Thursday, May 19, 2011

Musuhku, Suamiku 6

Keesokan harinya, Lysa Lafisya terlewat bangun. Pukul 6.50 pagi baru dia tersedar. Maklumlah, semalam dia tidur lewat. Pukul 3 pagi baru dia melelapkan mata. Terkocoh-kocoh Lysa Lafisya menunaikan solat Subuh. Usai solat, dia terus mandi dan memakai baju kerjanya. Dia harus bertolak ke tempat kerja seawal yang mungkin. Jika tidak, pasti dia terpaksa merempuh kesesakan lalu lintas.

“Lysa!!!”

Lysa Lafisya yang sedang merapikan selendangnya tersentak. Terus dia keluar apabila Rafeeqi menjerit namanya sekali lagi.

“Mana pakaian aku?” marah Rafeeqi yang masih bertuala.

Lysa Lafisya terpinga-pinga. “Pakaian apa?”

“Pakaian kerja aku lah. Kan aku suruh kau sediakan. Mana pakaian aku?”

Lysa Lafisya mengetuk dahinya perlahan. Sungguh, dia lupa. Dia mula tersengih-sengih. “Sorry… aku lupa.”

“Senang je kau cakap. Lupa konon. Kau jangan lupa eh tugas kau. Sarapan aku dah siap ke belum?” marah Rafeeqi lagi.

“Err… nak buat la ni.” Tergagap-gagap Lysa Lafisya ingin menjawab pertanyaan Rafeeqi. Entah mengapa, hari ini dia berasa gerun dengan Rafeeqi. Mungkin kerana dia terlewat bangun.

Rafeeqi mendengus. Dia terus masuk ke bilik dan menghempaskan pintu. Beberapa minit kemudian, dia mengukirkan senyuman lebar. Lama kelamaan senyuman itu bertukar kepada gelakan halus.

“Tahu takut! Padan muka kau Lysa. Lepas ni, aku akan kenakan kau cukup-cukup!”

Lysa Lafisya terus menuju ke dapur. Dia cuba melihat makanan yang ada di kabinet. Roti sapu mentega jelah. Aku dah lambat ni, fikir Lysa Lafisya.

Tidak lama kemudian, Lysa Lafisya menghidangkan sarapan di atas meja makan. Air teh kosong yang dibancuh sebentar tadi turut diletakkan ke atas meja. Rafeeqi terus duduk di meja makan. Matanya memandang sarapan yang disediakan oleh Lysa Lafisya.

“Apa benda ni? Ni yang kau sediakan untuk aku?” soal Rafeeqi dengan nada yang tinggi.

“Makan jelah. Aku dah lambat ni. Banyak songeh pulak.”

Rafeeqi menelan air liur. Sangkanya, Lysa Lafisya akan kalut macam tadi. “Eh, aku tak kira. Buatkan nasi goreng untuk aku. Aku lapar ni.”

Lysa Lafisya mencapai tas tangannya. “Aku dah lambat. Kalau kau nak, kau masak sendiri. Assalamualaikum.” Lysa Lafisya terus keluar dari rumah.

Rafeeqi terlopong. “Kurang asam punya perempuan. Berani dia tinggalkan aku! Jaga kau lepas ni.”

LYSA LAFISYA mengeluh berat. Alamak! Macam mana dia boleh lupa bahawa dia tak ada kunci rumah Rafeeqi. Sia-sia saja dia tergesa-gesa pulang untuk menyediakan makan malam. Telefon bimbit dikeluarkan dari handbag. Dia menghubungi Rafeeqi.

“Hisy, tak jawab pula mamat ni,” rungut Lysa Lafisya.

Sekali lagi dia menghubungi Rafeeqi. Tak jawab juga. Berkali-kali Lysa Lafisya cuba menghubungi Rafeeqi namun Rafeeqi tetap tidak menjawab panggilannya. Bengang Lysa Lafisya dibuatnya. Tangannya terus menaip mesej untuk di hantar kepada Rafeeqi.

Kau kat mana? Aku dah sampai rumah.

Tapi tak ada kunci. Cepat balik.

Lysa Lafisya duduk mencangkung di hadapan pintu rumah Rafeeqi. Berapa lama harus dia menunggu Rafeeqi pulang? Badannya sudah melekit. Masa terus berlalu. Batang hidung Rafeeqi pun dia tak nampak! Mujur saja dia sempat menunaikan solat Asar di tempat kerja.

Sakit kaki Lysa Lafisya mencangkung. Dia terus duduk bersimpuh. Badannya disandarkan pada dinding. Matanya mula memberat. Dia sangat keletihan hari ini. Sudahlah tak cukup tidur. Satu saat, dua saat… dan mata Lysa Lafisya terus terkatup.

RAFEEQI memandang wajah Lysa Lafisya yang sedang tidur di luar apartmentnya. Dia senyum sinis. Padan muka kau. Ini balasan untuk pagi tadi, kata Rafeeqi.

“Kelakarnya dia. Ambil gambar best ni.”

Terus Rafeeqi mengeluarkan iPhone dari poket seluarnya. Gambar Lysa Lafisya ditangkapnya. Dia mahu tergelak namun sedaya upaya dia tahan. Dia tidak mahu Lysa Lafisya melihat gelakannya.Rafeeqi cuba memasamkan wajahnya. Dengan menggunakan kaki, dia mengoyangkan badan Lysa Lafisya. “Woi, bangunlah.”

Lysa Lafisya terpisat-pisat bangun. Dia mendongak. Balik juga Rafeeqi. Pantas, Lysa Lafisya bangun. Jam dipergelengan tangan dikerling. “Astaghfirullah al-Azim… dah pukul 9. Aku terlepas Maghrib.”

“Asal kau tidur kat luar ni? Tak malu ke orang tengok?” Rafeeqi berpura-pura marah. Tidak dihiraukan kata-kata Lysa Lafisya sebentar tadi.

Lysa Lafisya memandang Rafeeqi geram. “Aku tak ada kunci rumahlah. Kalau aku boleh masuk, tak ada maknanya aku nak duduk kat luar ni macam orang tak betul. Maghrib pun aku terlepas. Asal aku call, kau tak jawab?” marah Lysa Lafisya pula.

Rafeeqi senyum sinis. Dia tidak menjawab pertanyaan Lysa Lafisya. Tangannya lincah membuka pintu rumah. Kemudian, dia melangkah masuk. Dengan geram, Lysa Lafisya masuk ke dalam rumah. Laju kakinya menuju ke bilik. Dia mahu mandi. Berlengas badannya.

“Sediakan makan malam dalam masa 30 minit dari sekarang,” arah Rafeeqi.

Lysa Lafisya tak mengendahkan kata-kata Rafeeqi. Sebal hatinya dengan Rafeeqi. Bertambah-tambah rasa bencinya terhadap lelaki itu. Setelah berada di dalam bilik, dia terus mencapai tualanya dan masuk ke bilik air.

Setelah menyegarkan badan, terus Lysa Lafisya menunaikan solat Isyak dan menqada’ solat maghribnya. Kemudian, dia menuju ke dapur, ingin menyediakan makan malam. Peti ais dibuka. Aik, kosong! Yang ada hanya makanan ringan dan minuman. Nak masak apa kalau macam ni? Lysa Lafisya menyelongkar kabinet. Kosong jugak. Ada tin biskut je. Hampeh betul.

Lysa Lafisya terus menuju ke bilik Rafeeqi. Pintu bilik itu diketuk. Tidak lama kemudian, Rafeeqi membuka pintu. Rambut lelaki itu basah tanda baru saja lepas mandi. “Dah siap masak ke?”

Lysa Lafisya mencebik. “Siap apanya… kau cuba tengok dapur kau tu. Kosong! Nak masak apa? Maggi pun tak ada. Malam ni tak payah makanlah,” cadang Lysa Lafisya. Dia mahu menyambung tidurnya. Letih sungguh dia.

“Tak payah makan? Kau dah gila ke? Kau nak aku mati kebuluran? Aku lapar nie.”

“Sehari tak makan… takkan matilah,” balas Lysa Lafisya selamba.

“Argh… aku tak kira.. Siap cepat. Kita cari lauk. Aku nak kau masak jugak!”

Lysa Lafisya mengeluh. “La… beli jelah kat kedai. Berlambak gerai kat luar tu. Aku penatlah.”

“Aku tak kira. Kau kena masak jugak malam ni, by hook or by crook. Pergi siap! Aku dah lapar!” Rafeeqi mempamerkan muka garangnya.

Lysa Lafisya mengetap bibir. Kaki dihentak ke lantai. Geram dengan Rafeeqi.

SETENGAH JAM kemudian, mereka sudah pun berada di pasaraya Tesco yang berdekatan dengan kediaman mereka. Lysa Lafisya membeli semua barang keperluan untuk memasak. Sekarang merupakan masa untuk dia balas dendam. Semua benda dibelinya. Biar kopak duit Rafeeqi.

Tidak cukup dengan satu troli, Lysa Lafisya menarik satu lagi troli untuk meletak barang basah.

“Banyaknya,” rungut Rafeeqi.

“Banyak cakap pulak. Rumah kau tu, satu pun tak ada tau… eh, kejap. Kuali ada ke tak?”

Rafeeqi menggeleng.

Lysa Lafisya mengucap panjang. “Suruh orang masak tapi rumah dia… satu benda pun tak ada.”

“Mana aku tahu… aku tak pernah masak kat rumah tu.” Rafeeqi cuba mempertahankan dirinya.

Lysa Lafisya terus memborong. Sewaktu di kaunter pembayaran, sengaja dia tinggalkan Rafeeqi di situ. Biar lelaki itu yang bayar. Setelah lelaki itu menghulurkan wang kepada cashier, baru Lysa Lafisya kembali ke arah kaunter. Matanya meninjau jumlah harga yang dipamerkan.

Terbeliak matanya. RM 572.30! Padan muka Rafeeqi. Memang berpatutan la harga tu dengan dia troli yang penuh membukit. Kalau boleh, mahu saja Lysa Lafisya menambah satu lagi troli.

“Apa jeling-jeling? Suka kau kan, kenakan aku? Macam aku tak tahu kau sengaja lari tadi,” kata Rafeeqi.

Lysa Lafisya sekadar menjuihkan bibirnya. Dia terus mencapai satu troli, lalu ditolaknya. Rafeeqi mengikut dari belakang. “Balik ni, cepat masak! Perut aku ni… dari tadi dah berkeroncong.”

Leceh betul. Kalau lapar, beli jelah kat luar. Nak suruh aku masak pulak. Aku penat tahu tak, rungut Lysa Lafisya.

Di dalam kereta, Lysa Lafisya terlelap. Matanya terasa sungguh berat. Rasanya, dia tak mampu nak menyediakan makan malam untuk Rafeeqi.

“Lysa… bangun,” kejut Rafeeqi lembut. Kesian pula dia lihat Lysa Lafisya. Wajahnya lesu. ‘Hisy… walaupun aku benci plus meluat tahap gaban kat dia, tapi aku still berperikemanusian lagi… tak ada kejam sangat. Takkan aku nak dera perempuan ni teruk-teruk. Zalim sangat,’ kata Rafeeqi dalam hati.

Lysa Lafisya mencelikkan wajahnya. Dia menguap. “Kat mana nie?” soal Lysa Lafisya pelik apabila melihat ke luar.

“Kita makan kat luar jelah malam nie.”

Lysa Lafisya tersenyum lega. Terus segar matanya. “Betul ni? Aku tak payah masak?”

“Betullah. Dah… cepat turun. Aku dah lapar.”

Lysa Lafisya tersengih-sengih mendengar kata-kata Rafeeqi.

TERUKIR senyuman di bibir Rafeeqi sewaktu melihat pakaian kerjanya sudah pun disediakan. Entah bila Lysa Lafisya masuk ke biliknya, dia pun tak sedar. Pasti waktu dia sedang mandi.

Setelah lengkap berpakaian, Rafeeqi keluar bersama briefcasenya. Kakinya terus menuju ke dapur. Dia memandang Lysa Lafisya yang sedang menyediakan sarapan. Matanya menjeling ruang tamu.

“Dah sapu lantai?” tanya Rafeeqi sambil duduk di meja makan.

“Dah!” jawab Lysa Lafisya sepatah.

Rafeeqi mempamerkan wajah serius. Dia tidak mahu berlembut dengan Lysa Lafisya. “Baju dah sidai?”

“Hmm…”

Rafeeqi mendengus kasar. “Dah ke belum? Hmm, hmm…”

“Dah!”

Rafeeqi tersenyum dalam hati. Dengar kata jugak minah ni, fikirnya. Rafeeqi meneguk minumannya. “Eh, Lysa… kau pandai buat air ke tidak? Tawarnya air kau ni,” rungut Rafeeqi. Sengaja Rafeeqi mengatakan air yang dibancuh oleh Lysa Lafisya itu tawar. Sedangkan okey saja rasanya.

Lysa Lafisya mengerutkan dahinya. Tawar ke air yang dia buat. Dia minum okey je. Argh, biarlah. “Minum jelah. Banyak cakap pulak!”

Rafeeqi memandang Lysa Lafisya geram. Melawan pulak budak ni. “Sudu aku mana? Aku makan pakai sudu!” Rafeeqi mencari pasal lagi. Sengaja dia mahu memarahi Lysa Lafisya.

Lysa Lafisya mengambil sepasang sudu dan garfu, lalu dihulur pada Rafeeqi. Kemudian, dia terus menuju ke bilik.

“Dia tak nak makan ke?” soal Rafeeqi kepada dirinya sewaktu Lysa Lafisya masuk ke dalam bilik.

Tidak lama kemudian, Lysa Lafisya keluar dari biliknya bersama handbag dan beberapa fail. Rafeeqi memandang isterinya.

“Woi, tak nak makan ke?”

Lysa Lafisya memandang Rafeeqi sekilas. Dia menuju ke pintu rumah. “Makanlah. Aku bawak bekal. Tak ada selera aku nak makan dengan kau. Oh ya, lepas makan sila basuh pinggan, ya. Terima kasih!”

Rafeeqi terkedu. Kurang asam! “Eh, siapa cakap nak makan dengan kau? Aku tanya je. Aku pun tak ada seleralah nak makan dengan kau. Ni, nasi kau ni… tak sedap langsung. Masin. Kau ni memang tak pandai masaklah. Ah, by the way, ambik kunci atas meja tu. Jangan nak tidur depan rumah lagi. Buruk je.”

Lysa Lafisya mencebik. Tangannya mencapai kunci rumah di atas meja yang berwarna putih. Sebelum keluar, sempat Lysa Lafisya berkata, “Kalau tak sedap jangan makan.”

Rafeeqi menendang meja makan. Geramnya hati dia. Berani si Lysa Lafisya cakap macam tu. Jaga kau Lysa. Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas, gerutu Rafeeqi. Setelah menjamu selera, dia membawa pinggan dan cawan yang digunakan ke singki. Dibiarkan saja pinggan dan cawan itu di dalam singki, tidak berbasuh. Biar si Lysa Lafisya yang basuh.

LYSA LAFISYA mengemaskan mejanya. Masa kerjanya sudah pun tamat. Dia mahu segera pulang. Banyak kerja yang menanti di rumah. Bising pulak tarzan sekor tu kalau dia tak buat kerja. Pagi tadi pun dah bising macam mak nenek. Leceh betul!

Langkah di atur menuju ke kotak lif. Punat turun ditekannya. Lysa Lafisya menanti pintu lif itu terbuka.

Ting!

Sewaktu pintu lif terbuka, mata Lysa Lafisya tertancap ke arah satu wajah. Mulutnya sedikit terlopong. “Ilham… bila balik?” soal Lysa Lafisya teruja. Sudah lama dia tidak bertemu lelaki ini.

Ilham menghadiahkan senyuman manis. “Baru je turun flight,” terang Ilham sambil melangkah keluar dari perut lif.

“Baru je turun dari flight? Kenapa Am datang sini? Am tak penat ke?” tanya Lysa Lafisya.

“Am nak jumpa Lys… dah lama tak tengok wajah ayu Lys,” seloroh Ilham.

Lysa Lafisya tergelak kecil. “Ada-ada je Am ni…”

Ilham tersengih. “Temankan Am minum petang, boleh?”

Lysa Lafisya terus bersetuju. Terus dia terlupa tentang Rafeeqi. Ilham menekan semula butang lif untuk turun ke bawah.

Tidak lama kemudian, mereka sudah pun berada di kafe. Ilham memesan Cappuccino buat dirinya dan Fresh Orange buat Lysa Lafisya.

“Am sihat?” soal Lysa Lafisya setelah menyisip minumannya.

Ilham mengangguk. “Rindu Am tak?”

“Mestilah rindu… dulu Am yang selalu temankan Lys lunch.. sekarang Lys lunch dengan setiausaha Lys je.”

Ilham sengih panjang. “Mulai sekarang, Am akan temankan Lys macam biasa, okey? So, kerja okey?”

“Letihlah Am… banyak yang kena review,” adu Lysa Lafisya.

“Maklumlah… baru naik pangkat jadi ketua department,” usik Ilham.

Lysa Lafisya senyum nipis. Badannya disandarkan ke belakang. Ilham merenung Lysa Lafisya. “Dieya sihat?”

Soalan pendek dari Ilham membuatkan Lysa Lafisya terdiam. Kepalanya ditunduk. Saat nama Nadieya disebut, hati Lysa Lafisya diserang rasa rindu yang menggunung.

“Lys… what’s up? Gaduh dengan Dieya ke? Tak mungkinlah… You all tak pernah gaduh kan…”

Lysa Lafisya memaksa dirnya mengukirkan senyuman. “Am… I don’t wanna talk about this. Can we change the subject?” pinta Lysa Lafisya sedikit merayu.

Ilham tersenyum. Kepalanya diangguk perlahan. Dia menghormati Lysa Lafisya. Jika gadis itu belum bersedia untuk bercerita, biarlah. Dia tidak akan memaksa. “Nak tengok wayang tak?”

“Boleh jugak!”

Sewaktu dalam perjalanan untuk menonton wayang di Midvalley, Lysa Lafisya menghantar mesej kepada Rafeeqi.

Aku balik lambat hari ni. Jangan tunggu aku.

Aku tak masak.


LAMBAT BALIK? Ingatkan tak jumpa jalan pulang,” sindir Rafeeqi. Jam sudah menunjukkan angka 11, baru Lysa Lafisya pulang.

Lysa Lafisya memandang Rafeeqi yang sedang ambil angin di beranda. “Kan aku dah mesej kau. Aku balik lambat hari ni. Sibuk jelah kau ni.”

Rafeeqi menjeling Lysa Lafisya. Dia tahu isterinya keluar dengan seorang lelaki. Ameer memberitahunya sebentar tadi. Adakah Rafeeqi cemburu? Ah, untuk apa dia cemburu? Bukannya dia suka Lysa Lafisya pun.

“Aku lapar.”

“Asal kau tak makan?” soal Lysa Lafisya lemah. Malas dia mahu melayan Rafeeqi.

Rafeeqi mendekati Lysa Lafisya. “Kau tak masak…” jawab Rafeeqi selamba.

“Hisy, kau ni… kan aku dah cakap aku tak masak… kau belilah makanan kat luar. Dah, aku nak masuk bilik. Penat!”

Rafeeqi terus menyambar lengan Lysa Lafisya. “Masak untuk aku sekarang,” arah Rafeeqi tegas.

Lysa Lafisya memandang Rafeeqi sinis. “Tak nak. Aku malas. Kalau kau lapar, masak sendiri. Sekarang, lepaskan tangan aku.”

Rafeeqi enggan melepaskan lengan Lysa Lafisya. Sengaja dia genggam lengan Lysa Lafisya kuat-kuat. “Masak untuk aku sekarang!” ulang Rafeeqi sedikit kuat.

Lysa Lafisya mengeluh. “Kenapa dengan kau ni? Macam budak-budak la. Aku penat tau. Esok nak pergi kerja lagi. Perut kau yang lapar… pandai-pandailah isi. Jangan nak menyusahkan aku!”

“Kan aku suruh kau sediakan makan malam aku pukul 8 malam. Kenapa kau tak sediakan?” Rafeeqi mula berang.

“Aku dah bagitahu aku tak masak kan? Aku balik lambat,” balas Lysa Lafisya sambil cuba melepaskan lengannya dari genggaman Rafeeqi.

“Kenapa kau balik lambat? Kau pergi mana? Kau jumpa pakwe kau kan?”

Lysa Lafisya tersentak. Namun, buat seketika cuma. Lysa Lafisya ketawa sinis sambil memandang Rafeeqi. “Eh eh eh, kau intip aku eh? Sweetnya ‘husband’ aku ni… Caringnya.” Lysa Lafisya sengaja menyakitkan hati Rafeeqi.

Rafeeqi sengih. Sinis sekali sengihannya. “Apa? Spying on you? Tak ada masa aku nak intip kau. Sekarang, masakkan untuk aku. No excuse!”

Lysa Lafisya mula tak puas hati. “Macam mana kau tahu aku keluar dengan Am?”

Rafeeqi gelak sinis. “Owh… betullah dia tu pakwe kau? Apa nama dia? Am.. Am eh? Malang betul nasib pakwe kau. Dia dah tahu ke kau tu dah kahwin?”

Lysa Lafisya terdiam. Bengang betul dia dengan Rafeeqi. Makin melampau perangainya. Dengan kuat, Lysa Lafisya menendang kaki Rafeeqi. Rafeeqi mengerang kesakitan. Terlepas genggaman tangannya. Lysa Lafisya terus masuk ke dalam bilik dan dikunci bilik itu.

“Kurang ajar kau Lysa,” marah Rafeeqi.


12 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

uuuuu...

gila 500 lbh barang dapur. makan dua org je. hahhaa

yayass said...

terbaikkk! suke suke suke suke! nak lagi kakkkk :)

YONG JIAO XIU said...

hahaha mmg brutal habis lah lysa ni. best...best... cpt ye update. nak tgk reaksi ilham plk.
brg dapur 500,standard la tu gan periuk belanga bagai kena beli. satu tu bkn murah tau. gan rice cooker lagi.
aku shopping brg dapur tuk 3org pun dah jejak 250 tiap bln. bli mknan mengarut. hehehe. ni kan pulak yg br start nak idup.

Zuera said...

Hah... betulla tue... zuera beli makanan utk zuera sorg kan.. selalu bajet rm50... tp msti rm100... n paling mahal rm179... nak beli sabun basuh baju lagi, mmg borong abes.. then kalau shopping ngan family plak mesti 200 or 300... ada yg 400... so, sbb tu zuera buat 500 lebih... nak beli rempah ratus lagi.. haha...

p/s: saya mmg x pandai jimat. saya boros. tanya kawan saya. mereka tahu. haha.

just KD said...

..ilham blom tau lg lysa dah kawen,hurmmmm..next!..

umi kalsom said...

best sangat.
rafeeqi tu even garang pun, terasa sweet juga... ;)

fallenmoon said...

hehehe...rafeeqi tu nmpk sweet jugak sbnrnya :D hehe..

Ema Emaharuka said...

Alalala sweetnya diorang ne...:-)
Rafeeqi dah ada saingan kau datang..

n.haliban said...

x bestnye dgn sikap Lys...
hope Lys sentiasa ingat bahawa dia sudah kahwin walaupun tak rela. hehe....sebab niat tak menghalalkan cara kan? walaupun apapun, Lys masih seorang isteri di sisi agama. ^^

rasanya Rafeeqi berhak la marahkn? walaupun dia sembunyikan rasanya yang sebenar. hehe...

all the best, cik penulis! ^^

Rohaida Rahman said...

yeayyyyyy Lysa best la, pandai dia adjust peraturan, xde la ikut melulu jer...
rasakan Rafeeqi, Lysa tu bukan sembarangan org tau nk di'pijak'..
suke suke n3 ni...

afifah said...

best..macam mana ek reaksi ilham bila dia tahu yang lysa dah kahwin??

diorang gaduh pun nampak sweet je..hehe..

nak lagi kak. ^_^

Seorg wanita... said...

bagus gak ada Ilham... Rafeeqi dah rasa semacam bila Lysa kuar dgn Ilham, kalau tak, sesuker hati dia jer layan Lysa... dia kena berubah kalau nak Lysa berubah...

cumer wonder if Ilham tau yg Lysa dah kawin, tapi hope dia boleh terima but nasihatkan Rafeeqi utk jaga Lysa dgn baik.. bukan as musuh, kan?? hehehhee