Monday, May 23, 2011

Musuhku, Suamiku 9

Lysa Lafisya menjeling ke arah Rafeeqi sekilas. Pelik betul Lysa Lafisya melihat sikap Rafeeqi seminggu ni. Lelaki tu lebih banyak berdiam diri. Tak banyak cakap. Tak marah-marah dia macam selalu. Selama seminggu, dia melihat Rafeeqi seolah-olah sedang memikirkan masalah yang berat. Masalah kerja ke?

“Dinner dah siap. Pergilah makan,” beritahu Lysa Lafisya.

Rafeeqi masih tidak bergerak. Matanya masih terpaku pada kaca televisyen. Lysa Lafisya mendekati Rafeeqi.

“Feeqi, dinner dah siap tu. Pergilah makan,” ulang Lysa Lafisya.

Rafeeqi memandang Lysa Lafisya. Tanpa sepatah kata, lelaki itu menuju ke meja makan. Lysa Lafisya hanya memerhati Rafeeqi dari sofa. Sudah menjadi kebiasaan buat dirinya. Sewaktu Rafeeqi sedang makan, dia akan menonton televisyen. Kemudian, barulah dia makan. Dia masih ingat kata-kata Rafeeqi.

“Eh, siapa cakap nak makan dengan kau? Aku tanya je. Aku pun tak ada seleralah nak makan dengan kau.”

Oleh itu, sengaja dia mewujudkan jurang buat mereka. Biarlah Rafeeqi makan dulu. Dia pun sebenarnya kekok ingin makan bersama Rafeeqi. Lagipun, Rafeeqi tidak pernah mengajaknya makan bersama.

‘Dia tak complain pulak masakan aku tu… Dah seminggu dia tak complain… Memang pelik.. Kalau tak, ada je mulut dia tu mengutuk masakan aku… Masinlah, tawarlah, terlebih minyaklah… Ada je yang dia tak puas hati. Hari ni aku masak nasi goreng kampung yang masin tu, tak ada pulak dia complain… Memang aku sengaja lebihkan garam. Mana tahu hari ni dia nak complain selepas seminggu diam membisu. Tapi dia diam je…’

“Lysa,” panggil Rafeeqi yang sudah membasuh tangan.

Lysa Lafisya terpinga-pinga. Dia memandang Rafeeqi. Bibirnya tersenyum kecil. ‘Mesti dia nak marah aku…’

“Nasi goreng kau tu masin sangat. Lain kali kurangkan garam,” ucap Rafeeqi perlahan sebelum menghilang ke biliknya.

Mulut Lafisya terlopong. Biar betul? Dia tak marah? “Pelik betullah. Kenapa ekh? Takkan dia merajuk dengan aku? Sebab aku panggil dia bulat. Hisy, tak masuk akal langsung. Lain pulak aku rasa kalau tak bertekak dengan dia.”

KEESOKAN HARINYA, Lysa Lafisya bertungkus lumus untuk mengemas rumahnya. Maklumlah, dia bekerja. Tiada masa ingin mengemas rumah. Hari minggu sajalah yang dia ada untuk mengemas rumah. Nasib baik Rafeeqi tak banyak cakap.

Tandas sudah pun dicuci. Lantai sudah disapu dan dimop. Berkilat habis. Baju sudah dijemur. Sekarang, Lysa Lafisya ingin memasak pula. Sekejap lagi, pasti Rafeeqi akan pulang. Pagi-pagi tadi, Rafeeqi sudah keluar.

Setengah jam kemudian, hidangan sudahpun tersedia di meja makan. Oleh sebab perutnya yang sudah kelaparan, dia terus makan. Sesekali dia memandang ke arah pintu, mana tahu Rafeeqi akan pulang.

Setelah selesai makan, Lysa Lafisya terus mengemas meja. Hidangan di atas meja ditutup dengan tudung saji. Azan Zohor sudah berkumandang namun Rafeeqi masih belum pulang. Ke mana agaknya lelaki itu pergi? Lysa Lafisya terus menghantar mesej.

Aku dah masak. Lepas ni, aku nak pergi Teratak Nur Qaseh.

Setelah mesej dihantar, dia terus menuju ke bilik untuk menunaikan solat. Usai solat, Lysa Lafisya terus bersiap. Rafeeqi masih belum pulang. Entah ke mana lelaki itu pergi.

UMI, Lysa balik dululah. Dah petang. Minggu depan Lysa datang lagi.”

Puan Izzati mengangguk. Lysa Lafisya menghulurkan tangan untuk bersalam. Pipi Puan Izzati dicium lembut.

Kemudian, Lysa Lafisya mula mengorak langkah. Sedang dia menuju ke kereta, tiba-tiba dia nampak seseorang yang amat dirinduinya. Langkahnya mati. Matanya merenung gadis di depannya, Nadieya.

Nadieya tidak memandang Lysa Lafisya. Dia terus berjalan. Tujuan dia datang ke Teratak Nur Qaseh, untuk bertemu Puan Izzati bukan Lysa Lafisya.

“Dieya…,” panggil Lysa Lafisya sewaktu Nadieya melintasinya.

Nadieya tidak mengendahkan panggilan itu. Dia terus mengorak langkah. Lysa Lafisya terus memegang lengan adiknya sekaligus memberhentikan langkah Nadieya.

“Dieya… Dieya benci akak ke?”soal Lysa Lafisya lirih.

Diam. Tiada respon. Lysa Lafisya mengetap bibir.

“Dieya, janganlah buat akak macam nie… Akak rindukan Dieya.”

Nadieya menjuihkan bibirnya. Hatinya turut merasa rindu namun fikirannya masih teringatkan sikap Lysa Lafisya yang memerangkap Rafeeqi. Tangannya ditarik kasar. “Jangan panggil Dieya lagi. Dieya jijik! Dieya tak sangka akak ni perempuan murahan yang sanggup perangkap musuh sendiri demi harta.”

Lysa Lafisya tersentak. Hatinya bagaikan disiat-siat. “Dieya! Sampai hati Dieya cakap akak macam tu.”

“Sudahlah kak… Demi harta, akak sanggup gadaikan maruah akak. Akak sanggup ketepikan rasa benci akak pada Rafeeqi.”

“Siapa cakap akak nak harta dia? Siapa cakap?” Lysa Lafisya sudah mula menaikkan suaranya. Dia tidak dapat terima bila Nadieya menuduhnya sedemikian.

Nadieya gelak sinis. “Akak jangan ingat Dieya tak tahulah. Akak sebenarnya dah tahu kan Rafeeqi tu anak Auntie Maziah. Sampai hati akak main-mainkan Auntie Maziah. Kenapa akak tamak sangat?”

Lysa Lafisya menekup telinganya. “Sudah Nadieya! Akak tak nak dengar lagi. Kalau Dieya bencikan akak…. baik! Lepas ni, akak takkan ganggu hidup Dieya lagi. Akak takkan cari Dieya lagi. Akak doakan Dieya bahagia dengan hidup Dieya. Tapi Dieya kena ingat… demi Allah, akak tak buat semua tu. Akak kecewa dengan Dieya… Dieya yang paling rapat dengan akak sanggup menuduh akak. Dieya tak percayakan akak. Bertahun-tahun kita kenal Dieya… Tapi kalau ini yang Dieya nak… akak terima. Cuma akak nak Dieya tahu, akak sayangkan Dieya.”

Lysa Lafisya terus berlalu meninggalkan Nadieya. Hatinya remuk, sakit, pedih. Hari ini, secara rasminya dia sudah kehilangan adiknya. Dia hanya ada Puan Izzati di muka bumi ini.

Nadieya terkaku di tempatnya. Dia memandang Lysa Lafisya yang meningalkannya. Hatinya terasa sebak mendengar kata-kata kakaknya itu. ‘Kak… Dieya sayangkan akak jugak. Tapi… maafkan Dieya… Dieya tak boleh terima bila akak perangkap Feeqi. Dieya tak percaya akak sanggup perangkap Feeqi demi harta. Dieya tak sangka kak. Maafkan Dieya.’

DENGAN LANGKAH yang longlai, Lysa Lafisya masuk ke dalam rumahnya. “Assalamualaikum,” ucap Lysa Lafisya apabila melihat Rafeeqi sedang menonton televisyen. Kemudian, dia terus menuju ke dalam bilik. Dia harus menyiapkan makan malam buat Rafeeqi.

Setelah menukar pakaian, Lysa Lafisya menuju ke dapur. Tudung saji dibuka. Macam tak berusik saja lauknya itu. Dia memandang Rafeeqi.

“Kau tak makan lagi ke?” soal Lysa Lafisya.

Tiada respon.

Lysa Lafisya mula berasa berang dengan sikap Rafeeqi. Moodnya tidak baik kala ini. Dia terus menuju ke ruang tamu.

“Feeqi! Aku tanya kau ni… kau tak makan ke?” soal Lysa Lafisya sedikit tinggi.

Rafeeqi yang sedang termenung itu, tersentak. Dia tidak perasan bila Lysa Lafisya pulang. Dia asyik teringatkan kenangannya bersama Insyirah.

“Err, apa?”

“Kau tak makan ke?” ulang Lysa Lafisya dengan perasaan geram.

Rafeeqi geleng kepala perlahan. “Aku dah makan kat luar.”

Lysa Lafisya mendengus. Dia terus menuju ke dapur semula. “Kalau nak makan kat luar, cakaplah. Tak payah aku masak. Membazir je,” bebel Lysa Lafisya.

“Malam ni kau nak makan ke tak?”

Rafeeqi mengaru kepalanya. Dia memandang wajah Lysa Lafisya yang masam itu. ‘Kenapa dengan dia tu? Datang bulan ke?’

“Aku tanya kau ni.. yang kau termenung tu kenapa? Kau nak makan ke tak malam ni?”

“Err… Lysa… aku ada hal nak bincang dengan kau ni. Kita ke depan jom,” ajak Rafeeqi.

Sekali lagi Lysa Lafisya mendengus. “Nak bincang apa lagi??” bentaknya.

“Asal dengan kau ni.. Aku cakap baik-baik dengan kau… tak boleh ke kau cakap baik-baik jugak. Ni tak… nak marah je. Aku ada hal nak bincang… Penting! Sudah… aku tunggu kau kat depan.” Rafeeqi sudah mula hilang sabar dengan sikap Lysa Lafisya.

Lysa Lafisya tersentak. Dia meraup wajahnya berkali-kali. Mulutnya tidak putus-putus beristighfar. Sedar dirinya yang salah. Dia cuba menenangkan dirinya. Tidak lama kemudian, dia mengorak langkah ke ruang tamu. Dia kemudian duduk di sofa berdekatan dengan Rafeeqi.

“Sorry aku emo sikit tadi,” ucap Lysa Lafisya perlahan.

Rafeeqi mengangkat bahunya tanda tidak kisah. Dia berdeham seketika. “Macam ni… aku rasa perkahwinan kita ni satu kesalahan. Aku dah fikir masak-masak…”

Lysa Lafisya memandang Rafeeqi, menanti bait seterusnya dari Rafeeqi.

Rafeeqi menghela nafas. “Aku tak sepatutnya kahwin dengan kau semata-mata aku takut daddy tak akan bagi aku harta. Aku tak patut pentingkan harta dan ketepikan perasaan aku sendiri. Aku tak cintakan kau dan aku tahu kau pun tak cintakan aku. Aku tahu kau terseksa dengan perkahwinan ni. So, aku rasa baik kita tamatkan saja.”

Lysa Lafisya menyandarkan badannya ke belakang. Inilah kesudahan yang dinantikan. Inilah yang dimahukan. Berpisah dengan Rafeeqi. Tapi kenapa dia tidak gembira? Apa yang dia rasa ialah kosong. Dia tidak rasa apa-apa. Sedih pun tidak, gembira pun tidak.

“Tapi… aku minta kau bagi aku masa untuk ceraikan kau. Maafkan aku… Aku tak boleh ceraikan kau sekarang sebab aku takut mummy aku akan sakit balik. Kesihatan dia tak stabil. Bagi aku masa. Enam bulan. Aku harap dalam masa enam bulan kau mampu bersabar.”

Lysa Lafisya teringatkan Puan Sri Maziah. Ya, kesihatan wanita itu belum stabil lagi. Apa agaknya reaksi wanita itu apabila dia dan Rafeeqi berpisah?

“Hmm… pasal tugas harian kau tu… kau lupakan lah. Aku tak nak dera kau. Aku rasa kita sama-sama salah dalam hal ni. Aku malas nak ambik tahu macam mana aku boleh ada dalam bilik kau. Aku anggap tu semua ujian dari Allah. So… kau setuju kalau kita berpisah enam bulan kemudian? Kau sanggup tunggu?” soal Rafeeqi sambil memandang Lysa Lafisya.

Lysa Lafisya mengangguk. “Tapi… apa kau nak cakap kat mummy?”

“Biar aku uruskan yang tu…”

“Err… boleh aku tanya something?” tanya Lysa Lafisya.

Rafeeqi sekadar mengangguk.

“Kalau kau ceraikan aku… kau takkan dapat harta kan.. Kau sanggup?”

Rafeeqi meyelak rambutnya ke belakang. “Harta tak penting… Aku boleh cari.” Tapi aku tak boleh khianati janji aku pada Insyirah, desis hati Rafeeqi.

“Okeylah kalau macam tue. Aku setuju. Kita berpisah enam bulan kemudian. Hmm, kau nak makan tak malam ni?”

“Err… tak payahlah… Lepas ni, kau tak payah masakkan aku. Aku tak nak susahkan kau.”

“Owh.. Okey… Senang sikit kerja aku. Aku masuk bilik dululah. Nak Maghrib ni. Aku belum mandi lagi.”

Rafeeqi mengangguk. “Hmm… aku harap dalam tempoh enam bulan ni, kita boleh jadi kawan. Aku tak nak bermusuh dengan kau. Penat aku asyik nak bertekak je dengan kau,” seloroh Rafeeqi.

“Kita tengok macam mana nanti,” jawab Lysa Lafisya.

Selepas masuk ke dalam bilik, Lysa Lafisya terus mencapai kalendar di atas meja tulisnya.

“Enam bulan yer.. Sekarang bulan Februari… Enam bulan kemudian maksudnya bulan July.” Lysa Lafisya terus mencatat tarikh perpisahannya. Dia tersenyum nipis. “July nanti aku akan bebas.”


16 comments:

s a r said...

keep it up :)

just KD said...

..haa,kan bgus cam tu..tolak ansur n jd bestfrenz,x la asyik gado2 je..pas bestfrenz jd loving kapel lak ye..hihiii

YONG JIAO XIU said...

wah zuera..suka..suka...really thanks ya. u post 9 min, i terkam comment dulu. wanna be the first to say thanks! thanks very much!

Hazzi said...

ala kenapa nk cerai pulak?

nabilah said...

alarrr, sedihla pulak part ni..huhu..

cactaceous opuntia said...

haha..ye latu..skali da 6 bulan jatoh cnte plak...

YONG JIAO XIU said...

hmm ni kira lafaz taklik ke? abis la nti kan klo dorg dah fall in love. hehehe tp bagi je lysa kat ilham ye. hehehe.
hmm mesti pakwe diya tu yg wat fitnah. huhuhu apa la dia ni tau tak yg memfitnah adalah sama gan mkn daging saudara sendiri.

♥ Adinda ♥ said...

sakit nyer hati ngan nadiya 2...eee..geram giler...hopefully dlm 6 bln nie rafeeqi TErjatuh hati la kt lysa ek...eee best!!

Anonymous said...

cepatlaa sambung akak..nak bace lagi lh..hihi

idA said...

Salam Zuera..Thanks for the E3 rasa best giler sekarang ni ada E3 ari ari..dan Akak salah seorang peminat die fan Zuera ari ari menjengok ke blog ini..
Kesian kan hidup Lysa..adik angkat yg dianggap adik sendiri menuduh dia bukan bukan..
Kenapa pelik sangat mamat poyo tu ya ngan Lysa..da tak marah..dia da suruh ke org investigate tgk siapa yg kenakan dia ke ??? Atau dia da terjatuh sayang kat Lysa..bagus juga krn Datin mmg sayang Lysa mcm anak sendiri kan?
Ce ceta sikit ..awat mamat tu pelik semacam..ya..ni yg tak boleh nak pikir ni..mcm mesteri giler la..

Anonymous said...

alaaa.. xnk lar dyeorg cerai.. plishhh3....

Ema Emaharuka said...

Alalalalala tak mau diorang berpisah....

Mau Rafeeqi suka dgn Lysa, he:-)

next kak:-)

Rohaida Rahman said...

ok ok last n3, rasa mcm Ameer yg selamatkan Rafeeqi dr jd bujang terlajak sbb dok 'setia' pd Insyirah, but this n3 makes me wonder, who is the real culprit?
dah tunggang langgang hidup Lysa ni: Dieya bencikan dia, Rafeeqi nak ceraikan dia - ayoyoyoyo...
ada org yg berdendam pd Lysa ker? siapa? kenapa? pasal cinta tak berbalas? bila lak?
btw, klu tak cerai boleh ka?

Seorg wanita... said...

Errgg..geramnya dgn Dieya.. sedap2 jer dia tuduh Lysa gilerkan harta Feeqi.. terpengaruh dgn kata2 Ameer ker? lebih percayakan Ameer drp Lysa yg sama2 kenal & membesar kat rumah anak yatim tu.. x suker tul cara Dieya ni.. abis, Ameer tu anak org miskin ke yg dia dok sukerkan Ameer tu?

Sian Lysa, hilang Dieya, dan bakal hilang suami dlm 6 bln.. mudah-mudahan hubungan dia dan Rafeeqi btambah baik lepas ni.. :-)

Thanks Zuera..suker citer ni.. :-)

afifah said...

thanks untuk n3 ni kak...
harap dalam masa 6 bulan tu mereka akan jatuh cinta..tak maulah cerai berai ni..

saya tunggu bab seterusnya..^_^

Anonymous said...

x nak la feeqi ngan lysa cerai...
apapun citer nie still best...
caiyok...
nak next bab...
hehehe...