Monday, May 9, 2011

My-Bloody-Hell-Senior! 10

Sejak kejadian di warung Pak Abu, aku dah tak bertegur sapa dengan Farhan. Masuk hari ni, dah seminggu aku mengelakkan diri dari dia. Aku tak suka orang yang hipokrit, orang yang terlampau pentingkan diri, orang yang suka main-mainkan perasaan orang lain, orang yang perasan bagus macam Farhan.

Aku sedar Farhan cuba bercakap denganku sewaktu latihan debat, tapi aku buat tak tahu je. Bagi aku, once I leave, I won’t return. Aku takkan kawan lagi dengan Farhan. Dia kejam. Aku tak suka dia. Dia sama macam Syakir. Aku tak boleh terima diri dia. Anggap saja aku tak pernah kenal dengan lelaki yang bernama Farhan.

“Hey, dah lama tunggu saya?” soal Eddie yang baru tiba.

Hari ini, aku dah berjanji untuk keluar dengannya. Esok dia akan berangkat ke Sarawak selama sebulan.

“Lama la jugak….”

“Alahai… kesiannya budak kecik ni.. Awak dah lapar ke?”

Aku angguk. “Dah berkeroncong perut ni. Jomlah makan…”

Eddie senyum nipis. “Nak makan kat mana?”

Aku jongket bahu. “Tak kisah.”

“Johnny’s?”

Aku mengangguk setuju. Kemudian kami menuju ke restoran Johnny’s. Tiba-tiba mataku terpandangkan seseorang di kedai Vincci. Syakila dan seorang lelaki. Dan lelaki itu bukan Farhan. Aku mula rasa pelik. Mataku ditajamkan ke arah mereka.

Eh, bukan ke lelaki tu Yusri? Classmate Farhan. Apa hubungan dorang ekh? Oh my God! Dorang pegang tangan. Apa dah jadi ni? Bukan Syakila tu suka Farhan separuh mati ke? Dari pemerhatian aku sebagai manusia normal, aku dapat klasifikasikan Syakila ada hubungan intim dengan Yusri. Hah… tengok tu. Yusri main rambut Syakila.

“Dira…”

Aku tersentak. Eddie memandangku pelik.

“Awak okey ke?”

“Hah?”

“Awak okey ke?” ulang Eddie.

Aku hanya mengangguk. Perlahan-lahan aku mengekori langkah Eddie. Fikiranku masih memikirkan insiden yang ku lihat tadi.

Sampai balik hostel pun, fikiranku masih diganggu dengan peristiwa tadi. Macam-macam perkara yang bermain di fikiranku. Patutlah Syakila tak serang aku time aku rapat dengan Farhan. Bukankah dia pantang tengok orang rapat dengan Farhan dulu? Dan patutlah gossip tentang Farhan dan Syakila senyap tiba-tiba.

Apa yang berlaku sebenarnya? Argh… kenapa aku nak ambik tahu? Tapi… aku nak tahu jugak. Pada siapa aku nak cari jawapan yer? Farhan? Memang taklah. Jangan harap aku akan tanya dia.

“Woi, asal kau termenung?” soal Izzi.

Aku tersentak. Terbang semua lamunanku. Aku memandang Izzi. Aku bangun dari pembaringanku. “Izzi…”

“Hmm…”

“Aku tanya something boleh tak?”

Izzi pandang aku pelik. “Kau ni kenapa? Macam ada problem je.”

“Bukanlah masalah mana pun… tapi kan… tadi, time aku keluar dengan Eddie, aku nampak… aku nampak…” Aku teragak-agak untuk memberitahu Izzi.

“Kau nampak apa?”

Aku mengetap bibir. “Aku nampak Syakila dengan Yusri. Dorang macam ada hubungan istimewa je.”

“So?”

Aku mengerutkan dahi. “Habis tu, Farhan tu macam mana?”

“Macam mana apanya…”

Bertambah pelik aku jadinya. “La… kan dia dengan Farhan.”

Izzi senyum sinis. “Dira, dira… dorang tu dah lama putus.”

“What?” Aku separuh menjerit.

“Tulah kau… tak peka dengan gossip-gosip liar ni. Aku nak je bagitahu kau bila kau asyik cakap ‘Farhan dah ada Syakila.’… tapi abang Farhan yang tak bagi aku cakap kat kau.”

“Lah… Kenapa pulak?”

Izzi mencebik. “Entah… adalah tu alasan dia.”

Aku berfikir-fikir sebentar. Jangan-jangan…. Jangan-jangan dia putus sebab aku. Oh no!

“Err, Izzi… kenapa dorang putus?”

“Siapa putus?” sampuk Lela yang baru balik.

“Abang Farhan dengan Kak Qila,” jawab Izzi.

“Owh… asal pulak kau nak tahu… Bukan hari tu kau kata kau tak nak ambik tahu pasal Farhan ke?” soal Lela sedikit pedas.

Aku agak terpukul dengan pertanyaannya. Aku garu kepala yang tak gatal. “Err, Izzi asal dorang putus?” tanyaku tanpa mengendahkan soalan Lela.

“Tanya jelah dia,” sampuk Lela lagi.

Aku pandang Lela. “Kau ni kenapa?” tanyaku sedikit geram.

“La… aku tanya je.. salah ke?”

“Habis tu, aku ni… salah ke aku tanya?”

“Woi, korang… Asal nak gaduh nie? Hal kecik pun nak kecoh,” kata Izzi.

Lela menjelingku, kemudian dia memandang Izzi. “Takdelah… Si Dira ni.. Asal sibuk nak tahu pasal Farhan. Bukan dia benci si Farhan ke?” Nada Lela mula mengendur.

Aku tarik nafas. “Okey, okey… aku tahu aku salah. Fine! Aku minta maaf. Sorry la wei.”

“Dah ar,” kata Lela seperti berjauh hati.

Aku terus pergi ke arah Lela. “Sorry la wei.”

“Yelah.” Kami terus berpelukan. Rasa bersalah pula tinggikan suara pada Lela tadi.

“Sorry tau,” kataku lagi.

Lela angguk. “Iya… Aku maafkan. Kalau kau nak tahu kenapa Farhan putus, tanya la dia sendiri.”

“Hmm….”

Walaupun aku nak sangat tahu, aku terpaksa menahan diriku. Aku tak nak bergaduh dengan Lela. Mungkin Lela geram dengan sikapku. Hmmm….

Macam mana nie? Nak tegur dia ke tak? Aku pandang sekali lagi ke arah Farhan yang sedang tekun membuat kerjanya di library. Tapi bukankag prinsip hidupku ‘Once I leave, I won’t return.’ Tapi… aku dah salah faham. Kusut, kusut…

Argh… minta pendapat legal advisor aku la. Siapa lagi kalau bukan Eddie. Eddie ni sudah ku lantik sebagai legal advisor ku. Kalau aku ada masalah, aku minta pendapat dia. Aku pun pelik dengan diri aku ni. Yelah, aku mana pernah share problem dengan orang lain. Aku tak pandai. Tapi dengan Eddie, selamba je aku cerita masalah aku. Dan nasihat dari Eddie sangat berguna. Mungkin aku sudah anggap dia sebagai abangku. Sebab tu aku tak kisah bercerita denganya.

Tanganku laju menaip mesej. Sikit punya panjang aku taip. Setelah menceritakan semuanya, aku tekan butang ‘Send’. Beberapa minit kemudian, Eddie membalas mesejku.

+ Hah.. awak dah salah faham. So, tegur je la dia. N ask him what you

want to ask.

- Tapi, saya segan.

+ Kenapa pulak segan? Cakap jelah macam kawan biasa. U noe wat?

Tak baik awak tuduh dia macam tu. Awak cakap dia macam-macam.

Now u noe d fact. Awak salah faham. So, minta maaflah. Janganlah ego, sis.

- Erk, I try. Thanks.

Okey. Minta maaf. Dira, kau kena minta maaf. Aku yang salah. Aku tarik nafas panjang. Cuba mencari kekuatan. Aku terus bangun dan menuju ke arah Farhan.

“Aku nak cakap dengan kau jap,” ucapku perlahan. Maklumlah, kami sekarang berada di library.

Farhan sedikit terkejut melihatku. Tanpa sepatah kata, dia mengemas barang-barangnya.

“Aku tunggu kat luar.”

Aku memandang Farhan. Aisy, kenapa aku gelabah ni. Si Farhan ni pulak, kenapa dingin pulak ni? Ni yang buat aku macam cacing kepanasan ni sampai peluh pun merenik. Masalah besar ni. Sabar Dira. Sabar.

Aku berdehem, membersihkan tekak. “Err—”

“Kenapa kau nak jumpa aku?” soal Farhan serentak.

Aku semakin kalut bila mendengar nadanya yang dingin. Ya Allah, apa dah jadi dengan aku ni? Mungkin sebab aku rasa bersalah pada dia.

“Bukan kau benci aku ke? Aku ni kan hipokrit, kejam, gatal… And kau dah lupa ke prinsip kau? ‘Once I leave I won’t return’,” ajuk Farhan.

Aku tergamam. Macam mana dia tahu. “Kau dengar eh?”

Ah, pasti dia dengar perbualan ku dengan Lela minggu lepas. Aku mengutuk diriku di dalam hati.

“So, kenapa kau nak jumpa aku?”

“Err… semalam, aku nampak Syakila dengan Yusri.”

Farhan pandangku sekilas. “So?”

“Izzi cakap kau dengan Syakila dah putus. Aku dah salah faham. Aku nak minta maap. Assalamualaikum.”

Aku terus meninggalkan Farhan. Sakit hatiku melihat sikap Farhan. Kalau macam tu, baik aku minta maaf je. Janji aku dah minta maaf.

“Dira…”

Aku berhenti melangkah.

“Macam tu je?” tanya Farhan.

Aku mengerutkan dahi. Badanku terus berpaling ke belakang, menghadap Farhan. “Macam tu apa?”

Aik? Lain pulak aku tengok muka dia ni. Dah manis. Tadi tegang je. Farhan mendekatiku.

“Kau dah salah faham… so, kau tak marah aku lagi. Maksudnya aku bukan lelaki yang hipokrit yang macam kau cakap tu… then, takkan kau still tak nak kawan dengan aku lagi?” Farhan mengenyitkan matanya.

Eceh! Dah kembali ke sikapnya. Aku tergelak kecil. “Sorry la wei… Aku tak tahu pun kau dah break… tapi… kenapa kau cakap kau akan putus dengan dia hari tu? Kau kan dah putus dengan dia.”

“Saja… nak uji kau.”

Aku ketap bibir. “Jahat!”

“Bukan jahat tapi nakal.”

Aku gelak halus.

“Belanja aku ais krim,” pinta Farhan tiba-tiba.

“Kenapa pulak?”

Farhan cebik bibirnya. “Hari tu kau belanja Eddie ais krim. Aku nak jugak.”

Aku pandang Farhan. “Mana kau tahu?”

Farhan menjongketkan bahunya. Dia membiarkan soalanku tanpa jawapan. Keningnya ternaik sedikit seolah-olah mencabarku.

“Jomlah.”

“Yeah!”

Kami menuju ke kafe. Aku membelikan ais krim Cornetto buat Farhan dan juga buat diriku. Kemudian, kami duduk di bangku berdekatan dengan kafe.

“Thanks.”

Aku sengih. “No sweat.”

Plastik ais krim dibuka. Kami mula menikmati kesedapan ais krim Cornetto. Yummie.

“Farhan,” panggilku perlahan sambil memandangnya.

Farhan memandangku sekilas. “Hmm…..”

“Kenapa kau putus dengan Syakila? Sebab aku ke?” tanyaku ingin tahu.

Farhan terdiam. Dia merenung jauh ke hadapan. Lama dia menyepi. Entah-entah memang betul Farhan putus sebab aku. Aku mula rasa lain macam.

“Aku putus dengan dia before kau putus dengan Syakir lagi. Dah lama Dira.”

Aku menarik nafas lega. “So, bukan sebab aku kan?”

Farhan tersenyum kecil. “Kalau sebab kau?”

“Ah? Kenapa pulak?”

Farhan geleng. “Nothing!”

Peliklah Farhan ni. Mataku melekat ke wajah Farhan. Entah mengapa, aku melihat kekecewaan di wajahnya. Sedihkah dia?

“Kau sedih ke Syakila putus dengan kau? Dia putus sebab Yusri eh?”

Farhan senyum lagi. Soalanku tidak dijawab.

“Mesti kau sedih kan? Yusri tu kawan kau. Tapi kau pandai sorok kesedihan kau. Nampaknya kita ni senasib. Aku ditinggalkan Syakir sebab Huda. Huda tu pun kawan aku dulu. Engkau pulak ditinggalkan Syakila sebab Yusri, kawan kau. Hai, apalah malang nasib kita kan?”

Farhan tarik sengih. Dia menggelengkan kepalanya seolah-olah aku baru bercakap benda yang lucu. Apa yang lucunya? Pelik betul.

“Jomlah balik. Dah lewat ni.” Farhan sudah pun bangun.

“Yelah.”


4 comments:

.:kiwi:. said...

perahsia ea mamat ni... iee~ geram. nk cubit dia..

YONG JIAO XIU said...

bgs la eddie tu,hmm suka lelaki cm tu. kenapa ye yusri gan kila? sapa tinggal sapa ye? kila tinggalkan farhan sebab yusri?

nea_124 said...

cepat2 sambung yer....nk tau mcm mana dira n farhan nnt..huhu

just KD said...

..smbg lg ye...