Sunday, May 22, 2011

Musuhku, Suamiku 8


Sepanjang minggu ini, Lysa Lafisya asyik terkejar-kejar ke sana sini. Kejap nak cuba baju lah, kejap nak rasa kek untuk buat tempahan lah. Maklumlah… mereka ada seminggu saja untuk menguruskan majlis persandingan mereka. Lysa Lafisya sebenarnya berat hati untuk melangsungkan majlis persandingan. Kalau dengan orang yang dia cinta, pasti saat ini saat bahagia buat dirinya. Tapi…

Lysa Lafisya buntu. Tanpa pengetahuannya, Puan Sri Maziah telah mengajak semua rakan sekerjanya. Nampaknya, semua orang akan tahu tentang perkahwinannya. Dia tidak mampu untuk menghalang Puan Sri Maziah. Terpaksa dia relakan semuanya.

Sebentar tadi, majlis persandingannya telah pun berlangsung. Dia terpaksa memaniskan wajahnya dihadapan tetamu. Masih dia ingat pesan Rafeeqi.

“Senyum sikit depan tetamu. Jangan nak masam je. Berlakon sikit. Jangan nak malukan aku.”

Terpaksa Lysa Lafisya berlakon. Dia terpaksa juga merelakan Rafeeqi memeluknya sewaktu jurukamera meminta mereka berposing. Hatinya menjadi tidak keruan sewaktu melihat kelibat Ilham di majlis sebentar tadi. Terus terkaku.

“Jauh mengelamun? Teringatkan buah hati ke? Apa perasaan dia agaknya, ya… melihat kekasih hati bersanding dengan orang lain? Hisy, hisy, hisy… kesian… nak buat macam mana… kekasih dia yang perangkap aku sampai kena tangkap khalwat,” sindir Rafeeqi.

Lysa Lafisya mengetap bibir rapat. Suka betul cari pasal dengan aku, desis hati Lysa Lafisya. “Kau ni kan… kalau satu hari tak cari pasal dengan aku, tak boleh ke?”

“Tak! Memang aku suka cari pasal dengan kau.”

Lysa Lafisya mendengus kuat. “Meluat aku dengan kau ni. Meyampah.”

“Kalau kau meluat dengan aku, aku lagi meluat dengan kau. Bukan setakat tue, aku benci kau, tak suka tengok muka kau, aku harap kau hilang terus dari hidup aku. Aku tak suka kau.”

Lysa Lafisya menjeling Rafeeqi. “Kau ni kan… memang annoying betul. Oh ya.. sekali lagi aku nak ingatkan kau… Bukan aku yang perangkap kau, okey… Kau yang tak tahu malu masuk bilik aku. Kalau bukan sebab kau, sekarang ni aku masih single lagi, faham?”

Rafeeqi ketawa sinis. “Tak payahlah nak tegakkan benang yang basah… Aku tak tahu macam mana aku boleh ada dalam bilik kau… ni mesti kerja kau kan. Entah apa yang kau letak dalam minuman aku.”

“Buang masa aku je nak buat macam tu kat kau… kau tak payah pura-pura la Feeqi. Aku tahu kau berdendam dengan aku.”

“Stop it Lysa! Meluat aku dengar penipuan kau.” Rafeeqi terus keluar dari biliknya. Malas dia mahu mendengar penipuan Lysa Lafisya.

Lysa Lafisya mendengus geram. “Asyik nak tuduh aku je… tak nak mengaku konon.”

Malam itu, Lysa Lafisya sibuk melayan kaum kerabat Rafeeqi yang sedang berkumpul di rumah Puan Sri Maziah. Bermacam-macam soalan yang diajukan kepadanya sehingga Lysa Lafisya tidak terjawab. Namun, sedaya upaya dia cuba menjawab pertanyaan demi pertanyaan.

“Lysa…”

Lysa Lafisya menoleh ke kiri. Senyuman dihadiahkan buat wanita yang memanggilnya. Laju saja tangannya menyalami tangan wanita itu.

“Lysa… yang ni Auntie Solehah, ni adik bongsu mummy,” Rafeeqi memperkenalkan wanita itu pada Lysa Lafisya. Dari tadi dia terpaksa menemani Lysa Lafisya melayan kaum kerabatnya.

Auntie Solehah turut melemparkan senyuman. Dia mengambil tempat di sebelah Lysa Lafisya. “Cantiknya isteri kau, Feeqi.”

Lysa Lafisya tertunduk malu.

“Lysa… janganlah malu-malu dengan auntie. Rafeeqi ni anak buah kesayangan auntie. Waktu dia kecik-kecik dulu, auntie yang jaga.”

Lysa Lafisya senyum segaris. “Auntie duduk mana?” soal Lysa Lafisya cuba beramah mesra.

“Auntie duduk kat Melaka. Macam mana boleh kenal dengan Feeqi?”

“Kami satu universiti dulu…”

Rafeeqi tiba-tiba berdeham. “Auntie… Feeqi nak ambik air jap. Auntie nak apa-apa tak?”

“Tak apalah… Auntie baru minum. Isteri kau ni tak nak apa-apa ke?”

Rafeeqi memandang Lysa Lafisya. “Lysa nak apa-apa ke?”

Lysa Lafisya hanya menggeleng.

“Hisy, budak ni… dah kahwin pun panggil nama lagi. Cubalah panggil sayang,” tegur Auntie Solehah.

Rafeeqi menggaru kepalanya sebelum pergi.

Auntie Solehah tergelak kecil. “Nak tahu tak… dulu kan, Auntie panggil Feeqi, bulat. Dulu, dia tu bulat. Bulat sangat. Comel je. Nakal betul dia dulu. Penat auntie nak layan. Mula-mula dia belajar berjalan kan, dia jalan mengundur. Lama-lama baru dia pandai jalan ke depan. Lepas tu, kalau auntie dukung… kan budak biasa kita dukung menghadap kita… tapi dia tak nak. Dia nak menghadap depan. Mata dia suka tengok depan. Kalau auntie dukung menghadap auntie, mulalah dia nangis.” Auntie Solehah bercerita dengan penuh perasaan.

Lysa Lafisya tertawa mendengar cerita Auntie Solehah. “Bulat sangat ke dia auntie?”

Auntie Solehah mengangguk. “Kejap yer… auntie ambil album waktu dia kecik. Kak Maziah letak kat bilik bacaan rasanya. Lysa kena tengok gambar tue. Comel sangat.”

Auntie Solehah terus bangun dan menuju ke bilik bacaan. Lysa Lafisya tersenyum melihat gelagat Auntie Solehah. Bersungguh-sungguh wanita itu bercerita. Lysa Lafisya terus tertarik untuk mendengar cerita dari wanita itu. Seronok mendengar bicaranya.

“Apa senyum-senyum? Auntie Solehah mana?” soal Rafeeqi .

“Ke bilik bacaan.”

Auntie Solehah kembali bersama album di tangannya. Dia duduk semula di sebelah Lysa Lafisya. Photo album dibuka dan disuakan kepada Lysa Lafisya. Lysa Lafisya mengambilnya.

“Auntie!! Kenapa auntie tunjuk gambar Feeqi waktu kecik?” soal Rafeeqi sedikit terjerit.

Auntie Solehah tergelak-gelak. “Biarlah isteri kau nak tengok gambar kau waktu kecik… Lysa, comelkan Feeqi waktu kecik? Bulat betul…Muka pun gelap. Selamat sekarang dah cerah. Dah tak bulat. Kalau tak.. tak ada siapa yang nak.”

Rafeeqi mendengus geram. Kalau ikutkan hati, mahu saja ditarik photo album itu dari Lysa Lafisya. Tapi… apa pula kata Auntie Solehah.

Lysa Lafisya leka menatap gambar Rafeeqi sewaktu kecil. Kadang-kadang dia tergelak. “Auntie… tengok gambar ni.. Bukan main suka main air kat kolam renang.”

“Dia memang suka main air. Kalau auntie mandikan dia, mesti berjam… Dia tak mahu keluar. Nak duduk dalam air. Sengaja dia beratkan badan. Cerdik betul.”

Lysa Lafisya ketawa perlahan. “Auntie, auntie… yang ni… comot mulut dia makan mashed potato.”

“Kalau Lysa nak tahu, itu favourite food dia dulu. Sampai sekarang dia suka. Sikit-sikit mashed potato. Kalau demam pun, dia tak nak makan bubur. Nak mashed potato jugak. Cerewet betul.”

Panas hati Rafeeqi mendengar perbualan antara Auntie Solehah dan isterinya. “Dahlah… tak payah tengok gambar tue lagi. Tak ada apa yang penting pun.” Rafeeqi cuba mengambil photo album itu. Dia sudah tidak tahan dirinya dijadiakan bahan gelakan.

Pantas tangan Auntie Solehah memukul tangan Rafeeqi. “Hisy budak ni… Biarlah Lysa nak tengok. Malulah tue.”

Rafeeqi tarik muncung. “Auntie ni… suka je malukan Feeqi. Tak nak cakap dengan auntie lagi.” Rafeeqi terus meninggalkan ruang tamu.

“Merajuk pulak! Biarkan jelah dia tu… macam budak-budak. Umur dah 26 tahun. Kejap lagi, kalau auntie panggil Bulat, mesti dia cakap balik dengan auntie.”

“Kenapa? Kalau panggil bulat, dia tak merajuk lagi ke?”

Auntie Solehah gelak. “Taklah… dia nak marah auntie la.. mesti dia kena cakap dengan auntie. Hmmm, dia tu… memang tak suka auntie panggil dia bulat. Tapi waktu kecik-kecik dulu, suka pulak. Sekarang dia dah besar… malulah tue.”

Lysa Lafisya mengangguk. Dia kembali menatap gambar Rafeeqi. “Auntie… Lysa nak ambil gambar ni boleh tak? Comellah. Siapa yang pakaikan dia gaun?”

“Yang tu… auntie punya kerja… Saja je nak tengok dia pakai gaun tu. Kelakar kan? Dah lah botak. Kamu ambil jelah gambar tu Lysa…”

Lysa Lafisya tergelak melihat gambar Rafeeqi yang memakai gaun. ‘Habislah kau Feeqi. Gambar ni…. aku akan jadikan bahan untuk kenakan kau,’ desis Lysa Lafisya. Dia ketawa dalam hati.

Bila jam sudah menunjukkan pukul 10 malam, auntie Solehah meminta diri untuk pulang. Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain. Lysa Lafisya mula mengemas meja. Cawan-cawan dan piring di bawa ke dapur untuk di basuh.

“Lysa buat apa tue? Pergilah tidur… Feeqi dah tunggu tu,” kata Puan Sri Maziah.

Lysa Lafisya senyum segaris. “Tak apalah mummy.. Lysa nak kemas ni sekejap… Kesian pulak mummy kemas sorang-sorang.”

“Hisy budak ni… Biar jelah… Biar si Milah yang buat. Lysa mesti penat kan? Mummy pun dah letih ni. Biar je kat situ… Pandailah Milah uruskan.” Milah merupakan orang gaji di rumah Puan Sri Maziah.

“Baiklah mummy.”

Kemudian, Lysa Lafisya menaiki tangga menuju ke bilik Rafeeqi. Tercetus idea nakal di mindanya. Lysa Lafisya mula tersenyum sendiri. Dia menolak pintu bilik. Saat itu, dia lihat Rafeeqi sedang mengambil angin di beranda.

“Bulat… oh bulat.. Bulat merajuk eh? Alalala…. kenapa bulat merajuk?” soal Lysa Lafisya dengan nada yang dibuat-buat.

Rafeeqi yang sedang mengelamun, tersentak. Dia menoleh ke belakang. Dilihat Lysa Lafisya sedang tersenyum-senyum. Sakit hati Rafeeqi melihat Lysa Lafisya yang mengejeknya.

“Bulat ni kan… comellah waktu kecik-kecik dulu…”

Rafeeqi merenung Lysa Lafisya. Tajam sekali renungannya. Dia mula menunding jari telunjuknya ke muka Lysa Lafisya. “Eh, kau ni kan… kau panggil aku bulat sekali lagi, siap kau,” ugut Rafeeqi.

Lysa Lafisya mencebik. “Apa kau nak buat? Bulat, bulat, bulat…. Bulat comel, bulat tembam, bulatlah hitam…” Lysa Lafisya menyanyi kecil ikut rentaknya sendiri.

Rafeeqi mengepal penumpuk. Bibirnya diketap rapat. “Kau panggil aku bulat, aku panggil kau lesbian. Lysa Lafisya si lesbian. Euww… geli betul! Songsang betul kau ni.”

Lysa Lafisya menjeling Rafeeqi. Dia sudah lali dengan gelaran lesbian yang diberikan kepadanya. Sejak universiti lagi orang suka cakap dia dengan Nadieya lesbian. Semuanya sebab mereka sentiasa bersama. Mereka berpegang tangan, peluk-peluk… Itu pun salah. Bagi Lysa Lafisya, normallah kalau peluk-peluk sesama perempuan. Lagi-lagi Nadieya itu sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Sempit betul pemikiran orang sekelilingnya yang menganggap dia dan Nadieya itu lesbian.

Lysa Lafisya berdeham. Dia masih mahu menyakiti hati Rafeeqi. Gambar di dalam kocek baju kurungnya diambil. Dia memandang gambar itu. “Hisy, hisy, hisy…. comelnya bulat pakai gaun. Ada potensi jadi mak nyah ni… Tak sangka dia pun ada naluri keperempuanan.”

Mata Rafeeqi membesar melihat gambarnya itu. Cis, mana dia dapat gambar tu? Buat malu aku je. Jatuh saham aku, desis hati Rafeeqi. “Woi, bak sini gambar aku. Kau tak malu ke simpan gambar aku tu?”

Lysa Lafisya menjauhkan dirinya dari Rafeeqi. “Blek!! Aku tak akan bagi. Kalau tunjuk kat orang mesti lawak kan?” Terlepas tawa Lysa Lafisya.

Bertambah geram hati Rafeeqi. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Terus saja bibirnya mengukirkan senyuman sinis. iPhone miliknya dikeluarkan dari poket seluar.

“Cuba kau tengok gambar ni… Hmm, gambar siapa ni ekh? Buruk benor!”

Lysa Lafisya kembali mendekat untuk melihat gambar yang ditunjukkan oleh Rafeeqi. Membulat matanya apabila melihat gambar dia sedang tidur di hadapan rumah Rafeeqi. “Woi, bila masa kau ambik gambar aku. Delete cepat!”

Giliran Rafeeqi pula mentertawakan Lysa Lafisya. “Tak nak!! Buruk betul muka kau time ni… Selamat air liur tak meleleh… Kalau tak, memang lawak habislah… Hmm, what if…. aku upload gambar ni kat Facebook. Biar semua kawan kita tengok.”

“Kurang asam kau! Kau cubalah buat.. Cubalah upload gambar tu… Aku pun boleh upload gambar kau ni. Scan jelah.. apa susah… Mesti semua orang ketawakan kau!”

Lysa Lafisya terus masuk ke dalam bilik dan duduk di katilnya. Dia sudahpun menunaikan solat Isyak secara berjemaah bersama ahli keluar Rafeeqi sebentar tadi.

Rafeeqi masih tergelak. ‘Padan muka kau! Ada hati nak kenakan aku konon.’ Dia terus masuk ke bilik.

“Asal kau tidur atas katil nie? Hari ni aku nak kau tidur bawah.”

“Asal pulak?” Belum sempat Rafeeqi menjawab pertanyaan Lysa Lafisya, Lysa Lafisya terus menyambung bicaranya. “Owh… lupa pulak aku… Minggu lepas kau tidur bawah kan? So, hari ni kau nak kata giliran aku pulak tidur bawah. Okey, I get it. Tapi perlukah aku tidur bawah? Macam ni jelah… kita tidur sama-sama kat katil ni. Katil ni pun besar. Muat untuk kita berdua. Tapi kan… aku peliklah. Kenapa kau tidur bawah minggu lepas? Kau tak dapat kawal nafsu ke malam tu?”

Rafeeqi menelan air liur. Macam mana perempuan tu tahu aku tidur bawah? Aku bangun lebih awal dari dia, detik hati Rafeeqi.

Lysa Lafisya terus gelak apabila melihat reaksi Rafeeqi. “Eleh… aku tahu kau tak boleh tidur sekatil dengan aku. Kau takutkan… Tak sangka aku kau ni penakut. Macam ni lah… Sebab hari ni mood aku baik sangat, aku mengalah. Kau tidurlah atas katil… Biar aku yang tidur bawah. Barulah fair and square kan?”

Lysa Lafisya sudah pun turun dari katil. Dia mula membentangkan comforter di atas pemaidani untuk dijadikan tempat tidurnya. Bantal diambil dari katil. “Selamat malam bulat.” Sempat lagi dia mengenakan Rafeeqi.

Rafeeqi terus baring di atas katil tanpa mengucapkan terima kasih. Hatinya masih sakit melihat Lysa Lafisya mengenakannya. ‘Tak apa Lysa…Hari ni hari kau… Esok lusa hari aku. Aku tak akan benarkan kau mempersendakan aku lagi.’

Lysa Lafisya turut membaringkan badannya. Dia mula membaca doa tidur. Dia mengiring badannya ke kiri, membelakangi Rafeeqi. Susah pula matanya nak lelap. Mungkin sebab dia terlalu gembira kerana dapat mengenakan Rafeeqi.

Puas Lysa Lafisya menukar gaya tidurnya. Namun, dia masih tidak dapat melelapkan matanya. Dia terbayangkan Nadieya. Hatinya terasa sayu. Tidak pernah dia berjauhan dengan Nadieya. Dia mahu memeluk Nadieya saat ini. Dia rindukan Nadieya. Sangat rindukan adiknya itu. Kolam matanya mula panas.

Handphone yang diletak disebelah bantal dicapai. Laju tangannya menaip mesej buat adiknya.

Assalam. Dieya apa khabar? Sihat?

Akak rindukan Dieya.

Lysa Lafisya mengharapkan Nadieya akan membalas mesejnya. Dia berharap sangat. Matanya merenung skrin telefon. Dia tahu Nadieya belum tidur lagi. Adiknya selalu tidur lewat. Pukul 12 baru tidur. Sekarang baru pukul 11.

Lama Lysa Lafisya merenung handphonenya. Dia setia menunggu mesej dari Nadieya. Makin lama, mata Lysa Lafisya semakin kuyu. Akhirnya, dia terlena juga.

PAGI ITU, Rafeeqi bermain tenis bersama Ameer. Sudah lama dia tidak bermain tenis bersama kawan karibnya itu. Sejak kejadian di Port Dickson, dia dan Ameer belum sempat untuk bertemu lagi. Masing-masing sibuk. Pernah juga Rafeeqi mengajak Ameer untuk minum bersama, tetapi Ameer pula sibuk. Sibuk menyulam kasih bersama Nadieya.

“Bro, stoplah… aku dah pancit,” ucap Rafeeqi kepenatan.

“Baru dua game dah pancit…. Apa ni bro…”

Rafeeqi senyum nipis. “Cukuplah untuk hari ni. Penat semalam pun tak hilang lagi tau.”

Ameer menumbuk bahu Rafeeqi perlahan. “Tahulah pengatin baru… Okeylah.. Belanja aku minum.”

“Orait.. No hal punya.”

Mereka pun melangkah ke kafe sambil berbual mesra. Setelah tiba di kafe, Rafeeqi memesan minuman buat mereka berdua.

“So, amacam perasaan pengatin baru?”

Rafeeqi menjuihkan bibirnya. “Kau ingat aku kahwin sebab aku suka dia ke? Aku terpaksa tau… Entah macam mana kami boleh ditangkap petang tu… aku pun tak tahu… Yang aku pelik, macam mana aku boleh ada dalam bilik minah lesbian tu.”

Ameer ketawa mendengar bicara Rafeeqi. Seorang pelayan menghampiri meja mereka bersama minuman yang dipesan tadi. Dengan rakus, mereka berdua menyedut minuman masing-masing. Dahaga!

“Jangan-jangan dia yang perangkap kau… Aku pun pelik macam mana kau boleh ada dalam bilik dia. Kau tak tanya dia ke?”

Rafeeqi mengangguk. “Dia tak nak mengaku. Dia kata aku yang perangkap dia sebab dengki dengan dia. Tolonglah… buang masa je aku nak perangkap dia. Yang dapat susah, aku jugak. Tapi, seriouslah… aku rasa dia letak ubat tidur dalam air aku. Waktu tu, aku minum dekat kafe. Then, aku rasa pening kepala. Lepas tu aku tak ingat lagi. Yang aku tahu, bila aku sedar, aku dengar bunyi bising. Aku ingat kau. Rupanya…. pegawai cegah maksiat. Mahu pengsan aku waktu tu. Si Lysa dah pura-pura pengsan. Tak guna betul! Pandai dia berlakon.”

Ameer bermain-main dengan straw minumannya. “Aku kesian tengok kau, bro. Macam manalah kau boleh telan hakikat yang kau tu berkahwin dengan lesbian? Hisy, tak sanggup aku…”

“Woi… kau cakap agak-agak… Habis tu, si Dieya tu lesbian jugak…. Tapi kau jugak yang tergila-gilakan dia.”

“Dieya tu anggap Lysa macam kakak dia je… Dia bukan lesbian.. Si Lysa tu je yang ada perasaan kat Dieya. Hisy, geli gelaman tekak aku cakap pasal ni.”

Rafeeqi mengeluh. “Entahlah Meer. Aku rasa Lysa tu bukan lesbianlah.”

“Asal kau cakap macam tu?”

“Dia ada pakwe… Am nama pakwe dia… Yang kau nampak hari tu…,” jelas Rafeeqi.

Ameer senyum sinis. “Kau yakin ke tu pakwe dia… Entah-entah kawan je. Aku tetap rasa Lysa tu lesbian. Kau tahu… waktu kita kat Port Dickson kan… aku nampak dia peluk Dieya. Macam kekasih aku tengok dorang. Terus aku pergi kat dorang. Aku tak nak Dieya jadi macam Lysa pulak.”

Rafeeqi berfikir sebentar. ‘Betul ke Lysa lesbian? Tapi mummy kata Lysa anggap Dieya macam adik dia je. Siapa pulak Am tu? Tapi kalau Lysa tu normal, kenapa dia berani sekatil dengan aku? Jangan-jangan dia memang lesbian. Sebab tu dia tak kisah nak tidur sekatil dengan aku.’

“Jauh kau termenung bro… So, kau bahagia ke sekarang? Hidup dengan perempuan lesbian tu?”

Rafeeqi gigit bibir. Dia terasa malu dengan Ameer. Ameer seolah-olah mengejeknya. “Bahagia apanya… Sakit hati adalah.”

“Kau… kau dah… tak ada apa-apa lah…”

Rafeeqi kerut dahi. “Kau nak cakap apa sebenarnya?”

Ameer menyedut minumannya. Kemudian, dia kembali memandang Rafeeqi. “Kau dah lupakan adik aku?”

Rafeeqi tersentak. Dia terus terbayangkan Insyirah, adik kepada Ameer merangkap kekasih hatinya. Tidak! Dia tidak pernah melupakan Insyirah. Walaupun sudah empat tahun Insyirah meninggalkannya, namun dia masih mengingati gadis itu. Rafeeqi menghela nafas berat.

“Tak mungkin aku dapat lupakan adik kau, Meer…”

“Sorry Feeqi… Aku tak bermaksud nak buat kau sedih.”

Rafeeqi senyum tawar. “Tak apa. Aku tak ambik hati.”

INNAMA AMRUHU itha aradashay-an an yaqoola lahu kun fayakoon. Fasubhana allathee biyadihimalakootu kulli shay-in wa-ilayhi turjaaaoon. Sadaqallahul 'Azim.”

Surah Yaasin dicium lembut. Kemudian diletakkan di atas peha. Rafeeqi masih lagi duduk di situ, di hadapan kubur gadis yang dicintainya. Nurul Insyirah binti Ibrahim. Lama dia merenung kubur itu. Matanya terbayangkan insiden yang menyebabkan kematian Insyirah. Dialah penyebab kematian gadis itu.

Sehingga hari ini dia masih rasa bersalah. Bertahun lamanya dia menghukum diri sendiri. Kolam mata Rafeeqi mula panas. Dia mengetap bibir, menahan tangis. Hanya Allah saja yang tahu bertapa rindunya dia pada Insyirah. Dia berhasrat ingin menjadikan Insyirah isterinya. Dia sangat cintakan Insyirah. Terlalu.

“Sayang… Kalau ditakdirkan I tak ada satu hari nanti, you akan cari pengganti I tak?” Rafeeqi teringatkan soalan dari Insyirah.

“Apa yang you cakap ni, Syirah… I tak suka you cakap merepek macam ni. Selagi I ada, I akan jaga you. I akan pastikan you selamat. I sayangkan you. Sangat sayangkan you. Tak ada siapa boleh gantikan tempat you di hati I. Hati I hanya milik you. I tak sanggup kehilangan you, Syirah. I love you.”

“I love you too.” Insyirah tersenyum sebelum tergelak. “Sayang… janganlah serius sangat. I tanya je. You ni… I pun sayangkan you. Cintakan you. I selalu doa supaya kita akan bersama sentiasa di dunia dan di akhirat. Lagi tiga bulan, you akan jadi husband I. I akan pastikan you jadi suami yang paling bahagia di dunia ni.”

“Dan I akan pastikan you jadi isteri yang paling gembira di bumi ini,” ucap Rafeeqi bersama senyuman menggoda.

Insyirah gelak halus. “Tapi kan sayang… I nak you janji dengan I.”

“Janji apa?”

“Janji dengan I yang you akan cintakan I sorang je… You tak akan duakan I. You akan setia dengan I. You tak akan cari yang lain. I tak suka share orang yang I sayang dengan orang lain. You kena janji dengan I, hanya I saja yang bertakhta dalam hati you,” pinta Insyirah.

“Hmm… macam mana yer… Sorrylah Syira… I tak boleh janji,” gurau Rafeeqi bersama senyuman yang cuba disembunyikan.

“Feeqi! Sampai hati you!”

Terlepas tawa Rafeeqi melihat reaksi Insyirah. “Baby, I gurau je.. Sorry yer… Janganlah merajuk… Okey! I janji! I, Rafeeqi bin Hasyim dengan ini berjanji akan cintakan Nurul Insyirah binti Ibrahim selama-lamanya. I tak akan cintakan orang lain selain Insyirah. I akan setia dan hanya kematian yang akan memisahkan kami. I janji. You jangan risau yer.”

Insyirah mengukirkan senyum. “Thanks sayang… I just… I takut you akan poligami macam papa I. I tak nak you buat macam tu pada I.”

“Don’t worry, baby… Cinta I hanya pada you seorang.”

Rafeeqi kembali ke dunia nyata. Dia meraup wajahnya berkali-kali. Makin bertambah rasa bersalahnya pada Insyirah. ‘Syira… I minta maaf… Bukan niat I untuk berkahwin Syira… I terpaksa… I tak ada niat nak duakan you… I tetap cintakan you Syira… Cinta I pada you tak pernah berubah walaupun dah empat tahun you tinggalkan I. Maafkan I, Syira…’

18 comments:

YONG JIAO XIU said...

yey org pertama post! thanks ya. jgn delete lagi..cian sy comment pertama ni.
u post 1min sy trus tkn comment.hehehe.cz u pya blog rmi peminat.

Anonymous said...

hadoi..kesian lysa ni...hahaha..
paham perasaan lysa bile owg panggil die lesbian coz rapat ngan perempuan..sy pun penah kena gelar lesbian gak coz x penah couple n hang out ngan perempuan je..huhu..

umi kalsom said...

rasa mcm ameer yg perangkap utk agenda tangkap basah tu... tpi, everything kabur lg.

nk lg writer :)

fallenmoon said...

tak suka Ameer! kayu api btl..

YONG JIAO XIU said...

best2,hmm agak2nya ammar yg pedajal tak? sebab marahkan feeqi penyebab adik dia mati. or nak suh feeqi lupakan adik dia n berkahwin. or dia taknak nadiya dipengaruhi lysa jd lesbian. or rafeeqi penah ejek dia pilih nadiya lesbian so dia nak feeqi rasa yg sama, dpt wife lesbian. or rafeeqi ada musuh. byk or hehehe.
tp best lah, hahaha bulat,jln mengundur.

Ayie a.k.a Yizuue said...

Ameer ni pelik lah,
napa suka sangat memburukkan lysa???
Benci sangat ke dia kat Lysa?
,..
Good job writer,
next n3 please

Ema Emaharuka said...

Alalala ciapa ekk yg perangkap lysa?.
Kapan fEeqi pny perasaAn dgn Lysa?
Rasa tak saBar menungGunya..
Next kak:-)

afifah said...

ameer tu teruklah..tak habis-habis nak burukkan lysa depan rafeeqi..rasanya memang ameer yang perangkap diorang kot sebab dia takut dieya tinggalkan dia n berubah jadi lesbian..

nak lagi kak.. ^_^

♥ Adinda ♥ said...

geram gile ngan feeqi@bulat 2...cm hampeh jer...lysa kutuk dia sikit2 jer...y dia nk kutuk lysa lesbian teruk2 napa plak..eee..mmg xpuas hati ngan bulat 2!! psl kes tgkap khalwat 2..rs cm ameer punya keje jer...ameer 2 pun watak dia cm jahat jer...xbik la nadiya wt lysa cm 2...!!!eeee....nxt n3 plssss...

farhah_hanan said...

ngade2 amer uh.. sekeh kang!! hoho..btw x saba nk tnggu rafeeqi suke lysa..hehe

just KD said...

ohh,rupe nyer ameer tu frenz si bulat n abg insyirah..owh,bru tau..hahahaa,bulat yg bulat!

Anonymous said...

mesti ameer yg pngkap bulat ...nak balas dndam sbb kematian adik dia..

Rohaida Rahman said...

hmmmm rasanya ini mmg rancangan Ameer la, maybe sbb dia kesian tgk Rafeeqi still sedih psl Insyirah, sbb klu dia xbuat perangkap tu, alamat Rafeeqi x kahwin la sampai bila2..
klu betul, tq yea Ameer, & citer psl lesbian tu saja nak kaburkan the whole story heheheh... speculate jer yea :-) ....

idA said...

satu misteri yg perlu lysa dan mamat perasan bagus tu selongkar dan selidiki..siapakah musuh dalam selimut.Cukup cukup la ..lysa dipanggil lesbian..itu fitnah namanya. Membesar brsama di rumah anak anak yatim..mrk hanya ada sesama mrk utk disayangi ..tlg la faham..Mamat poyo tu kata berpelajaran tinggi..tapi akalnya sejengkal kan..tak faham Akak..
Syabas penulis kerana membawa isu lesbian ni ketengah..utk kita sama sama berfikir..

Anonymous said...

Zuera,
Thumb upu for your. This is the 1st day I found you pages and start read non stop....As for your latest story, excited and cant wait for a new continuous entry

dyanzjha said...

suke3..next n3 pleZzzzzzzz

blinkalltheday said...

bile nak buktikan yg lysa bkn lesbian?xsuke la topic les ni,cam sensitip sikit le//anyway,best..

Seorg wanita... said...

Ingatkan Insyirah tu ada lagi.. rupernyer dah tiada... so, oklah Rafeeqi dgn Lysa.. betul ke Ameer yg perangkap Rafeeqi ni? Or ada musuh diorang yg lain kat situ??