Thursday, August 18, 2011

Teman Serumah 13

Mak Kiah yang merupakan pembantu rumah ini, sudah menyediakan sarapan pagi. Bihun goreng. Sewaktu aku turun tadi, umi sudah pun bangun. Aku sudah biasakan diri dengan keluarga Izzat semalam. Dah tak rasa kekok.

“Awal bangun Fira,” tegur umi. Umi, abah dan Husna memanggilku Fira, sama seperti arwah nenek dan arwah mama.

Aku tersenyum. “Biasalah umi. Umi lagi awal bangun. Tak penat ke?”

Umi menggeleng. Aku membantu umi menghidangkan lauk di atas meja. Ikutkan hati, nak saja aku tidur semula setelah solat subuh, tapi disebabkan tempat tidur aku atas lantai, aku batalkan saja niat aku. Izzat pula buat tak tahu je time dia kejut aku untuk solat subuh. Itupun sebab dia nak guna sejadah. Lepas solat, dia terus tidur balik. Bukannya nak tanya aku, selese ke tak tidur atas lantai? Sejuk ke? Selamba je dia tidur balik.

“Izzat belum bangun ke?” soal umi.

Aku kalih pandang ke umi. “Dah. Tapi tidur balik.”

Umi geleng kepala. “Hmm, tolong kejutkan Izzat dengan Husna. Nanti umi kejut abah. Kita sarapan sama-sama.”

Aku patuh pada arahan umi. Langkah ku atur meniti anak tangga. Mulanya aku mengejutkan Husna. Susah juga nak kejut anak dara ni. Berkali-kali aku ketuk pintu tapi dia tak buka pun. Oleh itu, aku terus buka pintu biliknya. Tidur lagi! Aku mengoyang-goyangkan badan Husna. Tidak lama kemudian, dia mula sedar.

“Mandilah. Umi ajak sarapan. Umi dah tunggu kat bawah,” beritahuku.

Husna dengan muka mengantuk hanya mengangguk. Kemudian, aku keluar dari bilik Husna, menuju pula ke bilik Izzat, yang kami kongsi semalam. Pintu bilik ku buka. Izzat sedang nyenyak tidur. Seperti Husna, aku mengoyangkan badan Izzat sambil menyuruhnya bangun.

Izzat terpisat-pisat. Dia mengeliat sebelum duduk. Izzat meraup wajahnya. Kemudian, dia memandangku. “Ada apa?” soal Izzat perlahan.

“Umi ajak breakfast. Pergilah mandi,” arahku.

Izzat bangun dari duduknya kemudian dia menuju ke bilik air. Sempat juga dia mencapai tuala di tempat penyidai. Aku turun semula. Ingin menemani umi.

Lima belas minit kemudian, semua sudah berada di meja makan. Izzat membacakan doa. Kami mengaminkan. Masing-masing mula menjamah sarapan pagi. Izzat makan macam orang dah lama tak makan. Siap bertambah. Bila Izzat ingin menambah bihun goreng buat kali kedua, aku mencuit kakinya dengan kakiku. Izzat memandangku.

“Banyaknya makan. Tak makan setahun ke?” soalku perlahan.

Izzat tarik sengih. “Dah lama tak makan masakan Mak Kiah.”

Aku mencebik.

“Hmm, Fira selalu ke masak kat rumah?” soal umi.

Gulp! Aku mendongak. Semua mata memandangku kecuali Izzat. Dia sedang enak menjamu selera. “Err, kadang-kadang.” Jawapan selamat aku berikan.

“Mana ada umi. Adalah sekali dua dia masak. Boleh kira dengan jari je berapa kali dia masak. Biasanya makan nasi bungkus je.” Izzat berkata selamba.

Spontan, aku memandangnya. Si Izzat ni selamba je cakap macam tu. Buat malu aku betul. Umi dan Husna dah tergelak. Abah pula senyum saja. Aku pula hanya mampu menyerigai. Dalam diam, aku mencubit peha Izzat. Dia menjelingku tapi aku buat tak tahu.

“Umi faham. Fira tentu busy dengan study kan.”

Aku tersenyum lebar sambil menganggukkan kepala. Yes! Umi back up aku. Aku menjongketkan kening pada Izzat. Haha. Macam budak-budak!

“Izz, abah dan umi nak jumpa kawan lama tengahari nanti,” beritahu abah.

Izzat memandang abahnya. “Owh… Husna?”

“Alah, abang ni… Macam tak faham-faham pulak. Adik ikut abanglah. Takkan adik nak ikut abah. Bosan je,” rungut Husna.

“Ikut abang pergi mana?”

Husna buat muka. “Abang ni. Kan Husna dah lama tak balik. Abang bawalah jalan-jalan.”

Aku hanya diam. Tak nak masuk campur.

“Adik nak jalan-jalan kat mana?” soal Izzat.

Husna mengangkat bahu. “Abanglah bawa. Husna nak main bowling, nak karaoke. Lepas tu Husna nak tengok wayang.”

“Adik… Itu bukan jalan-jalan. Itu berhibur namanya,” ujar Izzat sarkastik.

Aku tarik sengih. Husna dah tarik muncung.

“Umi, Kak Fira, tengok abang ni,” adu Husna dengan nada yang geram.

Izzat sudah tergelak. Umi menggelengkan kepalanya. Inilah masa untuk aku mengenakan Izzat. Habislah kau Izzat.

“Abang Husna memang macam ni. Tak payah layan. Kalau dilayan, makin menjadi-jadi pulak,” kataku.

Husna angguk. “Betul tu. Kesian akak. Mesti selalu kena buli dengan abang.”

Laju saja aku angguk. “Hari-hari.”

“Ah, sudah! Jangan nak merepek! Abang tak bawa Husna jalan-jalan baru tahu,” ugut Izzat.

Serentak aku dan Husna menjawab, “Bukan jalan-jalan tapi berhibur!”

Pecah ketawa kami semua kecuali Izzat. Dia menahan geram sahaja. Aku tersenyum. Padan muka kau Izzat. Selalunya aku je yang terkena. Bestlah Husna ni. Boleh buat geng! Kesian Izzat. Memang dia kenalah lepas ni. Masa yang sesuai untuk balas dendam.



Semalam, aku betul-betul seronok! Seronok sebab dapat kenakan Izzat. Aku yakin Izzat tahan geram je. Selepas makan tengahari, kami menuju ke Berjaya Times Square. 11 malam baru sampai rumah. Si Husna tu kuat berjalan betul. Kaki aku dah penat berjalan tapi dia maintain je. Hyper active betul adik Izzat ni. Pakai high heels pula tu. Husna, Husna…

“Asal kau senyum?” soal Izzat macam tak puas hati.

Aku menoleh ke kanan. Sekarang kami dalam perjalanan balik ke Melaka. Umi dan Husna mengikut kami bersama Pak Hasan. Izzat mengerling sekilas padaku. Entah mengapa, aku tak boleh tahan ketawa bila teringatkan peristiwa semalam. Seronok sangat aku kenakan Izzat. Lagi-lagi bila Husna memihakku.

“Gelak pulak,” omel Izzat.

Aku cuba berhenti dari gelak. Perutku ditekan. Nafasku tidak teratur akibat gelak. “Izz… aku tak boleh lupa ar… Muka kau memang tak boleh blah semalam.” Aku masih gelak.

Izzat menjelingku tajam. Pipiku dicubit lama. Aku mengaduh kesakitan. Izzat melepaskan pipiku. Kemudian aku mengusap pipi yang menjadi mangsa kegeraman Izzat.

“Padan muka. Seronok sangat kan… Memang selamba kau kenakan aku semalam.”

Aku terkekeh ketawa. “Marah ke?” soalku.

“Kau rasa?”

Aku mengukirkan senyuman. “Aku rasa kan… aku rasa kau marah aku sampai kau rasa nak campak aku kat laut. Tak pun, kau nak cubit-cubit aku. Paling dasyhat, kau nak langgar aku. Biar aku mati. Baru aman hidup kau. Kan? Kan?”

Izzat masih menumpukan perhatiannya di jalan raya. “Merepeklah kau ni! Kalau pasal campak kau kat laut dan cubit-cubit kau tu, aku setuju sangat. 100%. No doubt. Tapi pasal nak langgar kau tu… aku taklah kejam sangat sampai nak bunuh kau. Hiperbola ar kau ni.”

“Boleh percaya ke?” dugaku.

Izzat menoleh sekilas. “Come on Fir. Kau ingat aku kejam ke.”

Laju saja aku mengangguk. “A’ah. Kau memang kejam. Sangat!”

“What?? Asal pulak?” soal Izzat tak puas hati.

Aku membetulkan duduk. “Yelah! Sampai hati kau biarkan aku tidur atas lantai dua malam berturut-turut. Tak gentleman langsung. Kejam!”

Giliran Izzat pula ketawa. “Pasal tu ke?? Sebab tu je kau cop aku kejam?”

“Yup!”

Izzat ketawa lagi. Okay! Sekarang aku pulak geram bila dia asyik gelak je. Well, betul apa aku cakap. Semalam pun dengan selamba dia tidur atas katil. Tak kisahkan aku langsung. Aku masuk bilik je, dia dah berdengkur. Kurang asam betul! Dia nak aku tidur sekatil dengan dia ke? No way man. Tak nak aku.

“Aku dah suruh kau tidur atas katil, kau tak nak,” ucap Izzat mengejek.

Aku mencebik. “Hee… siapa nak tidur dengan dia? Aku lebih rela tidur dengan kucing jiran kita tu even aku takut kucing.”

“Gila kejam statement kau! Macamlah aku ni teruk sangat.”

“Yes, it is!”

Izzat hanya menggeleng kepalanya. Malas nak layan lagilah tu. Aku meluruskan tanganku. Membuat sedikit aktiviti ringan.

“Bestnya. Dapat tidur atas katil malam ni,” kataku dengan penuh gembira. Di mataku sudah terbayang-bayang katilku.

Izzat menggarukan kepalanya. “Err, Fir… aku lupalah nak inform kau.”

Pandangku beralih ke arah Izzat. “Inform apa?”

“Hmm… hari ni… umi dengan Husna tidur kat apartment.”

Mulutku terlopong. Mataku membesar. Lambat-lambat aku menelan air liur yang terasa perit. “Apartment kita?” soalku ingin kepastian. Aku masih memandang Izzat.

Izzat mengangguk.

“What?? Kau cakap umi dengan Husna tidur hotel.” Tone suara dah naik ni.

“Untuk hari ni je. Abah booked hotel esok sampai Sabtu. So, hari ni umi dengan Husna kena tidur kat apartment dulu,” jelas Izzat.

Aku mula rasa sesak nafas. Umi dengan Husna tidur kat apartment? Macam mana ni. Nanti bocorlah rahsia kami. Izzat tenang je. Dia tak risau ke?

“Bilik macam mana? Nanti mesti umi perasan kita tidur bilik asing-asing.” Aku menyuarakan kebimbangan.

Izzat memberi signal ke kanan untuk memotong kereta di hadapan kami. Kemudian, Izzat memandangku sekilas. “Hmm, balik nanti kau ambik barang kau… yang penting je. Masuk kat bilik aku. Lepas tu kunci bilik kau. Kalau umi atau Husna tanya, cakap je bilik tu penuh dengan barang je. Tak berkemas.”

Aku mengangguk tanda faham. Satu kerja pulak. Nak bawa barang aku ke bilik Izzat. Huh! Memang aku terpaksa tidur sebilik dengan dia. Eh, sekejap.

“Izz… apa kata kau yang masuk bilik aku. Bilik aku kan ada bilik air. Senang sikit. Lagipun bilik aku kan master bedroom. Mana ada orang buat master bedroom tempat simpan barang.” Aku menyuarakan pendapatku.

Izzat terdiam sebentar. Berfikir barangkali. Kemudian dia mengangguk tanda setuju. Aku dah tersenyum. Yes, aku menang.

“Umi dengan Husna tidur kat bilik tamu eh?”

“Habis tu?” soal Izzat selamba.

Aku mencebik. Tanya pun salah. Baik aku diamlah macam ni. Nak sampai tol Simpang Ampat pun. Tak nak cakap dengan Izzat lagi.


No comments: