Tuesday, May 3, 2011

My-Bloody-Hell-Senior! 4


“Aku cintakan kau!”

Aku tergamam buat seketika. Mataku tepat memandangnya. Mataku sudah pun terbeliak. Dan tiba-tiba aku menghamburkan tawaku.

“Wei, kau jangan nak buat lawak la… ada hidden kamera ke? Nak kata April Fool bukan… ni mesti sebab kau nak bang bang boom aku kan… Dah la wei… dengan aku kau tak payah la nak prank. Mana geng kita yang lain?” soalku sambil memandang sekeliling, mencari kawan-kawan kami.

Ah, sememangnya ini hanya satu perangkap. Mereka sengaja nak kenakan aku. Apa? Ingat aku akan terpedaya ke? Nak kena kan aku pun agak-agak ar. Suruh la orang lain berlakon. Ini senior Farhan. Sah-sah ini satu pembohongan. Bukankah senior Farhan sudah ada girlfriend. Mengarut sungguh!

“Dah la tu… panggil kawan-kawan kita. Tak payah nak kenakan aku. Korang ingat kelakar ke… But, honestly, aku rasa kelakar. Sangat kelakar,” ucapku lagi setelah senior Farhan hanya berdiam diri.

“Aku serius Anis Nadira!” ucap senior Farhan tegas. Matanya menikam mataku.

Air liur ditelan. Bibir diketap. Lama aku berfikir. “Wait… Are you serious? Like so serious??” soalku perlahan.

Dengan yakin, senior Farhan mengangguk.

Aku gelak lagi. “Kelakar, kelakar… kau jangan nak tipu aku tau. Sedar sikit… kau tu dah ada girlfriend… mana kau nak campak dia… lagi satu, kalau dia tahu apa yang kau buat ni, mati aku. Mesti dia serang aku… Kau jangan nak mengarut boleh tak?”

“Kenapa kau gelak? Perlukah kau gelak?” soal Farhan.

“Dah kelakar, aku gelaklah.”

“Kau tak rasa ke kau sedang menghina aku? Kau ingat senang ke aku nak luah perasaan kat kau? Kau tahu tak bertapa sakitnya hati aku bila dengar kau gelak macam ni? Aku pun ada maruah jugak. Tak perlulah kau nak perlekehkan perasaan aku pada kau.”

Farhan terus pergi setelah menghabiskan ayat terakhirnya.

Aku terkedu di tempat dudukku. Fikiranku kosong. Aku hanya memandang senior Farhan meninggalkan kafe.

Sedang aku termenung, tiba-tiba bahuku ditepuk lembut.

“Hah… kau berangan eh?” tegur Izzi.

Aku mengurut dada. Hisy, si Izzi ni. Buat terperanjat aku jer.

“Asal dengan kau ni? Pucat semacam jer,” kata Lela yang sudah pun duduk di hadapanku. Izzi pula duduk di sebelahku.

Aku geleng kepala. “Tak ada apa-apalah. Eh, korang nak makan ke?”

Laju saja Lela dan Izzi mengangguk.

“Jomlah. Aku pun lapar nie.”

Hari ni aku tak balik hostel. Aku balik ke rumah. Pada Lela dan Izzi, aku katakan mak aku suruh aku balik. Sebenarnya, ada perkara lain yang perlu aku lakukan di rumah.

Almari pakaianku dibuka. Laci yang berada di sudut bawah, di tarik. Ya, itu dia. Hadiah pemberian senior Farhan. Tanganku mencapai kotak hadiah tersebut. Dengan penuh hati-hati, aku membuka kotak itu.

Di dalam kotak itu terdapat gelang tangan dan sepucuk surat. Tanpa menghiraukan gelang tangan itu, aku mencapai surat yang berada di bawah gelang tangan.

Assalamualaikum…

Happy Birthday, Anis Nadira. Cantik tak gelang yang aku bagi kau? Hope kau suka. Actually, aku nak berterus terang dengan kau. Aku dah lama sukakan kau. Aku tak tahu macam mana nak luahkan perasaan aku pada kau. Aku bukan jenis yang pandai bermain kata. Apa yang aku rasa, aku luahkan. Hope kau tak terperanjat kalau aku straight forward. Aku cintakan kau Anis Nadira. Aku bagi kau masa untuk fikirkan hal ni. Aku tahu kau tentu terperanjat. Ambillah masa seberapa banyak yang kau perlu. Tapi janganlah lama sangat. Aku akan menunggu jawapan dari kau. Dan aku harap jawapan tu positif. Pakailah gelang tangan yang aku beri sebagai tanda kau sudi menerima aku. LOL.

Farhan Iskandar

Terbeliak mataku membaca surat pemberian senior Farhan. Ya Allah, biar benar. Takkan la dia main-main. Tapi…. Kalau dia suka aku, habis si Syakila tu apa? Pelik, pelik…

Gelang tangan di dalam kotak, aku capai. Cantik. Aku mengeluh berat. Farhan, Farhan… Pelik betul aku dengan kau. Haisy, leceh betullah. Lebih baik aku settle hal ni cepat-cepat. Tapi macam mana aku nak cakap ekh?

Jam di tangan dikerling sekilas. 11 pagi. Nak jumpa senior Farhan ke tak? Kalau nak jumpa dia, mana pulak aku nak cari dia ni? Ataupun cakap esok jer? Esok kan kami ada latihan debat.

“Wei, Dira… asal dengan kau ni? Pelik je aku tengok,” soal Izzi.

“Ah?” soalku blur.

“Eh, Lela… kau tengok Dira ni… Asyik berangan jer.”

Aku garu kepala. “Takde papelah…”

“Presiden!” jerit Lela tiba-tiba.

Pap! Dadaku tiba-tiba berdebar. Spontan, badanku berpaling menghadap belakang. Senior Farhan.

“Hai Abang Farhan,” tegur Izzi ramah.

Izzi memang panggil senior Farhan, abang… memandangkan beza umur kami dua tahun, Cuma aku je malas nak panggil dia abang. Lagipun, si Izzi dengan senior Farhan satu sekolah dulu. Dari sekolah lagi, Izzi dah panggil abang. Lela pulak panggil dia presiden je. Kadang-kadang je dia panggil Farhan. Hmm, Lela panggil dia presiden, boleh jer.

Senior Farhan menguntum senyum. Dia langsung tidak memandang ke arahku. Seolah-olah aku tiada di hadapannya.

“Baru habis kelas ke?” soal senior Farhan pada Izzi.

“A’ah… Abang Farhan nak makan ke?”

Senior Farhan mengangguk perlahan. “Lapar pulak perut nie.”

“Kami pun nak pergi makan nie. Joinlah sekali,” pelawa Lela.

“Takpelah. Kawan saya dah tunggu tu. Saya pergi dulu yer.”

Lela dan Izzi mengangguk. Hanya aku saja yang diam. Tak tahu nak cakap apa. Lagi-lagi bila senior Farhan buat tak tahu saja dengan kehadiranku.

“Oh ya, Lela… Esok latihan kita batal yer,” kata senior Farhan tiba-tiba.

“Kenapa?”

“Senior-senior ada aktiviti. Nanti tak ada siapa nak conduct latihan esok.”

Lela sudah tersenyum lebar. Sudah tentu dia suka esok tiada latihan. Boleh bangun lambat.

“Dira kau dengar tak?” soal Lela setelah senior Farhan menjauh.

“Dengar apa?”

“Esok tak ada latihan.”

“Hmm…”

Izzi dan Lela memandangku pelik. Mereka berdua sudah berpeluk tubuh memandangku.

“Lebih baik kau cakap, apa masalah kau,” ujar Lela.

“Apa dia?”

“Kitorang tau kau ada problem. Share la dengan kami,” ucap Izzi pula.

“Mengarutlah. Aku okey jer.”

Izzi mengeluh. “Okeylah. Kami faham… Kalau kau tak ready lagi, tak payah bagitahu kami. Jomlah makan. Nanti sesak pulak kafe tu. Biasalah time macam nie.”


3 comments:

.:kiwi:. said...

Dira!!! sila pakai gelang itu.. haha... suka suki aje aku nih... :P

just KD said...

sian farhan...bg la Dira mase ye,msih trkezut lg tuh..heheheee

vanilla_ice said...

pakai gelang tu... pakai gelang tu~~~