Monday, May 2, 2011

My-Bloody-Hell-Senior! 3


Sudah dua bulan berlalu. Aku sudah mula menerima status ‘Single’ dalam kehidupanku. Kini, aku bukan lagi girlfriend kepada lelaki yang bernama Syakir. Bukan sukar untukku melupakan Syakir kerana sememangnya hubungan kami sudah lama hambar.

Dan dalam tempoh dua bulan ini, aku sedar akan sesuatu walaupun ia kurang penting. Entah mengapa, aku dapat rasakan senior Farhan seolah-olah menjauhi ku. Apabila aku bersamanya, dia hanya mempamerkan sikap dingin. Langsung tidak bersuara kecuali perlu. Kalau dulu, adalah jugak dia berborak dengan aku. Mula-mula aku kurang perasan dengan perubahan senior Farhan tapi sudah hampir dua bulan dia bersikap begini.

Aku berjalan dari fakulti menuju ke kafe. Waktu ini aku hanya sendirian kerana Lela dan Izzi sedang berurusan dengan pensyarah. Fikiranku melayang entah ke mana. Adakah aku memikirkan sikap dingin senior Farhan? Oh, tentu sekali tidak. Buang masa aku je fikir pasal sikap dia. Lantak dia la nak dingin dengan aku ke, nak apa ke, ada aku kisah? Entah-entah dia ada masalah dengan awek dia.

Mataku dihalakan ke depan dan saat itu mata tertancap pada wajah Farhan yang sedang berjalan. Dia sedang menuju ke sini. Aku perasan wajahnya berubah riak tatkala melihatku. Aku berlagak seperti biasa. Tiada senyuman terukir di bibir. Bagiku jika orang sudah tidak mahu berkawan, untuk apa aku terhegeh-hegeh. Langkahku masih diteruskan.

Walaupun aku cuba berlagak tenang, namun dapat aku rasakan dadaku berdebar. Aneh! Mengapa aku gelabah semacam ni? Sewaktu kami berselisih, bahuku bersentuhan sedikit dengan Farhan. Air liur ditelan beberapa kali. Ya Allah, kenapa dengan aku nie.

“Anis Nadira!”

Langkahku termati sewaktu mendengar dia memanggil namaku. Namun, badanku masih tegak berdiri. Tidak berpusing menghadapanya. Tiba-tiba senior Farhan sudah berada di hadapanku.

“Aku nak jumpa kau kejap,” ucap senior Farhan bersahaja.

Aku memandangnya. Kepalaku sedikit mendongak memandangkan senior Farhan lebih tinggi dariku.

“Kan dah jumpa ni?”

“Takkan kita nak cakap kat sini, kat tengah panas macam ni,” desis senior Farhan.

Aku mencebik. “Habis tu, kat mana?”

“Kafe?”

Aku mengangguk setuju.

Aku memandang senior Farhan yang sedari tadi merenungku. Keningku dijongketkan sedikit. Sampai bila dia nak diam nie? Dah 20 minit dia diam jer. Tak boleh jadi ni. Aku berdehem.

“So, kenapa presiden nak jumpa saya? Pasal debat ke?” Aku memulakan perbualan sekaligus memecahkan tembok kesunyian antara kami.

Senior Farhan mengeluh. “Kan aku dah cakap…”

“Cakap apa?”

Senior Farhan membetulkan duduknya. “Tak payah panggil aku presiden kalau kat luar.”

“Owh… okey…”

Lupa pulak aku! Alah, ni pun nak jadi isu. Apa salahnya panggil dia presiden. Dah biasa kan.

“Hmm… aku nak jawapan dari kau. Dah lama aku tunggu,” bicara senior Farhan.

Aku mengerutkan dahi. “Jawapan? Jawapan apa?”

Senior Farhan meraup mukanya. “Tolonglah Dira.. Jangan nak seksa aku lagi. Jangan nak pura-pura. Aku nak tahu Ya atau Tak jer. Tak boleh ke kau bagitahu aku. Dah lama aku bagi kau masa.”

“Chop, chop! Apa kes ni? Aku tak fahamlah. Apa yang kau merepek nie?”

Senior Farhan merenungku tajam. Lama. “Kau betul-betul tak tahu atau kau pura-pura tak tahu?” soal senior Farhan sedikit sinis.

“Aku tak tahu lah!” bentakku geram.

“Betul kau tak tahu?”

Aku mula naik angin. Apa? Dia ingat aku tipu ker? Aku langsung tak faham sepatah haram pun yang dia cakap. Bibir ku ketap menahan geram.

“Aku cakap aku tak tahu, aku tak tahulah. Kau ni apahal?” nadaku sudah naik sedikit.

Senior Farhan berpeluk tubuh. “Fine! Maksudnya kau tak buka hadiah yang aku bagi kau?”

Aku terdiam. Bukan sebab aku tak tahu nak jawab apa, tapi sebab aku sedang berfikir. Mencari semula memoriku tentang hadiah yang disebut oleh senior Farhan. Lama aku berfikir, baru aku teringat. Hadiah itu aku simpan dalam almari. Tak buka pun. Malas.

Perlahan-lahan aku geleng kepala.

“Kenapa?”

“Ah?” soalku blur.

“Kenapa kau tak buka hadiah tu? Atau… kau bagi hadiah tu pada Izzi?”

“Taklah… Aku simpan dalam almari. Kenapa?” Giliran aku pula menanya. Sungguh aneh sikap senior Farhan kini.

Senior Farhan menyisir rambutnya ke belakang menggunakan tangan. “Anis Nadira, kenapa kau tak buka hadiah tu? Tak penting ke hadiah tu pada kau?”

Entah mengapa laju saja kepalaku mengangguk. Di luar sedar, aku mula berbicara. “Alah, rileks lah… tak penting pun hadiah tu. Balik ni aku buka la. Aku lupa nak tengok hadiah yang kau bagi aku tu. Ini pun nak kecoh.”

“Mungkin pada kau perkara tu tak penting, tapi bagi aku penting. Itu merupakan kali pertama dalam hidup aku. Aku tak pernah bagi kat orang lain. Kau orang yang pertama. Aku beranikan diri aku untuk bagi kau, bagitahu kau.”

Aku mendengus. Terasa rimas dengan perbualan kami. “Boleh tak kau straight to the point? Kenapa dengan hadiah tu? Apa yang penting sangat?”

“Dalam kotak hadiah tu, ada rahsia hati aku,” jawab senior Farhan bersahaja.

“So?”

“Aku cintakan kau!”

8 comments:

YONG JIAO XIU said...

hehehe sweet ah..farhan...chaiok! mesti terkejut beruk anis nih.

vanilla_ice said...

Really love Farhan <3 !.

Virtual Writer said...

wow... lelaki yang straight forward. menarik. hahaaa...

.:kiwi:. said...

gosh... klu sy la kan... pengsan 5 saat kat situ... haha XD

just KD said...

wuuuuuu,pngakuan brani mati nih...syabas farhan,gud job!..

Siti Wardah said...

waaaaa , i likeee ! haha

nea_124 said...

hahahah..terbaek!! tp kesian lar plak kat si Farhan nie...hahhaa

missfie_za&Lynn_are said...

sweet sngt.. hehe...