Wednesday, May 4, 2011

My-Bloody-Hell-Senior! 5

Aku duduk menghadap gelanggang bola keranjang. Beberapa orang anak muda sedang sibuk bermain bola keranjang. Aku sekadar memerhati. Sebenarnya, aku sedang menunggu seseorang.

Deheman seseorang membuatkan aku berpaling ke belakang. Dah sampai pun orang yang ku tunggu. “Hai,” tegurku bersahaja.

Dia mengukirkan senyuman nipis. Lalu, dia melabuhkan punggung di sebelahku. Kami sama-sama memandang hadapan. Aku cuba menyusun ayat. Haiz, bila dah jumpa tak tahu pulak nak cakap apa padahal aku yang ajak dia jumpa aku kat sini.

Nafas dihela perlahan. “Bro, aku minta maaf pasal hari tu,” ucapku perlahan tanpa memandangnya.

“Hmm…”

Lah… tu je ke yang dia jawab? Aku tak idea lagi nak cakap apa… Tujuan aku nak jumpa dia sebab aku nak minta maaf, tu je. Yelah… since kejadian kat kafe, sudah seminggu senior Farhan cuba menjauhkan diri aku. Aku sedar aku dah buat salah. Yelah, kalau aku kat tempat dia, mesti aku marah jugak. Aku fahamlah perasaan dia.

“So, kau tak marah aku lagi?” soalku. Kali ini aku berpaling memandangnya.

Senior Farham diam seketika. “Untuk apa aku marah kau…”

Aku angkat bahu. “Janganlah pulaukan aku.”

“Bila masa pulak aku pulaukan kau?” tanya senior Farhan.

Aku mencebik. “Eleh… tak mengaku pulak. Habis tu, bila nampak aku je, kau pergi tempat lain. Kau buat macam aku ni tak wujud jer.”

Senior Farhan menggaru kepalanya. “Sorry la wei…”

“Aku no hal. Tapi lain kali jangan buat lagi. Kita ni satu pasukan. Sebagai presiden, kau mesti tahu kan…”

“Okey, okey… aku tahu aku salah… Emo terlebih,” akui senior Farhan.

“Good! Mengaku pun…”

Sepi. Tiba-tiba saja keadaan jadi sunyi sepi. Aku memandang senior Farhan. Gulp! Dia sedang tenung aku. Dadaku mula berdegup kencang apabila matanya merenungku. Cepat-cepat aku larikan mataku.

“Girlfriend kau sihat ke?” soalku.

“Aku tak ada girlfriend.”

Aku ketawa. Dasar lelaki! Ada girlfriend tapi tak nak mengaku. Baru dua hari lepas aku nampak dia dengan Syakila.

“Penipu!”

“I’m serious! Lainlah kalau kau sudi jadi girlfriend aku.”

Aku mengetap bibir. Geram dengan senior Farhan. Dia ni betul-betul serius ke? Tapi kalau ikutkan surat dia, macam serius je.

“Tak ingin aku,” balasku selamba.

“Kenapa? Aku tak layak jadi boyfriend kau ke?” tanya senior Farhan bersahaja.

Aku gelak sinis. “Bukan tak layak… tapi aku dah berpunya… kau pun dah berpunya… so, stop joking around..”

“I’m not belong to anyone… dan kau juga bukan milik siapa-siapa.”

Aku petik jari di hadapan wajahnya. “Hello… aku dah ada boyfriend okey… and kau pun dah ada girlfriend. Sedar la diri tu sikit.”

“Fine! Aku akan break up dengan girlfriend aku. Kalau itu yang kau nak… and aku akan rampas kau dari boyfriend kau. So, what say you?”

Aku terus memandangnya. Mataku terbeliak mendengar bicaranya yang bersahaja. “Are you out of your mind? Kau ni dah gila agaknya.”

Aku terus bangun. Malas nak layan lelaki gila ni. Lebih baik aku balik jer.

“Memang aku gila. Aku cintakan kau. Dah lama aku simpan. So, sekarang aku nak fight untuk cinta aku,” kata senior Farhan berani.

Ya Allah. Sah! Lelaki ni dah gila. Aku berjalan semula ke arahnya. “Apa yang kau mengarut ni? Sejak bila pulak kau suka aku? Kau lupa ke yang kau tu ada Syakila? Kau kan dah lama dengan dia. Jangan nak mainkan perasaan orang lain boleh tak?” marahku.

Senior Farhan berdiri menghadapku. “Janganlah marah. Aku tak tipu kau. Memang aku dah lama sukakan kau. Tapi time kau pun ada boyfriend. Aku tahu. Aku dah lama tahu. Kau setia pada boyfriend kau. Tapi dia tinggalkan kau. Aku tahu kenapa kau nangis hari tu… kat pantai… sebab dia tinggalkan kau kan? Aku tahu. So, aku decide untuk luahkan perasaan aku pada kau.”

Aku terkedu seketika. “Mengarut!”

“Aku tak mengarut.”

“Okey, kalau kau cintakan aku, siapa Syakila bagi kau?”

Senior Farhan diam. Lama. Aku mencebik. Terdiam kau! Ingat aku ni apa? Kalau betul dia cintakan aku, takkan dalam masa yang sama dia cintakan Syakila? Memang tamak lah kalau dia nak dua-dua.

“Aku hanya cintakan kau.”

“Tapi aku tak cintakan kau,” balasku selamba.

“Aku akan buat kau jatuh cinta pada aku.”

Aku gelak sinis. “Oh yeah? I don’t think you can make it.”

“Kau pasti?”

Aku angguk laju. Aku yakin seyakin-yakinnya. Aku langsung tak ada perasaan pada senior Farhan. Sikit pun tak. Aku anggap dia macam kawan jer. Lagipun, aku malas nak bercinta buat masa ini. Luka lama masih berparut. Ingat senang ke aku nak lupakan Syakir. Secara luaran, aku seolah-olah sudah melupakan Syakir. Tapi hakikatnya, hampir setiap malam aku mengingatinya. Hanya aku saja yang tahu akan hakikat itu.

“Jangan yakin sangat Anis Nadira. Aku akan pastikan kau akan sukakan aku. Aku balik dulu. Assalamualaikum,” ujar senior Farhan sambil mengenyitkan matanya padaku.

“Gila!!”

Memang dah gila la senior Farhan nie. Menyampah pulak aku. Kejap muka dia serius, kejap dingin, kejap mereng semacam. Hai, kurang siuman agaknya mamat tue. Nasib baik kau handsome.

Malam itu, aku melayari laman web Facebook. Dah lama aku tak layan laman web sosial ni. Sibuk lah. Tak ada masa nak layan. Sekarang baru ada masa. Perkara pertama yang aku lakukan ialah check Notification. Kemudian check Friend Request dan Inbox.

Tiba-tiba mataku terpaku ke satu arah. Laju saja tanganku menekan link nama itu. Syakir. Entah mengapa aku teringin melihat profile dia. Aku ingin tahu perkembangan dirinya. Mujur dia belum remove aku sebagai friend dia. Cuma status aku sebagai girlfriend dia sudah gugur.

Mataku membulat tatkala membaca status Syakir. In a relationship with Nurul Huda. Huda? Aku kenal gadis ini. Kawan sekelasku sewaktu sekolah menegah. Tanpa sedar tanganku menekan photo album milik Syakir. Dan dalam masa beberapa saat, terpapar gambar Syakir bersama Huda.

Hatiku sakit melihat kegembiraan yang terakam antara Syakir dan gadis tersebut. Mataku mula panas. Sampai hati Syakir. Aku setia kat kau, tapi sanggup kau buat aku macam ni. Dengan Huda pulak tu. Tak ada perempuan lain ke? Sekejap! Bukankah Huda belajar di Johor? Johor tu, lagi jauh dengan Perak. Bukankah Syakir putus denganku kerana hubungan kami jarak jauh. Aku di Melaka. Dia pula di Perak. So, kenapa dia dengan Huda.

Jahat kau Syakir. Kau tipu aku. Aku benci kau. Mataku makin sakit apabila melihat gambar Syakir dan Huda sedang tersenyum gembira. Bahagia dia sekarang. Sedangkan aku? Panasnya hati aku. Macam sengaja je nak tunjuk yang dia tu sedang berbahagia. Kejam kau Syakir. Asal kau tak remove je aku sebagai Friend kau? Nak berlagak dengan aku?

Dengan hati yang geram, aku post status di Wall aku. Laju saja tanganku menaip.

Tak perlu lah nak tunjuk yang kau dah happy sekarang cuz aku tak pernah kesah. Tak payah nak show off kat aku. Tak payah nak sakitkan hati aku. Dasar penipu. Kalau ya pun, cari la yang dekat sikit. Kau ingat aku heran sangat ke dengan kau? I also have my own happiness.

Geramnya hati aku. Lantaklah orang nak kata apa. Rasa macam nak cekik-cekik je si Syakir tu. Penipu! Penipu! Penipu! Tanpa sedar air mataku mengalir. Aku benci Syakir. Kau cakap sebab kita jauh. Tapi kenapa kau pilih Huda? Kenapa? Kenapa kau tipu aku Syakir? Tak ada perempuan lain ke Syakir? Kenapa mesti Huda? Tak guna kau Syakir.

Aku mengesat air mataku. Skrin laptopku memaparkan satu notification. Senior Farhan comment status ku.

Kenapa ni?

Aku mendengus. Malas aku nak reply. Aku mengigit bibir. Baru aku sedar tindakanku merupakan satu tindakan yang bodoh. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan? Kenapa aku buat status macam tu? Malunya aku kalau dorang baca. Terus saja aku delete wall post tadi. Harap-harap mereka tak baca. Mujur aku cepat tersedar. Kalau tak, mana aku nak letak muka aku ni. Aku beristighfar. Air mata diseka lagi. Mujur sekarang aku ada di rumah. Jika tidak, malu aku dengan Lela dan Izzi.

Handphoneku berbunyi. Tanganku pantas saja mencapai handphone yang berada di hujung katil. Sebelum menjawab panggilan tersebut, aku melihat nama pemanggil. Senior Farhan. Alah, sibuk jela dia ni. Panggilannya dibiarkan sepi.

Sekali lagi, handphoneku berbunyi. Dengan perasaan malas, aku menjawab panggilan tersebut.

“Hello…,” ucapku lemah.

“Assalamualaikum,” ucap Farhan pula.

“Waalaikumsalam.”

“Kau nangis eh?” teka senior Farhan.

“Pandai jer. Mana ada. Eh, asal kau call ni? Aku ada hal ni. Tak boleh cakap lama-lama,” dalihku.

“Nangis jelah… Luahkan apa yang kau rasa. Kalau kau sudi, kau share dengan aku.”

Aku mendengus. “Bye. Aku busy.”

Talian terus dimatikan. Handphone dicampak ke atas katil. Badanku berbaring menghadap syiling. Kemudian, aku menyembamkan wajahku pada bantal. Aku mula teresak-esak menangis. Syakir jahat! Aku benci Syakir! Syakir tak guna!

Handphoneku berbunyi lagi. Kali ini bunyi mesej. Perlahan-lahan, aku ambil handphone itu.

Don’t be sad. Be strong. Jangan tunjuk kau lemah. Patah tumbuh, hilang berganti. Aku ada kalau kau perlukan aku. Setiap kejadian, ada hikmahnya. Mungkin ada yang lebih baik untuk diri kau. Dan siapa tahu, akulah orang itu. B a happy girl cuz I love to see ur smile. Salam. =)

Aku tersenyum nipis membaca mesej panjang lebar dari senior Farhan. ‘Dan siapa tahu, akulah orang itu’. Ceh, perasan. Sempat pula menggatal. Tapi betul juga kata dia. Setiap kejadian, ada hikmahnya. Tapi… aku belum cukup kuat untuk melupakan Syakir.


5 comments:

Virtual Writer said...

Love it!! He's so cool and straightforward. Teringin nak jumpa mamat cam farhan tu.

Pa'ah Mohd Isdris said...

huhuhu . best . tapi tulisan mesej tu tak berapa nmpak laaa...

just KD said...

..yes farhan,fight 4 your luv!...

.:kiwi:. said...

farhan so chumil~ :D

Aida Nadia said...

best3...!!!
cpt la smbng...
xsbar dh ni..
hehe..