Sunday, May 8, 2011

My-Bloody-Hell-Senior! 8


Lepas saja habis latihan debat, aku dan Lela singgah di Pizza Hut. Nak buat apa lagi. Lunch la. Lapar tahu tak. Izzi tak join kami sebab dia ada date. Tinggallah aku dan Lela saja yang melepak di sini. Teringin nak makan lasagnea pulak.

“Wei, Dira… kau dengan Farhan tu ada apa-apa ke?” soal Lela sebaik saja menghabiskan spagettinya.

Aku yang sedang menikmati air coklat, hampir saja tersedak mendengar pertanyaan Lela. “Hah?”

“Tak adalah… aku tengok dia lain macam je dengan kau. Hari tu pun Izzi ada cakap yang dia suka kau. Betul eh?”

Aku ketawa lepas. “Ah… kau jangan percaya sangat si Farhan tu. Dia main-main jelah. Dia kan suka bergurau.”

“Ye ke? Dia tu mana tau bergurau. Serius je aku tengok. Kadang-kadang je dia mereng.”

“Alah… dia serius time kat kelab. Kalau kat luar, dia tu la jantan yang paling gatal dan loyar buruk, kau tahu tak… aku pun baru tahu perangai sebenar dia.”

Lela mengecilkan mata dia. “You know what? Aku rasa dia jadi macam ni sebab kau.”

Mata aku membesar. “Aku? Apa kena mengena dengan aku pulak.”

“Yelah… dulu dia tak pernah pun macam ni. Mana pernah nak hang out dengan kita. Dia selalu tegur Izzi je. Kita ni mana pernah. Tapi sekarang ni dia rapat dengan kau. Selalu tanya pasal kau. Tapi yang aku musykil, kenapa dia nak kau kalau dia dah ada Syakila.”

Aku petik jari. “Bingo! Aku pun pelik jugak. Tapi aku anggap dia macam abang aku je. Maybe dia nak bergurau je kot. Takkan lah dia suka aku. Dia kan dah ada Syakila yang cun melecun tu. Alah… kau tak payah la nak peningkan kepala fikir pasal dia. Dia tu memang macam tu.”

“Tapi aku still rasa dia suka kau….walaupun dia dah ada Syakila,” tegas Lela.

Aku garu kepala. “Taklah… aku anggap dia macam abang aku je. Aku tahu la kitorang rapat lately tapi aku tak ada sebarang perasaan pun pada dia.”

“Itu perasaan kau pada dia… tapi apa pulak perasaan dia pada kau?”

“Itu aku tak nak ambik tahu. Yang aku tahu, aku anggap dia abang aku. Fullstop.”

Lela angkat tangan sambil tersengih. “Okay, okay… aku faham.”

1 message received.

Aku terus membaca mesej tersebut. Dari Eddie.

+ Petang ni temankan saya main basketball.

Petang ni? Hmm, okey jugak. Aku pun tak ada benda nak buat petang ni. Lagipun, dah lama aku tak jumpa si Eddie ni. Maklumlah, aku sibuk dengan test.

+ Okey, set. Tempat biasa?

- Yuppie. Lawan dengan team yang saya tak kenal.

+ Hah? Tak faham.

- Member saya kenal team tu. Tapi saya tak kenal. Awak kena sokong saya tau.

+ Haha…. Tak nak…

- Fine.

+ Hahahaha… merajuk ke? Gurau jelah. Pukul berapa ekh?

- 5.30 petang

+ Ok, see ya. I gotta go.

“Eh, apa yang kau buat kat sini?” tanya Farhan sewaktu aku melangkah keluar dari kereta.

“Eh, kau… Aku nak jumpa kawan… dia ada match basketball. Kau pulak, apa yang kau buat kat sini?”

Farhan tersengih. “Aku pun ada match jugak. Alang-alang kau ada kat sini, sokong aku tau.”

Handphone Farhan berbunyi. Dia bercakap sebentar dengan pemanggil. “ Eh, aku gerak dulu. Member aku dah tunggu.”

Aku mengangguk kecil. Kemudian aku mula mencari Eddie.

“Eddie,” panggilku.

Eddie yang sedang cuba menyumbatkan bola ke dalam jaring, berpaling ke belakang. Aku mengukirkan senyuman buatnya sambil melambai-lambai.

Eddie melepaskan bola di tangannya. Dia menghampiri aku. “Datang pun… Ingatkan tak jadi tadi.”

Aku gelak kecil. “Sorrylah… Lambat sikit. Mana member awak yang lain?”

“Tu..” Eddie menunjukkan ke satu arah.

Aku mengangguk.

“Jomlah, duduk kat situ. Panaslah kat sini.”

Aku mengikuti Eddie. Kami melabuhkan punggung di bangku yang disediakan untuk penonton.

“Awak rasa saya akan menang tak?”

Aku jongket bahu. “Manalah saya tahu. Selama ni awak main ok je.”

“Kalau saya menang, awak kena belanja saya tau.”

Aku memandangnya. “Kenapa pulak?”

“Saja.”

“Yelah, yelah… saya belanja awak ais krim 50 sen.”

Eddie tarik muka masam. “Apa kelas ais krim 50 sen. Cornetto satu.”

“Alala.. kesiannya dia. Cornetto pun cornetto la.”

Eddie mengangkat punggungnya. “Game nak start. Chao dulu.”

Aku memandang ke arah gelangang bola keranjang. Team Eddie berada di sebelah kanan. Dan… jap… tu bukan Farhan ke? La… tadi kan dia kata dia ada match jugak. Maknanya si Eddie tu lawan dengan team Farhan. Kebetulan pulak.

Farhan melambaikan tangannya kepadaku. Aku hanya membalas dengan senyuman. Agak-agak siapa yang akan menang?

Permainan tamat. Dan pemenangnya ialah team Eddie. Eddie terus menuju ke arahku. Badannya dibongkokkan sedikit.

“Cornetto satu,” ucapnya bangga.

Aku senyum nipis. “Yelah… nanti saya belikan. Kat sini mana ada jual ais krim.”

Eddie tergelak. Dia terus duduk disebalahku. Peluhnya dilap. Mukanya yang putih agak kemerehan. Aku menghulurkan air 100 Plus yang ku bawa kepadanya.

“Thanks. Awak tak pernah lupa belikan 100 Plus untuk saya.”

“Hai Farhan,” tegurku sewaktu melihat Farhan menghampiriku.

Farhan senyum segaris. “Hai… Kawan kau ke?”

Aku angguk. “A’ah… Ni Eddie… Eddie, ni Farhan, senior saya.”

Eddie berjabat tangan dengan Farhan. “Congrats,” ucap Farhan pada Eddie.

“Thanks.”

“Tak sangka team kau lawan dengan team Eddie. Memang kebetulan. Tapi aku tak kenal pun geng kau tu,” kataku.

Farhan memandang membernya sekilas. “Owh… dorang tu kawan sekolah aku. Hmm, aku blah dulu ar.”

Eddie berdehem. “No wonder….”

Dahiku berkerut. “What?”

“I can sense something here…” ucap Eddie bersama senyuman mengejek di bibirnya.

“Apa dia?”

Eddie gelak. “He likes you!”

“No….”

“Yeah, he likes you.”

Aku menyilangkan tangan. “How do you know?”

Eddie senyum sinis. “Since the game start, bila awak sorak untuk saya, dia tengok saya macam nak bunuh saya. At first, I was weird. Awak tak perasan ke dia asyik attack saya tadi. Sekarang saya tahu kenapa. Dia jealous. Masa kami salam tadi, dia gengam tangan saya kuat tau. I know he jealous.”

Giliran aku pulak yang gelak. Sinis sekali. “How sure are you?”

“Pretty sure. Saya ada mata untuk menilai.”

Aku mendengus. “Huh… mengarut. Dia dah ada makwe. You got it wrong my man. No cornetto for you.”

“Apasal pulak? Hal ni tak ada kena mengena dengan cornetto.”

Aku gelak lagi. “Tahu pun cuak. Cakap mengarut lagi.”

“See?”

“What?”

Eddie jongketkan keningnya. “Dia sedang pandang sini with uneasy look.”

Aku terus mencari wajah Farhan. Tindakan spontan. A’ah la. Dia pandang sini. But, do I care? Ah, lantaklah.

5 comments:

Siti Wardah said...

semua org bole prasan farhan suka ngan dia :D haha

Anonymous said...

cemburu lak dh...

YONG JIAO XIU said...

WAH suka...suka...hehehe best la macam ni, selalu ada entry.hahaha. thanks ya.

just KD said...

hahahaaa,jeles la plak!..syahdu2...

cik ecah said...

wahhh best3! suke2...=)