Wednesday, May 18, 2011

Musuhku, Suamiku 5

“Puaslah hati kau sekarang!” marah Rafeeqi setelah masuk ke dalam apartmentnya.

Lysa Lafisya yang baru saja menjejakkan kaki ke dalam apartment Rafeeqi tersentak. “Kau ni kan… nak marah aku kenapa? Bukan aku yang rancang semua ni. Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau. Apa yang aku nak sekarang ni, aku nak kau lepaskan aku.”

Rafeeqi gelak sinis. “Lepaskan kau? Kau nak aku lepaskan kau? Jangan kau mimpi la…”

Lysa Lafisya mengeluh. Dia menghempaskan punggungnya di sofa.

“Eh, siapa bagi kau kebenaran duduk kat situ?”

Jelingan tajam dihadiahkan buat Rafeeqi. Kemudian bibirnya dicebik. “Eleh, nak duduk pun tak boleh. Eh, kau duduk jap. I think we need to talk.”

“Aha… Bincang? Ya… aku rasa kita patut berbincang. Harus!” Terus Rafeeqi duduk di sofa berdekatan dengan Lysa Lafisya.

Lysa Lafisya menghela nafas, dipandangnya wajah Rafeeqi. “Aku tahu kau tak suka aku. Aku pun tak suka kau. Tapi entah macam mana kita terpaksa kahwin. Honestly, aku tak pernah terfikir untuk berkahwin dengan kau. Well, kita kan musuh. I really hate you. So, aku—”

“Wait! Kau asyik cakap kau benci aku… Then, kau ingat aku tak benci kau? Aku beribu kali ganda benci kau tau. Tak ingin aku kahwin dengan perempuan macam kau. Lesbian!”

Lysa Lafisya mengetap bibir geram. Dahlah potong cakap dia, lepas tu mengutuk pulak. “Kau ni kan… Asyik-asyik cakap aku lesbian. Dari dulu sampai sekarang. Kau ingat aku dengan Dieya lesbian kan? Suka hati kau la nak fikir apa. Okey, sekarang ni aku nak straight to the point. Aku nak kau lepaskan aku. Tak ada guna kita bersama lagi. Perkahwinan kita ni satu kesilapan. Kita tak mungkin akan bahagia. Aku tak mampu jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri. Aku tak nak jadi isteri yang nusyuz. So, lepaskan aku.”

Rafeeqi tergelak sambil menggelengkan kepalanya. “Lysa, Lysa… senangnya kau cakap yer.. Okey, kalau macam ni, kau bagitahu mummy aku. Aku pun tak sabar nak lepaskan kau. Kenapa tadi kau tak cakap kat mummy aku yang kau tak boleh terima aku? Kan senang?” Sinis sekali nada Rafeeqi.

Lysa Lafisya terdiam. Dia tidak tegar berbuat demikian. Dia takut kesihatan Puan Sri Maziah akan terjejas.

“Asal kau diam? Sekarang baru kau tahu kan? Hey, perempuan… kau dengar sini baik-baik. Aku tak akan lepaskan kau. Lagipun, aku tak rugi apa-apa. Aku boleh kahwin lagi satu kalau aku nak. Tapi kau… kau yang rugi. Aku tak akan pernah sentuh kau. Jangan harap aku akan sentuh kau. Aku jijik. Jijik tahu tak! Rasakan… ini yang kau nak kan? You have to pay for the damage you had done, Lysa Lafisya! Aku akan pastikan kau merana!”

Lysa Lafisya cuba mempamerkan reaksi tenang sedangkan hatinya sedang berperang hebat. “Aku boleh tuntut fasakh kalau kau tak nak lepaskan aku.”

Rafeeqi terdiam sebentar. Dia sedang berfikir. Bagus! Bila Lysa minta fasakh, maknanya aku akan bebas dari dia. Dan harta daddy still akan menjadi milik aku…sebab daddy kata aku tidak boleh ceraikan Lysa. Yes!, fikir Rafeeqi.

Rafeeqi mengoyak senyum. “Aha… bagus… great idea… Silakan… Silakan tuntut fasakh dari aku. Tapi kau kena ada sebab yang munasabah sebelum kau nak tuntut fasakh kan? Aku akan cari sebab yang membolehkan kau tuntut fasakh. Aku akan menjadi suami yang zalim.”

Rafeeqi tergelak sinis. Dia terus bangun dan menuju ke kamar tidurnya. Belum sempat Rafeeqi menutup pintu, Lysa Lafisya memanggilnya.

“Mana aku nak tidur malam ni?” tanya Lysa Lafisya sedikit terjerit. Tidak dihiraukan kata-kata Rafeeqi sebentar tadi.

“Pandai-pandai kau lah.” Rafeeqi terus menutup pintu biliknya.

Lysa Lafisya mengetap bibir. Meluat betul dia dengan Rafeeqi. Dengan selamba dia bangun dan menuju ke satu bilik bertentangan dengan bilik Rafeeqi. Mulai hari ini, dia akan jadikan bilik itu, biliknya. Rafeeqi sendiri yang kata ‘Pandai-pandai kau lah.’ Sekarang dia sudah memutuskan untuk menjadikan bilik itu sebagai biliknya.

RAFEEQI menghempaskan tubuhnya ke atas tilam. Otaknya ligat berfikir. Fasakh? Terukir senyuman di bibir Rafeeqi. Dia akan buat Lysa Lafisya menuntut fasakh padanya. Dia memerah otak, mencari idea bagaimana mahu menyeksa Lysa Lafisya. Dia nekad! Sebelum Lysa Lafisya bebas darinya, dia mahu menyeksa gadis itu.

Senyuman Rafeeqi semakin lebar. Dia sudah ada idea. Terus dia bangun dan turun dari katil. Laptop diambil dari beg. Terus dihidupkan laptop itu. Microsoft Words dibuka. Bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir Rafeeqi, tangannya laju menaip sesuatu.

Setengah jam kemudian, dia print kertas kerja yang baru saja dia taip tadi. Kertas itu diambil dari mesin printer dan dibaca isi kertas tersebut. Senyuman nakal menghiasi bibirnya lagi. Dia terus keluar dari biliknya, ingin mencari Lysa Lafisya.

‘Eh, mana pulak minah sorang ni? Tak ada pun kat ruang tamu,’ desis Rafeeqi.

Dia mula mencari Lysa Lafisya di dapur dan juga beranda. Tiada. “Lysa… Lysa,” jerit Rafeeqi kuat.

Lysa Lafisya yang baru saja menunaikan solat Isyak tersentak. Apa lagi yang tak kena ni?, omel Lysa Lafisya dalam hati. Dia terus membuka pintu bilik.

Rafeeqi nampak Lysa Lafisya membuka pintu bilik. “Eh, siapa benarkan kau masuk bilik tu?” marah Rafeeqi.

“Kau yang cakap ‘pandai-pandai kau lah’. So, suka hati aku lah. Yang kau terjerit-jerit panggil nama aku ni apahal?”

Rafeeqi menjeling Lysa Lafisya. “Hisy budak ni. Aku debik karang.”

Lysa Lafisya mencebik. “Eleh… Aku debik karang,” ajuk Lysa Lafisya dengan nada mengejek.

Rafeeqi mengenggam penumbuknya. Geram betul dia dengan Lysa Lafisya. “Keluar cepat. Aku nak cakap something.”

“Kejap,” pinta Lysa Lafisya.

Lysa Lafisya menutup pintu bilik. Dia menanggalkan telekung. Tudung disarungkan ke kepala. Walaupun Rafeeqi sudah sah menjadi suaminya, dia masih belum bersedia untuk mempamerkan rambutnya pada lelaki itu.

15 minit kemudian, Lysa Lafisya keluar dari bilik. Rafeeqi sudah pun menunggu di ruang tamu. Dengan langkah bersahaja, Lysa melangkah mendekati Rafeeqi lalu duduk di sofa.

“Bukan main lama lagi,” sindir Rafeeqi.

Lysa Lafisya tidak memberi sebarang respon. Malas nak layan Rafeeqi. Tangannya disilangkan sambil badannya disandarkan ke belakang. “Kenapa kau nak jumpa aku?”

Rafeeqi senyum sinis sambil menghulurkan kertas di tangannya. “Nah.”

Lysa Lafisya menyambut huluran Rafeeqi. Dia meneliti isi kandungan kertas tersebut.

Tugas Harian Lysa Lafisya

Isnin – Sabtu

Pagi

· Kemas rumah. Pastikan tiada habuk. (Aku mementingkan kebersihan)

· Basuh baju aku. Lepas tu jemur. Jangan malas.

· Sediakan pakaian kerja aku. (Gosok baju aku baik-baik. Mahal tue)

· Sediakan sarapan pagi. (Aku tak makan roti kosong)

Malam

· Sediakan makan malam. (Masak sedap-sedap. Siap kau kalau aku tak suka)

· Lipat kain.

· Basuh pinggan mangkuk.

· Pastikan dapur aku sentiasa bersih.

Ahad

Pagi

· Kemas rumah macam biasa. Mop lantai. Lap cermin. Pastikan tiada habuk. (Aku mementingkan kebersihan)

· Basuh baju aku. Lepas tu jemur. Jangan malas. (sama macam hari biasa. Aku copy paste je nie.)

· Sediakan sarapan pagi tepat jam 8.30 pagi. (Hari ahad aku nak makan Nasi Lemak atau mee. Kau masak le apa yang patut.)

· Cuci tandas kasi berkilat. (Kalau aku check tak berkilat, siap kau)

Tengahari

· Sediakan makan tengahari tepat jam 12. (Kalau lambat siap kau.)

· Lipat kain baju. Jangan malas.

· Kemas bilik aku. (Pastikan aku tak ada dalam bilik. Jangan sentuh barang aku.)

Malam

· Sediakan makan malam tepat jam 8 malam. Aku tak suka makan lambat. Masak something light.

· Basuh pinggan mangkuk.

· Pastikan dapur aku sentiasa bersih.

Terbeliak biji mata Lysa Lafisya. Rafeeqi pula memandang Lysa Lafisya. Keningnya sengaja dijongketkan. “So, macam mana?”

Lysa Lafisya merenung Rafeeqi tajam. “Kau ingat aku orang gaji kau ke?”

Rafeeqi tergelak sinis. “Kau ingat kau boleh duduk sini free je ke?”

“Aku boleh bayar sewa lah. Kedekut! Mummy yang suruh aku duduk sini.”

“Mummy? Kau panggil mummy aku, mummy? Whoa… Listen, Lysa… Kau tak layak panggil mummy aku, mummy. Panggil Puan Sri faham!”

Lysa Lafisya mencebik. Kerek giler mamat ni. Makin menyampah Lysa Lafisya. “Apa-apalah. Berapa sewa yang perlu aku bayar?”

Sekali lagi Rafeeqi tergelak sinis. Tangannya diawang-awangkan. “No, no, no… Aku tak nak duit. Aku nak kau bayar dengan tenaga kau. Kau kena buat semua tu. Faham? Kalau tak siap kau.”

“Apa hak kau nak paksa aku?” provok Lysa Lafisya sambil menjongketkan keningnya pula.

Rafeeqi terdiam sebentar. Apa hak dia? “Err… aku suami kau. Kau kena ikut cakap aku. Kalau tak berdosa tahu tak. Tak cium bau syurga. Whatever it is, tugas tu berkuat kuasa mulai esok.”

Rafeeqi terus bangun meninggalkan Lysa Lafisya.

LYSA LAFISYA memandang ke langit yang gelap melalui tingkap di biliknya. Entah mengapa, matanya terlalu sukar untuk lelap. Otaknya tidak henti-henti berfikir. Tidak sampai seminggu, macam-macam telah berlaku pada dirinya. Kini dia bergelar isteri orang. Dan yang paling tidak di duga, isteri kepada Rafeeqi.

Kemudian, dia kehilangan adik yang paling dia sayangi. Macam manalah keadaan Nadieya sekarang. Sihatkah dia? Argh, baru pagi tadi dia bertemu adiknya, namun dia sudah mula rindu. Entah bila lagi dia dapat ketemu adiknya itu. Sekarang, Nadieya membencinya.

Ingatan Lysa Lafisya terus terbang ke satu wajah iaitu Ilham. Lelaki yang disukai dalam diam. Ilham merupakan kawan sekerjanya. Sudah dua tahun mereka berkenalan. Hanya Ilham yang memahami dirinya. Walaupun ramai yang mengatakan dia lesbian, Ilham tidak pernah sesekali pun menganggap Lysa Lafisya lesbian. Ilham tahu Lysa Lafisya menganggap Nadieya sebagai adiknya.

Sekarang, Ilham berada di Hong Kong. Lelaki itu sedang menguruskan hal syarikat di sana. Sudah sebulan lelaki itu berada di Hong Kong. Tak lama lagi, Ilham akan pulang. Entah apa reaksi Ilham jika dia tahu Lysa Lafisya sudah berkahwin. Akankah Ilham bersedih? Argh, untuk apa Ilham bersedih. Ilham tidak punya sebarang perasaan asing terhadap dirinya. Adakah Ilham akan membencinya sepeti Nadieya apabila lelaki itu tahu Lysa Lafisya ditangkap khalwat?

Lysa Lafisya menghela nafas berat. Ya Allah, jika ini ujian dari-Mu, kau bantuilah aku untuk menghadapi ujian ini dengan tabah. Aku redha menerima ujian-Mu ini Ya Allah, doa Lysa Lafisya.


15 comments:

aiRiNa_aiNuN said...

nak lagi nak lagi..
cpt2 smbg cik writer...

afifah said...

macam full house pulak..hehe..
apapun best!!
haraplah ilham percayakan lysa..kesian lysa..

cactaceous opuntia said...

erk...ke deya yg suke ilham..haha pastu prgkp lysa..hee

keSENGALan teserlah.. said...

jeng jeng jenggg. next2.

Ema Emaharuka said...

Eleh, kereknya Rafeeqi ne..
Nanti kLu j'tuh cinta, padan muka...
Ato lysa tinggalkan, baru terhegeh hegeh nak cari...

Next kak, nak lagik:-)

umi kalsom said...

penuh teka teki..
waiting for next :)

fallenmoon said...

kesian dkt lysa. next2!! :D

YONG JIAO XIU said...

aku paling tak suka lelaki pembuli. zuera, jap lagi kasi si rafiqi tu menyesal gler, biar lysa tinggalkan rafiqi. biar rafiqi npk ilham lyn lysa gan baik. hmm nak kasik lagi tragis, letak je lysa tu sakit. manusia tak blh lari dari sakit kan?hehehe.
next pls...tomorrow ye. hehehe tak sabar menanti esok.

Zuera said...

Terima kasih kepada komentar-komentar...(ceh... berbahasa melayu klasik pulak)

Guys, thanks alot. Tak sangka cerita ni dapat menarik minat pembaca. Sebab niat zuera cuma nak isi masa lapang. Dah lama dpt idea ni. Since buat MBHS. Sbab 2 cpat2 abes kan MBHS... nak wat cete ni... hehe.

All i can say is SAYA TERHARU... hehe.

just KD said...

..argh,hampeh tol la rafeeqi tu..hish,geram ssgt..!

.:kiwi:. said...

memang sangat sangat mahu ketuk kepala Feeqi tu dgn tkul besi. ooo~ time² nk arah² buat kerja, pndailah nak kata - "aku suami kau...tak cium bau syurga". tp tanggungjawab sniri sbg suami tu tak nak ingat pulak.. meh sini.. nak belasah mamat ni!

Anonymous said...

suka cite ni...:)tp sombong sgt2 mamat tu...hope t dia tjth cinta ngan lysa n lisa tinggalkan dia..br dia tau camana nk hargai org..cam la org xde perasaan..senget je mamat tu..huhu

Auni Amauni said...

wahh..best2..nak lagi!

apa agaknya reaksi ilham nanti?

adakah ilham juga punyai rasa kt lysa? hehehe

next please~~ :) :)

Rohaida Rahman said...

alahaiiiii Lysa nak kena buat ker semua as per list tu... xmo xmo xpatut xpatut... benci Rafeeqi...

c'mon Lysa yg cerdik, think of sumting supaya tak kena buat semua kerja tu, maybe u can hire a part-time maid hahahaha....

Seorg wanita... said...

Sedap tul buli org nampaknya si Rafeeqi ni.. macamlah dia baik sgt..

Eemm.. Lysa ada Ilham.. Rafeeqi ada Insyirah.. camno tu?