Thursday, May 12, 2011

My-Bloody-Hell-Senior! 11

Aku menyandarkan kepalaku di kepala katil. Pelik betul aku dengan sikap Farhan. Mana taknya, lepas aku minta maaf dengan Farhan, dia sombong dengan aku. Macam dingin je. Macam nak jauhkan diri dari aku je. Walhal, aku dah minta maaf. Lepas tu, kitorang boleh makan ais krim sama-sama lagi.

Jumaat lepas, aku ternampak dia kat taman. Dia nampak aku tapi dia buat bodoh je. Aku yang tegur dia. Dia pulak senyum jer. Selasa lepas pulak, aku nampak dia tengah bergelak tawa dengan Lela dan beberapa orang kawan dia. Aku pun join sekali. Nak jugak tahu apa yang dorang borakkan. Tapi…. bila aku join, dia terus jadi pasif. Huisy, pelik betul aku. Kenapa dia bagi respon yang macam ni eh? Dia masih marahkan aku ke?

“Wei, mak cik… termenung pulak. Kata ada date.”

Aku tersentak apabila mendengar suara Izzi. Terus mataku memandang Izzi. “Dah pukul berapa?”

“2.50.”

Aku terus bangkit dari pembaringan. “2.50??”

Aku terus membuka almari pakaian dan menukar pakaian. Memikirkan si Farhan sampai aku lupa janji aku dengan Eddie. Eddie baru je pulang dari Sarawak semalam. Dan kami sudah pun berjanji untuk bertemu. Haisy, lambat pulak aku.

“Mati aku!! Aku janji pukul 3 nak jumpa kat kafe,” rungutku.

“Tulah kau… berangan lagi. Termenung je sekarang nie,” balas Izzi.

Aku tarik sengih.

“Bro, sorry lambat. Dah lama ke tunggu?”

Eddie senyum nipis. “Bolehlah…. Around 20 minutes.”

Aku gigit lidah. Rasa bersalah. Mataku mengecil sedikit. “Sorry… Sorry sangat.. Marah ke?”

Eddie geleng sambil tergelak kecil. “Comellah…”

“What? Saya comel?”

Eddie angguk bersama senyuman di bibirnya.

Aku tergelak. “Baru tahu ke saya ni comel? So, miss me?”

Eddie tidak segera menjawab. Dia berpura-pura, seolah-olah sedang berfikir. Tangannya sengaja dicuitkan ke dagunya. “Err… yeah… kinda…”

Aku jongket kening dua kali. “So, mana ole-olenya?”

“Ole-ole? Mana nak beli?”

Dahiku berkerut. Mana nak beli? “Kat Sarawak la… Awak kan pergi sana… Takkan tak beli ole-ole buat saya?”

“Mana ada jual ole-ole kat Sarawak.”

Aku terlopong. Budak ni biar betul?

“Tapi saya ada belikan kuih lapis buat awak. Nah… makan dengan kawan-kawan. Sedap tau,” ucap Eddie sambil menghulurkan beg kertas yang berisi kek lapis Sarawak.

Bertambah pelik aku jadinya. Tadi cakap tak ada ole-ole. Habis tu, kek lapis ni apa?

“Is there something wrong?” soal Eddie apabila melihat reaksiku.

Aku membetulkan posisi dudukku. “Tadi awak kata, tak ada ole-ole buat saya…”

“Yeah…,” ucap Eddie sambil mengangguk.

Keningku terangkat, tanganku ditunding ke arah beg kertas di atas meja. “Then, itu apa?”

“Itu kek lapis… bukan ole-ole.”

Aku garu kepala. Bertambah pelik ni. “Wait, wait…. apa yang awak faham dengan ole-ole… I mean, what is ole-ole?”

“Ole-ole tu kuih la.”

Terlepas gelak yang kuat dari mulutku. Sampai berair mata. Ya Allah! Ada ke patut dia kata ole-ole tu kuih? Patutla blur jer…

“Asal awak gelak?” soal Eddie sedikit geram pabila melihat ketawaku yang kuat.

Aku terus berhenti gelak. Aku cuba menenangkan diri. “Awak… ole-ole tu souvenir… bukan kuih…”

“Tapi kan… itu… ada satu kuih—”

“Itu ondeh-ondeh…”

Eddie angguk tanda faham. Kemudian dia tergelak kecil. “Okey, saya salah. Sorry.”

Aku gelak lagi. “S’ok.. but it’s funny… Saya takkan lupa.. Unforgettable memory.”

Eddie mencebik. Dia membiarkan saja aku menggelakkan dirinya.

“By the way, thanks for your ole-ole not ondeh-ondeh.” Dan aku menyambung kembali gelakku.

“Stop it la… Saya tahulah saya salah. Janganlah gelakkan saya lagi.”

Makin galak aku ketawakan dia. Baruku sedar, sudah lama aku tak gelak macam ni. Hidungku ditarik oleh Eddie secara tiba-tiba. Mungkin geram dengan tawaku. Aku terkedu. Terhenti terus tawaku.

“Tahu pun berhenti. Geramnya saya tengok awak gelak,” rungut Eddie.

Aku cuba menenangkan diri buat seketika. “Okey, sorry, sorry….”

“Eh, tu macam kawan awak. Farhan… He looks at us.” Eddie menundingkan jarinya ke satu arah.

Mataku memandang ke arah yang ditunjukkan. A’ah… Farhan. Dia turut memandang ke arah kami. Senyuman diukir sambil melambai-lambai ke arahnya. Tak sangka kami akan bertemu di sini. Farhan hanya senyum nipis dan kembali menunduk. Aku sedikit terasa dengan responnya. Senyuman Farhan seperti palsu, tak ikhlas. Kenapa ya? Pandanganku dihalakan semula ke arah Eddie.

“Korang gaduh ya?” serkap Eddie.

What?? Dia ni ahli nujum ke apa? Tapi… aku gaduh ke dengan si Farhan tu? Tak pun. Mana ada gaduh. Aku dah minta maaf kat dia. Dia pun dah maafkan aku. Cuma dia macam jauhi aku.

“Oh… ni mesti kes salah faham hari tu kan? Awak kata dia dah maafkan awak.”

Mulutku sengaja dimuncungkan. “Memanglah. Tapi… since that day, dia dah sombong dengan saya.”

“Padan muka awak… Menuduh tanpa usul periksa. Kalau saya jadi dia, saya pun sakit hati. Dah la awak kutuk dia… Lepas tu, dia dengar pulak awak cakap awak takkan kawan dengan dia lagi. I think he respcts your principle. Kan awak kata awak tak nak kawan dengan dia lagi.”

Sudah! Aku pulak yang salah. Menyesal pulak aku cerita semuanya pada Eddie. Aku memandang Eddie yang sudah berdiri. “Nak pergi mana?”

“Nak sapa Farhan jap.”

“Nak buat apa?” soalku sedikit cemas.

“La… dia kan kawan saya jugak. Salah ke saya nak tegur dia. Awak tak nak tegur dia ke?”

Aku berfikir sebentar. Bibir diketap. “Hmm, jomlah.”

Kami menuju ke meja Farhan. Waktu itu Farhan masih lagi bersendirian. Dia sedang tunggu seseorang ke? Tapi siapa? Perempuan ke lelaki? Opps… kenapa aku nak tahu pulak?

“Hai, bro…. Tunggu kawan ke?” tegur Eddie ramah.

Farhan mengangkat wajah, memandang kami. Lebih tepat lagi memandang Eddie. Dia tak pandang aku pun.

“Hai… A’ah… tunggu kawan.”

“Bila nak match basket(basketball) lagi?”

Farhan mencongak sebentar. “Entahlah bro… Lately aku busy sikit la. Maybe next time.”

“Hmm, oklah. Aku chao dulu.”

Dan kami pun meninggalkan Farhan di situ. Aku hanya berdiam diri. Mengikut saja langkah Eddie. Bertambah geram aku pada si Farhan. Ingat aku ni tunggul ke? Pelik betul dengan sikap Farhan ni. Dan dia sudah kembali ke sifat asalnya, iaitu serius dan tegas. Tak ada main-main macam dulu. I mean, waktu dia asyik kacau aku.

“Kenapa diam ni? Sedih?” soal Eddie.

“Hah? Tak adalah… tak tahu nak cakap apa.”

Eddie gelak kecil. “Eleh… awak tengah fikirkan Farhan kan? Jangan-jangan awak dah suka dia.”

“Merepek!!”

Aku terus meninggalkan Eddie. Aku terus mempercepatkan langkah. Tak suka bila Eddie cakap macam tu.

Malam ni, kelab debat mengadakan dinner. Just a small and simple dinner. Bertempat di Dataran Klebang. Saja je kami buat sikit makan-makan. Lepas ni, sudah tiada aktiviti kelab untuk semester ni. Kitorang nak final dah. Minggu depan dan study week. So, apa salahnya kami enjoy sekejap.

“Lela, aku nak peha ayam,” jeritku pada Lela yang sedang mengambil makanan buat kami berdua.

Aku pula mengambilkan Lela minuman. Air special ni. Abang Haikal yang buat. Memang sedap! Aku dan Lela dah dua kali tambah. Belum pernah aku minum air ni. Kat kedai pun tak ada jual. Air ni dicipta oleh Abang Haikal sendiri. Dia namakan air ni air ‘Dream Sky’. Pelik betul nama air ni tapi rasa dia sedap. Ada class gitu.

Lela membawa dua pinggan. Semestinya untuk kami.

“Nak duduk kat mana?” tanyaku.

“Tu… kat hujung tu. Sunyi sikit. Jom kita date.”

“Date apanya? Ingat kita ni les(lesbian) ke?”

Lela mencebik. “Ingat perempuan dengan lelaki je boleh date? Aku nak gak date dengan kawan aku. Kau kan selalu je takde. Sibuk dating dengan Eddie.”

Hisy budak ni. Nasib baik tangan aku pegang cawan. Kalau tak, dah lama aku cubit dia. “Amboi, amboi, amboi…. sedapnya mengata. Aku yang sibuk date atau kau? Aku ni pakwe pun takde. Lainlah kau.”

“Pulak? Aku yang kena…”

Terhambur tawaku. Lela turut ketawa sama. Tawa kami bergabung jadi satu membuatkan orang memandang ke arah kami. Malunya.

Setelah mengisi perut, Lela meminta diri untuk join group Melissa. Dorang sedang bermain gitar sambil bernyanyi. Aku pulak masih di sini. Memandang ke satu arah. Farhan. Sedari tadi, dia asyik duduk di batu itu. Makan pun sikit. Orang lain huha sana sini (enjoy), dia pulak memencilkan diri.

Aku terus mengangkat punggung dan menuju ke tempat air. Aku mengisi air Dream Sky, dua cawan. Satu buat aku dan satu lagi… aku ingat nak bagi Farhan. Terus saja aku mengatur langkah mendekatinya.

Aku berdehem. “Air,” ucapku sambil menghulurkan cawan di tangan kepada Farhan.

Farhan yang sedang mengelamun tersentak. Namun huluranku tetap bersambut. “Thanks.”

Aku tarik senyum. “Boleh duduk sini?”

Farhan tidak memandangku. Dia hanya memandang kepekatan malam. Ah, apa yang dia lihat? “Hmm….”

Angin pantai menyapa tubuh kami. Agak kuat angin pada malam ini. Habis selendangku. Mesti nampak selekeh. Penat aku lilit tadi.

“Err… Kau marah aku ke?” Aku menyoal soalan yang telah lama menghantui diriku. Hari ini, aku inginkan jawapannya.

Sepi. Tiada respon. Aku menyisip minumanku. Cuba bersabar. Menanti jawapan dari Farhan. Masa terus berlalu namun Farhan masih berdiam diri.

“Farhan… aku tanya ni… kau marah aku ke?”

“Tak.” Lama baru dia jawab.

“Then, kenapa kau macam avoid aku?”

“Bila?”

Aku memandang Farhan. Geramnya. Pura-pura pulak. “Jangan nak bohonglah, Farhan. Aku perasan. Kau ingat aku tak perasan ke kau try avoid aku. Semalam kau tak jadi makan kat kafe sebab aku ada kat situ kan? Aku nampak kau patah balik.”

Farhan mengeluh. “Dira… final nak dekat. Aku nak concentrate.”

“Then, kau sorang je nak final. Aku tak? Aku tak payah ambil exam?” soalku sedikit membentak.

“Kau datang ni semata-mata nak cari gaduh dengan aku ke? Kalau itu niat kau, baik kau lupakan. Aku cuma tak nak diganggu. Dan kau buatkan hidup aku tak tentu arah. Aku tak nak terganggu sebab kau.”

Mataku tajam menikam wajah Farhan. Tangan disilangkan. “Owh, jadi selama ni aku ganggu hidup kau la?”

Farhan tarik nafas dan dihembuskan. “Anis Nadira, aku tak nak gaduh dengan kau. Assalamualaikum.”

Farhan terus meninggalkan aku. Aku terkaku di tempatku berdiri. Duniaku tiba-tiba rasa kosong. Ya Allah, kenapa hatiku rasa pedih?


3 comments:

♥ Adinda ♥ said...

alaaa..mesti farhan jelez ngan dira eks....cian dira...sambung cepat eks...xsbr nk tguuuu...

just KD said...

hihiii,gado la plak....sokong eddie,dira yg brsalah...nape la dira xprnah cuba fhm hati farhan..

VanillaIce said...

Serius, apa sudah jadi nii??? Suka Eddie, tapi tak suka la dia asyik jumpa Dira je. Sian Farhan. Huhu~