Thursday, August 18, 2011

Sinopsis Teman Serumah




“Fira sayang, nenek harap sangat nenek dapat tengok kamu dan Izzat berkahwin sebelum ajal nenek tiba.”

Permintaan nenek angkat Musfira Azwany membuatkan gadis itu di dalam dilemma. Antara permintaan nenek Rogayah yang sedang tenat dan perasaan cintanya pada Fizwan, mana satu lagi penting?

Akhirnya, Musfira Azwany mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Izzat Haikal, cucu nenek Rogayah. Pun begitu, dia menganggap dirinya bukan isteri kepada Izzat. Dia hanya teman serumah lelaki itu. Hubungan cintanya pada Fizwan masih terjalin.

“Izz, you know very well that you should not have any feeling to me, right? We are friends. Good friend. Close friend. That’s it. Nothing more and nothing less.”

Mereka hanya kawan. Itu kata Musfira Azwany. Bagaimana pula dengan Izzat Haikal? Adakah lelaki itu turut menganggap Musfira Azwany sebagai kawannya, teman serumahnya?

“Dah jatuh cinta dengan aku ke?” –Izzat Haikal–

Opps! Adakah Musfira Azwany mula jatuh cinta pada Izzat? Apa terjadi pada hubungan cintanya dengan Fizwan? Tapi…

“Why? Sebab kau ingat aku ni kesian? Nasib aku tak sebaik orang lain? Please, Izz. Aku tahu kau baik. But for once, fikirlah pasal diri kau. I want you happy with someone that can make you happy. Kahwinlah dengan orang yang kau cintai, Izz. Lepaskan aku. Antara kita tiada jodoh. Kahwinlah dengan Izyan jika dia mampu buat kau bahagia.”

Musfira Azwany minta dilepaskan? Adakah dia rela ataupun rela dalam terpaksa? Tiadakah perasaan cintanya pada Izzat Haikal sehingga dia meminta untuk dilepaskan? Bagaimana pula perasaan Izzat Haikal? Sanggupkah dia menceraikan isterinya itu?

“Kalau itu keputusan kau, aku respect. Aku akan lepaskan kau.” –Izzat Haikal–

Apakah yang bakal terjadi? Adakah mereka akan bercerai ataupun mengekalkan hubungan yang sedia ada? Adakah perasaan cinta mula bertamu di hati mereka berdua? Bagaimana dengan Fizwan dan Izyan?


17 comments:

Wild Cherry said...

tahniah... akan WC dptkn nnti

Zuera said...

Terima kasih WC...

Anonymous said...

wei,best cter nie..xsabo sgguh tggu september!

Seorg wanita... said...

Tak sabar nak baca full story Fir & Izzat ni... lama tunggu ni.. :-)

Congrates Zura!!! Thanks bagi refresh citer ni..

Iman Kyuhee said...

wau! mengagumkan! baca sinopsis dia je dah buatkan saya tertarik. =)

Zuera said...

Sorg wanita: Terima kasih... Nantikan kesudahan Fir dan Izzat... ;)

Iman Kyuhee: terima kasih kerana tertarik... xD

Anonymous said...

bila saya baca citer ni, saya blh rasa, rasa kasih, rasa sayang n rasa cinta izzat pd fira. Huhu...ni yg buat lg x sabo nak rasa byk lagi rasa2 tu seme. Tahniah zuera menzahirkan pelbagai rasa tu kat k.org.
Zuera, sept tu awal, tgh @ hujung?
-nor...

Zuera said...

nor, terima kasih di atas komen kamu. ;)

Kata pihak FP, novel Teman Serumah akan keluar awal bulan Sept. Nor nantikan yer... hee...

Anonymous said...

pasti!!!!
Hadiah raya tu....
-nor...

Zuera said...

Terima kasih Nor... <3

Anonymous said...

to b honest ..this is d 1st novel i read from penulisan2u.my .... (recommended by a friend) coz all ths time I am NOT interested reading malay novels ... BUT aduuhh after reading this .. am kinda addicted n now ... mcm nda sabar nunggu to b published ... hope this novel will b available in Brunei ....huu huu Congrats! now checking ur blog everyday to read the rest ... thanks

Diana @ bilakukatacinta said...

tahniah dik....

Anonymous said...

Hari tu sya ada prgi kedai,den trnampk buku ne. Kata pnjual buku tu ser0n0k tpi sya tak nak beli :( adui nti lah dh keluar duit gaji sya beli ehe..h0pe ia masih ada dsanabuku tu ser0n0k tpi sya tak nak beli :( adui nti lah dh keluar duit gaji sya beli ehe..h0pe ia masih ada dsana

Anonymous said...

sgt2 best!!!beli mase ekspo kt utm..xrugi beli..2 thumbs up..no, 10 thumbs up ^^ izzat i luv u..hahaha...

Anonymous said...

sgt2 best!!!beli mase convo kt utm.2 thumbs up..no..10 thumbs up ^^ izzat, i luv u.. hahaha.....

Woofer Storm said...

bangga beli jadi follower blog ni...baru baca novel ni walaupun penat tapi berbaloi2...teruskan usaha ye sis..sy suka novel ni..heheee


http://www.wooferstorm.com/2011/10/teman-serumah-l-zuera-rasiddin.html

cik ija akmal said...

baru je abes baca.tahniah sis.best sangat:)
rasa mcm kisah benar pulak:)