katil aku. Well, what do you expect? Katil aku. So, aku tidur jelah. Aku ingat Izzat tidur atas permaidani. Bila aku tersedar je, aku dah peluk dia.”

“Asal kau tidur kat lantai pula? Sepatutnya dialah tidur atas lantai. Apalah Izzat ni. Tak gentleman langsung. Hampeh! Hmm, dia perasan tak kau peluk dia?”

Aku mengangkat bahu. “Entah. Aku tak tahu. Aku seganlah, Eka. Lepas tu, aku rasa bersalah sangat. Aku dah tidur sekatil dengan lelaki Eka. Siap peluk lagi. Walaupun tak adalah teruk sangat, tapi aku rasa aku ni dah tercemar. Apa kata Iwan nanti?” Aku meminta nasihat pada Eka.

“Dia tak akan tahu kalau kau tak bagitahu. Diam-diam sudah. Chill la. Tercemar apa nya? Suami kau kan? Tak dosa pun. Yang dosanya, bila kau tak layan suami kau tu. Si Iwan pula kau layan.”

Aku tersentak. “Eka… Janganlah buat aku rasa berdosa sangat. Kau tahukan kisah kami?”

Eka melepaskan keluhan. “Hmm, aku tak fahamlah dengan korang ni. Korang ingat nikah kahwin ni permainan ke?”

Alamak! Eka dah mula nak bagi ceramah percuma padaku. Ini yang aku tak suka. Buat aku rasa aku ni jahat sangat je. “Eka… Can you stop? Aku tak nak dengar!”

Eka buat muka. “Lantak kau lah. Dosa kau, kau tanggung sendiri.”

“Eka, come on! Kan aku dah cakap… it’s really complicated,” jelasku.

“No, it’s not! Kau dan Izzat yang buat benda ni rumit. Tak boleh ke kau lupakan saja si Iwan tu. Dah ada suami, buat cara ada suami. Jangan nak menggatal. Si Izzat pun sama. Dah ada isteri, tak payahlah nak layan si Izyan tu. Macam tak tahu pula si Izyan suka dia. Asyik berkepit je.” Eka melepaskan geram.

Hah? Izzat selalu berkepit dengan Izyan? “Mana kau tahu dia asyik dengan Izyan?” Aku ingin tahu dan aku tak tahu kenapa aku nak tahu.

Eka mencebik. “Alah… Dah kecoh kat hostel lah. Pasal dorang. Asyik jumpa je. Si Izyan pula asyik kecoh pasal pakwe dia, si Izzat tu.”

Sekali lagi aku tersentak. Biar benar? Izzat dengan Izyan dah declare ke? Tapi kenapa dia tak bagitahu aku apa-apa. Eh, buat apa pula Izzat nak bagitahu aku? Penting ke? Hisy, memanglah dia kena bagitahu aku. Aku kan hmm… aku kan kawan dia. Ya, aku kan kawan dia. Waktu aku mula bercinta dengan Fizwan waktu aku Form 4, aku bagitahu dia tau. Tak adil lah si Izzat ni. Sampai hati tak bagitahu aku.


3 comments:

n.y said...

best lar novel teman serumah...izzat sweet sgt...
kak zuera hebat lar.. :)

TESLAMARIN said...

best, bila nak smbg lgi

Zuera said...

Teslamarin : novel ini sudah berada di pasaran pada bulan sept 2011. terbitan fajar pakeer. tajuk Teman Serumah. rm 18. ;)