Monday, May 9, 2011

My-Bloody-Hell-Senior! 9

Tanganku laju menekan keyboard. Fikiranku cuba difokuskan untuk menyiapkan assignment Prof. Baharudin yang perlu dihantar minggu depan. Sesekali, aku berhenti menaip. Otakku cuba mencari idea untuk dicurahkan. Tanganku bermain pula dengan pen.

Tak boleh jadi ni. Baik aku cari buku yang prof. recommend hari tu. Aku terus bangun dan melangkah ke arah rak buku. Mujur aku berada di library. Senang sikit nak cari information. Setelah jumpa apa yang dicari, aku kembali ke tempatku. Aik, dah ada orang duduk kat meja aku? Tadi aku sorang je. Semak je lah. Meja lain banyak lagi yang kosong. Kenapa nak kongsi meja dengan aku? Tak ada privacy langsung.

Semakin dekat aku dengan mejaku, baru ku perasan identiti si penyemak itu. Nothing to surprise, it is Farhan. Hmm, dia ni memang mengekor aku je. Mula-mula aku rasa rimas jugak. Tapi bila dah lama-lama, aku dah biasa. Dah tak kisah dia nak mengendeng kat aku. Well, he is a good friend. Kadang-kadang dia kelakar, baik, tegas, caring, prihatin. Aku dah mula sukakan dia. Opps…. Not a boyfriend, girlfriend thing. Aku dah mula sukakan dia sebagai kawan. In fact, aku anggap dia macam abang aku. Maklumlah, aku anak tunggal. Bosan jugak tak ada adik beradik lain. So, apa salahnya aku anggap dia abang aku. Dia pun memang ada ciri-ciri abang mithali.

“Hai,” tegurku sambil melabuhkan punggungku.

Farhan yang sedang tekun melakukan kira-kira, mengangkat wajahnya. Dia senyum segaris. “Hai… kau buat apa?”

“Assignment. Subjek calculus ke?”

Farhan mengangguk.

Aku tidak meneruskan perbualan antara kami. Sekarang kan kami berada di library. Kalau nak borak, baik duduk luar. Lagipun, aku nak siapkan assignment aku ni. Aku mula memberi tumpuan pada kerjaku.

“Wei, kau tak nak balik ke? Library dah nak tutup ni,” tegur Farhan.

Aku menjeling jam di skrin laptop. A’ah, dah nak pukul 9. Hari biasa macam ni memang library tutup pukul 9. Aku terus mengemas meja yang bersepah dengan draft-ku. Laptop ditutup dan disimpan kemas di dalam beg galas.

“Jom makan,” ajak Farhan.

Aku menggelengkan kepalaku. “Tak naklah. Petang tadi dah makan burger. Kenyang lagi ni.”

“Kalau macam tu pekena roti tampal kat warung Pak Abu. Jom.” Kening Farhan sedikit terjongket.

Roti tampal? Sedapnya. “Jom… kau belanja.”

Farhan sudah senyum lebar. “Jom.”

Setengah jam kemudian, kami sudah pun sampai di warung Pak Abu. Roti tampal yang kami pesan pun sudah sampai. Apa lagi? Melantaklah. Wah, sedapnya. Mamamia. Dah lama rasanya aku tak makan roti tampal.

Farhan berdehem tiba-tiba. Aku memandangnya. Keningku ternaik sedikit. Dia macam nak cakap sesuatu tapi tak nak cakap pulak.

“Kau nak cakap something ke?” soalku.

“Hmm…. Siapa Eddie?”

Aku mengerutkan dahi. Itu ke soalannya? I mean… what? Kenapa susah sangat nak soal? Tanya jelah. And why he wants to know? Weirdo.

“Kan aku dah cakap hari tu… dia kawan aku.”

Farhan mengangguk kecil. “Kawan waktu sekolah?”

Aku geleng. “Nope… Baru je kenal.”

Farhan menyedut minumannya, lama. “Baru je kenal? Tapi macam dah lama je…”

“Eh?” soalku bersahaja.

Farhan tak menjawab soalanku. Dia kembali mengunyah roti tampalnya. Aku buat bodoh je. Cebisan roti tampal disuakan ke dalam mulutku.

“Kau ada apa-apa ke dengan dia?” tanya Farhan setelah makanannya habis.

La… aku fikirkan dah tamat perbualan kami pasal Eddie. “Apa maksud kau?” soalku pura-pura tak faham.

Farhan menyandarkan tubuhnya ke kerusi. “Well, korang macam ada something je.. I mean macam ada special relationship.”

“Owh…. kalau aku cakap ada, macam mana?” soalku, mataku tepat memandang mata Farhan.

Farhan mengalihkan pandangannya. Aku perasan dia sedang mengigit bibirnya. Aku senyum kecil. Entah mengapa, aku suka melihat reaksi dia yang macam ni. Comel. Aku tergelak sendiri.

“Well, congrats… At last kau dah jumpa penganti Syakir.”

Zap! Hatiku bagaikan disentap pabila nama Syakir disebut. Ah, mengapa Syakir masih memberi kesan padaku? Kenapa aku rasa sedih bila orang sebut nama dia? Dah lama kami berpisah tapi aku masih tidak boleh melupakan diri dia.

Aku menarik nafas dalam. “Tak ada siapa boleh ganti tempat dia!” kataku tegas.

Farhan merenungku. “Sorry,” ucapnya perlahan.

“S’ok…. Hmm, actually, aku dengan Eddie kawan biasa je. Tapi aku suka kawan dengan dia. He’s nice. Kelakar. Aku suka kawan dengan dia macam aku kawan dengan kau. He’s like brother to me. Dia suka apa yang aku suka. We have similarities. Buat masa ni, aku belum fikirkan lagi pasal cinta.”

“Aku dengan dia… mana lagi kau suka?”

Aku terdiam. Soalan jenis apakah ini? Perlukah aku jawab?

“Jawab je. Be honest. I’m okay with it,” kata Farhan.

“Well, since kau dah tanya… aku jawab eh… Aku lagi suka dia,” jawabku jujur.

Muka Farhan berubah sikit. “Kenapa?”

“Sejujurnya aku prefer dia dari kau sebab dia tak pernah sakitkan aku, tak pernah main-mainkan aku… dia faham aku.”

Farhan mendekatkan wajahnya. “Aku pernah main-mainkan kau ke? Aku pernah sakitkan hati kau ke?”

Perlahan-lahan aku mengangguk. “But it’s okay. Aku tak kisah. Aku faham… dah memang sikap kau macam ni… but sometimes I’m okay with your jokes, your games…and sometimes I can’t accept it.”

“Bila masa aku main-mainkan kau? Bila aku sakitkan hati kau? Aku nak tau…”

Aku gelak kecil. “Kau lupa ke? Dulu… kau cakap kau suka aku. Sikit punya serius kau cakap masa tu. Nasib baiklah aku ni tak mudah kena tipu… tak baik tau, kau main-mainkan perasaan orang. Kalau aku memang ada hati dekat kau, macam mana?”

Farhan menyelak rambutnya ke belakang. Dia membisu sebentar. “I’m sorry then…. But what if, aku betul-betul maksudkan apa yang aku kata tu?”

Terlepas tawaku. “Tengok? Kau masih nak kenakan aku… Stop it, dude…”

Farhan mengeluh. “Tapi aku betul-betul maksudkan kata-kata aku tu,” ujar Farhan perlahan.

Aku memandangnya. Cuba mencari kebenaran bicaranya. Whoa… he looks damn serious. Betul ke? Betul ke dia suka aku macam Lela, Izzi dan Eddie cakap?

Aku tarik nafas. “Okey, aku ada satu soalan. Kalau kau suka aku, siapa Syakila bagi kau?”

“Syakila tu kawan aku je.”

Aku ketawa sinis. “Kawan? Dia girlfriend kau. Sanggup kau cakap macam tu. Apa ni Farhan? Aku tak sangka kau macam ni.”

“Kalau itu yang jadi masalah bagi kau, aku akan putus dengan dia.”

Aku terus bangun. “Kau dah gila.”

Dan, aku terus berlalu dari situ. Tak guna betul si Farhan tu. Dia dengan Syakir tu sama je. Syakir tinggalkan aku sebab perempuan lain. Dan sekarang Farhan pulak. Nak tinggalkan Syakila sebab aku. Hah! Aku takkan buat Syakila rasa apa yang aku rasa. Rasa dianiaya. Takkan sama sekali.


10 comments:

Anonymous said...

kesian la pulak kat syakila tu...

Anonymous said...

kesian la pulak kat syakila tu...

Zuera said...

kesian kan kat Qila... isyh, x patut farhan buat cam 2.. hisy,hisy,hisy...

.:kiwi:. said...

terasa kagum sekejap bila Dira ckp dia xkn buat Syakila tu rasa ap yg dia rsa.. sntiasa pikir org lain... suka dgn org mcm ni. sbb slalunya org xkisah kt org lain pun ble dlm stuasi cmni.. huhu :)

YONG JIAO XIU said...

farhan ni teruk la...
hmm suka2, hehehe ramai tul org tak tdo ya. bagus2 teruskan mengarang sebab ramai peminat baca ni.

vanilla_ice said...

knp jd begini? and, knp farhan mcm tu? :(

Zuera said...

kiwi n yong jiao xiu, thx... ;)
asal dgn farhan ekh??

hmm, vanilla, jgnla sedey... da mmg sikap farhan. ahaks.mesti kau x suka farhan kan skrg nie? xpe, aku phm.

just KD said...

..nape dira msih xfhm yg farhan tu mmg suke gler kat die,ke die buat2 xfhm?...rase sian plak ngan farhan..

WIDAD IWANIE said...

Wah , best ceritanya .... kan bagus bila cerita ni diterbitkan jadi novel ..

WIDAD IWANIE said...

Best jalan cite nye .. kan bagus klau novel ni diterbitkan ...