Thursday, August 18, 2011

Teman Serumah 11



Petang khamis, setelah habis kelas, aku mengajak Eka menemani aku membeli barang di Tesco. Aku ingin memasak untuk Izzat malam ni. Mulanya, Eka bersetuju namun apabila dia mendapat panggilan telefon, dia tidak jadi menemankan aku. Aku memandang Eka nakal.

“Boyfriend kau eh?” tekaku sambil tersenyum nakal.

Eka tersipu-sipu. “Taklah. Kawan je,” nafi Eka.

“Tak bagitahu aku pun. Dia nak apa?” soalku ingin tahu.

Eka hanya diam. Tak nak beritahulah tu.

“Woi, mak cik… Cakaplah. Dia nak apa? Sampai kau cancel nak keluar dengan aku,” tanyaku geram.

Eka tarik sengih. “Janganlah marah. Dia ajak aku keluar. Dia dah tunggu kat depan kampus,” beritahu Eka.

“Really?”

Eka angguk. “Aku story later okay. Dia dah tunggu. Sorry, tak dapat temankan kau.” Kemudian, Eka berjalan pantas menuju ke luar kampus.

Eka, Eka. Sejak bila ada boyfriend ni. Tak nak beritahu aku pulak tu. Tak apalah. Esok aku paksa dia ceritakan segalanya. Handphoneku berbunyi. Aku mengambil handphone di dalam beg. Nama pemanggil ku lihat. Fizwan.

“Sayang, you kat mana?” soalnya.

Aku berdehem. “Bagilah salam dulu.”

“Ops, sorry. Excited nak cakap dengan you. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. I kat kampus,” ujarku.

“Nak keluar tak malam ni?”

Aku menelan air liur. Alamak! Aku dah janji dengan Izzat pagi tadi yang aku nak masak untuk dia. Sorry, Fizwan. Aku terpaksa tipu kau.

“Err, Iwan… I tak boleh keluar malam ni. Ada kerja I kena buat. Next time okay. Tommorow maybe,” cadangku.

Aku terdengar Fizwan mengeluh perlahan. “Tak apalah kalau macam tu. Bye. Take care. Love you.”

“Love you too,” balasku.

“Miss you,” ucap Fizwan pula.

Aku tersengih. “Miss you too.”

“Muah, muah, muah.”

“Muah, muah, muah,” tuturku pula.

Talian dimatikan. Kepalaku geleng perlahan. Kelakar. Dah lama kami tak akhiri perbualan kami dengan tiga perkara tu. Love you, miss you, muah muah muah. Mesti tiga kali ‘muah’. Tak boleh lebih, tak boleh kurang.

Sebelum aku mengahwini Izzat, tiga perkara tu wajib ada di hujung perbualan kami. Kalau Fizwan lupa, aku akan merajuk. Aku tersenyum. Waktu tu, muda lagi. So, fikiran pun belum matang. Tapi sweet apa? Aku tergelak sendiri.

Aku menuju ke kereta MyVi ku. Nampak gayanya, terpaksalah aku ke Tesco sendirian. Alah, macam tak biasa pulak. Enjin hidupkan. Kereta mula bergerak menuju ke destinasi seterusnya, Tesco.

Lima belas minit kemudian, aku sudahpun tiba di Tesco. Keretaku parkir berdekatan pintu masuk. Malas nak jalan jauh. Kemudian aku mula melangkah masuk ke pasaraya itu. Troli ku ambil dan ku tolak. Aku menuju ke tempat sayur-sayuran. Hmm, nak masak apa malam ni? Tadi tak terfikir pula? Sayur campur. Sedapnya. Letak sikit Maggi Cukup Rasa. Mesti sedap punya. Haha.

“Oit!” Serentak dengan itu bahuku ditepuk.

Aku tersentak. Pantas aku berpaling. Tanganku mengurut dada. Terperanjat. Izzat! Lah, buat apa pula dia kat sini?

“Apa kau buat kat sini?” soalku selamba.

“Ikut kau,” jawab Izzat selamba juga.

Aku merenungnya pelik. “Kau ekori aku eh?”

Izzat mengangguk. Matanya melihat ke dalam troli yang ada beberapa jenis sayur. Yang penting baby corn. Kesukaan aku tu.

“For what?” soalku tak puas hati.

Izzat menolak troli. Aku mengikuti langkahnya. Hmm, aku masih menanti jawapannya. Langkahku terhenti apabila ternampak kobis bunga. Aku membelek-belek kobis bunga yang terdapat di situ. Mana satu yang elok. Izzat yang sudah jauh ke depan, berpatah semula. Setelah jumpa kobis bunga yang cantik dan elok, aku letak ke dalam troli. Aku memandang Izzat.

“So?” tanyaku.

Izzat mengangkat kening. Blur je muka dia. Tak faham kot.

“So, kenapa kau ikut aku?” soalku lagi. Lebih jelas.

“Oh… Saja. Nak temankan kau beli barang,” jawab Izzat.

Aku mengangguk. “Tak lepak dengan member kau ke?” soalku ingin berbual.

“Malas. Temankan kau lagi baik.”

Aku mula melangkah. Izzat mengikutiku sambil menolak troli.

“Asal pulak?”

Izzat tersengih. “Seronok jalan dengan kau.”

Aku memandangnya. Macam pelik je jawapan Izzat. Seronok jalan dengan aku. Apa yang seronoknya? Baru aku nak tanya, Izzat dah bersuara.

“Nak masak sayur campur eh?” soal Izzat.

Aku mengangguk.

“Hmm, lagi?”

Aku mengaru kepala yang dilitupi tudung. “Aku pun tengah fikir ni. Kau nak makan apa?”

Izzat menggelengkan kepalanya. “Hisy, hisy… Kau ni… Takkan tak fikir lagi?”

Aku menyerigai. “Lupa. Kau nak makan apa? Yang simple jelah. Kalau yang payah, memang tak bolehlah aku nak masak.”

“Hari tu kau masak apa?” tanya Izzat.

“Bila?” Aku menuju ke arah bahagian udang.

Izzat memandangku. “Time aku pergi KL… Kau masak apa malam tu?”

“Owhh… Tomyam campur. Lepas tu, aku ingat nak masak telur bungkus lepas kau balik. Kan aku dah beritahu kau. Lupalah tu,” marahku. Tak adalah marah sangat. Marah sikit je.

Izzat tarik sengih. “Eh? Aku lupalah. Sorry. Hmm, masak tulah malam ni. Hari tu, aku tak dapat rasa pun masakan kau.”

“Yelah.”

Kemudian, aku membeli barang-barang untuk masak malam ni. Izzat membantuku. Cerewet juga dia. Dia yang pilih udang, sotong, ayam. Dia teliti betul-betul. Hmm, biarlah. Sewaktu di kaunter pembayaran, Izzat sudahpun menghulurkan duitnya sebelum sempat aku membayar.

“Izz, nah.” Aku hulurkan dua keping not RM50 pada Izzat sewaktu dia menolak troli di keretaku. Izzat memarkir keretanya di sebelahku sahaja. Kenapa aku tak perasan?

“Untuk apa?” soal Izzat. Dia tidak menyambut pun huluranku.

Aku menunjukkan barang-barang di dalam troli. Izzat pantas menggeleng. “Tak payah.”

“Ambillah,” tegasku.

Izzat memeluk tubuh sambil menyandarkan badan ke keretanya. “Simpan je duit tu,” balas Izzat.

“Please! Sekali ni je. Ambik duit ni. Aku seganlah dengan kau.”

“It’s doesn’t matter, Fir. Duit aku juga tu kan,” tutur Izzat.

Aku terkedu. Entah mengapa aku terasa dengan kata-katanya. Ya, aku tahu duit di tanganku, duit dia. Tapi… Boleh tak dia biarkan hidup aku ni bermaruah sikit? Aku malu! Malu sangat. Aku tak ada duit langsung. Semuanya duit Izzat.

“Fir, what’s wrong? Aku salah cakap ke?” tanya Izzat risau melihat perubahanku.

Kepalaku geleng. Kemudian aku terus ke bonet kereta. Pantas sahaja aku letakkan barang-barang ke dalam bonet.

“Hmm, aku balik dulu.” Aku meminta diri.

Tiba-tiba Izzat meletakkan tangannya di pintu kereta. Menghalangku daripada membuka pintu kereta. Aku menunduk. Memandang jalan.

“Fir, I’m sensing something wrong here. Kenapa ni?”

Aku geleng kepala. “Tak ada apa-apa.”

“No! There’s must be something. Tell me,” pujuk Izzat.

Aku beranikan diri memandang Izzat. “Izz, aku nak balik. Dah pukul 6 ni. Aku belum solat lagi.” Aku memberi alasan.

Lama Izzat merenungku. Kemudian, dia melepaskan keluhan. Tangannya yang menghalang pintu keretaku dialihkan.

“Jumpa kat rumah,” tutur Izzat.

Kemudian, Izzat melangkah ke keretanya. Aku pula masuk ke dalam keretaku.

Usai solat maghrib, baru aku keluar dari bilik. Ingin memasak untuk makan malam. Sejak balik tadi, aku tak keluar dari bilik pun. Entahlah! Aku pun tak tahu kenapa aku sedih tiba-tiba. Tapi, cuba fikir, siapa yang tak sedih kalau diri dia hanya bergantung pada orang lain? Aku sedih. Yes, I am. Sedih dan segan. Lepas ni, selepas aku dan Izzat tiada sebarang ikatan, macam mana hidup aku? Itu yang aku sedihkan. Itu yang aku risaukan. Izzat tak akan faham apa yang aku rasa. Dia tak faham.

Ruang tamu sunyi. Pasti Izzat berada di dalam bilik. Aku menuju ke dapur. Benda pertama yang aku buat, masak nasi. Aku menyiang udang dan sotong. Isi ayam yang aku beli, aku potong kecil-kecil. Kemudian aku mula memotong sayur. Ada carrot, baby corn, kobis bunga dan cendawan.

“Auch!” jeritku. Aku meletak pisau di atas papan pemotong. Macam mana boleh terkena jari ni. Hisy, berangan lagi. Aku melihat darah yang mengalir. Selamat kecil je luka ni.

“Fir...” panggil Izzat.

Aku menoleh. Dia mendekatiku. Tanganku disentuhnya. Mukanya tampak risau.

“Macam mana boleh jadi macam ni?” soal Izzat.

Aku menarik tanganku dari pengangannya. “Luka kecik jelah. Tak sakit pun.” Aku menuju ke sinki dan membasuh darah yang mengalir.

“Duduk kat meja makan. Aku ambil first-aid kit jap,” arah Izzat sebelum berlalu.

Aku terdiam di situ. Tak bergerak. Kaku! Tidak lama kemudian, Izzat muncul semula bersama first-aid kit. Dia menarik tanganku ke meja makan. Kemudian, dia menyuruhku duduk. Bagai dipukau, aku hanya mengikut arahannya. Jariku yang luka disapu ubat. Kemudian, dia membalut jariku.

“Thanks.”

Izzat hanya membisu. Aku bangun. Menuju semula ke dapur. Ingin menyambung semula memotong sayur. Lambat pula kami makan malam nanti.

“Nak aku tolong?” tanya Izzat.

Aku hanya menggeleng. Izzat mendekatiku. Pisau ditangan dirampasnya.

“Biar aku potong sayur ni semua,” ucap Izzat.

Aku memandangnya. Dia membalas pandanganku sambil menjongketkan keningnya.

“Apa? Ingat aku tak pandai potong?” Sinis.

Aku buat tak tahu saja. Biarlah. Malas nak layan. Aku mula menumis untuk masak tomyam. Izzat membantu memotong semua sayur. Sementara menunggu Izzat memotong sayur, aku mula menumis untuk telur bungkus. Dapur kami sunyi je. Macam tak ada orang. Aku diam. Dia diam.

Setengah jam kemudian, semuanya sudah siap. Aku menghidangkan atas meja. Izzat menyediakan air. Air dalam karton sahaja. Perisa mangga. Beli tadi. Kemudian aku menyeduk nasi ke pinggan Izzat dan pingganku.

Aku dan Izzat sudah duduk di meja makan. Bertentangan. Hisy, Izzat ni tak nak makan ke? Cepatlah baca doa. Ni tak, diam je. Aku memandangnya. Bibirnya bergerak sedikit. Macam nak cakap sesuatu ke?

“Err, I think better we settle it before we enjoy our dinner.” Mukadimah dari Izzat.

Dahiku berkerut. “Means?”

“I mean, better we settle this sort of… hmm, what we want to call it? Err, dispute maybe. So, Musfira Azwany, can you please tell me what happen this evening?”

Aku terkedu. Ni rupanya yang Izzat nak tahu. Aku membetulkan rambutku yang panjang paras bahu.

“I’m waiting, Fir. Better you tell me. I’m starving right now.”

“Makanlah dulu.”

Izzat menggeleng. “No! Settle first, then dinner.”

Aku mengeluh. “Tak ada apa-apalah. Aku okay je,” nafiku.

Izzat mendekatkan wajahnya. “If there’s nothing, you won’t act like this, my dear. I know you very well.”

Aku salah dengar ke? Dia sebut ‘my dear’ kan tadi? Berdebar pula aku bila dia sebut macam tu. Izzat ni… macam mana aku nak cakap? Aku kecik hati bila dia cakap, ‘It’s doesn’t matter, Fir. Duit aku juga tu kan’. Tak naklah. Segan aku.

“Fir…” panggil Izzat lagi. Dia menanti jawapan dariku.

Aku hanya tunduk.

“Okay… Kalau kau tak nak cakap, biar aku teka. Pasal duit?” teka Izzat.

Aku tidak memberi sebarang respon. Diam. Aku masih tunduk.

“Pasal tu kan. Yes, that’s it. Okay, kalau kau nak juga aku ambik duit kau, give me now. Chill lah Fir. Tak ada beza pun duit aku ke, duit kau ke… Kenapa kau nak sedih ni? Duit kau duit aku juga.”

Pap! Macam kena panah. Aku terus merenungnya. Tajam. Cukuplah sekali dia menghinaku. Tanpa sepatah kata, aku terus bangun. Perlu ke dia hina aku macam ni? Aku tahulah duit aku tu, duit dia. Tak payahlah ulang banyak kali.

Aku masuk ke bilikku. Purse di dalam beg, aku ambil. Semua duit dalam purse dan duit yang aku simpan dalam laci meja solek aku ambil. Aku melangkah ke depan semula. Izzat yang masih berada di meja makan memandangku. Duit di tangan, aku letak betul-betul di hadapannya. Dia terperanjat.

“Ambik balik duit kau. Aku sedar siapa aku. Semua duit aku, duit kau. Aku tak ada duit langsung. Aku miskin. Sesen pun aku tak ada. Aku bergantung pada kau saja. Tak perlu kau nak hina aku. Kau ingat aku tak ada maruah?” Aku melepaskan amarahku.

Izzat terlopong. Terperanjat barangkali melihat reaksiku yang tak dijangka. Izzat bangun dari duduknya. Bahuku ingin disentuh. Pantas aku tepis. Aku bergerak ke belakang dua tapak.

“Rasanya lebih baik aku diam lain kali,” ucap Izzat.

Aku merenungnya. Tak faham. Apa maksud kata-kata dia. Diam? Aku tak faham langsung.

Izzat menarik nafas. “Fir, cuba kau fikir kenapa kita selalu gaduh macam ni?” tanya Izzat.

Hah? Apa kes pulak ni? Aku cakap pasal maruah aku, dia cakap pasal gaduh pulak. Tak faham aku.

“The reason we always have this sort of quarrel or whatsoever is because of failure to communicate,” tutur Izzat lagi. Perlahan dan lembut.

Aku masih diam. Pandanganku masih pada wajahnya yang tampak tenang itu. Aku masih tak faham apa yang ingin dia maksudkan. Apa yang dia nak sampaikan.

“Look! Aku tak bermaksud langsung nak hina kau, nak rendahkan maruah kau. What I’m trying to say is, your money is my money because we are now spouse. Husband and wife. Means that duit aku, duit kau juga. Semua milik aku milik kau juga. Kereta aku, kereta kau juga. Apartment ni, milik kita. We are sharing it. Why? Because we are spouse. Can you get it, Musfira Azwany Azman?”

Aku terdiam. Aku tidak memandangnya. Baru aku faham apa yang Izzat cuba sampaikan. Duit dia, duit aku juga. Tapi…..

“Fir, I’m so sorry kalau aku dah kecikkan hati kau. Aku betul-betul tak berniat. Tak terlintas langsung difikiran aku, aku nak hina kau Fir. Aku sayang kau. Aku tak akan hina kau sepanjang aku bernafas di muka bumi ni. Remember! Semua benda aku, milik kau juga. We are sharing. Kau ada hak ke atas setiap harta aku. Faham?”

Aku menelan air liur. “Tapi… tapi we are not real spouse.”

Izzat tersentak. Rahangnya bergerak. Dia merenungku. Dia menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan. “Fir, even we are not real spouse, we are still sharing those thing.” Izzat mengambil duit yang ku letak atas meja. Dia meletakkan duit itu dalam genggamanku. “Duit ni, duit kau. Duit kita.”

Aku sebak. Aku menahan diriku dari menitiskan air mata. Aku terharu. Sangat terharu. Oh Izzat, janganlah kau melayanku dengan baik. Aku takut aku tak dapat melepaskan kau bila saatnya tiba.

Aku tersedar tatkala Izzat memegang bahuku lembut. Dia mengukirkan senyuman buatku. “Bila nak makan ni? Aku tak sabar nak rasa masakan kau ni.”

Aku terseyum kecil. Duit di gengamanku, aku simpan dalam poket seluar tracksuit. “Izz, aku minta maaf. Aku dah salah anggap.”

Izzat mengusap rambutku lembut. “Tak apa. Lain kali, jangan buat lagi ya.”

Aku mengangguk. Izzat menarikkan kerusi untukku. Aku duduk dikerusi itu. Kemudian, Izzat duduk di kerusinya. Izzat mengukirkan senyuman.

“Hmm, tak sabarnya nak makan. Lapar ni.”

Kemudian Izzat mula membaca doa. Aku mengaminkan doanya. Izzat mula merasa tomyam. Aku menantikan komen darinya tentang masakanku. Wajahnya ku pandang.

“Sedap. Just nice. Nak rasa?” soal Izzat.

Baru sahaja aku ingin mengambil sudu atas meja, Izzat sudah menyuakan sudunya yang sudah ada kuah tomyam. Aku tersenyum. Mulutku buka. Izzat menyuapkanku. Hmm, boleh tahanlah. Tapi kedai lagi sedaplah.

Kemudian, kami merasai telur bungkus dan sayur campur. Izzat puji telur bungkus dan sayur campur sedap. Memanglah. Benda segera. Sayur campur tu aku dah letak Maggi Cukup Rasa. Izzat mula menyedok tomyam dan dicurahkan ke atas nasi. Kami mula menikmati makan malam kami.

“Fir, esok keluarga aku balik Malaysia,” beritahu Izzat tiba-tiba.

“Hah?” Terperanjat.

“Abah ada urusan kat syarikat. Seminggu kot dorang kat sini. Esok, lepas solat jumaat, kita pergi KL. Jemput mereka. Petang sampai kot.”

Alamak! Macam mana ni. Aku jarang jumpa mereka. Seganlah. Tapi keluarga Izzat baik-baik sahaja.

“Umi dengan adik aku nak ronda Melaka sepanjang abah uruskan hal di KL,” beritahu Izzat lagi.

Aku mengangguk. Eh, sekejap! Ronda Melaka? “Umi dengan adik kau nak tidur sini ke?” soalku mula gelabah.

“Taklah. Umi nak tidur kat hotel.”

Lega!



No comments: