Wednesday, June 1, 2011

Musuhku, Suamiku 15


Selepas menunaikan solat Subuh dan menyegarkan badan, Lysa Lafisya menuruni tangga, menuju ke dapur. Dia ingin membantu Auntie Solehah membuat sarapan pagi. Dia menghadiahkan senyuman pada Auntie Solehah sewaktu matanya bertemu dengan mata Auntie Solehah.

“Auntie nak Lysa tolong tak?” soal Lysa Lafisya.

“Lysa nak tolong apa? Auntie dah siapkan semuanya. Sarapan pun dah siap atas meja tu. Dapur ni, biarlah bibik yang kemas. Mari kita ke depan. Lysa temankan Auntie sarapan ya? Nak tunggu yang lain, alamat sampai tengahari kita tak makan,” kata Auntie Solehah panjang lebar.

Lysa Lafisya termalu sendiri. “Awalnya auntie masak. Lysa baru ingat nak tolong.”

“Biasanya pukul 8 baru auntie masak. Tapi, auntie tahu Lysa lepas Subuh tak tidur balik. Tu yang auntie masak awal. Jomlah kita ke meja makan.”

Lysa Lafisya mengikut langkah Auntie Solehah ke meja makan. Tudung saji dibuka. Di hadapan matanya, terhidang Mee Hoon Goreng.

“Buat susah-susah auntie je masakkan untuk Lysa…”

“Tak ada yang susahnya.. Auntie memang sengaja masak awal. Boleh sarapan dengan Lysa. Sambil tu, boleh berbual.”

Auntie Solehah terus menyedok mee hoon ke pinggannya dan pinggan Lysa Lafisya. Seketika kemudian, mereka mula menjamah sarapan.

“Cantik rumah auntie. Lysa suka. Betul kata Feeqi… Rumah auntie memang cantik. Dari sini dah nampak pantai,” puji Lysa Lafisya ikhlas.

Auntie Solehah tersenyum suka. “Uncle Shah kamu lah… nak sangat rumah dekat dengan pantai. Si Bulat tu memang suka rumah ni.. Dia pernah datang waktu renovate dulu. Kalau Lysa nak tahu, Bulat dengan Uncle Shah tu… cita rasa dorang sama. Tu yang boleh geng tu.”

Lysa Lafisya mengangguk kecil sambil menguyah mee hoon di dalam mulutnya.

Auntie Solehah memandang Lysa Lafisya. “Lysa dengan Bulat dah okey?”

Lysa Lafisya menelan air liur. “Maksud auntie?”

“Yelah… kamu berdua dah tak gaduh-gaduh lagi ke? Semalam auntie tengok macam dah okey je. Bulat siap angkatkan beg Lysa lagi,” kata Auntie Solehah bersama senyuman mengusik.

Lysa Lafisya cuba menahan debar yang tiba-tiba saja datang. “Kami dah mula jadi kawan. Dah tak bermusuh macam dulu,” jawab Lysa Lafisya jujur.

“Baguslah tue… Langkah pertama…,” usik Auntie Solehah.

“Err, auntie… kenduri tu malam ke?” Lysa Lafisya terus menukar topik.

“Hmm… Lepas Isyak. Auntie jemput saudara mara je… Jiran-jiran auntie dah jemput dulu. Malam ni kenduri untuk kaum kerabat je.”

Lysa Lafisya mengangguk perlahan. “Ohh.. Auntie masak apa malam ni? Bolehlah Lysa tolong auntie.. Tadi kan tak sempat.”

“Eh, tak payah susah-susah. Auntie pakai catering je,” balas Auntie Solehah.

“La…. tak dapat tolong lagi.”

Auntie Solehah hanya senyum mendengar respon Lysa Lafisya. Dia suka sikap Lysa Lafisya. Orangnya pun comel. Dalam hati, dia selalu berdoa Rafeeqi dan Lysa Lafisya tidak bercerai.


Setelah sarapan, Auntie Solehah meminta diri untuk mengejutkan suaminya. Lysa Lafisya pula mengambil peluang untuk mengambil angin di pantai. Waktu itu, matahari sedang naik. Terpukau Lysa Lafisya melihat panaroma di hadapannya. Cantik sekali.

Sesekali mata Lysa Lafisya memandang rumah Auntie Solehah. Dia sangat mengkagumi seni reka rumah itu. Sungguh menarik. Yang paling Lysa Lafisya suka ialah kolam renang. Macam kolam renang dekat five star hotel saja. Kaya sungguh Auntie Solehah.

Kemudian, matanya beralih pula pada rumah di sebelah rumah Auntie Solehah. Rumah itu cantik juga. Simple tapi menarik. Sewaktu dia leka memerhati rumah itu, matanya terpandangkan seorang mat saleh sedang baca buku di bawah gazebo. ‘Rumah mat saleh rupanya. Mat saleh pun tinggal kat sini ke?’ Lysa Lafisya monolog sendirian.

Matanya memandang laut semula. Walaupun matahari sudah naik, Lysa Lafisya masih mahu duduk di situ. Rasanya, sudah lama dia tidak ke pantai. Biarlah dia berlama di situ.

“Hello…”

Lysa Lafisya menoleh ke kanan sambil mendongak. Mat Saleh tadi sedang berdiri di sebelahnya sambil memandangnya.

“Yeah… Hello….,” ucap Lysa Lafisya sedikit bingung. Pelik pula tiba-tiba mat saleh tadi menegurnya.

Tanpa sebarang kata, mat saleh tadi duduk di sebelah Lysa Lafisya. Lysa Lafisya hanya mampu memandang.

“I’m Andrew.” Mat saleh itu memperkenalkan diri. “You live in that house?” soal Andrew sambil menunding ke rumah Auntie Solehah.

“No… It’s my aunt’s house…”

“Owh… Nice house… What’s your name?”

Lysa Lafisya cuba berlagak biasa. Hatinya sedikit berdebar bila lelaki bangsa asing ini menegurnya. “Lysa…”

“So, where are you from?”

“Lysa…,” panggil satu suara yang cukup Lysa Lafisya kenali.

Lysa Lafisya terus berpaling ke belakang. Rafeeqi sedang menghampirinya. Andrew memandang ke arah Rafeeqi. Lysa Lafisya terus bangun dari duduknya begitu juga Andrew. Rafeeqi menghulurkan senyuman.

“Hey, Feeq, what are you doing here?” soal Andrew.

Lysa Lafisya terpinga-pinga. Dia memandang Rafeeqi dan Andrew yang sedang berbalas senyuman.

“As usual… Visit my aunt…”

Andrew menganggukan kepalanya. “So, this is your sister?” Andrew memandang Lysa Lafisya.

Rafeeqi tergelak kecil. “She’s my wife.”

“What? You’re married? Congratulation…. She’s beautiful.. You’re lucky, man,” kata Andrew sambil menumbuk lembut bahu Rafeeqi.

Rafeeqi tersengih. “I know… By the way, thanks…”

Andrew senyum segaris. “Okay, dude… I gotta go. See you later.”

Rafeeqi mengangguk. Andrew terus meninggalkan Lysa Lafisya dan Rafeeqi. Lysa Lafisya memandang Rafeeqi. Dia masih bingung.

“Dia kawan kau?”

Rafeeqi mengangguk. Kemudian, dia melabuhkan punggung di atas pasir. Lysa Lafisya kembali duduk di tempat tadi.

“Mana kenal?”

Rafeeqi memandang Lysa Lafisya. Keningnya terjongket sedikit. “Kenapa? Dah terpikat ke? Tahulah dia tu handsome… Mata coklat hazel…”

Lysa Lafisya ketawa halus. Lucu pula apabila Rafeeqi kata dia sudah terpikat pada Andrew. “Merepeklah kau ni…”

“Eleh…. bukan main seronok lagi kau berbual dengan dia tadi,” cebik Rafeeqi.

‘Erk? Seronok apanya? Aku berbual sekejap je dengan si Andrew tu. Tak sampai lima minit. Gelak pun tak ada. Itu yang Feeqi kata seronok?’ fikir Lysa Lafisya dalam hati.

Lysa Lafisya tersengih tiba-tiba. “Oh… kau jealous eh...,” usik Lysa Lafisya bersama tawa kecil.

Rafeeqi mengerutkan dahinya. Jari telunjuk ditunding ke dirinya sendiri. “Aku? Aku jealous? Huh… buang masa je…”

Lysa Lafisya hanya ketawa. Dia sengaja bergurau tadi. Dia tahu lelaki itu tidak mungkin akan cemburu.

“Nak jalan mana-mana tak?” soal Rafeeqi setelah Lysa Lafisya berhenti ketawa.

“Jalan ke mana?”

“Around Melaka. Kau tak nak ke?”

Lysa Lafisya berfikir sebentar. “Tak apa ke? Hari ni mesti ramai saudara-mara kau datang.”

“Lah… Chill okey… Auntie Solehah pun tak kisah bila aku kata nak bawa kau jalan. Dia tu sporting tau.”

“Hmm, yelah… Pukul berapa nak pergi?”

“Sekaranglah. Dah, pergi siap.”



PEMANDANGAN dari Kota A’Famosa sungguh memukau Lysa Lafisya. Batu tinggalan sejarah yang ada di situ menarik minatnya. Dari satu ke satu tempat dia jelajahi. Walaupun dia pernah ke sini satu masa dahulu, tetapi dia masih lagi teruja umpama ini pertama kali dia menjejakkan kaki ke Kota A’Famosa.

Rafeeqi hanya mengikut Lysa Lafisya dari belakang. Sesekali, dia menangkap gambar gadis itu menggunakan kamera DSLRnya. Hatinya berasa lucu melihat telatah Lysa Lafisya. Sesekali dia tersenyum.

Setelah puas meninjau setiap sudut, Lysa Lafisya akhirnya duduk di tembok berdekatan. Dia memandang Rafeeqi yang sedang mengambil gambar. Tidak lama kemudian, Rafeeqi duduk di sebelahnya.

“Banyak tangkap gambar?” soal Lysa Lafisya sambil memandang Rafeeqi.

Rafeeqi mengangkat sedikit bahunya. “Bolehlah…”

“Kau selalu ke sini ke?”

“Hmm… kat sini berangin. Best sikit. Lepas tu, ramai pelancong. Itu yang lagi seronok,” ucap Rafeeqi selamba.

Lysa Lafisya mengerutkan dahinya. “Kenapa pulak?”

Rafeeqi senyum lebar. “Boleh cuci mata. Banyak awek cun….,” gurau Rafeeqi.

“Hisy, gatalnya mamat ni….”

Rafeeqi hanya ketawa mendengar kata Lysa Lafisya. Seketika, keadaan menjadi sunyi. Lysa Lafisya leka melihat ragam pelancong yang datang ke situ. Rafeeqi pula sibuk membelek kameranya.

Lysa Lafisya menarik nafas dalam, kemudian dia memandang Rafeeqi. “Banyak-banyak tempat yang ada kat Melaka ni, kenapa kau bawa aku ke sini?” soal Lysa Lafisya ingin tahu.

Rafeeqi memandang Lysa Lafisya sekilas. “Kenapa kau tanya? Kau tak suka pergi sini ke?”

“Tak adalah… saja je nak tahu.”

Rafeeqi mengantungkan kameranya ke leher. Wajah Lysa Lafisya dipandang. “Mestilah aku bawa kau ke sini. Kalau kau datang Melaka, tempat yang wajib kau pergi, Kota A’Famosa lah… Sebab inilah lambang negeri Melaka. Kalau kau pergi Melaka tapi tak datang sini, sia-sialah. Ada faham?”

Lysa Lafisya tersenyum kecil. “Okey, okey… aku faham.. So, lepas ni, kau nak bawa aku pergi mana?”

Rafeeqi memandang jam dipergelangan tangannya. “Kita lunch dululah. Lepas tu, aku bawak kau ke Bandar Hilir. Kita naik beca round Melaka. Okey tak?”

“Aku tak kisah. Kau kan leader. Aku ikut je.”

“Good girl. Kan bagus macam ni selalu. Kau ikut je cakap aku. Jomlah… aku bawa kau makan kat restoran favourite aku.”

Lysa Lafisya dan Rafeeqi sama-sama menuruni tangga. “Melaka dah lain. Dulu, waktu aku datang, mana ada mall Dataran Pahlawan. Yang ada, Mahkota Parade je. Menara Taming Sari pun tak ada.”

“Biasalah… Melaka dah maju,” komen Rafeeqi.

Lysa Lafisya hanya mengangguk. Dia mengikuti langkah Rafeeqi, menuju ke kereta. Sewaktu mahu melintas, tiba-tiba saja tangan Rafeeqi memegang tangannya. Lysa Lafisya sedikit tersentak. Spontan, dia memandang Rafeeqi.

“Banyak kereta. Bahaya sikit nak lintas,” jelas Rafeeqi.

Lysa Lafisya hanya mengangguk faham. Jantungnya tiba-tiba berdegup lebih laju. Namun, Lysa Lafisya cuba mengawal dirinya.


SETELAH PUAS MENJADI PELANCONG, meronda bandar Melaka, akhirnya Rafeeqi dan Lysa Lafisya pulang ke rumah Auntie Solehah. Masing-masing kepenatan. Waktu mereka tiba di rumah Auntie Solehah, Mak Ngah dan Mak Lang sudah pun sampai. Begitu juga dengan Mak Long dari Sarawak.

Lysa Lafisya terus beramah mesra dengan keluarga besar Rafeeqi. Rafeeqi pula meminta diri untut tidur di bilik. Penat lah tu. Lysa Lafisya cuba melayan mak saudara Rafeeqi sebaik mungkin. Mak Long banyak bertanya tentang hubungan Lysa Lafisya dan Rafeeqi. Maklumlah, waktu majlis perkahwinan mereka, Mak Long tak dapat datang. Soalan demi soalan dari Mak Long, serba sedikit membuat Lysa Lafisya sukar bernafas. Mujur Auntie Solehah menyelamatkannya.

Sedang mereka berbual, Tan Sri Hasyim dan Puan Sri Maziah pula sampai. Makin riuh rumah Auntie Solehah dibuatnya. Masing-masing jarang berjumpa. Bila dah jumpa, macam-macam cerita yang keluar. Lysa Lafisya hanya mendengar.

Setelah lama berbual, masing-masing mengundur diri. Ada yang mahu melayan anak mereka mandi di laut, ada yang mahu berehat, dan ada juga yang mengambil angin di pantai. Lysa Lafisya duduk di tepi kolam renang bersama anak Auntie Solehah, Syafiqah dan Adila.

“Ika belajar kat UM ke?” Lysa Lafisya sekadar beramah mesra dengan Syafiqah yang dipanggil Ika.

Syafiqah mengangguk. “Mana akak tahu? Mak cakap eh?”

“Yelah… Auntie yang cakap. Ambik course apa?”

“Law…”

Tiba-tiba Adila menjerit. “Yeah, yeah… Abang Bulat dah turun…” Adila terus menuju ke Rafeeqi. Lysa Lafisya hanya memandang mereka.

“Nak mandi kolam dengan Abang Bulat lah tu. Dila tu memang suka berenang dengan Abang Bulat,” ucap Syafiqah.

Lysa Lafisya tersenyum. “Ika tak nak berenang ke?”

“Malaslah kak.”

Lysa Lafisya memandang ke arah Rafeeqi dan Adila yang sudah pun berenang di kolam. “Dila tu Form berapa?”

“Form Five kak… Tahun ni SPM.”

Lysa Lafisya sekadar mengangguk. Dia leka melihat Rafeeqi dan Adila yang sedang berenang.

“Kalau akak nak tahu, dorang berdua tu suka main air. Lagi-lagi Abang Bulat. Dulu, kat rumah lama Ika, mana ada kolam renang. Dia pun bawa si Dila tu ke hotel. Semata-mata nak berenang. Sekarang ni, senanglah dorang. Dah ada kolam. Mak pernah cerita… Abang Bulat tu kan, dari kecik lagi suka main air. Sama je dengan Dila tu. Mak kata perangai dorang sama. Waktu mak mandikan dorang dalam besen, dorang tak nak keluar. Sengaja dorang beratkan badan,” kata Syafikah dengan penuh semangat.

Lysa Lafisya tersenyum nipis. “Abang Bulat tu memang rapat dengan keluarga Ika, ya?”

Syafiqah angguk laju. “Memang pun. Kadang-kadang Ika jealous tengok mak layan Abang Bulat lebih-lebih. Tapi tu dululah… Masa kecik-kecik. Sekarang dah besar. Tak ada maknanya nak jealous.”

“Lysa…,” panggil Rafeeqi bersama senyuman di bibirnya.

Lysa Lafisya menoleh, memandang Rafeeqi yang sedang melambai-lambai ke arahnya.

“Sini jap,” arah Rafeeqi.

“Pergilah kak… Abang Bulat panggil tu,” kata Syafiqah.

Nak tak nak, dia terpaksa pergi juga. Dia mengangkat punggung, kemudian menuju ke arah Rafeeqi yang berada di tebing kolam.

“Tak nak berenang ke?” soal Rafeeqi setelah Lysa Lafisya sudah berada di depannya.

“Hisy, tak naklah.”

“Alah, kak.. jomlah… best tau,” sampuk Adila.

Lysa Lafisya memandang Adila sambil menghadiahkan senyuman nipis. “Tak apalah Dila. Dila berenang dengan Abang Bulat je.”

Rafeeqi membeliakkan matanya apabila mendengar Lysa Lafisya memanggilnya Abang Bulat. “Pardon!”

Lysa Lafisya memandang Rafeeqi semula. Keningnya ternaik sedikit. “Hah?”

“What did you call me?”

Lysa Lafista tertawa kecil. “Abang Bulat.”

Rafeeqi membelikkan matanya. “Lysa Lafisya!”

“Ya, ada apa Bulat?” usik Lysa Lafisya lagi.

Rafeeqi cuba menyabarkan dirinya. Lysa Lafisya hanya ketawa melihat Rafeeqi yang sedang menahan geram.

“Angkat aku… Aku nak naik,” ucap Rafeeqi tanpa menghiraukan gelakan dari Lysa Lafisya.

Lysa Lafisya mencebik. “Naiklah sendiri.”

“Hulurkanlah tangan kau tu. Tolong aku jap,” pinta Rafeeqi perlahan.

Lysa Lafisya mengeluh kecil. “Mengada-ngada.” Tangannya dihulur untuk membantu Rafeeqi naik ke atas.

Rafeeqi tersenyum nakal. Dia menyambut huluran gadis itu dan dengan sepenuh tenaga dia menarik gadis itu ke kolam. Giliran dia pula menggelakkan Lysa Lafisya yang sudah pun jatuh ke kolam. Adila dan Syafiqah turut ketawa sama.

Lysa Lafisya mengangkat wajahnya. Mukannya diraup beberapa kali. Terhenti tawa Rafeeqi apabila melihat Lysa Lafisya tanpa tudung. Dia seakan terpukau. Pertama kali dia melihat rambut gadis itu. Rafeeqi mendekati Lysa Lafisya.

Lysa Lafisya masih meraup mukanya. Tiba-tiba, dia perasan tudung sarungnya sudah tertanggal. Matanya terus mencari tudungnya. Ah, kat hujung tu. Lysa Lafisya terus bergerak, ingin mendapatkan tudungnya.

“Stop! Jangan gerak,” kata Rafeeqi.

Lysa Lafisya memandang Rafeeqi. Hatinya tiba-tiba berdebar apabila melihat renungan tajam dari lelaki itu. Dia terkaku di situ. Rafeeqi semakin mendekat. Mata mereka saling bertentangan. Lysa Lafisya menelan air liurnya. Dia mahu mengalihkan pandangannya namun dia tidak mampu. Tiba-tiba, dia merasakan tangan Rafeeqi sedang mengelus rambutnya.

“Hah! Abang Bulat jangan nak buat adegan 18sx kat sini ya. Dila tengok tu,” kata Syafiqah.

Lysa Lafisya dan Rafeeqi tersentak. Mereka bagaikan baru tersedar. Masing-masing terus menjauh. Wajah Lysa Lafisya sudah bertukar merah. Dia cuba menenangkan dirinya. Dia berpura-pura ketawa. “Hisy, tengok ni apa kau dah buat? Habis tercabut tudung aku. Baju aku pun dah basah,” rungut Lysa Lafisya sambil mengambil tudungnya yang terapung di permukaan air. Terus disarung ke kepala.

Rafeeqi menelan air liur. Dia juga cuba berlagak tenang. Bibirnya dicebik. “Padan muka! Siapa suruh panggil aku Bulat.”

Lysa Lafisya menjuihkan bibirnya. “Dahlah.. aku nak keringkan baju aku ni. Marah pulak Auntie Solehah kalau aku masuk basah-basah macam ni.”

Rafeeqi hanya membiarkan Lysa Lafisya yang sudah keluar dari kolam renang. Dia cuba mengawal getar di dadanya.

“Dila… abang nak pergi pantai,” beritahu Rafeeqi.

Rafeeqi terus keluar dari kolam. Dia menjeling Lysa Lafisya yang sedang duduk di kerusi rehat di tepi kolam. Gadis itu menggigil kesejukan. Kesian pula Rafeeqi melihat Lysa Lafisya yang menggigil itu.

Lysa Lafisya cuba menahan kesejukan. Dia memeluk tubuh. Kotak fikirannya masih terbayangkan insiden di kolam renang tadi. Hatinya masih berdegup kencang. Tiba-tiba, badannya dibalut dengan tuala. Lysa Lafisya terus mendongak. Rafeeqi sedang memandangnya. Air liur terus ditelan. Makin berdebar Lysa Lafisya saat itu.

“Sorry, buat kau menggigil.”

Rafeeqi terus berlalu pergi. Kakinya menuju ke pantai. Perlahan-lahan dia duduk di atas pasir. Wajahnya diraup berkali-kali. ‘Ya Allah! Apa yang aku buat tadi?’


MALAM ITU, kenduri dimulakan dengan Solat Isyak secara berjemaah. Uncle Shah yang menjadi imam. Setelah solat Isyak, majlis diteruskan dengan bacaan Yaasin serta doa. Selepas itu, barulah mereka menjamah makanan yang disediakan oleh Rafael Catering.

Lysa Lafisya memandang suaminya yang sedang berbual dengan saudaranya. Hatinya mengaku bahawa malam itu Rafeeqi tampak begitu tampan dengan baju Melayu yang berwarna ungu lembut.

“Lysa,” panggil Puan Sri Maziah.

Lysa Lafisya menoleh ke belakang. Senyuman dihadiahkan buat ibu mentuannya. “Ya, mummy.”

“Marilah duduk sebelah mummy. Dah lama tak berbual dengan Lysa.”

Lysa Lafiysa akur. Dia duduk di sebelah Puan Sri Maziah. “Daddy mana?”

“Ada kat luar. Minum kopi dengan pak cik-pak cik kamu. Lysa balik esok ke?”

“Hmm… Feeqi yang nak balik esok. Mummy tidur sini ke?”

Puan Sri Maziah senyum segaris. “Esok daddy ada appointment dengan kawan dia. Nak main golf. Terpaksa balik malam ni. Kejap lagi, mummy balik lah.”

Lysa Lafisya mengangguk perlahan. Peha Lysa Lafisya disentuh Puan Sri Maziah lembut. “Hari tu, Lysa accident ya?”

Lysa Lafisya terkedu. Mana Puan Sri Maziah tahu? Puan Sri Maziah tersenyum melihat respon menantunya.

“Umi Lysa yang beritahu umi… Pagi tadi, mummy ke sana. Kenapa Lysa tak bagitahu kami?”

“Sorry, mummy… Lysa cedera sikit je. Tak teruk pun. Lysa tak naklah susahkan mummy dengan umi,” jelas Lysa Lafisya.

“Perkara dah lepas Lysa… Si Feeqi pun tak bagitahu mummy. Lain kali jangan buat lagi, tau.”

Lysa Lafisya mengangguk. Tan Sri Hasyim muncul di sebalik pintu, mengajak Puan Sri Maziah pulang. Waktu itu, ramai juga tetamu yang beransur pulang. Maklumlah, jam sudah menginjak ke angka 11.

Lysa Lafisya dan Rafeeqi menghantar Puan Sri Maziah dan Tan Sri Hasyim ke kereta.

“Mummy balik dulu,” kata Puan Sri Maziah.

Rafeeqi menyalam tangan mummy dan daddynya. Lysa Lafisya turut menyalam tangan kedua-dua mentuanya.

“Hati-hati bawa kereta esok, Feeqi,” pesan Tan Sri Hasyim.

“Yelah daddy. Daddy pun… hati-hati drive. Dah malam ni.”

Kemudian, Tan Sri Hasyim dan Puan Sri Maziah meloloskan diri mereka ke dalam perut kereta. Beberapa minit kemudian, kereta mereka meluncur laju meninggalkan rumah Auntie Solehah.

Rafeeqi memandang Lysa Lafisya. Ada perkara yang ingin diucapkan. Lysa Lafisya membalas pandangang lelaki itu. Keningnya ternaik sedikit seolah-olah bertanya kenapa?

“Err… Lysa… malam ni, kita kena tidur sebilik,” ucap Rafeeqi perlahan-lahan.

Berkerut dahi Lysa Lafisya. “Kenapa pulak?”

“Hmm, mak long dengan mak su tidur sini… Nanti, apa pulak kata mereka kalau kita tidur bilik asing.”

Lysa Lafisya berfikir sebentar. Tidak lama kemudian, dia mengeluh perlahan. “Hmm, yelah…”

“Don’t worry… Kau tidur atas katil. Aku tidur bawah.”

“Betul ni?” Lysa Lafisya meminta kepastian.

Rafeeqi mengangguk yakin.


LYSA LAFISYA masuk ke dalam bilik setelah membantu Auntie Solehah mengemas. Waktu itu, bilik sudah pun gelap. Hanya ditemani lampu tidur. Dia melihat Rafeeqi yang sudah lena di atas permaidani berlapikkan comforter.

Dia mengatur langkah ke bilik air. Ingin mengosok gigi dan mencuci mukanya yang dirasakan melekit. Beberapa minit kemudian, dia keluar dari bilik air. Badannya terus dihempaskan ke atas tilam. Lega rasanya. Penat sungguh dia hari ni.

“Lysa…”

Belum tidur lagi rupanya si Feeqi ni, omel hati Lysa Lafisya. “Hmm..”

“Thanks…”

“Untuk apa?”

Rafeeqi terdiam sebentar. “Sebab berlakon depan keluarga aku.”

Lysa Lafisya mengetap bibir perlahan. “Hal kecik je.”

Suasana kembali hening. Lysa Lafisya merenung siling. Fikirannya melayang entah ke mana.

“Err, Lysa…,” panggil Rafeeqi lagi.

“Hmm…”

“Kau dah tidur ke?” soal Rafeeqi perlahan.

“Hmm…” Hanya itu saja yang mampu keluar dari mulut Lysa Lafisya. Entah kenapa malam ini dia rasa lain. Rasa macam ada sesuatu. Hatinya sedikit berdebar. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Nak kata sebab sebilik dengan Rafeeqi, macam tak pernah pula dia tidur sebilik dengan lelaki itu.

“Selamat malam,” ucap Rafeeqi.

“Selamat malam,” balas Lysa Lafisya.


28 comments:

umi kalsom said...

terima kasih untuk entry yg panjang ni... ;)

dah ada bunga2 dalam jiwa lysa n feeqi... cpt2 la jatuh suka... jatuh cinta. =)

Miezan Lieyna said...

hehe.. best nyerr cite neyhh.. sambung la cpet yeah.. hehe.. :)

Miezan Lieyna said...

hehe.. best nyeerr cite neyhh.. cpat smbg yeah.. hehe.. :)

idA said...

thanks 4 d E3..mmg menunggu cerita ni sebelum tidur. Bestnya E3 kali ni..ada bunga romantik disini..da jatuh cinta ka mamat tu kat Lysa..rasanya mamat tu tgh menganyam mimpi bersama Lysa walaupun tak tidur sekatil tapi sebilik..ini permulaan yg sungguh baek buat mrk..

blinkalltheday said...

wahh,best2...cepat feeqi kejar leesa

I atieQah Nur I said...

ada update :)

siokk nyerr.

YONG JIAO XIU said...

wah bagus...perkembangan yg amat baik. igt td andrew nak tackle lisa dah. hehehe.
mmg tak akan dpt kai ilham la lisa ni ye. huhuhuhu cian ilham.

aya said...

i like~~~

Anonymous said...

Wah,nmpaknye Feeqi dh mula suka kt Lysa.Next3...

Anonymous said...

wahhh,satu perkembangan yg baik nihhhh!!
nk lg! nk lg

roshayatie said...

bestnyer baca n3 nie...walaupun pjg tp still xpuas ag kot hehehe...
xsbar tgu new n3 ;)

Ema Emaharuka said...

HeEe so sweet...
Perkembangan yg baik buat Feeqi..
Next kak;)

Anonymous said...

Best yer n3 yg ni,.
Romantiz n sweet sangat..
Hehehehe

Rohaida Rahman said...

lorrrrr 'selamat malam' jer hmmmmm, tapi xpe, kira bagus dah ni klu nk banding masa awal2 dulu....
dah ada feeling 'dlm hati ada taman' ni, suka suka!!!... tq zuera...

Seorg wanita... said...

Best! Seronok bacer sbb relationship bet Lysa & Abg Bulat makin ok dan comel... :-)

Mmg sesuai sungguh depa ni g bercuti d Melaka...makin close...makin wangi bunga2 di taman hati.. :-)

sitinor said...

zuera, buleh ari nie bg n3 lebih cikit... best gile cite x sabor nak baca.

lg2 ye zuera

sitinor said...

cpt la smbg, zuera bgi n3 byk2 cikit, x sabor nie nuggu

cik n.haliban said...

huwah....bab swiming pool ske!

tapi x leh byg camne tudung dia boleh tercabut. hehe....

nursya said...

adeh...
rafeeqi da tangkap cintan ngn lysa yek...
hahaha...
x sbr tggu dorg nie bcinta lak..

Anonymous said...

best nyer....
rafeeqi dah mula suka lysa....tak sabar nak tunggu n3...

Anonymous said...

citer ni best sngt..cepat sambung..
nk bca lagi..

Anonymous said...

best citer nie.. cpt la smbung..
x sabar nk bce...

wardahmedina said...

Nak lagi! Nak lagi!

Anonymous said...

bile nak sambung ni...x sabar rsenye...

nabilah said...

bile nak sambung ni .. xsabar !!!

chipChip92 said...

wahhh~ bestnyee~~~ :)

cikasutinggi said...

bila nak sambung ni...huhuhu..best giler..baru la ada feel nk baca... best giler...

arai said...

bila nak sambung......best giler....x sabar nk bc