Sunday, May 15, 2011

My-Bloody-Hell-Senior! 12

Yahoo!! Akhirnya…. berakhir juga exam. Seminggu aku tertekan disebabkan exam. Sudahlah carry mark ku rendah. Memang tensi (tension) habis la. Hopefully, aku lulus semua paper. Dan kalau boleh, aku nak A. Dapat B pun aku bersyukur. Even aku tak nak C tapi kalau dapat C+, aku masih berpuas hati. At least aku tak repeat paper. Tak mahu aku repeat paper. Hehehe.

So, macam biasa… Aku pun buatlah clearance. Buat sesi air mata dengan Lela dan Izzi sebab masing-masing akan pulang ke rumah mereka. Rumah Izzi di Penang. Lela pula di Ampang. Setakat Ampang tu, tak adalah jauh sangat. Tapi Penang? Mujur saja kami cuti selama sebulan. Kira tak adalah bergunung-gunung rindu aku pada mereka kelak.

“Lela, Izzi… take care tau. Jangan lupakan aku. Aku nak minta maaf kalau ada buat salah pada kau.”

Kami saling berpelukan. “Aku pun sama Dira. Sorrylah kalau aku ada terkasar bahasa dengan kau. Kau jaga diri tau, Jangan sedih-sedih,” kata Lela.

“Aku pun macam tu jugak. Mesti aku rindu kau nanti, Dira. Kalau free, datanglah Penang,” pelawa Izzi.

“InsyaAllah… Kalau kau sponsor, laju je aku ke sana.”

Aku cium pipi mereka berdua. “Bye… Next sem jumpa lagi. Gonna miss you babe.”

Bosannya duduk rumah! Maklumlah. Anak tunggal. Umi dan abah pula kerja. Tinggalah aku berseorangan di rumah. Aku yang kemas rumah, sapu lantai, mop lantai, sidai baju, masak. Semuanya aku buat sendiri. Sudah dua minggu aku melakukan rutin yang sama. Naik bosan aku. Tak ada life!

Hisy, tak ada cerita best pun. Bosan betul. Kalau macam ni, lebih baik aku keluar. Tapi nak ajak siapa? Eddie dah kembali ke Shah Alam, menyambung pengajiannya. Aku bukannya ada ramai kawan. Jalan-jalan sorang pun ok jugak.

Aku terus bersiap. Kemudian, aku membawa kereta ke Dataran Pahlawan. Pergi situ best jugak. Lepas tu, boleh makan Burger King kat Mahkota Parade. Teringin pulak tekak ni nak makan Burger King.

Setengah jam kemudian, aku sudah pun tiba di destinasi yang dituju. Perkara pertama yang aku lakukan ialah makan. Selepas melantak BK Double Black Pepper, aku mula bersiar-siar di sekitar Mahkota Parade.

Setelah berasa jemu, aku memanjangkan langkahku ke Dataran Pahlawan yang terletak berhadapan dengan Mahkota Parade. Dari satu kedai ke satu kedai aku pergi. Mataku meliar entah ke mana.

Buk!!

Bahuku dilanggar dari kiri. Aku terus memandang gerangan yang melanggarku. Ya Allah. Terlopong mulutku. Mataku bulat merenung lelaki di hadapanku. Tidak ku sangka kami akan bertemu. Mataku terus merenung wajahnya. Terasa tidak mahu dialihkan. Rasa aneh mula terasa. Mengapa? Adakah kerana kami sudah lama tidak bertemu?

“Opps, sorry….”

Lelaki itu terus jalan ke depan setelah meminta maaf. Aku terkaku di tempatku. Dan pada masa yang sama, mataku terlihat Syahir bersama Huda. Sedang berpegangan tangan. Tapi hatiku tidak sakit melihat pasangan dua sejoli itu. Hatiku sakit apabila dia meninggalkan ku. Apabila dia berpura-pura tidak mengenaliku.

Pandanganku masih melekat pada Syahir dan Huda, namun fikiranku memikirkan tentang si dia. Kenapa dia buat aku macam ni? Kenapa aku rasa sedih? Kenapa aku rasa nak nangis?

Tiba-tiba pandanganku pada Syahir dan Huda dihalang oleh sesusuk tubuh. Tubuh itu milik dia. Milik Farhan. Aku mendongak memandang Farhan. Saat itu, Farhan memandangku.

“Jangan sedih. Aku ada,” ucap Farhan lembut.

Aku terus menerus memandang Farhan. Air mataku jatuh setitis ke pipi. Aku sendiri terkejut. Kenapa perlu ada air mata?

Farhan menyeka air mata di pipi kiriku. “Syhh… don’t cry. Orang pandang. Kau luahkan apa yang kau rasa pada aku. Aku sedia mendengar. Jom… kita cari tempat yang sesuai.”

Aku hanya mengangguk. Kaki ku melangkah mengikut Farhan. Aku seolah-olah dipukau, bagaikan dalam alam mimpi. Bukankah itu Farhan? Dia yang berkata lembut padaku. Dia yang menyeka air mataku. Tapi… Kenapa dia baik denganku? Baru saja tadi dia berpura-pura tidak mengenaliku. Ah, sungguh aneh! Permainan apa yang dicipta olehnya?

Farhan membawaku ke padang Dataran Pahlawan. Kami duduk di bangku yang diperbuat dari simen di situ. Aku hanya berdiam diri. Lidahku kelu untuk berkata-kata.

“Kalau kau nak nangis, nangis je. Jangan malu dengan aku,” kata Farhan.

Aku telan air liur. Mulutku masih berat untuk menutur kata.

Setelah lama aku menyepikan diri, Farhan mula bersuara, “Aku cemburu dengan Syahir. Walaupun dah lama dia tinggalkan kau, kau still tak boleh lupakan dia. Bertuah betul dia. Aku cemburu. Kalau aku boleh ganti tempat Syahir dalam hati kau…. tapi… aku tahu aku tak boleh. Aku tak layak. Sabarlah Dira. Aku tahu hati kau sakit melihat Syahir dengan perempuan tadi. Kau kena—”

“Farhan…” Aku menguatkan diri untuk bersuara. Nampaknya Farhan sudah salah faham.

Farhan memandangku, menanti bicara seterusnya dariku.

“Aku… aku bukan sedih sebab Syahir. The moment I saw he with Huda, aku tak rasa apa-apa. Nothing. Tak sedih langsung. And I know that aku dah berjaya lupakan dia. Dah berjaya lenyapkan nama dia dari diri aku.”

“Then, kenapa kau nangis?” soal Farhan pelik.

Aku menundukkan mukaku. Nafas ditarik perlahan-lahan. “Aku sedih sebab kau.”

“Aku??” Farhan sedikit terjerit. Terperanjat agaknya.

Aku mengangguk. “Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau sombong dengan aku? Kenapa kau tak nak kawan dengan aku? Kau cakap nak buat aku jatuh cinta pada kau. Tapi kenapa kau menjauh?” Aku meluahkan segala-galanya.

Farhan terdiam. Giliran dia pula membisu.

“Farhan… aku dah tahu. Aku dah tahu segalanya. Izzi dah bagitahu aku. Aku nak minta maaf. I’m so sorry. I don’t know that you really love me. Aku ingat kau main-main. Sorry Farhan. Aku dah mempermainkan perasaan kau. Tapi aku tak berniat.”

Ya, Izzi sudah pun menjelaskan kepadaku segalanya. Sebenarnya, sejak aku menghadiri orentasi universiti, Farhan sudah mula menyukaiku. Kata Izzi, gelagatku mencuit hati Farhan. Masa tu, Farhan masih lagi bersama Syakila. Dan aku pula masih bersama Syahir. Makin lama, Farhan mula sedar dia benar-benar menyukaiku.

Dia pun tanya pada Izzi pasal diriku. Izzi kan rapat dengan ku dan kebetulan Izzi satu sekolah dengan dia. Apabila Farhan tahu aku sudah berpunya, dia cuba kawal perasaannya. Dan kisah dia dan Syakila pula… sebenarnya mereka mula jadi kekasih waktu mereka di tingkatan 5.

Masa tu, Syakila popular sebagai puteri sekolah dan Farhan pula popular sebagai putera. Mereka memang kawan rapat. Satu hari Syakila meminta Farhan menjadi kekasihnya dan Farhan terus saja setuju walaupun saat itu, antara mereka tiada rasa cinta. Sejak masuk universiti pula, Farhan mula perasan Syakila minat pada Farid tapi Syakila tak nak mengaku. Dia tak nak lepaskan Farhan. Tapi lama kelamaan Syakila sedar dia tak boleh berpura-pura lagi. Hatinya pada Farid. Dan Farhan pula mencintaiku.

Ini apa yang Izzi ceritakan padaku selepas pertengkaranku dengan Farhan di pantai. Aku benar-benar tak sangka Farhan menyukaiku. Aku sangka Farhan hanya bergurau. Ternyata sangkaanku salah. Dan apabila aku sedar perasaan yang mula hadir dalam diriku pada Farhan, semuanya sudah terlambat. Farhan sudahpun meninggalkanku.

“Kau cintakan aku?” tanyaku pada Farhan, berani.

Farhan memandangku. “Penting ke jawapan aku?”

Pantas aku mengangguk. Tanganku mengeluarkan sesuatu dari tas tanganku. Gelang pemberian Farhan. Aku memang meletakkan gelang istimewa ini di dalam tas tangan. Aku terus meyarungkan gelang itu pada lenganku. “Jawapan kau penting buat aku sebab aku cintakan kau. So, dah expired ke offer kau ni?” soalku sambil menunjukkan gelang di tangan.

Bukankah Farhan membuat tawaran. Jika aku sudi menerimanya, aku kena pakai gelang pemberiannya. Dan kini masih valid-kah tawarannya?

Farhan tersenyum lebar sambil menggelengkan kepalanya. “The offer is still valid just like my love to you. It’s endless… I’ll love you and still love as long as you are not married. I love you Anis Nadira.”

Merah mukaku mendengar bicara Fahan. Malunya. Tak sangak Farhan pandai berkata-kata. Sambil memandang bawah, aku membalas bicaranya. “I love you too.”

Farhan tergelak halus. “Comel!”

Aku turut tergelak.

“Hey, sorry….” ucap Farhan setelah tawa kami reda.

“For….” Sengaja aku leretkan ucapanku.

“For everything. Is ada sakitkan hati Anis. Sorry.”

Aku senyum panjang. “Is and Anis. I like!”

Farhan membalas senyum. “Yelah… kan dah couple. Kenalah ubah ayat panggilan.”

“Eh, bila masa kita couple?” soalku dengan nada yang sengaja dibuat serius.

Berubah wajah Farhan. “Then tadi… the confession…”

“Itu hanya confession… Kenalah ikut procedures. Kenalah propose dulu. Apalah…”

Farhan kembali tersengih. Dia terus berdiri. “Tunggu sini kejap.”

Farhan terus berlari. Senyumanku makin melebar. Pasti ada kejutan selepas ni. Berdebar pulak aku. Aku memerhatikan kiri dan kanan, mencari kelibat Farhan.

“Anis Nadira!” panggil Farhan.

Aku menoleh ke arahnya. Terukir senyuman manis di bibirnya. Di tangannya terdapat ‘sejambak teddy bear yang kecil’. Bukan sejambak bunga tapi teddy bear. Oh my God! Dah lama aku harapkan seseorang belikan aku benda ni. So sweet.

“Could you be my girlfriend and be with me forever?” soal Farhan lembut dan cukup romantis.

Aku cuba menyembunyikan senyumanku tetapi aku gagal. Kepalaku diangguk laju. Tanganku terus mencapai ‘jambangan teddy bear’ di tangan Farhan. “Thanks, sugar.”

“You called me sugar?”

“Yeah… cuz I’m your honey.”

Farhan tergelak mendengar balasanku.

“Nadira.”

Aku terus berpaling apabila namaku dipanggil. Syahir. Dan Huda. Aku menghadiahkan senyuman buat mereka.

“Hai… Tak sangka jumpa korang kat sini. Huda… lama tak jumpa kau.” Aku terus memeluk Huda.

Syahir dan Huda memandangku pelik. Pelik dengan reaksiku barangkali. Pasti mereka sangka aku akan memaki hamun mereka. Argh, buat apa… Hari ni merupakan hari paling bahagia buat diriku.

“Siapa tu Dira?” soal Syahir seolah-olah cemburu. Aik, cemburu ke?

Aku senyum lebar. “My sugar, my love… He’s my boyfriend.”

“Okeylah guys. Kitorang nak dating ni. Bye,” tambahku lagi. Aku sengaja ingin mengenakan Syahir. Padan muka kau. Siapa suruh tinggalkan aku. Sekarang aku dah dapat lelaki yang lebih baik dari kau.

Message delivered to Eddie.

Aku tersenyum. Aku sudah pun text Eddie tentang diriku dan Farhan. Pasti Eddie gembira mendengar khabar ini. Pada Lela dan Izzi juga sudah ku umumkan. Izzi orang pertama yang aku call sebaik saja pulang dari Dataran Pahlawan. Ada hikmah rupanya aku ke sana. Bahagianya aku.Thanks Farhan.

Tamat pun cerita ni. Thanks to all readers yang follow cete ni. Sorry sebab buat pendek je. Kalau tak puas hati, zuera faham. S’ok. Zuera buat cerita ni sebab masa tu zuera tension sebab exam. So, zuera release tension dengan menaip. So, it’s kinda messy here n there. Bila dah abes exam, tak tahu nak tulis apa. No idea. So bantai sajelah. Leave your comment. Juz a simple story by me. Zuera faham kalau kamu tak berpuas hati. But again thanks cuz read my e-novel. Luv u.

16 comments:

nanieZACK. said...

Whaaaaaaaaaaaaa, pertama komen. Sweet gila dorang nie. Buat SE boleh? Hihu. Best gilaaa. Is and Anis <3 Awhhh, haha. terbaek lah kak :D

Virtual Writer said...

suka ending dia... buat la lagi cter camni.

♥ Adinda ♥ said...

so sweet...even cite dia pendek tp sweet sgt ending dia....i like so much!!...kalo ada idea lg...wt la citer cm nie..santai n sweet ending...xberat kpala nk bc...gud jobs...5 stars for u

VanillaIce said...

like like like x1000 ! suke gielr dgn farhan. sweet jer. xDDDD

Rohaida Rahman said...

simple & nice, relax jer...
i like sbb dah pening dok baca citer2 org lain yg complicated & memeningkan hehehe...
x sabar tunggu citer baru :-) .....

just KD said...

..hahahaaa,cam tu jer?...hihihiii,best la..xde tensi2..hihiii,buat lg yea..

nea_124 said...

even pendek tp still menarik...ending dye sweet sgt >.<

farhah_hanan said...

best sesngat!! sweet!! huhu.. suke...
sy sngguo mengadp laptop lame2 tok abehkn citer nie...huhu

chicky_94 gurls said...

best giler!! waaa thumbs up!! sy ske ending dye buat sy naik giler kjap hehehe...ape2 pun citer nie mmg best :-)

MiSz fiFiEyQa said...

U-sugar..I-honey..sweet..ehehe

iman najjwa said...

sweet...ala best nyer....hehehhehee...hahaha....nk mcm nie jugak..ahahhaa

Anonymous said...

wohooooo

ieda ismail said...

da abis bc sume citer dlm blog ni......sumenya best, suke3....sambung la tulis lg

eiha farihah said...

ARGGGGG..so romantic walupun pendek kira o.k heh...kak buat la citer mcm ne lgi....best...

eiha farihah said...

argggg....so romantik...walaupun pndek...tpi end nyerr best...semuanyer nvl aka best...

Anonymous said...

is tu farhan ke? mcm mn blh mcm 2?