Thursday, May 5, 2011

My-Bloody-Hell-Senior! 6

Hari ni aku keluar bersama Lela dan Izzi. Saja je. Nak melepak. Tengok wayang. Dah lama tak keluar sama-sama. Kebetulan, semua assignment sudah di hantar. Hilang segala beban yang tergalas di bahu kami. Oleh itu, kami memutuskan untuk enjoy pada hari ini. Hilangkan stress. Stress la sangat….

“Kita jalan-jalan dululah. Nak makan, awal lagi ni,” ucap Izzi.

Aku melihat jam di tangan. “Awal apanya. Dah pukul 11 nie. Bukan kita selalu lunch pukul 11 ke?” soalku.

Izzi tersengih. “Alah… tu kalau kat kolej. Yelah, kalau makan pukul 12 mesti ramai. Sebab tu makan pukul 11. Tak ramai, lauk pun banyak lagi. Sekarang kan kita kat luar. Tunggu je la pukul 12.”

“A’ah la Dira. Kau dah lapar ke? Aku ingat nak McValue Lunch,” sampuk Lela.

“Takdelah lapar sangat. Okeylah. Kita makan nanti. Aku pun teringin makan McD. So, nak ke mana ni?”

Lela dan Izzi sudah tersenyum lebar. “Jom tengok kasut,” ajak mereka serentak.

Aku hanya mengangguk setuju.

Dari satu kedai ke satu kedai kami ‘teroka’. Ceh, teroka konon. Aku turut mengambil kesempatan melihat kasut-kasut yang dipamerkan. Lela dan Izzi sudah pun buat haluan masing-masing. Mencari kasut yang sesuai dengan jiwa mereka.

Beberapa minit kemudian, kami keluar dari kedai tersebut. Hanya Lela saja yang membeli. Dah dia berkenan, dia belilah. Tiba-tiba dua orang lelaki menghampiri kami. Aku hanya memandang mereka. Boyfriend Lela dan Izzi.

“Hai,” tegur mereka.

“Hai…”

Lela sudah tersenyum lebar. Aku memandang Lela meminta penjelasan. Sebenarnya, aku tak tahu pun boyfriend mereka akan sertai kami. Kalau aku tahu, lebih baik aku duduk rumah. Malas aku nak jadi penganggu.

“Dira… sorry la.. dorang ni yang beria nak join kita. Kau tak kisah kan?” tanya Lela.

Aku memandang Lela. Tak kisah? Siapa cakap?

“Boleh tak kitorang join?” tanya Zahid, boyfriend kepada Izzi.

Aku menelan air liur. What would you expect? Cakap tak boleh? Haiz… Aku melepaskan keluhan kecil. “Joinlah. Aku tak kisah,” balasku dalam paksa.

Izzi dan Lela mengukirkan senyuman manis.

“Sayang kau. Dah, jom pergi makan. Dah nak dekat pukul 12 ni. Perut aku pun lapar,” ucap Izzi.

Aku sekadar mengangguk. Dalam hati aku mula mengomel. Tadi cakap tak lapar lagi. Ni baru pukul 11.45 tapi dah menuju ke McD. Bukan main awal lagi. Macamlah McD tu jauh sangat.

Aku berjalan di belakang mereka. Seolah-olah aku ni bodyguard mereka. Huh, bosan sungguh. Bila dah jumpa pakwe, aku diketepikan. Hari tu beria-ia cakap rindu nak keluar sama-sama. Tapi lain pulak yang jadi. Kalau nak dating, tak payahlah ajak aku. Sekarang ni, aku disisihkan. Aduhai nasib badan.

Aku mengunyah ketang gorengku yang masih panas. Lela dan Izzi rancak berbual dengan pakwe masing-masing. Aku hanya memerhati. Sesekali mataku meliar ke luar. Tiba-tiba aku terdengar Izzi tergelak. Aku yang tak tahu apa-apa, memandangnya. Izzi turut memandangku.

“Dira, Zahid cakap muka dia macam Sam… Lawak betul. Langsung tak sama,” beritahu Izzi.

Aku hanya tersengih. Minumanku disedut untuk menghilangkan rasa dahaga.

“Sorry lambat,” ucap satu suara yang sudah duduk di hadapanku.

Aku mengangkat wajahku. Senior Farhan! Apa yang dia buat kat sini?

Senior Farhan mengenyitkan mataku.

“Datang pun… ingat dah lupa. Kesian Dira ni… Sorang je,” cakap Izzi sambil memandang Farhan.

Aku mengerutkan dahi. Tak faham. What’s going on?

“Sorry, sorry… ada hal sikit tadi. Lama Dira tunggu?” tanya Farhan.

Aku telan air liur. Tanpa menghiraukan Farhan, aku bangun. “Lela, Izzi… ikut aku jap.”

Aku terus melangkah ke satu arah. Jauh dari meja kami. Setelah mencari port yang sesuai, aku berhenti dan berpaling ke belakang. Tanganku disilang. Mataku tajam memandang Lela dan Izzi. Mereka berpandangan antara satu sama lain.

Aku berdehem. “Siapa nak explain kat aku ni… dah lama aku tunggu… kalau tak, aku balik je,” ucapku setelah Lela dan Izzi masih membisu.

“Wei,sorryla wei… Kau marah ke?”

“Aku marah atau tak, itu isu lain… sekarang ni, aku nak tahu what’s going on,” kataku tegas.

Sudahlah mereka membawa pasangan masing-masing. Tiba-tiba senior Farhan pulak muncul. Mesti mereka yang rancang. Tapi kenapa dorang buat macam ni? Itu yang aku tak tahu.

“Dira… macam nie.. Abang Farhan mintak tolong dengan aku. Dia nak keluar dengan kau. So, kitorang pun buatlah macam ni. Ini semua idea dia. Aku ikut je. Janganlah marah Dira,” jelas Izzi.

“Kenapa kau mesti ikut cakap dia? Kenapa tak bagitahu aku terus?”

“Kalau kitorang bagitau kau, sure kau tak nak punya… Kan? Aku dah masak dengan perangai kau la, Dira,” jawab Lela.

Aku mendengus. “Kenapa korang ikut cakap dia?” tanyaku lagi tak puas hati.

Izzi menghampiriku. “Dira… sebenarnya, abang Farhan dah lama suka kau. Dia bagitahu aku. Tapi dia pendam perasaan dia sebab kau dah ada Syakir.”

Aku tegelak sinis. “Dan dia dah ada Syakila?”

Haiz… kusut! Apa kenalah dengan senior Farhan ni. Suka aku? Habis Syakila tu apa? Menyampahnya aku. Lelaki ni memang macam ni eh? Tak cukup dengan satu. Syakir tinggalkan aku pun sebab perempuan lain.

“Dira… dia dengan Syakila, actually—“

“Janganlah marah kawan kau… Aku yang paksa dorang.” Tiba-tiba senior Farhan muncul.

Aku mendengus. Senior Farhan menyuruh Lela dan Izzi pulang ke meja. Tinggallah kami berdua di sini.

“Janganlah masamkan muka. Cuba senyum sikit. Sejak akhir-akhir ni, kau asyik marah je.”

“Sebab kau la..”

“Aku pulak?”

“Yelah… mengganggu hidup aku je. Semak tahu tak. Asal kau nak keluar dengan aku ni? Kalau aku tahu ni rancangan kau, tak ada maknanya aku nak keluar.”

Senior Farhan senyum segaris. “Kan aku nak buat kau jatuh cinta dengan aku…”

Mataku terbeliak. Hisy, geramnya aku dengan mamat ni. Tak habis-habis.

“Dahlah… janganlah marah. Salah ke aku nak berkawan dengan kau?”

“Habis tu, selama ni kita bukan kawan?” tanyaku sinis.

“Kawan juga tapi tak rapat. Aku nak jadi kawan rapat kau. Boleh?”

Aku memandangnya. Senior Farhan masih lagi mengukirkan senyuman. Handsomenya bila dia senyum macam ni. Terserlah kekacakannya. Boleh cair hati aku ni. Ya Allah, kuatkanlah imanku.

“Dan kalau boleh aku nak jadi orang yang istimewa buat kau.”

“Jangan mimpi!”

Senior Farhan gelak kecil. Ya Allah, comelnya muka dia bila dia gelak macam ni. Sabar jelah Dira.

“Iyelah Cik Anis Nadira. Jom makan. Aku lapar nie,” ucap Farhan sambil memegang perutnya.

“Siapa kata nak makan dengan kau. Aku nak balik.”

“Dira….” Panggilnya lembut.

Aku memandangnya. Raut wajah Farhan seolah-olah mengharapkan aku berada di sisinya. Entah mengapa aku terpaku dengan renungan redup matanya.

“Please…,” rayu senior Farhan.

Aku menghentakkan kakiku. Aku geram. Bukan geram dengan senior Farhan tetapi geram dengan diriku yang tak mampu menolak rayuan senior Farhan. Kenapa aku tak sampai hati?

Aku kembali semula ke meja kami. Senior Farhan tersenyum senang. Dia terus membeli makanan di kaunter untuk dirinya.

Setelah makan di McD, Hafis, boyfriend Lela mengajak kami menonton wayang. Cadangannya disokong hebat oleh senior Farhan. Aku pula menentang sekeras-kerasnya. Malas lah aku nak tengok wayang dengan senior Farhan. Dorang nak tengok cerita Penunggu Istana. Cerita seram tu. Buatnya aku terpeluk lengan si Farhan tu, tak ke naya? Mesti dia akan cakap aku ambil kesempatan. Padahal aku ni memang lemah semangat sikit.

Senior Farhan, Lela dan Izzi beria-ia memujukku supaya tengok cerita tu. Mereka nak sangat tengok . Lalu, aku membuat keputusan. Biar saja mereka tengok cerita ku. Sementara itu, aku boleh window shopping. Setelah sepuluh minit sesi pujuk memujuk, Lela dan Izzi akur. Mereka menonton cerita itu tanpa aku. Dan yang peliknya, senior Farhan pun tak tengok. Hanya Izzi, Lela dan pakwe mereka saja yang membeli tiket. Padahal senior Farhan yang beri cadangan supaya tonton cerita tu.

“Asal tak ikut dorang?”

“Dah kau tak nak tengok…,” lirih saja suara senior Farhan.

Aku mengeluh kecil. “La… pergi jelah tengok dengan dorang.”

“Tak nak….”

Aku menjelingnya. Lantak kau la. Aku terus berjalan tanpa menghiraukan senior Farhan. Langkahku sengaja dilajukan. Aku nak window shopping sorang-sorang tapi si Farhan ni sibuk je, mengikut aku.

Semua kedai aku masuk. Senior Farhan setia mengekoriku. Tiada sepatah bicara antara kami. Merajukkah dia? Ah, lantaklah. Ingat aku ni siapa nak pujuk dia?

Aku mula terasa rimas. Tak sukalah. Sibuk je nak ikut aku. Aku mahukan privacy. Hah… aku ada idea. Aku menuju ke toilet. Takkanlah dia nak masuk tandas perempuan. Sengaja aku berlama di dalam toilet.

Setelah beberapa minit, aku perhatikan keadaan di luar toilet. Senyuman lebar terukir indah di bibirku. Yes, line clear. Dia tak ada. Aku terus keluar. Dalam hati, aku gelak sakan. Berjaya juga aku larikan diri dari dia.

Sewaktu aku lalu di kedai buku MPH, hatiku bagaikan ditarik untuk memasuki kedai buku itu saat mataku terpandangkan sebuah buku Tun Dr Mahathir. A Doctor in the House. Laju saja kaki ku melangkah ke arah buku tersebut.

Tinggal satu je ke? Biar betul? Hari tu aku nampak banyak lagi. Takkan laris sangat. Tanganku terus mencapai buku tersebut. Saat itu, ada tangan lain turut mendarat di atas buku tersebut. Jemari itu menyentuh hujung jariku. Bagaikan kilat, aku terus menarik tanganku.

“Sorry,” ucap tuan punya jemari itu.

“Tak apa.” Aku memandangnya. Chinese rupanya. Cute!

Lelaki itu memandangku. “Awak nak beli ke?” soalnya.

Suaranya macam suara orang Sarawak saja. Memang orang Sarawak kot. Menyedari lelaki itu menunggu jawapan dariku, aku terus menggeleng. “Oh, tak…,” jawabku perlahan.

“Are you sure?” soal lelaki itu inginkan kepastian.

Aku gigit bibir. Tinggal satu je. Tapi mana aku nak cari duit. Buku ni berharga RM100. Mana aku ada duit. Duit belanja yang abah bagi untuk bulan ni tinggal 90. Hujung bulan ni baru abah bagi lagi. Tapi… aku nak buku ni. Dah lama aku nak beli tapi sebab aku sibuk, aku jadi lupa akan kehadiran buku ini. Sekarang, bila buku ni dah depan mata, duit pulak tarak. Aku melepaskan keluhan.

“Saya tak nak beli. Awak nak beli ke?” tanyaku sekadar berbasa-basi.

Lelaki itu mengangguk. “Tapi awak macam nak beli. Buku ni tinggal satu je.”

Aku memaksa diriku mengukirkan senyuman. “Tak apa. Kedai buku lain mesti ada jual buku ni. Awak belilah.”

“Okey… thank you.” Lelaki itu menghadiahkan senyuman buatku.

Aku hanya memandang buku itu dibawa pergi. Sabar jelah. Tunggu abah bagi duit la. Buku tu takkan lari punya. Kalau kedai buku ni tak jual lagi, kedai lain ada. Aku sekadar ingin menyedapkan hatiku.

“Kenapa tak beli buku tu?” soal satu suara.

Aku terus berpaling. Kus semangat. Ingatkan dia dah hilang jejak aku.

“Kenapa tak beli?” soal senior Farhan lagi.

“Sibuk jelah.”

“Orang tanya tu, cuba jawab elok-elok. Ni tak… asyik nak naik angin je,” rungut senior Farhan.

Aku menjelingnya tajam. Senior Farhan melepaskan keluhan berat.

“Dira… kenapa kau selalu nak marah-marah aku? Apa salah aku? Salah ke kalau aku jadi kawan rapat kau? Kalau kau tak boleh terima aku sebagai boyfriend kau, tak boleh ke kau anggap aku kawan kau? Macam Lela dan Izzi.”

“Tak boleh!”

“Kenapa?” soal senior Farhan ingin tahu.

“Sebab kau cakap kau suka aku. Aku tak boleh terima.”

Senior Farhan meraup wajahnya. “Okey, okey… aku janji lepas ni aku takkan cakap pasal hal ni lagi. Aku nak jadi kawan kau. Janganlah marah aku lagi. Aku tahu kau tak boleh terima aku. Maafkan aku sebab aku memaksa kau. Boleh tak aku jadi kawan kau? Macam Lela dan Izzi?”

Perlahan-lahan aku mengangguk. “Asalkan kau tak sebut lagi benda mengarut tu.”

“Benda mengarut apa?”

“Yang tulah…”

“Apa tu? Aku tak tahu?” soal senior Farhan pura-pura bodoh.

Aku mendengus. “Yang kau suka aku la…”

“Ohh… aku tak mengarutlah. Aku cakap yang benar.”

“Dah, dah… aku tak nak ambik tahu… kau cakap lagi, aku tak nak tegur kau sampai bila-bila,” ugutku.

“Okey, okey…” Senior Farhan pasrah. “So, kenapa kau tak beli buku tu?”

“Tak ada apa-apalah. Dah jom,” ajakku.

Tersenyum Farhan apabila mendengar ajakkanku. “Ke mana?”

“Mana-mana lah. Daripada kau ikut aku macam spy…”

Senior Farhan hanya tersengih. Sedar dirinya telah diperli olehku.

2 comments:

just KD said...

suke ngan farhan,wlau pon die xtau malu!..hihiiii...

vanilla_ice said...

Suke la kat Farhan. tak mudah putus asa wlaupun klau nk diikutkan kene reject ntah brape kali dh dgn si dira tu. sabar je la~

btw, x terbace aku buku mahathir tu. tebal sgt la. kkk aku pun x habis bce lg. kau dh bce ke?