Friday, May 6, 2011

My-Bloody-Hell-Senior! 7


Phfff!! Letihnya hari ni. Asyik ke hulu ke hilir saja aku seharian ni. Nak balik rumah pun tak larat. Terus saja aku pulang ke hostel. Tak larat aku nak drive pulang ke rumah. Sebaik saja kakiku melangkah masuk ke dalam bilik, aku terus menghempaskan badanku ke katil walaupun katil ini tidaklah seempuk katil di rumahku. Sunyi je bilik ni. Lela dan Izzi belum balik lagi. Tanpa ku sedar, aku mula dibuai mimpi.

Aku tersedar tatkala mendengar bunyi riuh. Suara siapa lagi kalau bukan Lela dan Izzi. Aku mengukirkan senyuman buat mereka. “Baru balik?” soalku separuh sedar.

“Dah lama dah… Kau tu yang tidur mati,” jawab Lela.

Izzi menepuk pehaku. “Bangunlah wei… Nak maghrib ni… Kau dah solat Asar ke belum?”

Aku angguk perlahan. Ya Allah, penatnya. Aku menggeliat sebentar.

“Dah, dah, dah… pergi mandi… segarkan badan. Tak elok tau tidur petang-petang macam ni,” kata Izzi lagi.

Aku terus bangun dan mencapai tualaku. “Yelah, cik Izzi oi… pandai pulak kau ceramah aku… semalam bukan kau ke yang tidur petang?”

Izzi mengetap bibir. “Tu semalam… lagipun aku penat semalam…”

“Samalah dengan aku… aku penat tau tak?”

“Tak tau!!” Serentak Lela dan Izzi menjawab.

Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Dorang ni memang sengal. Tak boleh dilayan.

“Siapa punya ni Lela?” soalku setelah pulang dari bilik air.

“Entah, Izzi yang letak tadi,” balas Lela. “Aku nak pergi mandi jap.”

Izzi tak ada pulak. Mandi la tu. Dengan berhati-hati, aku memegang buku A Doctor in the House yang terletak di atas katilku. Siapa punya ekh? Izzi punya ke? Takkanlah… Izzi mana layan buku macam ni. Aku membelek-belek buku tersebut.

Khas buat Anis Nadira Ismail

Hah? Untuk aku? Izzi hadiahkan untuk aku ke? Biar betul! Sayangnya aku pada Izzi. Macam tahu-tahu je aku nak beli buku ni. Tapi… buku ni kan mahal.

“Izzi…,” panggilku tatkala Izzi baru saja menjejakkan kakinya ke dalam bilik ni. “Kau bagi aku ke?”

Izzi terdiam. Dia menuju ke katilnya. Punggungnya dilabuhkan di situ. Satu keluhan kecil dilepaskan.

“Dira, kalau aku cakap, kau jangan mengamuk eh.” Mukadimah dari Izzi.

Aku kerut dahi. Apasal pulak nie? “Yelah…”

“Janji? Kau tu asyik mengamuk je lately… Pelik aku dengan sikap kau. Dulu cool je,” rungut Izzi perlahan.

Aku menelan air liur. “Aku selalu mengamuk ke?”

Izzi mengangguk. “Dulu kau mana pernah naik angin… eh bukan… tipulah kalau cakap kau tak pernah marah… tapi kau tu kan jarang naik angin. Tapi sekarang nie, hari-hari kau naik angin. Kenapa?” Izzi mendekatiku. Dia duduk di sebelahku. Jemariku digenggam. “Sebab Syakir ke?”

“Taklah… sorry la kalau aku selalu mengamuk. Aku pun tak tahu apa dah jadi dengan diri aku.”

Izzi masih lagi meramas jari-jemariku. “Aku tahu kau suka pendam masalah kau. Tapi untuk kali ni, apa salahnya kau luahkan pada aku? Janganlah kau lepaskan kemarahan kau pada orang lain.”

Aku garu kepala. Adui… rimaslah aku. Aku mana pandai jiwang-jiwang macam ni. Perbualan dari hati ke hati ni memang aku lemah. Aku tak pandai. Dengan Syakir je aku boleh jadi jiwang. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi hakikatnya, sikap aku akan berubah bila bertemu Syakir. Aku akan jadi perempuan normal.

Di belakang Syakir pula, aku akan jadi diri aku yang sebenarnya. Aku tak pandai bermain kata macam Izzi, aku tak pandai luahkan perasaan aku pada orang. Sikap aku yang macam ni menyebabkan beberapa temanku memanggilku gadis tough. Ya, secara luarannya aku nampak tough, ganas. Tapi dalam hati aku ni, hanya aku saja yang tahu. Oh, dan juga Syakir. Ya Allah, banyak juga rahsiaku yang Syakir tahu.

Tepukan di bahu, menyedarkan aku dari lamunan yang jauh.

“Berangan eh?” usik Izzi.

“Eh, taklah… Izzi, cakaplah… kau bagi aku buku ni ke?” tanyaku lagi.

Izzi menggeleng perlahan.

“Habis tu, siapa?” soalku.

Izzi memandangku. “Abang Farhan.”

Tatkala mendengar nama senior Farhan meniti di bibir Izzi, hatiku bagaikan disentap. Belum sempat aku ingin berkata, Izzi sudah mencelah.

“Kau dah cakap tak nak mengamuk kan?” ungkit Izzi.

Bibirku terus diketap. Hatiku bagaikan dipukul ombak. Tak tenang hatiku setelah mengetahui buku ini pemberian senior Farhan.

“Kau dengar cakap aku ni… sekarang kau tarik nafas, hembus. Buat dua kali,” arah Izzi.

Aku mengendahkan arahannya. Apa yang cuba dia lakukan.

“Buatlah cepat,” gesa Izzi.

Aku mendengus. Namun, aku buat juga apa yang Izzi suruh.

“Okey… listen carefully… Abang Farhan bagi buku tu kat kau sebab dia tahu kau nak beli buku tu… tapi kau tak ada duit. Buku tu kan mahal.. So, dia hadiahkan kat kau. Tapi… kalau kau tak boleh terima, aku nak kau pulangkan dengan cara baik.. bukan mengamuk. Faham?”

“Yelah, Cik Izzrinda… Aku akan pulangkan dengan cara yang baik. Memang aku tak boleh terima dia bagi aku buku ni. Mahal tau. Biar aku beli sendiri. Lagipun, aku bukannya terdesak nak baca buku ni.”

Izzi senyum segaris. “Hah.. kan bagus macam ni… Takdelah kau hamburkan kemarahan kau kat abang Farhan. Cakap kat dia elok-elok tau. Dulu kau boleh je jaga adab dengan dia. Kau hormat dia. Sekarang ni aku tengok kau dah tak hormatkan dia. Sesuka hati kau je maki hamun dia.”

“Mana ada,” protesku.

“Ingat aku tak tahu ke.”

Aku mencebik. Aku dah tak hormat kat dia sebab dia kata dia cintakan aku. Walhal sudah terang lagi bersuluh dia sudah ada Syakila. Jantan miang.

Keesokan harinya, aku mencari senior Farhan untuk memulangkan buku ini padanya. Berat beg aku terpaksa membawa buku ni . Sudah merata tempat lepak senior Farhan aku pergi tapi bayang dia pun tak nampak. Hari semakin gelap. Aku memutuskan untuk pulang saja.

Aku menuju ke keretaku. Dan saat itu aku ternampak senior Farhan sedang berbual dengan Syakila, berhampiran dengan kereta senior Farhan. Tanpa sedar aku mencebik. Sempat pula dorang dating.

Aku berfikir sejenak. Nak tunggu senior Farhan atau tak payah. Aku memerhati pasangan dua sejoli tu lagi. Tak payahlah. Tak nak kacau daun. Aku terus masuk ke dalam kereta. Mesej jelah si Farhan, ajak dia jumpa malam ni. Boleh aku pulangkan buku ni pada dia.

“Sorry lambat. Dah lama kau tunggu aku?” soal senior Farhan sambil mempamerkan senyuman manisnya.

Aku membalas senyumannya. Entah mengapa, ringan saja mulutku untuk mengukirkan senyuman. “Tak… baru je.”

“Hmm… Kau dah order ke?”

Senior Farhan terus saja memanggil pekerja kedai setelah melihat gelengganku. Seorang gadis menghampiri kami bersama pen dan kertas.

“Ya, bang, nak makan apa?” soal gadis itu.

Senior Farhan memandangku. “Kau nak makan apa?”

“Aku tak nak makan. Nak minum je. Jus tembikai satu.”

“Buat dua ye dik,” tambah senior Farhan pula.

Gadis itu mencatat pesanan kami dan berlalu pergi.

“Kenapa tak nak makan?” tanya senior Farhan.

“Tak lapar… Aku nak jumpa kau ni sebab aku nak pulangkan balik barang kau,” jelasku terus terang.

Dahi senior Farhan berkerut sedikit. “Barang aku? Barang apa?”

Aku mengeluarkan buku A Doctor in the House dari beg galasku. Terus saja tanganku menghulurkan buku itu kepadanya.

“Itu milik kau,” kata senior Farhan tanpa menyambut huluran tanganku.

“Siapa kata ni milik aku? Kau yang beli, maksudnya milik kau la,” balasku.

Senior Farhan mendekatkan wajahnya denganku. “Aku yang cakap. Aku yang cakap buku tu milik kau. Dalam buku tu, dah tercatat nama kau.”

Aku menarik nafas. Baru saja aku ingin bersuara, pesanan kami sampai. Aku cuba menenangkan diriku. Tak mahu mengamuk lagi. Itu bukan sikapku. Aku menyisip minumanku.

“Farhan…,” panggilku bersahaja. Senior Farhan mengangkat wajahnya. “Buku ni mahal tau. Aku tak dapat terima pemberian kau ni. Kenapa kau bagi buku ni pada aku?”

Senior Farhan senyum nipis. “Dira, aku tahu kau nak beli buku tu. So, apa salahnya aku bagi kau buku tu.”

“Salah… mana ada orang bagi kawan dia barang yang berharga seratus. Kalau kau bagi aku buku RM20 tak apa la jugak. Ini buku RM100. Aku tak boleh terimalah.”

“Susah sangat ke kau nak terima pemberian aku?” tanya Senior Farhan perlahan.

Aku terdiam, tak tahu nak jawab apa.

“Okey, kalau macam tu, kau anggap je ni hadiah birthday kau. Aku ikhlas bagi kau. Bacalah buku tu. Aku tahu kau admire Dr Mahathir. Aku dah baca half buku tu. Best. Rugi kalau kau tak baca.”

Aku menarik nafas. Pandanganku dihalakan ke arah dia. Satu keluhan kecil dilepaskan. “Kenapa kau buat macam ni?”

Tersenyum manis senior Farhan sewaktu mendengar soalanku. Kenapa? Pelik ke soalan aku tu.

“Sebab aku suka kau.”

Spontan, tanganku memukul lengannya. “Gatal! Suka je main-main. Aku lempang baru tahu. Eleh, suka aku konon. Tadi baru je dating dengan Syakila.”

“Mana ada… Kitorang discuss something la,” terang senior Farhan.

“Yelah tu…,” ucapku sinis.

“Suka hati kau la, nak percaya atau tak… Kau ni macam cemburu je,” usik senior Farhan.

“Yuck!! Perasannya.”

Senior Farhan melepaskan tawanya. Melihat dia ketawa dengan begitu gembira membuatkan aku tersenyum nipis. Apa-apalah Farhan oi..

Petang Sabtu ini, aku melepak di kafe Old Town sambil menikmati air coklat. Buku A Doctor in the House turut di bawa. Nak baca la… Malas pulak aku nak baca dalam bilik. Tak ada feel. Kat sini baru ada feel. Banyak songeh pulak ekh?

Sudah hampir setengah jam aku di sini. Mataku terus terpaku pada tulisan di dalam buku ini. Tak boleh stop. Ayat English dia pun mudah difahami. Sesekali aku menyedut minumanku.

“Hai,” tegur satu suara.

Aku terus mendongak. Dahiku berkerut. Macam pernah jumpa tapi kat mana yer.

“Boleh saya duduk?” soal lelaki itu.

“Do I know you?”

Lelaki itu senyum kecil. “MPH.. Buku tu…”

Hah!! Baru aku teringat. Lelaki cina tu. Cara dia cakap mengingatkan aku pada peristiwa di MPH. Cara orang Sarawak cakap.

“Duduklah,” pelawaku.

Lelaki itu mengucapkan terima kasih sambil mengambil tempat di sebelah kananku. “Awak baru beli ke buku ni?”

Untuk tidak memanjangkan cerita, aku hanya mengangguk.

“Saya dah habis baca buku tu,” beritahu lelaki itu.

Terbeliak mata aku. “What?? Are you serious? Buku tebal ni? Awak kan baru je beli buku ni minggu lepas.”

Lelaki itu tergelak melihat responku. “Tak mustahil kan…”

“Wow! I’m impressed.”

“Saya memang suka baca buku macam ni. Awak minat jugak?”

Aku mengangguk laju. “Saya suku buku SH Alattas jugak.”

“Really? Saya pun sama. It was fun to read his book. Fikiran dia jauh. So, which book is your favourite.”

Aku mula teruja bila mengetahui lelaki ini turut meminati SH Alattas. Maklumlah, susah nak jumpa orang yang suka membaca karya SH Alattas. Senior Farhan pun tak suka. Walaupun SH Alattas selalu mencetuskan kontroversi, tapi apa aku kisah. Aku suka baca penulisan dia.

“Tak banyak buku dia yang saya ada. Susah la nak cari. Kedai buku mana jual. Tapi saya minat satu buku ni. Siapa Lawan Siapa.”

Lelaki itu mengangguk. “Owh… dia kena saman kan sebab tulis artikel tu. Dato Musa Hitam saman dia under defamation.”

“A’ah… dia tu memang selalu kena saman tapi dia tak kisah pun.”

“I like the way he thinks. Ayat dia yang paling saya suka kan ‘Kalau ada tersinggung perasaan, nanti raya saya minta pengampunan’.”

Aku tergelak. Kelakar juga dia ni.

“Oh ya… awak ada baca buku Esok untuk Siapa?”

Aku geleng. “Saya ada lima je buku dia. Susah la nak cari.”

“Awak kena baca buku tu. Saya ada buku tu. Awak nak pinjam?”

Pantas aku mengangguk. Wah, bestnya. “Err, by the way, siapa nama awak?”

“Dah lama kita borak tapi tak tahu nama…,” dia tergelak kecil. “Saya Eddie. Awak?”

“Nadira… panggil Dira je.”

“So, awak nak pinjam buku saya? Nanti saya bagi awak. Ada banyak lagi buku dia kat rumah saya.”

Aku semakin teruja. Perbualan kami makin berpanjangan sehinggga aku tak sedar jam sudah menginjak ke angka enam.

“Eddie, saya balik dulu la yer. Dah lewat nie.” Aku meminta diri.

“Owh, ok… Esok kita jumpa yer.”

Aku mengangguk.

3 comments:

just KD said...

ehem2..eddie,gak nye nie la mamat yg akan mncetuskan rase kejelesan farhan ye..hihihiii,best la..

vanilla_ice said...

Ohh pengacau sudah tiba. Pergi main jauh2 =="

Rohaida Rahman said...

hmmmm tetiba yea muncul Eddie, siapakah mamat ini? tp rasa mcm nk suka kat Eddie la, nampaknya dia lagi matured & wiser than Farhan hehehe...