Thursday, August 18, 2011

Teman Serumah 12



Tepat jam 4.30 petang, aku dan Izzat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa. Kami bertolak dari Melaka pada pukul 2 petang. Debaran di dada makin terasa. Takutlah! Kali terakhir aku bersua muka dengan family Izzat ialah pada hari kami dinikahkan. Nikah yang sederhana sahaja. Segan pulak!

Sebelum pergi tadi, sempat juga aku bertemu dengan Fizwan. Kami makan tengahari bersama. Aku terpaksa menolak pelawaannya untuk keluar tengok wayang kerana aku terpaksa ikut Izzat. Fizwan marah juga tadi. Tapi nak buat macam mana? Takkan nak biarkan Izzat jemput family dia sorang-sorang. Nanti apa pula kata abah dan umi dia. Puas juga aku memujuk Fizwan.

“Mereka dah sampai ke?” soalku sewaktu keluar dari kereta.

Izzat menuju ke arahku. “Hmm, rasanya belum. Flight dijangka sampai pukul lima petang,” jawab Izzat.

Aku mengangguk. “Eh, kita jemput family kau kan?” soalku sambil memandangnya.

Kami masih di parking. Izzat memandangku sambil mengangguk. Aku mengerutkan dahi. Tanganku menunjuk ke arah keretanya.

“With your BMW Z4?” soalku pelik.

Yelah. Takkan abah, umi dan adik dia nak naik kereta BMW Z4 ni. Kereta dua pintu je. Kerusi pun untuk dua orang. Sport car kan.

Izzat tarik sengih. “Of course not, Fir! Jangan nak buat lawak basi. Pak Hasan, driver abah datang jemput,” terang Izzat.

“Pak Hasan? Dia kerja lagi ke?” soalku ingin tahu.

Kami masih berdiri di kawasan parking. Nasib baik mendung. Hmm, Pak Hasan merupakan pemandu kepada keluarga Izzat. Dulu sewaktu arwah nenek Rogayah masih hidup, Pak Hasanlah yang menjemputku ke rumah arwah nenek Rogayah.

Izzat mengangguk. “Pak Hasan yang jaga bunglo.”

“Owh… Tapi kenapa kau tidur hotel bila ada kerja kat KL? Duduk jelah kat bunglo tu.”

Izzat tunduk. Opps! Aku pejamkan mata sekejap. Apa yang bengap sangat ni, Fir! Mestilah dia tak nak balik ke bunglo tu. Mesti dia tak nak ingat kenangan dengan arwah nenek Rogayah. Sedangkan bercuti kat Pulau Sibu pun Izzat dah bersedih sebab teringat kembali memori dia bersama arwah nenek Rogayah. Lembap sangatlah aku ni. Kan Izzat dah sedih.

“Sorry,” ucapku perlahan sambil menundukkan kepala.

Izzat diam. Kaku di tempatnya. Aku memandang Izzat. Satu keluhan dilepaskan. Menyedari kesilapan diri. “Hmm, jomlah masuk. Duduk sini pun buat apa. Kat dalam ada air-cond,” ajakku.

Aku mula melangkah. Sewaktu aku melepasinya, dia menarik tanganku perlahan. Aku memandangnya. Izzat turut memandangku. Merenung lebih tepat. Mulutnya bergerak-gerak. Macam nak cakap sesuatu je.

“Hmm…” Izzat menarik nafas.

Aku menunggu kata-kata daripadanya. Satu saat, dua, tiga…. Dan seterusnya. Dia masih diam.

“Kau nak cakap apa?” soalku. Penat pula menunggu.

Izzat melurutkan rambutnya ke belakang. “Err, macam mana nak cakap eh? Hmm, macam ni… boleh tak kau tolong aku?”

“Tolong apa?”

Izzat menelan air liur. “Hmm, sepanjang family aku ada kat sini…err, boleh tak kita… maksud aku… kau dengan aku… hmm, kita…”

“Kita apa?” tanyaku. Tergagap-gagap pula mamat ni. Geram pula aku tengok. Cakap jelah.

Kepala Izzat digarunya. “Berlakon! Boleh tak kita berlakon?” Izzat memandangku penuh harapan.

“Maksud??” soalku blur.

“Aku tak nak family aku… aish.. macam nilah… boleh tak berlakon kita ni mesra? Macam real spouse?” Izzat menghembuskan nafas yang seakan tersekat tadi. Lega!

Berlakon? Ohh… Baru aku faham. Tergelak aku dibuatnya. Haisy, ni pun susah nak cakap. Muka pula merah semacam. Malu ke? Hisy, kelakar je. Dah macam dalam novel pula kisah aku ni. Siap berlakon.

“Boleh tak?” soal Izzat lagi. Ingin jawapan dariku.

Aku mengukirkan senyuman. “Bolehlah. Apa yang tak bolehnya.”

Izzat membalas senyumanku. “Hmm, satu lagi. Boleh tak… Kalau boleh… kau janganlah jumpa Iwan bila family aku kat sini,” pinta Izzat.

Aku faham apa yang Izzat cuba sampaikan lantas aku mengangguk. Izzat tersenyum lagi. Aku tahu Izzat tak mahu keluarganya tahu hubunganku dengan Fizwan.

“Thanks,” ucapnya.

“No sweat, man. Small matterlah. Jom.” Aku mengajaknya masuk.

Kemudian, kami melangkah beriringan.

“Lamanya tak jumpa Fira. Sihat?” soal umi sambil memelukku erat.

Aku agak terperanjat dengan reaksi umi. Tak sangka pula umi akan memeluk aku. Namun, aku beranikan diri untuk membalas pelukan umi. Pipiku dicium. Rasa sebak pula. Teringat kat arwah mama.

Setelah umi meleraikan pelukan, aku bersalaman dengan abah pula. Dia menghadiahkan senyuman buatku. Dan aku membalasnya. Kemudian, mataku terarah pada seorang remaja perempuan yang cantik. Senyuman diukirkan. Adik Izzat yang bernama Husna menghulurkan tangan untuk bersalaman denganku.

Husna sangat cantik. Gadis berusia 16 tahun itu mempunyai wajah yang cukup menarik. Aku suka tengok muka Husna. Dari dulu lagi. Wajahnya bersih, tiada jerawat pun. Gebu. Mata dia paling cantik. Bulat. Sangat cantik. Aku paling suka tengok mata dan hidung Husna. Lepas tu aku suka cuit pipi dia. Lembut je. Kalau aku lelaki, dah lama aku pikat Husna. Izzat pun sama. Kacak, putih, pipi dia sama dengan Husna, lembut. Tapi aku tak berani aku nak usap. Cari nahas saja. Memang Izzat dan Husna datang dari baka yang cantik. Lihat saja pada umi dan abah.

“Abah dan mama nak balik rumah dulu atau nak makan?” soal Izzat kepada kedua orang tuanya.

“Makan dulu. Adik dah lapar,” jawab Husna laju.

Aku mencuit pipi Husna. Geram tengok pipi dia. Dan seperti biasa Husna menepis. Dia tak suka. Tapi aku suka. Aku hanya tersengih bila Husna tarik muka.

“Kalau macam tu, kita makan dululah. Adik abang ni lapar ya.” Izzat bersuara nakal. Tubuh Husna dipeluknya.

Aku ingin membantu Izzat menolak sebuah lagi troli namun dihalang abah. Kemudian, aku berjalan seiring dengan umi. Husna sudah melekat dengan Izzat. Melepaskan rindu.

“Macam mana Fira dengan Izzat?” soal umi.

Aku tersentak namun cepat-cepat aku kawal. Tak nak umi perasan perubahan di wajahku. “Hmm, okay je umi. Biasa-biasa je.”

Umi mengukirkan senyuman. “Mujur kamu ada. Jika tak, pasti dia bosan duduk kat Malaysia sorang-sorang.”

Aku tergelak kecil. Ironinya, kami memerlukan antara satu sama lain. Kami kelihatan sama. Sunyi. Umpama sebatang kara di muka bumi ini namun hakikatnya kami langsung tak sama. Dia masih mempunyai keluarga yang mengingati kewujudannya sedangkan aku? Papa ingat ke kat anak papa sorang ni?

Aku terasa bahuku disentuh lembut. Aku menoleh. Umi.

“Jauh termenung. Fikirkan apa?”

Aku tarik sengih sambil mengelenggkan kepala.

Aku pandang Izzat. Izzat pandang aku. Aku silang tangan. Izzat duduk tegak. Aku ketap bibir. Izzat tarik nafas. Dan seterusnya kami hanya sepi, pandang antara satu sama lain, menantikan salah seorang memulakan perbicaraan.

Sepuluh minit berlalu. Izzat masih diam. Aku dah macam cacing kepanasan. Buntu! Izzat masih lagi diam. Dia di sebelah kiri katil, aku di sebelah kanan katil. Masing-masing diam. Akhirnya aku mengalah.

“So, macam mana ni?” tanyaku.

Izzat memandangku bersahaja. “Tak tahu.”

Hah? Itu je jawapan dia? Tak tahu! Wah, senangnya hidup.

“Aku dah ngantuk ni.” Dah pukul 12 malam pun. Memang patut aku rasa mengantuk.

“Tidurlah,” balas Izzat. Masih bersahaja.

“Habis kau?”

Izzat membetulkan duduknya. “Aku pun tidur jelah. Penat tau. Mengantuk lagi.” Sesudah berbicara, Izzat menguap.

Aku memandang Izzat tak puas hati. “Wei, serius boleh tak? Dah pukul 12 ni.” Aku bersuara dengan nada yang agak tinggi.

“Aku seriuslah. Kau ingat aku main-main ke?”

Aku mendengus kasar. “Takkan kita nak tidur sebilik,” keluhku.

Izzat angkat bahu. “Why not?”

Aku renung Izzat tajam. Bantal di atas katil aku capai, kemudian aku baling padanya. Adui, sempat pula dia sambut. Izzat letak bantal di tangan ke tepi. Kemudian, dia menarik nafas dan dihembuskan perlahan-lahan.

“Dah pukul 12.30 malam Fir. Aku penat sangat. Boleh tak kita tidur je?” Izzat bersuara lemah. Macam malas je nak layan aku.

“Aku pun penat juga. Nak tidur juga. Tapi takkan kita nak tidur sebilik?” bentakku. Nada masih dikawal supaya abah, umi dan Husna tidak dengar.

Izzat memandangku sayu. “Do you have any other options?”

Aku terdiam. Haisy, masalah! Selesai sahaja mengisi perut di KLIA bersama keluarga Izzat, aku mengikuti Izzat ke bunglo. Bunglo yang aku selalu pergi sewaktu arwah nenek Rogayah masih ada. Mulanya, aku ingat hanya abah, umi dan Husna sahaja yang tinggal di sini. Rupanya aku dan Izzat pun akan bermalam di sini. Aku mula kalut. Benda pertama yang terlintas di fikiran aku, bilik! Dan apa yang aku risaukan benar-benar terjadi. Kami kena kongsi bilik. Oh tidak!

“You have no choice, Fir. Sekarang aku mengantuk sangat. Aku nak tidur.” Izzat yang duduk di birai katil mula membaringkan badannya.

Aku terkedu. “Habis aku?” soalku lirih.

“Suka hati kaulah. Kalau tak kisah, tidur je dengan aku atas katil ni.”

Mataku terbeliak! Aku mendengus kasar. Apa Izzat ni? Dia dah tidur. Tinggal aku yang terkulat-kulat kat sini. Tak gentlemen langsunglah. Kalau ikut cerita novel, macam Bicara Hati, si suami dengan baik hatinya bagi si isteri tidur atas katil. Macam Tengku Syahran. Si Izzat ni memang tak boleh pakailah. Berdengkur pula tu.

Haisy, macam mana aku nak tidur ni? Sofa pun tak ada. Kalau tak, bolehlah aku tidur atas sofa. Nak tidur atas lantai, hmm, sejuk je aku rasa lantai ni. Si Izzat dah pasang air-cond. Takkan aku nak tidur kat luar? Kerja gila! Kecoh satu rumah. Tidur sekatil dengan Izzat? Memang taklah. Aku tahu si Izzat tu tak akan buat apa-apa kat aku. Dari gaya dia tidur, lena je aku tengok. Penat kan. Tapi kalau aku yang terlebih-lebih, macam mana? Aku ni tidur ganas tau.

Nampaknya, aku tak ada pilihan. Terpaksalah aku tidur atas lantai yang sejuk. Sebelum itu aku lapikkan lantai dengan sejadah yang tergantung di tempat penyidai. Telekungku dibuat selimut.


No comments: