Thursday, August 18, 2011

Teman serumah 10

Ketukan pintu bilik yang kuat mengejutkan dari tidur. Aku mengeliat sebelum melihat jam di atas meja sisi katil. Oh my God! Dah pukul 9. Kelas aku pukul 10. Terus aku bangkit. Tuala ku ambil.

“Fir, bangunlah. Dah pukul 9.”

“Dah bangun,” jeritku.

Kemudian, aku terus masuk bilik air. Lima minit kemudian, aku keluar dari bilik air. Dah lambat. Mana boleh mandi lama-lama. Yang penting, aku dah basuh muka dan gosok gigi. Mandi ala kadar je.

9.13, aku keluar dari bilik bersama beg. Hari ni, aku pakai tudung sarung Ariani saja. Tak ada masa nak gosok tudung bawal. Ni pun, aku pakai seluar dan kameja yang dah siap bergosok. Hantar dobi. Alang-alang Izzat hantar dobi baju dia, aku pun hantarlah sekali. Aku kan pemalas.

Hisy, nak buat sarapan lagi. Aku meletakkan barang-barangku atas sofa. Kemudian aku menuju ke dapur. Mataku membesar. Whoa! Sarapan dah siap. Izzat sudahpun duduk di hadapanku. Air pun ada. Air Milo.

Izzat mengangkat kening. Aku mencebik. Nak berlagaklah tu.

“Dah… Cepat makan. Lambat pula pergi kelas,” arah Izzat.

Aku terus duduk di meja makan. Nasi lemak! Mesti dia beli kat luar. Aku mengeluh. Dahlah aku mengantuk! Nasi lemak lagi. Memang aku tidur dalam kelaslah. Aku mula menyuap nasi ke mulut setelah membaca basmallah. Lapar! Semalam kan tak makan.

“Sembap betul mata kau. Pukul berapa tidur?” soal Izzat

Aku mengunyah makanan perlahan-lahan. Mana tak sembap. Dahlah tak cukup tidur. Menangis beria-ia pulak tu. Sedih sangat. Habis air mata aku. Kering!

“Lapan,” jawabku bersahaja.

“Lapan malam? Tipu!”

Aku tarik sengih. “Lapan pagi.”

Izzat memandangku tajam. “What??”

Aku hanya tergelak kecil. Mataku kuyu. Mengantuk sangat. Nilah padahnya. Nak juga habiskan novel tu malam tadi jugak. Habis! Dah tak boleh nak berhenti. Dari awal sampai akhir, cerita tu buat aku nak nangis je. Memang betullah kata Eka.

“Kenapa tak tidur semalam? Baca novel?”

Aku mengangguk.

Izzat menggeleng kepalanya. “Tidur sejam je. Macam mana nak pergi kelas? Mata tu bengkak tahu tak,” marah Izzat.

“Relaxlah.”

Izzat mendengus. “Duduk rumah hari ni. Tak payah pergi kelas,” arah Izzat.

“Gila!”

“Apa pulak?”

Aku merenungnya. Nak makan pun susahlah. “Aku tak nak ponteng. Aku okaylah.” Hmm, oklah sangat. Mata aku dah sakit ni. Tak boleh nak bukak. Siapa suruh berjaga malam.

“Okay. Tapi naik kereta aku,” putus Izzat.

Aku mengerutkan dahi. “Apasal pulak?”

Izzat merenungku tajam. “I won’t let you drive with this condition.”

Whoa! Tegasnya. Takut pula aku tengok renungan Izzat. Sudahnya, aku pergi ke kelas dengan menaiki kereta Izzat. Sempat juga aku tidur dalam kereta dia. Setelah sampai kedai gambar, Izzat menurunkan aku di situ seperti biasa.

“Tunggu aku balik nanti,” arah Izzat. Masih tegas.

“Teruknya muka kau, Fir. Mata bengkak,” tegur Eka di dalam kelas.

Aku menjelingnya. “Kau punya pasallah.”

Eka terperanjat. “Apa kena mengena dengan aku pulak?”

Aku sudah tergelak melihat reaksi Eka. “Aku tak boleh berhenti tau baca novel tu. Sebab tu tak tidur. Dah tu menangis lagi. Memang bestlah cerita tu.”

Eka tarik sengih. “Kan aku dah cakap.”

Aku menguap. Pantas aku tutup mulut. Mengantuknya. Tak sabar nak balik rumah. Nak tidur. Mr. Farid sudah masuk. Aku dan Eka pandang depan. Kemudian Mr. Farid mula tunjuk slide show. Eka tekun mendengar sambil menyalin nota. Aku pula? Pura-pura tumpu perhatian padahal mata aku dah nak terkatup. Bertahanlah wahai mata!

Dua jam kemudian, kelas tamat. Suasana yang bising membuatkan aku terjaga. Aku mencelikkan mataku. Hmm, tertidur juga aku akhirnya. Eka hanya menggeleng kepala melihatku.

“Eka, nak pinjam nota. Nak salin,” pintaku.

Eka menghulurkan notanya. “Kau ni… Nah. Tengok dulu. Kalau tak faham, tanya aku.”

Aku tersengih. “Ni yang aku sayang kau ni,” ucapku.

“Owhh… selama ni tak sayanglah?”

Aku tersengih lagi sambil menggeleng. Aku menarik nafas. Membetulkan tudungku.

“Jom makan. Gerai Mak Cik Siti dah panggil-panggil aku tu. Rindu kot,” gurau Eka.

Aku tarik sengih. “Banyaklah kau punya rindu. Dah memang kau kuat makan. Habis kelas je, benda pertama kau nampak, nasi. Kan? Kan?”

Eka buat muka comel sambil tersenyum simpul. “Jomlah. Lapar ni.”

“Yelah.” Kami pun menuju ke Gerai Mak Cik Siti.

Petang itu, aku pulang ke apartment bersama Izzat. Izzat tidak menegurku langsung. Senyum pun tak. Dari pagi tadi. Biarlah. Masuk saja dalam kereta, aku terus tidur. Tak sedar apa yang berlaku sekelilingku. Aku terjaga apabila kereta berhenti bergerak. Mataku buka. Izzat sudahpun mematikan enjin. Eh, kat mana ni? Aku memandang Izzat.

“Singgah sini jap. Minum coconut shake.”

Aku pandang kanan. Oh, kedai coconut shake yang popular kat Klebang. Hmm, ramainya orang yang beratur. Aku keluar dari kereta bila Izzat sudahpun menungguku untuk melintas.

Sewaktu ingin melintas, Izzat memegang tanganku. Aku biarkan saja. Kemudian, kami duduk di tempat yang agak tersorok. Taklah bising sangat. Izzat memesan dua gelas coconut shake special. Kemudian, Izzat diam je. Dingin. Tension pula aku tengok muka dia.

“Asal tegang ni?” soalku berani.

Izzat diam. Aku mendengus. “Ok, fine! What’s going on here?” soalku lagi. Tak sukalah tengok Izzat macam ni. Apa yang dia nak marah sangat.

“Nothing!” jawab Izzat sepatah.

“Whoa! Nothing eh? But it looks like something,” ucapku sinis.

Izzat merenungku. Aku memberanikan diri merenungnya. Apa? Ingat aku takut.

“You look awful,” bicara Izzat.

“So?”

Perbualan kami terhenti bila pekerja gerai ini menghantar pesanan kami. Izzat menyedut minumannya setelah pekerja itu berlalu. Begitu juga aku. Sedapnya dapat minum coconut shake ni. Kemudian, aku kembali merenung Izzat. Keningku dijongket sebelah.

“What?” soalnya.

“Continue,” jawabku.

Izzat menyilangkan tangannya kemudian diletak atas meja. Kepalanya didekatkan denganku.

“What do you want?”

Aku mengerutkan dahi. Aku memandangnya sinis. “It’s not what I want. It’s about what’s going on here? Why you give me this kind of look?” marahku geram. Nadaku kawal. Sedar kami berada di tempat awam.

“What kind of look?” soal Izzat selamba.

Ah? Geramnya. Aku menarik nafas panjang. Bibirku ketap menahan geram. Hilang mengantukku. “Idiot!” ucapku geram.

Mata Izzat membulat. “Come again?”

Aku merenung matanya dalam. “IDIOT!” Kemudian, aku menyedut minumanku. Tiba-tiba pipiku di cubit. Pantas aku tepis. Aku merenung Izzat tajam.

“Marah ke?” tanya Izzat.

“Tak, suka.” Sinis.

Izzat tarik sengih. Eh, mamat ni. Okay, pulak. Tadi tegang je. Aku kembali menyedut minumanku.

“Best sangat ke novel tu?” soal Izzat tiba-tiba.

Aku memadangnya. Izzat sedang menyedut minumannya.

“Kenapa nak tahu?”

Izzat menyandarkan tubuhnya di kerusi. “Salah ke?” Keningnya ternaik sedikit.

Hisy, si Izzat ni. Nak lawan juga. Cubalah menjawab. Ni tak. Aku tanya, dia tanya. Cubalah, aku tanya, dia jawab. Tapi… dia yang tanya dulu. Arghh, apa-apalah. Lebih baik aku mengalah. Aku mengangguk perlahan.

Izzat tersenyum kemenangan. Aku mencebik. Sukalah tu.

“Best sangat sampai kau tak nak tidur?” soal Izzat lagi.

Aku hanya mengangguk.

“Apa yang best sangat?” Izzat masih bertanya.

“Adalah.”

Giliran Izzat pula mencebik. “Lain kali bila baca novel, jangan syok sangat. Sampai tak tidur. Tidur tu penting.”

“Ohh…. So, this is the reason you mad at me? Sebab aku tak tidur semalam?”

Izzat membetulkan duduknya. “Aku tak marah pun.”

“Eleh. Habis muka tu tegang je,” omelku.

“Aku tak marah. Aku geram je. Cubalah jaga diri tu sikit. Time tidur, tidurlah. Jangan nak berjaga. Tahu tak tidur tu penting. Badan kita, otak kita perlukan rehat. Look at-”

Aku menepuk lengan Izzat yang berada di atas meja. “Stop nagging, my man. Macam mak nenek.” Aku memotong bicara Izzat.

Izzat menjelingku garang. “Aku cakap yang betul. Kau cakap aku mak nenek pulak,” rungut Izzat. Coconut shakenya disedut.

Aku buat muka selamba sahaja. Minuman di depanku disedut. Ah, nikmatnya. Haus tekak aku bertikam lidah dengan mamat ni.

“Dah?” soal Izzat tiba-tiba.

“Apa yang dah nya?” soalku blur.

Izzat tarik sengih. “Tak nak balik ke?”

“Jom. Belum solat ni.”

Kemudian, kami menuju ke kereta. Seperti tadi, Izzat memegang tanganku sewaktu kami ingin melintas.

Usai membaca doa, pintu bilkku diketuk. Pasti Izzat. Aku berdiri, kemudian menuju ke pintu bilik. Telekung masih tersarung di badan. Pintu bilik dibuka. Izzat sedang berdiri sambil mengukirkan senyuman.

“Aku nak beli makanan. Kau nak makan apa?” soal Izzat.

Aku geleng kepala. Tak nak makan. Lepas solat Isyak, aku nak tidur. Mengantuk!

“Tak lapar ke?”

“Tak. Kau makanlah sorang. Aku nak tidur lepas solat Isyak. Mengantuk sangat,” tuturku sambil memandang Izzat.

Izzat mengangguk kecil. “Okaylah, kalau macam tu. Tidurlah. Aku nak jumpa kawan aku. Ada discussion. Balik lambat kot.”

Aku mengangguk tanda faham.


No comments: