Friday, May 20, 2011

Musuhku, Suamiku 7

Hari ini hari Sabtu. Lysa Lafisya hanya berkerja half day saja. Dia mula bersiap-siap untuk makan tengahari bersama Ilham. Ilham sudah pun menunggunya. Tidak lama kemudian, mereka mula menuju ke restoran kegemaran mereka.

Dari tadi, Ilham asyik berdiam diri saja. Tak banyak cakap macam selalu. Pelik Lysa Lafisya. Selalunya waktu makan mereka diselangi dengan lawak dari Ilham namun, tidak hari ini.

“Lys… Am nak tanya something boleh?” soal Ilham setelah mereka selesai menjamu selera.

Lysa Lafisya memandang Ilham. Wajah serius Ilham ditatap lama. Entah mengapa dia mula mengigil. “Tanyalah.”

“Betul ke Lys dah kahwin?” soal Ilham direct.

Mujur Lysa Lafisya tidak minum air. Jika tidak, pasti air itu sudah tersembur di muka Ilham. Lysa Lafisya hanya berdiam diri. Dia tidak mampu untuk menjawab pertanyaan Ilham. Dari mana Ilham dengan khabar berita ini? Rakan sekerjanya tidak tahu pasal perkahwinannya. Yang tahu hanyalah uminya, Nadieya dan keluarga Rafeeqi. Takkan Nadieya yang memberitahu Ilham?

“Lys… betul ke Lys dah kahwin?” ulang Ilham.

Lysa Lafisya memejamkan matanya. Kepalanya diangguk. Sesaat kemudian, dia membuka matanya, memandang Ilham. Ingin dilihat reaksi Ilham. Tergaris rasa kecewa dihati Lysa Lafisya apabila melihat riak tenang di wajah Ilham. Benarlah tekaannya. Ilham tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadapnya. Dia hanya bertepuk sebelah tangan.

“Well, congrats… tapi kenapa tak bagitahu Am… Sampai hati.” Ilham berpura-pura merajuk.

Lysa Lafisya sekadar tersenyum. Hatinya terluka saat ini. Dia tidak mampu untuk berkata-kata.

SELEPAS MAKAN TENGAHARI bersama Ilham, Lysa Lafisya terus menuju ke Teratak Nur Qaseh. Memang menjadi rutin buat Lysa Lafisya untuk melawat rumah anak yatim itu bila free.

Tika ini, hatinya dirundung pilu. Kecewa! Sungguh dia kecewa. Namun, dia tidak mahu melayan perasaan sedihnya. Lebih baik dia berjumpa dengan adik-adiknya di Teratak Nur Qaseh. Melihat keletah budak-budak yang tinggal di situ, dapat menghiburkan hati Lysa Lafisya, sekaligus mengusir rasa sedih dihatinya.

“Umi ingat Lysa tak datang hari ni. Maklumlah pengatin baru. Rafeeqi sihat?” soal Puan Izzati.

Lysa Lafisya senyum segaris. “Sihat umi… Budak-budak okey umi?”

“Semua okey… cuma Yana tue… dia demam sikit. Umi dah bawa jumpa doktor semalam.”

“Mana Yana umi?” soal Lysa Lafisya sedikit bimbang.

“Ada kat bilik. Lysa jenguklah dia. Dia rindu Lysa agaknya. Lysa kan rapat dengan dia,” ucap Puan Izzati.

Lysa Lafisya bangun dan menuju ke bilik Yana. Perlahan-lahan, pintu dibuka. Yana sedang tidur. Lysa Lafisya mendekati budak perempuan yang berusia 10 tahun itu. Dia meletakkan telapak tangan di atas dahi Yana. Panas!

Terus Lysa Lafisya keluar dan mengambil tuala kecil dan mangkuk berisi air. Dia masuk semula ke dalam bilik Yana. Dahi Yana ditekap dengan kain basah. Dia sedar saat ini pasti Yana ingin perhatian yang lebih. Dia pernah demam sewaktu tinggal di rumah ini. Waktu itu, masing-masing sibuk. Puan Izzati dan Nadieya yang menjaganya. Rambut Yana dibelai lembut.

Tiba-tiba handphonenya berbunyi, ada mesej baru masuk. Dikeluarkan handphone dari handbag. Mesej dari Rafeeqi. Terlepas keluhan dari bibir merah Lysa Lafisya. Dia sudah letih melayan karenah Rafeeqi. Dengan malas, dia menekan butang ‘Read’.

Mummy aku ajak dinner kat rumah dia.

Jangan balik lambat!

Handphone disimpan semula ke dalam handbag. Terdetik dihatinya, sampai bila harus dia bergelar isteri kepada Rafeeqi? Lysa Lafisya terus hanyut memikirkan tentang dirinya.

“Kak Lysa…”

Panggilan dari Yana membuatkan Lysa Lafisya tersentak. Dia memandang Yana yang cuba untuk bangun.

“Yana dah bangun?”

Gadis kecil itu mengangguk lemah. “Bila akak sampai? Dah lama Yana tunggu akak.”

Lysa Lafisya melemparkan senyuman manis. “Akak baru je sampai. Yana dah makan?”

Yana menggelengkan kepalanya.

“Yana nak makan? Akak suap eh…”

“Yana nak bubur ayam yang akak masak. Akak masak sedap,” pinta Yana.

Makin lebar senyuman dibibir Lysa Lafisya. “Sekejap ye… Akak masakkan. Yana rehat dulu.”

Gadis kecil itu mengangguk, kemudian dia kembali baring di tilam. Lysa Lafisya mengucup dahi anak kecil itu sebelum menuju ke dapur.

SUASANA SEPI menemani perjalanan Lysa Lafisya dan Rafeeqi ke rumah Puan Sri Maziah. Mereka hanya ditemani dengan alunan muzik dari corong radio. Rafeeqi tenang memandu sedangkan Lysa Lafisya memadang ke luar tingkap.

“Kau ke mana tadi?” soal Rafeeqi ingin memecahkan tembok kesepian antara mereka. Sengaja Rafeeqi ingin berbual dengan Lysa Lafisya. Nak cari gaduh pun ada sebab sejak gadis itu balik, Rafeeqi tidak mendengar sepatah kata pun dari gadis itu. Pelik pula Rafeeqi.

Lysa Lafisya tidak menjawab. Dia tiada mood untuk berbual dengan Rafeeqi kerana dia sedar dia jugak yang akan sakit hati.

Rafeeqi berdehem. “Aku tanya kau ni… Dah tak tahu nak jawab ke?” Suara Rafeeqi sengaja ditinggikan.

Tanpa memandang Rafeeqi, Lysa Lafisya bersuara, “Aku tak ada mood nak gaduh sekarang. Tolong diam.”

Rafeeqi menjeling Lysa Lafisya. Dia mengajuk cakap Lysa. “Aku tak ada mood nak gaduh sekarang. Tolong diam. Wah… banyak cantik muka kau suruh aku diam. Tak ada mood nak gaduh konon. Meluat aku! ”

Lysa Lafisya buat tidak tahu saja dengan kata-kata Rafeeqi yang seakan mengejek itu. Dia cuma berharap cepat sampai di rumah ibu mentuanya.

SETELAH menjamu selera, Lysa Lafisya, Rafeeqi bersama kedua-dua ibu bapa Rafeeqi duduk di ruang tamu sambil menjamu air kopi. Lysa Lafisya terpaksa duduk di sebelah suaminya.

“Macam mana? Kamu berdua okey?” Soalan pertama dari mulut Puan Sri Maziah.

“Hmm…,” jawab Rafeeqi sementara Lysa Lafisya pula hanya mengangguk.

“Feeqi layan Lysa dengan baik?” tanya Puan Sri Maziah kepada Lysa Lafisya.

“Ya, mummy,” bohong Lysa Lafisya.

Puan Sri Maziah mengukirkan senyuman. “Mummy faham.. Kamu berdua masih tak dapat sesuaikan diri. Tapi mummy yakin satu hari nanti kamu dapat sesuaikan diri. Sebenarnya, mummy ada hal penting nak bincang dengan kamu berdua.”

Tan Sri Hasyim hanya menjadi pendengar. Sesekali dia melirik ke kaca televisyen. Pada pendapatnya, biarlah hal ini diberitahu oleh isterinya.

“Apa dia mummy? Mummy jangan plan bukan-bukan,” kata Rafeeqi.

Puan Sri Maziah gelak halus. “Mummy cadang nak buat majlis persandingan untuk kamu berdua minggu depan. Yelah… kenalah buat majlis. Nanti apa kata kawan-kawan mummy, kawan-kawan daddy. Nanti mereka ingat kita tak ajak.”

Lysa Lafisya menelan air liur. Majlis persandingan?

“Minggu depan mummy? Mana sempat nak buat persiapan?” Rafeeqi cuba mencari alasan.

“Pasal persiapan jangan risau. Mummy tahu Feeqi dan Lysa busy. Biar mummy yang uruskan segala-galanya. So, macam mana? Lysa setuju?”

Lysa Lafisya yang sedang berfikir, terpinga-pinga pabila namanya disebut. Dia memandang Puan Sri Maziah. “Mummy cakap apa tadi?”

“Hisy Lysa ni… Sempat pula dia berangan. Mummy tanya Lysa setuju tak?”

“Err…. Mummy tanya Feeqi la. Lysa tak kisah. Lysa ikut je.”

Lega hati Puan Sri Maziah mendengar jawapan menantunya. “So, macam mana Feeqi? Setuju tak?”

Rafeeqi mengeluh. “Suka hati mummy la. Feeqi ikut je. Macam Feeqi tak kenal mummy. Kalau Feeqi tak setuju, mummy tetap akan paksa Feeqi untuk setuju kan?”

Puan Sri Maziah hanya gelak kecil. Kemudian, mereka terus berbual. Puan Sri Maziah bertanyakan tentang Teratak Nur Qaseh pada Lysa Lafisya. Tan Sri Hasyim pula berbual tentang perniagaan mereka bersama Rafeeqi. Mereka berbual sehingga tidak sedar jam sudah menginjak ke pukul 10 malam.

“Tidur sini jelah Feeqi. Dah lewat ni. Lagipun, apa salahnya… Esokkan cuti,” cadang Tan Sri Hasyim apabila Rafeeqi meminta izin untuk pulang.

“Betul tu… Esok boleh mummy pergi Teratak Nur Qaseh dengan Lysa. Tadi Lysa kata Lysa nak ke sana,” sokong Puan Sri Maziah.

Rafeeqi dan Lysa Lafisya memandang sama sendiri. Ingin membantah tetapi lidah masing-masing kelu untuk berkata-kata. Akhirnya, terpaksalah mereka bermalam di situ.

LYSA LAFISYA melipat telekung yang diambil dari tadi. Pelik juga Lysa Lafisya apabila melihat telekung di bilik Rafeeqi. Entah-entah Puan Sri Maziah yang letak. Seolah-olah Puan Sri Maziah tahu saja yang mereka akan bermalam di sini. Pasti Puan Sri Maziah sudah merancang.

Setelah Lysa Lafisya meletakkan telekung ditempatnya, dengan langkah bersahaja dia menuju ke katil. Badannya direbahkan di situ. Rafeeqi tiada di dalam bilik. Berbual dengan Tan Sri Hasyim barangkali. Lysa Lafisya termenung sambil memandang siling. Sudah lama dia tidak ketemu dan berbual dengan Nadieya. Sewaktu berada di Teratak Nur Qaseh petang tadi, dia teringatkan Nadieya. Dulu, dia selalu melawat Teratak Nur Qaseh bersama Nadieya.

Tadi, ada juga dia perhati sama ada Nadieya ada datang ataupun tidak. Namun, bayang Nadieya pun tidak kelihatan. Adakah Nadieya tidak melawat rumah anak yatim itu kerana dirinya? Sihatkah Nadieya? Risau pula Lysa Lafisya meninggalkan Nadieya bersendirian di rumah sewa mereka.

Pintu bilik ditolak dari luar. Rafeeqi melangkah masuk. Diperhati sekeliling biliknya, mencari Lysa Lafisya.

“Ewah, ewah… siapa bagi kebenaran kau baring atas katil aku?” marah Rafeeqi sambil mendekati Lysa Lafisya.

Hilang segala lamunan Lysa Lafisya. Dia memandang Rafeeqi. Dari berbaring, dia terus bangun dan duduk di atas tilam. Rasa tak selesa pula bila Rafeeqi melihat dia sedang berbaring.

“Habis tu aku nak tidur mana?” tanya Lysa Lafisya perlahan. Sungguh, hari ni dia tiada mood untuk bergaduh.

“Itu bukan masalah aku. Pandai-pandai kau la nak tidur kat mana. Sekarang, kau bangun…”

“Pergilah solat dulu… sibuk jelah kau ni.”

Rafeeqi menjelingnya. “Aku dah solat dengan daddy tadi. Dah… cepat bangun… Tak ingin aku tidur sekatil dengan kau.”

Lysa Lafisya memandang Rafeeqi geram. Dia terus turun dari katil. Sebelum berlalu, sempat Lysa Lafisya menghadiahkan jelingan tajam pada Rafeeqi. Lysa Lafisya terus menuju ke beranda. Di situ, terdapat kerusi dan sebuah meja. Terus Lysa Lafisya duduk di situ.

“Kecoh betul mamat tue. Sikit-sikit nak marah. Mentang-mentang ni rumah dia,” rungut Lysa Lafisya.

Lysa Lafisya merenung malam yang kelam. Hatinya tiba-tiba berasa geram terhadap Rafeeqi. Hilang terus rasa sedih yang mencengkam dirinya.

‘Kenapa aku kena mengalah pulak? Walaupun ni rumah dia… tapi aku ni perempuan. Dan sebagai lelaki yang gentle… dia kenalah bagi aku tidur atas katil. Argh, aku tak kira.. aku nak jugak tidur atas katil!’ nekad Lysa Lafisya.

Rafeeqi yang berada di dalam bilik, sedikit terpinga-pinga melihat respon Lysa Lafisya. Sungguh, Rafeeqi tidak sangka Lysa Lafisya akan mengalah. Sangkanya, dia dan Lysa Lafisya akan berperang mulut seperti biasa. Mesti ada yang tak kena ni. Dari petang tadi, Lysa Lafisya senyap je. Tadi pun dia tak banyak cakap. Cakap mana yang perlu je. Hati Rafeeqi dijentik rasa ingin tahu.

Rafeeqi menghempaskan badannya di atas katil. “Argh… buat apa aku fikir pasal dia? Buang masa je… Kalau dia ada problem pun, apa aku kisah!” Rafeeqi terus memeluk bantal peluknya. Matanya cuba dilelapkan.

Baru saja Rafeeqi terlelap, suara Lysa Lafisya mengejutkannya. Terus tersedar lelaki itu. Rafeeqi duduk di atas katil dan cuba mencari Lysa Lafisya.

Lysa Lafisya berdiri di depan katil sambil bercekak pinggang. Dia merenung Rafeeqi.

“Bisinglah kau ni… Aku baru nak tidur,” marah Rafeeqi.

Lysa Lafisya mencebik. Dia terus mendekati Rafeeqi. “Bangun sekarang! Aku nak tidur atas katil.”

Rafeeqi memandang Lysa Lafisya. “Eh, apa kau cakap tadi? Ulang sikit… Aku tak dengarlah…”

“Hisy, pekak betul! Aku cakap bangun sekarang! Aku nak tidur atas katil.”

Rafeeqi tawa sinis. “Bagi aku sebab kenapa aku kena bagi kau tidur atas katil,” pinta Rafeeqi.

Lysa Lafisya menyilangkan tangan. “Pertama, sebab aku nak tidur atas katil. Kedua, kau kan lelaki… kau kenalah bagi aku tidur atas katil. Baru gentle. Ketiga, aku ni perempuan. Sakit badan aku kalau tidur atas lantai. Keempat, aku nak tidur atas katil jugak. Kelima, aku tetap akan tidur atas katil. Dan seterusnya, aku nak tidur atas katil. Pokoknya, dipersilakan Encik Rafeeqi tidur di bawah. Sekian, terima kasih.”

Rafeeqi menjongketkan keningnya. “Sekarang kau dengar… Pertama, kalau kau nak tidur atas katil, itu bukan masalah aku. Kedua, memanglah aku lelaki… tapi buat apa aku nak buat baik pada kau.. Who are you to me? You are nothing. So, buang masa je aku buat baik kat kau. Ketiga, aku tak nak ambik tahu kalau kau sakit badan ke, sakit pinggang ke, sakit lutut ke… Itu bukan urusan aku. Kesimpulannya, aku tetap akan tidur kat sini. Apa kau nak buat?”

Lysa Lafisya mendengus. Kurang asam kau Rafeeqi. Aku tak akan biarkan kau menang, tekad Lysa Lafisya dalam hati. Dengan selamba, Lysa Lafisya duduk di atas katil, bersebelahan dengan Rafeeqi.

“Okey fine! Kalau kau tak nak mengalah, aku pun tak nak mengalah. Biar kita sama-sama tidur kat sini,” kata Lysa Lafisya berani.

Rafeeqi menelan air liur. Biar betul perempuan ni? Dah gila agaknya. Kalau aku hilang kawalan, macam mana?

“Turun sekarang! Turun dari katil aku sekarang!” Rafeeqi berkata tegas.

“Tak nak!”

Rafeeqi merenung tajam Lysa Lafisya. “Kau dah gila ke? Kalau aku buat benda tak senonoh kat kau, macam mana?”

Lysa Lafisya tersenyum sinis. “Benda tak senonoh apanya… Bukan kau pernah cakap kau tak akan sentuh aku ke? Buat apa aku nak takut. Kau takkan buat punya. Well, kau kan jijik dengan aku.”

Rafeeqi mengenggam tangannya. “Masalahnya aku ni lelaki yang normal. Takkan aku tak nak makan hidangan yang tersedia depan mata aku ni?” Rafeeqi cuba memprovok Lysa Lafisya.

Lysa Lafisya ketawa lepas. “Kau terliur ke tengok aku? Tak sangka aku mampu mengugat iman kau. Feeqi, Feeqi… kau jangan lupa.. kalau kau sentuh aku, kau mungkin akan membuatkan satu benih bercambah dari perut aku. Waktu tu, mesti mummy suka. Mesti dia ingat kita ni dah saling suka sama suka. Dan tiada sebab untuk aku minta fasakh dari kau. Takkan kau nak aku jadi isteri kau selama-lamanya.”

Lysa Lafisya cuba bermain dengan kata padahal dia sendiri takut jika dirinya diapa-apakan. Namun, dia sudah bertekad. Dia tidak akan mengalah. Dia mahu Rafeeqi yang kalah kali ni.

Rafeeqi terdiam. Kata-kata Lysa Lafisya meresap ke dalam jiwanya. Tidak! Dia tidak akan menyentuh Lysa Lafisya. Dia tidak mahu mengkhianati cintanya pada Insyirah. Dia tak akan benarkan Lysa Lafisya melahirkan anaknya. Tidak sama sekali.

“Okey, fine! Kalau macam tu, kita sama-sama tidur kat sini,” putus Rafeeqi.

Lysa Lafisya terpana. ‘Aik, aku fikir lelaki ni akan mengalah.’ Lysa Lafisya cuba berlagak tenang. “Okey.. aku tak ada masalah. Jangan kau tak dapat kawal diri sudah.”

Lysa Lafisya terus baring. Ditarik comforter hingga paras dada. Rafeeqi juga berbuat perkara yang sama. Dijeling Lysa Lafisya sekilas.

“Eh, kau ni tak rimas ke pakai tudung masa tidur?” tanya Rafeeqi. Dia sedar Lysa Lafisya tidak pernah menanggalkan tudungnya ketika bersama dia.

“Tak pun!” balas Lysa Lafisya selamba.

“Tak panas ke? Hisy, bukaklah… rimas aku tengok. Lagipun, bukannya dosa kalau aku nampak rambut kau.”

Lysa Lafisya mengiring, membelakangkan Rafeeqi. “Diamlah. Aku nak tidur.”

Rafeeqi mencebik. Dia cuba melelapkan matanya semula. Namun, tidak berjaya. Sukar untuknya tidur malam ini. Dadanya berdebar. Tak pernah dia sekatil dengan perempuan. Ini yang pertama. Ya Allah, kawallah nafsuku, doa Rafeeqi. Dia cuba membayangkan wajah Insyirah. Gadis yang dicintainya.

Masa terus berlalu. Dia masih tidak dapat tidur. Rafeeqi terus bangun. Dia harus menjauhkan dirinya dari Lysa Lafisya. Kalau tidak, dia takut perkara yang tidak elok berlaku.

“Hai… nampaknya terpaksalah aku tidur bawah malam ni,” keluh Rafeeqi perlahan.

Lysa Lafisya yang mendengar keluhan Rafeeqi, tersenyum lebar. ‘Yes, berjaya juga aku. Padan muka kau Feeqi.’ Sebenarnya, Lysa Lafisya juga tidak dapat tidur. Masakan dia bisa tidur sementelah dia berkongsi katil dengan seorang yang bernama lelaki.

12 comments:

Ema Emaharuka said...

Siapa ekk yg bagi tahu ilham?
Tentang lysa dah kahwin..

Eleh kerek betUl Feeqi ne,, jijik nak sentUh Lysa...
Alalalala nanti2, nak baby dari Lysa pulak, hehe:-)

afifah said...

terbaik kak!!
tergelak baca yang diorang dalam bilik tu..padan muka Rafeeqi..hehe..tahu takut..^_^

YONG JIAO XIU said...

huhu td aku jd first,now kena second. rupa2 zuera dah delete entry 8 tu. yg sama gan entry 7 ni.
hmmm ada can nak baca entry 8 mlm ni ke?hehehe best lah.
hmm saap yg ckp kat am?rasanya am mmg ada hati kat lysa cuma dia tak tahu kisah sebenar je. ada harapan ke yg lysa tu kembali kpd am?
mmg lysa tu lain dr yg lain.hehe

just KD said...

bravo lysa,jgn sesekali mngalah..hahahaa,lawak plak diorang nie..

fallenmoon said...

Rafeeqi..Rafeeqi..Ego betul! Sape agaknya yg ckp dgn Am?

Ayie a.k.a Yizuue said...

Best follow citer ni,.. .

farhah_hanan said...

arap2 depe x bercerai.. slalu gado..best la...

sitinor said...

best sgt cite nie... cpt2 smbg nak lg

LOVE COKE said...

der snbgn nyer kn?? bst2.. :DDD

Rohaida Rahman said...

hahahaha lawak gak Rafeeqi ni, Lysa ayat gertak sikit dah menggelabah...
tp Ilham dah tau Lysa dah kahwin, mana dia dpt berita yea...

IVORYGINGER said...

Rasanya semua ni keja Ameer la. Apa yg dia xpuas hati kat Lysa tu. xkan sbb rumour org kata Lysa n Nadieya tu les bt dia overprotective n fikirkan cara nk pisahkan depa. Jahat sungguh hati. apasal lah dengar ckp org. dia pun kenal aweks dia sapa xkan xyakin lg hubungan adik kakak ni. Lgpun dia tau Feeq mmg bermusuh ngan Lysa tu dia trap depa 2 n guna alasan tu jauhkan hubungan Lysa n Nadieya. huhuhu... xguna tul. sal rahsia yg dah am tau tu kmgkinan nadia lah kut ceta klu ameer tntu dah gtau lysa kena tgkap kalwat.
Feeq ni ego betul la. sedap ja kt org jijik cam dia tu baik benar. dah la bt Lysa cam org gaji. air tgn dia lalu lak makan. nnti ada org tu julat lidah sndr la bila nmpk kecantikan hati yg ada pd lysa.

Seorg wanita... said...

Naper Lys dah tak dapat jumper Nadieya?? Nadieya ni larikan diri drp Lysa ke? wonder why dia biarkan Lysa sorang2 after Lysa kawin...

Rafeeqi ni ego kan main dgn Lysa ye skrg ni? nanti hah melututlah jawabnya rayu Lysa..