Sunday, May 15, 2011

Musuhku, Suamiku 1


Sebaik saja melangkah masuk ke dalam apartment milik Rafeeqi, Lysa Lafisya terus melabuhkan punggungnya di sofa yang bewarna hitam. Matanya meliar memandang seni hias rumah musuh utamanya, Rafeeqi. ‘Cantik,’ pujinya dalam hati.

Rafeeqi mencampakkan songkok di atas kepalanya tanda protes. Dia memandang Lysa Lafisya dengan pandangan yang cukup tajam. Kalau ikutkan hati dia, mahu saja dia bunuh perempuan yang sudah menghancurkan hidupnya itu.

“Puas hati kau sekarang? Tak pasal-pasal aku kena kahwin dengan kau,” herdik Rafeeqi. Baru sekarang dia berkesempatan meluahkan rasa sakit hatinya. Baru sekarang mereka berdua-duaan. Barulah mudah untuk dia melampiaskan marahnya.

Lysa Lafisya sedikit tersentak. Dia terus memandang Rafeeqi. Dia cuba menenangkan dirinya. “Aku pulak yang salah? Bila masa aku nak perangkap kau?” Lysa Lafisya cuba mempertahankan dirinya.

Rafeeqi mengangkat jari telunjuknya, ditundingkan pada wajah Lysa Lafisya. Apa nak jadi, jadilah. Malam ni dia akan lepaskan kemarahannya pada perempuan murahan yang bernama Lysa Lafisya.

“Hey perempuan, apa yang kau letak dalam minuman aku hah? Macam mana aku boleh ada dalam bilik kau? Kau memang nak perangkap aku kan? Apa motif kau, ah? Kau nak harta aku? Huh, dasar anak yatim piatu… Lesbian pulak tu,” jerkah Rafeeqi.

Terbeliak mata Lysa Lafisya mendengar tuduhan tak berasas dari Rafeeqi. Dirinya bagai dipukul tatkala mendengar bibir Rafeeqi lancang menghinanya. “Cakap biar elok sikit eh. Nak tuduh aku pulak. Hey, kau ingat aku ni nak sangat kahwin dengan kau ke? Tak ingin aku! Kau lelaki yang paling aku benci kat dunia ni. Aku tak pernah bermimpi nak kahwin dengan lelaki biadap macam kau. Kau yang masuk bilik aku… sekarang kau nak tuduh aku. Sebenarnya kau yang nak perangkap aku kan? Kau berdendam dengan aku kan?”

Giliran Lysa Lafisya pulak membidas kata-kata Rafeeqi. Berombak dadanya menahan marah. Dari duduk dia terus berdiri. Ah, dia tak boleh benarkan Rafeeqi menuduhnya. Dia harus mempertahankan dirinya.

“Berlakon pulak kau eh? Eh, Lysa… kau jangan ingat aku terpedaya dengan lakonan kau ni eh…. Aku tak percaya langsung. Kau memang sengaja nak perangkap aku. Dasar perempuan murahan!”

“Apa masalah kau ni? Aku pun tak nak benda ni jadi tau. Asal kau masuk bilik aku? Bilik kau kan ada? Kau ingat aku nak ke kena tangkap khalwat? Aku ni perempuan. Dah tu dengan kau. Tak ingin aku, tahu tak!”

Lysa Lafisya melepaskan segala rasa terkilannya. Ingat senang ke nak terima semua ni. Semuanya berlaku terlalu pantas. Dia ditangkap khalwat bersama Rafeeqi dan dia dipaksa berkahwin dengan Rafeeqi untuk menjaga maruah keluarga lelaki itu. Tak pernah terlintas di fikirannya dia akan berkahwin dengan Rafeeqi. Dia amat bencikan lelaki itu. Malah mereka memang musuh dari azali lagi. Sejak mereka di universiti lagi.

Rafeeqi merenung Lysa Lafisya tajam. “Kau tak payah nak berpura-pura baiklah Lysa. Hipokrit! Kalau kau tak nak kahwin dengan aku, aku… aku seribu kali tak ingin beristerikan perempuan macam kau. Perempuan yang suka kaum sejenis. Nabi tak mengaku umat tahu tak. Buat apa kau pakai tudung kalau kau tu lesbian. Geli aku beristerikan lesbian macam kau.”

Pang!!

Lysa Lafisya sudah tidak dapat menahan amarahnya. Dia tak suka bila orang menuduhnya lesbian. Dia bukan lesbian.

Merah wajah Rafeeqi. Tangan kanannya memegang pipi kirinya, yang ditampar oleh Lysa Lafisya. Rafeeqi mula hilang kawalan. Dia pegang pipi Lysa Lafisya kasar dan kuat.

“Kau tampar aku? Kau tampar aku eh lesbian? Apa hak kau tampar aku, hah? Kurang ajar!!” jerkah Rafeeqi lebih kuat.

Pipi Lysa Lafisya terus ditampar kuat sehingga gadis itu jatuh terjelepok di atas pemaidani. Tak cukup dengan itu, Rafeeqi menendang perut Lysa Lafisya. Pipi Lysa Lafisya ditampar lagi sekuat hati. Berulang kali pipi mulus Lysa Lafisya ditamparnya sehinggakan berdarah mulut gadis itu.

“Perempuan murah! Lesbian! Berani betul kau tampar aku. Rasakan penangan aku sekarang. Padan muka kau.” Ditendangnya lagi badan Lysa Lafisya. Rafeeqi benar-benar sudah hilang kawalan. Sejahat-jahat dia, dia belum pernah berkasar dengan perempuan. Tetapi hari ini dia telah menjadi lelaki yang tidak berperikemanusian.

Lysa Lafisya mula mengerang kesakitan. Dia harus melawan. Tidak boleh biarkan Rafeeqi mengasarinya. Sewaktu Rafeeqi ingin menamparnya buat kali ke berapa, dengan pantas Lysa Lafisya menghalangnya. Kuat tangannya mencengkam lengan Rafeeqi. Lalu, lengan itu dipulas ke belakang. Badan Rafeeqi ditolak jatuh ke lantai. Lysa Lafisya terus berdiri walaupun badannya terasa lemah.

Puas hati Lysa Lafisya apabila Rafeeqi tewas ditangannya. Jangan ingat dia perempuan, dia lemah. Lysa Lafisya merupakan pemengang tali pinggang hitam tae kwan do tau.

“Dah puas hati kau kerjakan aku? Sakit tahu tak? Aku baru tampar kau sekali… Yang kau over pukul aku tu kenapa? Ingat badan aku ni tak rasa sakit ke? Sampai berdarah bibir aku. Dasar jantan tak guna!” Lysa Lafisya melepaskan geramnya.

“Lepaskan aku lah! Kurang ajar kau lesbian!” marah Rafeeqi.

“Apa kau cakap? Kau ulang lagi sekali?”

Rafeeqi mendengus. Ingat dia takut ke? “Aku kata lesbian! Lesbian! Lesbian!” Sengaja Rafeeqi menguatkan suaranya.

Lysa Lafisya mengetap bibirnya geram. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia cekik-cekik lelaki biadap ni. Nafas ditarik dalam dan dihela perlahan-lahan.

“Aku nak kau ceraikan aku! Ceraikan aku! Aku tak nak jadi isteri kau! Aku benci kau!!” pinta Lysa Lafisya kuat.

Dengan sepenuh tenaga Rafeeqi memusingkan badannya sekali gus membuatkan badannya berada di atas Lysa Lafisya. Kedudukan mereka sungguh dekat sehinggakan Lysa Lafisya dapat merasakan nafas suami yang baru saja dinikahi. Mata mereka saling bertentang.

“Aku tak akan ceraikan kau. Tak akan! Kau jangan bermimpi aku akan ceraikan kau. Kalau aku ceraikan kau, daddy tak akan bagi aku sesen pun harta dia. Faham! Ini yang kau nak kan? You start the game and I’ll finish it. Aku akan buat hidup kau macam neraka.”

Rafeeqi terus bangkit. Kakinya terus melangkah ke biliknya. Pintu dihempas kuat.

‘Mati kau Lysa Lafisya. Aku akan buat kau merana sebab perangkap aku! Tak pasal-pasal aku kena kahwin dengan kau,’ rungut Rafeeqi di dalam hati.

Lysa Lafisya menghela nafas berat. Dia turut bangkit dan melabuhkan punggungnya di sofa. Badannya terasa sengal sana sini. Bibir turut terasa perit.

‘Bengong betul mamat gila tu. Sakit pipi aku ditamparnya. Dia yang masuk bilik aku. Disebabkan dia, kami ditangkap khalwat. Dan aku yang jadi mangsanya. Kemudian, dia menuduh aku lesbian pulak,’ omel Lysa Lafisya pula.

Hati Lysa Lafisya masih panas dengan pertengkaran tadi. Hati siapa yang tak geram. Sakit hatinya mendengar tuduhan dan hinaan dari Rafeeqi. Rasanya, jika perempuan lain berada di tempatnya sekarang, pasti saja perempuan itu akan menangis. Tapi tidak dia. Lysa Lafisya tak pernah menangis sejak pemergian kedua-dua ibu bapanya 15 tahun yang lalu.

‘Hai… kat mana pulak aku nak tidur malam ni? Si Rafeeqi tak cakap apa-apa pun. Dia tu memang lelaki tak guna! Apalah nasib aku terpaksa kahwin dengan dia,’ omel Lysa Lafisya dalam hati.

Lysa Lafisya membaringkan badannya di sofa. Terpaksalah dia tidur di sini. Fikirannya mula terimbau kembali kejadian dua hari yang lepas.


25 comments:

dyanzjha said...

teruskan:)

Anonymous said...

sangat menarik....x sbr nak tau pe yg akan terjadi lps ni...cpt2 la klrkan sanbungan cite ni ae...=)

umi kalsom said...

intro pun dah menarik minat. =)
cont...
hope u boleh bawa kelainan. sebab cerita mcm ni dh byk sgt.

good luck.

eija said...

menarik.... i like :)

YONG JIAO XIU said...

wah... cukup ...er cukup apa ya... cerita yang menarik sangat lah. brutal gila... tajuk pun dah menunjukkan kebrutalan nya. ha...tu la ayat yg aku nak cari tadi.. 'cukup brutal lah tajuk dia' sampai tak terkeluar dari otak aku nak comment pasal tajuk saja. hehehe. post bebyk ya cter ni. best tu. hmm gila r tendang prempuan cm tu, maunya mandul nanti kot. patutnya lysa tu tendang sampai mangkuk tu tak leh bangun. hehehe semangat nih nak mengomen. rasanya org first comment kot. 9min lps post.

ihaaz said...

suke3..

Anonymous said...

best2.. smbung lagi k... tp geram tol ngn rafeeqi tue.. ad ker ptut pkul pompuan.. x macho lgsung... huh!!!

azwin fitriah said...

thumbs up writer! best crite ni kalo sambung..hehe kalau boleh jadikan crite ni laen dr yg len.... juz komen.. ape2 pon..sy sokong!! hrp dpt smbung...

Hazzi said...

best! best! cepat sambung
keep writing=)

Anonymous said...

best!!!
cepatlah sambung ye..

zura asyfar said...

best3 lil sis...go go ~ lame tak jenguk blog bz sgt ni..hehe

afifah said...

best!!
jalan cerita yang menarik..tak sabar nak tahu apa sebenarnya yang dah jadi.. :)

ipkudcci said...

jln cite mcm trsngat best je....

ipkudcci said...

jln cite mcm trsngat best je....

Anis@Pie said...

BEST2 . cepat sambung lagi kak =D .

Anonymous said...

mcm best je.

aiRiNa_aiNuN said...

intro y menarik....
cpt2 smbg yer..

fard_kay said...

cam best je...
ok ok teruskan

Shamien said...

shuker3..nk ag sis!

miss yanie said...

citer bru...
nk lg...
post cpat2 ye...

Anonymous said...

ohhh..i love this...

cepat2 sambung...

itu_aku +_^zue said...

truskan la
:)

yuna said...

sngt menarik..teruskannya yea

cik aoi bulat said...

lama xmasok sini tgk2 dah ada citer baru.waaar.hepi2

aina aila said...

serius first time baca pun dah terasa nk thu penghabisan cite...menarik...<3